Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN


AGAMA SHARIFAH RODZIAH
MUNAKAHAT
PENDIDIKAN SYARIAH ISLAMIAH

NAMA : FARHA NASIRAH KAMARUDIN


TINGKATAN : 5 AL KHAWARIZMI
NAMA GURU : PUAN

BAB 1 : PERKAHWINAN
1.1 PENGERTIAN PERKAHWINAN
Bahasa:
berkumpul atau berhimpun
Istilah :
suatu ikatan melalui akad yang menggunakan perkataan kahwin diantara lelaki dan perempuan
mengharuskan pergaulan di antara mereka dan menghalang persetubuhan yang diharamkan
sebelumnya.

Dalil :

Perkahwinan itu Sunnahku , sesiapa yang tidak suka kepada Sunnahku, dia bukan daripada

kalangan umatku.( Riwayat al- Bukhari)

Dalil :

Wahai pemuda, sesiapa sahaja daripada kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah

berkahwin. Sesungguhnya perkahwinan itu menutup pandangan dan menjaga kehormatan. Dan, sesiapa
di antara kamu yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa, kerana ia boleh menjadi perisai
(Riwayat Ibni Masaud).

1.2 Hukum perkahwinan.


1. Wajib lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta bimbang akan
terjarumus ke lembah zina dan keji sekiranya tidak berkahwin.
2. Sunat lelaki yang berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin serta mempunyai nafsu
untuk berkahwin dan bertujuan untuk menjaga khormatan diri dan agama, namun masih dapat
mengawal diri dari melakukan zina dan terkutuk sekiranya tidak berkahwin.
3. Harus lelaki yang tidak mempunyai sebab yang mendorong dia berkahwin dan tidak ada
sebab yang menghalang dia daripada berkahwin.Juga harus bagi lelaki yang berkemampuan
tetapi belum ada keinginan untuk berkahwin.
4. Haram lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir dan batin atau mereka
berkahwin dengan tujuan untuk menzalimi isteri mereka.
5. Makruh lelaki yang tidak berkemampuan dari segi nafkah zahir tetapi berkeinginan untuk
berkahwin

1.3 Hikmah perkahwinan.

1. Untuk memenuhi tuntutan fitrah zahir dan batin manusia yang memrlukan pasangan hidup
2. Dapat zuriat yang bersih dan salih.
3. Untuk menyalurkan nafsu seks dengan cara yang diharuskan oleh syarak
4. Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik, kemas dan teratur.
5. Hidup mempunyai sistem dan sentisa menjalankan tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
6. Dapat membendung serta membenteras gejala sosial, perzinaan, bohsia dan seks bebas.
7. Sebagai sunah dan ibadah
8. Mengiratkan silaturahim
9. Memupuk semangat tanggungjawab suami dan isteri
10. Melahirkan zuriat yang baik

1.4 Rukun Perkahwinan

1.

Pengantin lelaki

Pengantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atauumrah, tidak
dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu danperempuan yang ingin
dikahwininya itu bukanlah mahramnya.
2.

Pengantin perempuan

Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah,bukan isteri
kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.
3.

Akad (Ijab & Qabul)

Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawamaksud
nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksudnikah atau kahwin di
antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lamaantara lafaz ijab dan qabul.
Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul.Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan
sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atautempoh masa bagi perkahwinan itu.
4.

Wali

Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seoranghamba, seorang
lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrahdan bukan seorang lelaki yang
fasik.
5.

Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukanseorang hamba,
dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk,memahami bahasa yang
digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya

1.5

WALI

Syarat-syarat Wali
1. Islam, bukan kafir dan murtad
2. Lelaki dan bukannya perempuan
3. Baligh
4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
6. Tidak fasik
7. Tidak cacat akal fikiran,gila, terlalu tua dan sebagainya
8. Merdeka
9. Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya
Jenis- jenis wali
1. Wali mujbir
:Wali dari bapa sendiri atau datuk sebelah bapa (bapa kepada bapa) mempunyai kuasa mewalikan
perkahwinan anak perempuannya atau cucu perempuannya denganpersetujuannya atau tidak
(sebaiknya perlu mendapatkan kerelaan bakal isteri yang hendakdikahwinkan)
2. Wali aqrab
:Wali terdekat mengikut susunan yang layak dan berhak menjadi wali.

1.6

Ciri-ciri bakal suami dan isteri

Ciri-ciri suami yang baik

1. Harta
2. Keturunan
3. Kecantikan
4. Keagamaan
5. ilmu pengetahuan
6. mempunyai pekerjaan
7. mempunyai sifat kasih sayang
8. bertanggungjawab
9. mempunyai akhlak yang mulia
10. teguh pegangan agama
11. berakhlak mulia
12. pemaaf

Ciri-ciri isteri yang baik


1. Harta
2. Keturunan
3. Kecantikan
4. Keagamaan
5. Berilmu
6. berakhlak mulia
7. keturunan yang baik dan ramai anak
Sebab digalakkan pilih yang beragama
1. Dapat mendidik anak-anak dengan didikan yang baik
2. Menjamin kekalnya hubungan suami isteri
3. Melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya
4. Rumahtangga yang dibina akan terbentuk dengan harmoni
5. Lahir perasaan berkasih sayang antara satu sama lain
6. Melahirkan zuriat yang baik dan mulia.

Anda mungkin juga menyukai