Anda di halaman 1dari 71

Pembentukan Keluarga Muslim

Kandungan

1. Mukaddimah
2. Tujuan
3. Dasar Pemilihan Isteri
4. Dasar pemilihan Suami
5. Pertunangan

6. Tanggungjawab Suami
7. Tanggungjawab Isteri
8. Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak
9. Rumusan
10. Penutup

Pembentukan Keluarga Muslim


Mukaddimah
Islam adalah satunya sistem hidup Ilahi yang terakhir yang diredhai Allah S.W.T untuk
membawa pengislahan yang menyeluruh kepada manusia mencakupi setiap demensi
kehidupan. Bermula dari urusan aqidah, ibadah kekeluargaan hinggalah kepada urusan
sosial, politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan antara bangsa.
Kesejahteraan dan kekuatan satu-satu umat adalah bergantung kepada kesejahteraan
dan kekuatan unit-unit keluarga yang membentuk umat tersebut. Seperti sebuah
binaan, kekuatan dan keteguhan adalah bergantung kepada kekukuhan batu-batunya.
Bertolak dari hakikat inilah Islam mementingkan kehidupan berkeluarga. Beberapa
panduan penting telah digariskan oleh Islam dalam hal ini bagi menjamin kesejahteraan
hidup mereka di dunia dan akhirat.
Memandangkan asas tapak bagi sesebuah keluarga adalah perkahwinan, maka ianya
mendapat tempat yang tersendiri di sisi Islam. Ikatan perkahwinan dan akad nikah
adalah satu ikatan amat suci yang disebut dalam Al-Quran sebagai iaitu perjanjian yang
amat kukuh.
Faktor yang menentukan kebahagiaan atau kecelakaan sesebuah rumah tangga itu
bermula di peringkat yang lebih awal iaitu peringkat membuat penentuan dan
pemilihan, bukannya bermula sesudah memasuki gerbang rumah tangga.
Asas pemikiran adalah penting dalam menentukan kebahagiaan sesebuah rumah
tangga. Sekiranya neraca atau ukuran yang digunakan dalam memilih pasangan hidup
itu tidak betul, maka kebahagiaan itu agak sukar dicapai.
Hari ini kita sering dihidangkan pelbagai cerita mengenai gejala sosial hasil dari
keruntuhan keluarga yang rapuh . Jenayah rogol, rompak , bunuh , zina, buang anak dan
pelbagai lagi telah membuktikan bahawa masyarakat hari ini menghadapi masalah
kehidupan rumahtangga dan berkeluarga yang serius. Keruntuhan moral muda-mudi
hari ini juga adalah akibat dari keruntuhan institusi kekeluargaan kerana gaya hidup hari
ini lebih mementingkan materialistik.

Oleh kerana itu Pembentukan Keluarga Muslim adalah kaedah yang terbaik di dalam
membentuk masyarakat yang harmoni dan gemilang yang didalamnya terkandung
insan-insan yang berbudi pekerti mulia , saling hormat menghormati tanpa melampaui
batas-batas kehidupan. Umpamanya di antara suami dan isteri, anak dan ibubapa, jiran
tetangga dan sebagainya kerana Islam adalah ugama akhlak . Islam adalah untuk
kesejahteraan umat dan Islam adalah cara hidup (Way of Life)

Pembentukan Keluarga Muslim

Tujuan
Tujuan daripada tugasan ini adalah untuk mendedahkan kepada para pelajar tentang
beberapa perkara di dalam Bab Munakahat [iaitu suatu ilmu yang berkaitan dengan

hal-hal perkahwinan].

Bab Munakahat adalah suatu bab yang memberi panduan dan peraturan secara
terperinci segala hal yang bersangkutan dengan pembentukan sesebuah keluarga dalam
Islam

Di dalam Pembentukan Keluarga Muslim pengetahuan berkaitan dengan bab

Munakahat adalah sangat penting sebelum seseorang itu melalui atau menempuh
alam berumahtangga dengan menepati syarak dan sunnah.

