Anda di halaman 1dari 18

ISU-ISU KONTEMPORARI MUSLIM

DI MALAYSIA

BAB 5: ISU-ISU KELUARGA DAN


MASYARAKAT

Disediakan Oleh: Latifah Abdul Aziz


5.1 Pengenalan
 Perhubungan lelaki dan wanita secara sah melalui
perkahwinan adalah asas kepada kehidupan yang
kemudiannya membentuk keluarga dan mewujudkan
masyarakat.
 Hubungkait ini telah menyebabkan isu berkaitan
keluarga, kekeluargaan dan masyarakat bukan sahaja
saling bersangkutan bahkan kesempurnaan dan
kepincangan akan mencetuskan implikasi sosial kepada
setiap unit, samada keluarga kepada masyarakat
mahupun daripada masyarakat terhadap keluarga.
 Idealnya, sesebuah keluarga akan memberikan
perlindungan, penjagaan, persaudaraan dan
persahabatan, keselamatan dan tapak untuk setiap ahli
menjalani proses sosialisasi.
5.1 Pengenalan
 Struktur keluarga, cara ia berfungsi dan berinteraksi
serta tindak balas keluarga dengan masyarakat
bergantung kepada nilai yang menjadi landasan
pembinaannya.
 Ini dipengaruhi oleh banyak perkara termasuk faktor
agama dan kemanusiaan.
 Pentingnya unit keluarga didalam masyarakat sama
penting dengan oksigen kepada manusia.
 Sebagaimana Pencemaran udara memberikan kesan
kepada manusia begitu jugalah kepincangan keluarga
mendatangkan kebejatan moral dan kehidupan komuniti
manusia.
5.1 Pengenalan
 Seorang suami dan bapa yang berilmu dan tahu
peranannya dalam keluarga tentulah lebih berfungsi
daripada suami atau bapa yang dangkal pengetahuannya.
 Allah telah menegaskan kedudukan dan darjat yang
lebih tinggi bagi mereka yang berilmu berbanding yang
tidak berilmu, dan kelebihan mereka yang beramal
dengan ilmu berbanding yang beramal tanpa ilmu.
 Ilmu pengetahuan dan amal akan membezakan
pembinaan sesebuah masyarakat.
5.1 Pengenalan
 Firman Allah dalam surah An-Nisa’: 1
‫اح َد ٍة َو َخلَ َق ِمْن َها َزْو َج َها‬
ِ‫سو‬ ٍ ‫ف‬
ْ َّ
‫ن‬ ‫ن‬ ‫م‬ِّ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ق‬
َ ‫ل‬
َ ‫خ‬ ‫ي‬ ِ َّ‫يا َأيُّها النَّاس َّات ُقوا ربَّ ُكم ال‬
‫ذ‬
َ َ ُ َ ُ َ َ
‫اَأْلر َح َام ۚ ِإ َّن‬
‫و‬ ِِ‫ث ِمْنهما ِرجااًل َكثِريا ونِساء ۚ و َّات ُقوا اللَّه الَّ ِذي تَساءلُو َن ب‬
‫ه‬
ْ َ ََ َ َ ًَ ًَ َ َ ُ َّ َ‫َوب‬
‫اللَّهَ َكا َن َعلَْي ُك ْم َرقِيبًا‬
 Maksudnya: Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada
Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu
pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan
dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah
hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya
Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
5.1 Pengenalan
 Masyarakat pengikut dan peniru tidak akan berkembang,
permasalahan tidak dapat ditangani dengan baik dan
persengketaan mungkin tidak akan berakhir kerana
mereka tidak berupaya untuk berfikir dan tiada
kemahiran untuk berfikir.
 Namun sekiranya sesebuah keluarga itu berilmu, maka
ia akan melahirkan masyarakat yang berilmu dan
berupaya untuk berfikir untuk menyelesaikan masalah
sendiri dan meningkat kualiti hidup dan daya ketahanan
yang tinggi.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Pengetahuan tentang perkahwinan dan kekeluargaan
Islam merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh
setiap individu sebelum memasuki gerbang
perkahwinan.
 Islam mempunyai peraturan yang lengkap mengenai
perkahwinan dan kekeluargaan.
 Setiap orang yang akan berkahwin perlu melengkapkan
diri dengan persediaan tertentu yang meliputi ilmu
fardhu ain dan fardhu kifayah sama ada yang berkaitan
dengan fizikal, mental, spiritual, ekonomi dan sosial.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.1 Pemilihan Jodoh
• Pemilihan yang berdasarkan panduan yang ditetapkan
oleh Islam adalah kaedah pemilihan yang terbaik.
• Pemilihan calon isteri:-
• Sabda Rasulullah s.a.w: Dikahwini akan perempuan
itu kerana empat perkara: hartanya, keturunannya,
kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah dari
kalangan mereka yang beragama nescaya kamu
selamat.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
• Kriteria lain adalah seperti; anak dara, berakhlak
mulia dan keturunan yang ramai.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Pemilihan calon suami:-
 Kriteria yang perlu diberi perhatian oleh wanita semasa
