Anda di halaman 1dari 4

1.

Perkahwinan

Perkahwinan adalah salah satu ibadah dan ia nya merupakan asas kepada kewujudan sesebuah
keluarga, masyarakat dan seterusnya pembentukan negara. Selain itu, perkahwinan juga adalah suatu
tuntutan agama dalam meraikan fitrah semulajadi penciptaan manusia untuk hidup secara berpasang-
pasangan. Dalam Islam, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah mengetahui akan syarat-
syarat, rukun-rukun dan hal-hal berkaitan dengan perkahwinan agar ikatan perkahwinan yang dibina
sah di sisi Syarak dan undang-undang. Dalam video ini, saya akan menerangkan berkenaan maksud
pertunangan, Takrif nikah, hukum nikah, rukun Nikah, Syarat Nikah dan tanggungjawab suami dan
isteri selepas bernikah.

2. Maksud pertunangan

Dalam islam, hukum bertunang adalah sunat. Ia adalah suatu proses apabila lelaki ingin menyatakan
hasrat kepada seorang Wanita untuk dijadikan isteri ataupun kesepakatan antara pihak lelaki dan
perempuan untuk menuju kea lam perkahwinan. Kemudian, hasrat tersebut disambut oleh Wanita itu
atau walinya. Dengan itu, apabila Wanita tersebut sudah menjadi tunangan, dia tidak boleh dipinang
oleh orang lain.

Antara Adab-adab pertunangan dalam islam ialah:

• Tidak berdua-duaan atau berkhalwat


• Mempercepatkan urusan dan hindari perkara yang tidak berkaitan
• Menjaga batas pergaulan
• Menjaga masa Ketika berhubung
• Manfaatkan tempoh pertunangan dengan hal kebaikan

3. Maksud nikah

Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.

Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulan dan membatas hak
dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang di
antara keduanya bukan mahram.

4. Hukum nikah

• 1. Wajib - kepada orang yang mempunyai nafsu yang kuat sehingga boleh menjatuhkan ke
lembah maksiat sedangkan ia seorang yang mampu membayar mahar dan mampu nafkah
kepad bakal isterinya.
• 2. Sunat - kepada orang yang mampu tetapi dapat mengawal nafsunya.
• 3. Harus - kepada orang yang tidak ada padanya galakan dan bantahan untuk berkahwin dan
ini merupakan hukum asal perkahwinan
• 4. Makruh - kepada orang yang tidak berkemampuan dari segi nafkah batin dan lahir tetapi
sekadar tidak memberi kemudaratan kepada isteri, sama ada ia kaya atau tiada nafsu yang
kuat
• 5. Haram - kepada orang yang tidak berkempuan untuk memberi nafkah batin dan lahir dan
ia sendiri tidak berkuasa (lemah), tidak punya keinginan berkahwin serta akan menganiaya
isteri jika dia berkahwin.

5. Rukun nikah

• 1. Pengantin lelaki
• 2. Pengantin perempuan
• 3. Wali
• 4. Dua orang saksi lelaki
• 5. Ijab dan kabul

6. Syarat nikah

Syarat bakal suami

• 1. Islam
• 2. Baligh
• 3. Berakal
• 4. Lelaki yang tertentu
• 5. Bukan lelaki mahram dengan bakal isteri
• 6. Mengetahui wali yang sebenar bagi akad nikah tersebut
• 7. Bukan dalam ihram haji atau umrah
• 8. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• 9. Tidak mempunyai empat orang isteri yang sah dalam satu masa
• 10. Mengetahui bahawa perempuan yang hendak dikahwini adalah sah dijadikan isteri

Syarat bakal isteri

• 1. Islam
• 2. Perempuan yang tertentu
• 3. Bukan perempuan mahram dengan bakal suami
• 4. Bukan seorang khunsa
• 5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
• 6. Tidak dalam idah
• 7. Bukan isteri orang
Syarat wali

• 1.Islam dan bukan kafir


• 2. Lelaki dan bukannya perempuan
• 3. Baligh
• 4. Dengan kerelaan sendiri dan bukan paksaan
• 5. Bukan dalam ihram haji atau umrah
• 6. Tidak fasik
• 7. Tidak cacat akal fikiran, gila, terlalu tua dan sebagainya
• 8. Merdeka
• 9. Tidak ditahan kuasanya daripada membelanjakan hartanya

Syarat saksi

• 1. Sekurang-kurangya dua orang


• 2. Islam
• 3. Berakal
• 4. Baligh
• 5. Lelaki
• 6. Memahami kandungan lafaz ijab dan qabul
• 7. Dapat mendengar, melihat dan bercakap
• 8. Adil
• 9. Merdeka

Syarat ijab

• 1. Pernikahan nikah ini hendaklah tepat


• 2. Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
• 3. Diucapkan oleh wali atau wakilnya
• 4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
• 5. Tidak secara taklik

Syarat qabul

• 1. Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab


• 2. Tiada perkataan sindiran
• 3. Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya
• 4. Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
• 5. Tidak secara taklik
• 6. Menyebut nama bakal isteri
• 7. Tidak diselangi dengan perkataan lain
7. Tanggungjawab suami dan isteri selepas bernikah

Tanggungjawab suami

• Memberi mas kahwin


• Menjadi pemimpin keluarga
• Memberi nafkah dan keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal
• Bergaul dengan cara yang baik kepada isteri
• Melindungi dan mempertahankan keluarga dari pelbagai perkara
• Berlaku adil

Tanggungjawab isteri

• Taat pada suami akan suruhan yang haq


• Menjadi solehah
• Menggembirakan suami
• Menjaga maruah diri Ketika suami tiada Bersama
• Menjaga harta benda suami
• Mendapatkan izin suami dalam membuat keputusan

Anda mungkin juga menyukai