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar
Pemilihan
Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Isteri


Islam memberi kebebasan kepada mana-mana lelaki untuk memilih bakal isteri nya yang
sesuai bagi mereka, disamping itu wanita juga bebas samada untuk menerima lamaran
lelaki atau menolaknya berdasarkan alasan yang diharuskan oleh syara, bukan tindakan
nafsu dan perasaan.
Untuk membentuk ikatan perkahwinan yang harmoni dan berkat,seseorang itu disarankan
supaya mengambil kira panduan syara dan saranan Nabi khasnya.Dimana bakal suami
digalakkan supaya mengutamakan perempuan yang solehah(beragama) serta dapat
melahirkan zuriat disamping memiliki ciri-ciri keistimewaan yang lain.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:
Seseorang wanita itu dikahwini kerana empat perkara:Kerana
hartanya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.Utamakanlah yang mempunyai
agama,nescaya kamu akan selamat- (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam maksud hadis di atas,Nabi menggalakkan umatnya supaya mengutamakan


pemilihan bakal isteri atas dasar agama,kerana dengan agama seseorang itu akan selamat
dan bahagia dalam erti kata yang sebenarnya.

Untuk tujuan tersebut,Islam menekankan pemilihan calon isteri yang beragama.Dimana


seseorang lelaki yang memilih bakal iateri yang solehah dan baik akan mendapat jaminan
kebahagiaan sebenar rumahtangganya.Sebagaimana sebuah hadis Nabi yang diriwayatkan
oleh Muslim dan Nasai yang bermaksud:

Sesungguhnya dunia ini adalah suatu tempat keseronokan dan sebaik-baik


keseronokan itu ialah wanita yang solehah-(riwayat Muslim dan Nasai)

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Isteri


Justeru itulah pemilihan bakal isteri mestilah mengikut landasan syara.
Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik
sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam);dan sesungguhnya seorang
hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir
musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati kamu.
Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki
kafir musyrik sebelum mereka beriman(memeluk agama Islam).
Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman adalah lebih baik
daripada seorang lelaki kafir musyrik,sekalipun keadaannya menarik hati
kamu.(Yang demikian ialah kerana)orang-orang kafir itu mengajak ke
neraka,sedang Allah SWT mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan
izin-Nya.Dan Allah SWT menjelaskan ayat-ayat-Nya(keterangan-keterangan
hukumnya) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil
pelajaran(daripadanya)-(Surah Al-Baqarah 2:21)

Namun begitu Islam sekali-kali tidak menolak dan tidak mengenepikan faktor sampingan
lain seperti kecantikan,harta,keturunan dan sebagainya.Namun asas utama yang
dikehendaki oleh Islam ialah agama dan pegangan aqidah seseorang bakal isteri.
Sebagai contohnya,sekiranya seseorang wanita itu tidak mempunyai pegangan aqidah
dan agama yang kukuh,mereka akan mudah terdorong kepada maksiat dan
mengabaikan tanggungjawabnya.

Begitu juga dengan kecantikan semata-mata boleh boleh membawa kepada


kemusnahan rumahtangga dan lagi pun kecantikan itu tidak akan berkekalan.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka,kerana kemungkinan


kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri.Dan janganlah
kamu kahwini kerana harta mereka,kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka
derhaka.Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama.Sesungguhnya hamba yang
berkulit hitam,tetapi beragama dalah lebih baik-(riwayat Ibnu Majah)

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Isteri


Dalam konteks lain,Nabi Muhammad SAW juga menggalakkan umatnya
supaya mengahwini dan memilih wanita yang memiliki sifat lemahlembut,penyayang dan dapat melahirkan anak,sebagaimana sabda Baginda yang
bermaksud:

Kahwinilah wanita yang bersifat penyayang dan boleh melahirkan


anak,sesungguhnya aku berbangga dengan bilangan kamu yang ramai
(riwayat An-Nasai

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Isteri


Kriteria Pemilihan Isteri Yang Harus DiPertimbangkan

Perempuan yang taat beragama. (utamakanlah pemilihan isteri yang taat beragama
seperti suka beribadat , menutup aurat & lain-lain melebihi dasar-dasar lain misalnya
harta kekayaan , nasab keturunan dan rupa paras yang cantik. "Dunia ini adalah
perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah Wanita Solehah"