memilih suami ialah menghayati agama, memiliki
akhlak mulia, mampu memimpin keluarga dan sekufu
(sama taraf).
 Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang meminang
kepada kamu orang yang kamu redhai agama dan
akhlaknya maka hendaklah kamu kahwini akan dia, jika
kamu tidak melakukannya nescaya akan berlaku fitnah
di atas muka bumi dan kerosakan yang besar.
(Riwayat At-Tirmizi)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.2 Peminangan dan Pertunangan
• Peminangan bermaksud menyatakan keinginan
berkahwin oleh seseorang lelaki kepada perempuan
yang diharuskan berkahwin mengikut syarak atau
sebaliknya.
• Setelah peminangan diterima dan sementara
menanti masa perkahwinan, maka tempoh tersebut
disebut sebagai tempoh pertunangan.
• Pertunangan hanyalah perjanjian untuk berkahwin
dan dalam tempoh tersebut lelaki dan perempuan
wajib menjaga batasan perhubungan.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Islam melarang seseorang lelaki meminang perempuan
yang sudah bertunang dengan lelaki lain selama mana
pertunangannya masih berkekalan tanpa izin keluarga
 Sabda Rasulullah s.a.w: Ibnu Umar r.a berkata, Nabi
melarang seseorang menjual di atas jualan orang lain
dan melarang seseorang lelaki meminang tunangan
orang lain sehingga dia memutuskan pertunangan atau
memberi kebenaran.
(Riwayat al-Bukhari)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.3 Pernikahan
• Nikah dari segi bahasa bermaksud himpun, kumpul
atau cantum.
• Dari segi syarak bermaksud ikatan yang
menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan yang
diharuskan berkahwin.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Firman Allah dalam surah an-Nur: 32
‫ني ِم ْن ِعبَ ِاد ُك ْم َوِإ َماِئ ُك ْم ۚ ِإن يَ ُكونُوا‬ِ‫الصاحِل‬
َّ ‫و‬ ‫م‬ ‫ك‬
ُ ‫ن‬‫م‬ِ ‫َأنكحوا اَأْليامى‬
ِ ‫و‬
َ َْ ََٰ ُ َ
‫يم‬ ِ‫ضلِ ِه ۗ واللَّه و ِاسع عل‬ ِ َّ ِ ِ
ٌ َ ٌ َ ُ َ ْ َ ُ ُ ‫ُف َقَراءَ يُ ْغن‬
‫ف‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫ه‬‫ل‬ ‫ال‬ ‫م‬ ‫ه‬
 Maksudnya: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang
(lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-
orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan
perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan
memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah
kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan
limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Sabda Rasulullah s.a.w: Nikah itu adalah sunnahku,
maka sesiapa yang tidak beramal dengan sunnahku
bukanlah ia dari golonganku.
(Riwayat Ibn Majah)
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.4Matlamat Perkahwinan
• Mendapat keredhaan Allah
• Mencapai kebahagiaan hidup berkeluarga yang
berkekalan
• Memelihara kehormatan diri dalam melaksanakan
tuntutan agama
• Mewujudkan ikatan kasih sayang kekeluargaan
• Menambah dan meramaikan zuriat
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
5.2.5Hikmah Perkahwinan
• Memelihara daripada melakukan perkara yang haram
seperti zina dan pergaulan bebas
• Menghalalkan pergaulan lelaki dan perempuan
menurut ketentuan syarak
• Memelihara kesucian keturunan
• Membentuk keluarga dan menyusun masyarakat
• Melahirkan semangat tolong menolong antara ahli
keluarga
• Menghubungkan silaturrahim dan kasih sayang
5.2 Konsep Kekeluargaan dalam Islam
 Sabda Rasulullah s.a.w: Wahai orang muda, sesiapa
antara kamu yang mempunyai kemampuan (zahir dan
batin), maka hendaklah dia berkahwin kerana ia lebih
menundukkan pandangan dan lebih memelihara
kemaluan dan sesiapa yang tidak mampu, maka
hendaklah dia berpuasa kerana berpuasa itu
memecahkan syahwat jimak (mengurangkan keinginan
jimak).
(Riwayat al-Bukhari)
5.3 Isu-Isu Kekeluargaan di Malaysia
 Di Malaysia, institusi sosial yang menjadi perhatian
ialah institusi keluarga. Institusi keluarga adalah unit
paling asas dan terpenting dalam proses pembentukan
masyarakat.
 Sekiranya institusi keluarga berpecah belah maka kesan
sosial dan kesan ekonominya akan dirasai oleh
masyarakat dan generasi berikutnya.
 Oleh itu, maju atau mundurnya sesebuah negara adalah
berpunca daripada insititusi keluarga.

Anda mungkin juga menyukai