Berketurunan yang baik dan Dibesarkan dalam persekitaran yang sempurna


akhlaknya. (Islam menggalakkan supaya memilih bakal isteri drpd Nasab Keturunan yang
baik-baik dan dibesarkan dlm suasana kekeluargaan dan masyarakat yang berhemah
tinggi serta berbudi pekerti mulia & amalkan nilai hidup yang diredhai Allah. Ini penting
untuk membentuk suasana yg harmoni , saling mengasihi dan saling menghormati
antara suami & isteri)

Perempuan yang subur & b'potensi melahirkan ramai anak. (Nabi SAW akan
berbangga dengan ramainya umat Islam pada hari kiamat nanti t'utama
umat yg Beriman dan Bertakwa. Wanita ini dapat dikenali dengan melihat
ramainya anak2 saudara prmpuan & juga saudara-mara prmpuannya yg terdekat)

Sekufu atau hampir sekufu. (ini mlibatkan faktor ekonomi , pelajaran dan dari segi
umur. Maksudnya janganlah bakal si suami itu terlalu jauh jarak umurnya dengan bakal
isteri. Seelok2nya ialah 10 tahun lelaki lebih tua drpd wanita.
Namun , apabila si lelaki mempunyai latar belakang pelajaran yang lebih tinggi & juga
taraf ekonomi yg lebih baik , maka ini boleh menjamin rasa hormat si isteri terhadap
suaminya)

Masih gadis atau anak dara. (Rasulullah SAW m'galakkan Islam memilih isteri drpd
kalangan gadis , bukan Janda , sesuai dengan nasihat Baginda SAW kepada seorg sahabat
Jabir r.a . Kemesraan yang akan lahir lebih menggmbirakan kedua2 belah pihak)

Pasangan bukan daripada keluarga terdekat. (Tidak bgitu d'galakkan berkahwin drpd
klangan kerabat yg hampir spti sepupu. Antara sebabnya ialah mengurangkan keinginan
syahwat yg blh menjejaskan keharmonian perkahwinan & dibimbangi mendapat anak yg
cacat dn kurang bijak)

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar
Pemilihan
Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Pemilihan seorang wanita bagi mencari bakal suami yang memiliki ciri-ciri calon pilihan
suami yang baik menurut Islam adalah sukar sebenarnya. Memang benar bahawa
jodoh dan pertemuan itu takdir dan ketentuan Allah . Namun ketentuan ini
tidak menafikan usaha dan ikhtiar.

Syaidatina Aisyah r.ha. berkata, Pernikahan hakikatnya adalah


penghambaan, maka hendaknya dia melihat dimanakah
kehormatannya akan diletakkan.

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia
ingin memilih calon suami?

Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami


Pertama: Agama.
Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang
muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan
sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan
kerana sayangkan anda.
Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap
keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu,
beriman dan beramal shalih.
Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama.
Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk
mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar.
Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan
rumahtangganya dari api neraka.

Allah berfirman: Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan
keluarga kamu dari neraka. [al-Tahrim 66:06]

Sabda Rasulullah saw:


Jika ( seorang lelaki) datang ( untuk meminang anak perempuan kamu) dan kamu
berpuas hati dengan agamanya serta akhlaknya, nikahkanlah ia ( dengan anak perempuan
kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan maka akan terjadi fitnah di (muka) bumi.

Hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA itu, Rasulullah SAW meletakkan asas
pertama yang kuat, dasar yang kukuh, prinsip yang sehat dan kaedah yang tepat dalam
memilih suami.

Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan
agama dalam dirimu, hilanglah cintaku pada mu. [Imam Nawawi]

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Kedua: Keluarga.
Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya
ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik
kepada ibubapanya.

Rasulullah bersabda: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala


kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Sahih al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan
ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia
akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya
menerima anda sebagai bakal menantu.
Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai
ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di
jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.


Lelaki iaitu suami ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan
tanggungjawab ini seperti mana firmanNya :

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap
kaum perempuan. [al-Nisa 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia
satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu
permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu
perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan
perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Suami

Keempat: Kewangan / Berkemampuan


Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan
para suami:

Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian.mereka memiliki hak di


atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan. [Sahih Muslim,
no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami
mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang
berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta
duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar
tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.
Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri
memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan
tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga
tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan
keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan
paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan:
Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya
dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.
[Shahih Muslim, no: 2594]
Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan
mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa
yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas
dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.
Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia
mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga,
rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama
ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura

Pembentukan Keluarga Muslim

Dasar Pemilihan Isteri

Kelima: Akhlaknya.
Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan:
Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia
menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia
memburukkannya. [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan


mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa
yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas
dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.
Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia
mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga,
rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama
ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
1.

Definasi

Menurut Dr.Yusof Al Qardawi dalam kitabnya Fatawa Muasirah pertunangan adalah


ikatan antara lelaki dan perempuan yang juga membawa makna menzahir dan
mengiklankan kehendak / kemahuan seseorang untuk berkahwin dengan seseorang
wanita tersebut.
Ia menandakan berlakunya proses perkenalan antara bakal pasangan suami isteri.
Keadaan itu dikira wajar kerana ibu bapa kedua-dua belah pihak mengetahui hubungan
anak mereka.

Meskipun begitu, di dalam ikatan ini, tiada hak tercetus di antara pasangan ini kecuali
hak bagi seorang lelaki itu melamar perempuan tersebut dengan harapan, tiada lelaki
lain yang akan meminang (atau memohon untuk berkahwin) perempuan tersebut.
Bertunang adalah muqaddimah kepada perkahwinan iaitu dengan melamar wanita
untuk dijadikan bakal isteri atau meminta persetujuan pihak wanita untuk menjadi isteri
kepada pihak lelaki. Bertunang juga membawa makna menzahir dan mengiklankan
kehendak / kemahuan seseorang lelaki untuk berkahwin dengan seseorang wanita.
Bertunang itu telah disyariatkan di dalam Islam sebagaimana firman Alllah SWT,
maksudnya :
Allah berfirman: " Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa Yang kamu bayangkan (secara
sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih Dalam idah), atau
tentang kamu menyimpan Dalam hati (keinginan berkahwin Dengan mereka). Allah mengetahui
Bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah
salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji Dengan mereka di Dalam sulit, selain dari
menyebutkan kata-kata (secara sindiran) Yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan Dengan
bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah Yang ditetapkan itu.
dan ketahuilah Sesungguhnya Allah mengetahui apa Yang ada Dalam hati kamu, maka beringatingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Penyabar."
( Surah al-Baqarah 2 : 235 )

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Pertunangan di dalam bahasa Arab di sebut sebagai al-khitbah yang bermaksud


meminta seorang lelaki kepada seorang perempuan untuk menikah dengannya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
2.

Hukum Bertunang
Hukumnya disebut oleh para ulamak sebagai Sunat, meskipun ada juga ulamak
yang menghukumnya sebagai Harus. Bermakna, amalan tersebut digalakkan di
dalam Islam demi mencapai Maqasid ( tujuan ) yang tertentu. Apabila kita melihat
kepada hukum, maka kita juga perlu meneliti kepada maqasid ataupun Hikmah di
sebalik hukum tersebut.

3.

Tujuan / Hikmah Pertunangan


Tujuan / Hikmah pertunangan adalah seperti berikut:-

i. Untuk mengikat janji yang keduanya akan berkahwin.


ii. Supaya kedua belah keluarga bertemu dan beramah mesra.
iii. Supaya kedua belah pihak dapat berbincang dan mendapat kata sepakat
mengenai tarikh dan tempat pernikahan, wang hantaran, jumlah dulang hantaran,
dan keperluan lain bagi majlis perkahwinan yang diadakan nanti.
iv. Supaya kedua pasangan dapat mebuat persiapan perkahwinan mengikut masa.
v. Supaya kedua pasangan dapat membuat persediaan untuk memasuki alam
perkahwinan.
vi. Supaya kedua-dua pasangan dan ahli keluarga dapat mengenali antara satu sama
lain dengan lebih dekat.

4. Pihak-pihak yang terlibat di dalam Majlis Pertunangan

Pihak-pihak wajib yang terlibat adalah lelaki yang ingin berkahwin, perempuan
yang ingin dikahwininya, bapa atau wali perempuan tersebut.
Walaubagaimanapun, kebanyakan masyarakat di Malaysia keluarga pihak lelaki
tersebut juga turut melibatkan diri.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

5. Syarat-syarat Pertunangan

Perempuan yang ingin ditunangkan wajiblah beragama Islam.


Perempuan yang ingin ditunangkan mestilah bukan muhrim dan boleh dikahwini.
Perempuan yang ingin ditunangkan hendaklah bukan isteri atau tunangan orang.

Perkara Yang DiHaramkan

A.

HARAM JIKA PEREMPUAN ITU ISTERI ORANG

Lelaki yang menjalin hubungan dengan isteri orang sering menyatakan kesediaan untuk
mengambil kekasihnya sebagai isteri jika diceraikan oleh suaminya. Kenyataan itu juga
bermaksud meminang.
Peminangan itu akan mendorong perempuan meminta cerai daripada suaminya sebagai
jalan untuknya berkahwin dengan kekasihnya. Sesungguhnya perceraian amat ditegah
oleh Islam.
Adalah menjadi satu kesalahan besar mana-mana isteri meminta cerai daripada suami
tanpa apa-apa kesalahan dilakukan oleh suami.
Sabda Rasulullah saw: Mana-mana perempuan yang meminta suaminya
menjatuhkan talak tanpa apa-apa kesalahan, maka haramlah ke atasnya bau
syurga.
Perempuan yang masih bergelar isteri, haram dipinang oleh mana-mana lelaki lain
kerana dia menjadi hak mutlak suaminya. Seorang isteri hanya putus hubungan dengan
suami selepas dia diceraikan atau bercerai mati dan tamat edahnya.
Islam amat mementingkan hubungan suami isteri yang baik sepanjang masa. Jadi, isteri
ditegah sama sekali menaruh minat kepada lelaki lain. Lelaki pula diharamkan menaruh
minat kepada mana-mana perempuan yang masih bergelar isteri bagi mengelakkan
perkara buruk.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

B.

HARAM JIKA PEREMPUAN ITU TUNANG ORANG

Haram meminang atas pinangan orang, iaitu meminang perempuan yang telah diikat
dengan tali pertunangan. Hukum ini adalah berdasarkan sabda Ras ulullah s.a.w. yang
pernah menyatakan mengenai larangan ini.

Sabda Rasulullah saw : Janganlah seorang lelaki meminang perempuan yang


telah dipinang oleh saudaranya sebelum perempuan itu ditinggalkan oleh tunang
sebelumnya atau jika tunang sebelumnya itu mengizinkan . (Riwayat Bukhari)

C.

HARAM JIKA PEREMPUAN YANG MASIH DALAM IDAH

Idah ialah masa selepas diceraikan sehingga genap tempohnya yang membolehkan
perempuan berkahwin semula. Masa edah ialah tiga kali haid atau 100 hari bagi wanita
yang diceraikan atau kematian suaminya.
Dalam masa idah perempuan tidak boleh berkahwin. Wanita yang diceraikan oleh
suaminya dengan talak raji (talak satu dan dua), boleh dirujuk kembali oleh suaminya
pada bila-bila masa yang dikehendakinya, selagi tempoh idahnya belum tamat. Talak raji
ialah talak yang boleh dirujuk semula.

Firman Allah yang bermaksud: Dan (bekas) suami mereka lebih berhak kembali
kepada mereka (rujuk), (dalam masa edah raji), jika mereka menghendaki
perdamaian. (Surah al-Baqarah, ayat 228).

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Isteri ditalak dengan talak bain (talak tiga), juga perlu melalui tempoh edah. Edah bagi
memastikan dia benar-benar tidak mengandungkan zuriat (dapat pastikan dengan
setelah tiga kali suci haid) bekas suaminya. Jika dia mengandung, edahnya dilanjutkan
sehingga melahirkan kandungan.
Janda diceraikan dengan talak bain tidak boleh dirujuk atau berkahwin semula dengan
bekas suaminya. Bagaimanapun, peluang untuk kedua-duanya berkahwin semula hanya
ada setelah wanita itu berkahwin dengan lelaki lain, dan di antara kedua-duanya telah
bercampur kemudian diceraikan pula oleh suami kedua.
Perlu ditegaskan, perkahwinan dengan suami baru itu perlu dilakukan dengan niat
perkahwinan sebenarnya. Maksudnya perkahwinan yang ingin berkekalan sepanjang
hayat. Perceraian (kemudian jika berlaku) tidak terlintas di dalam hati kedua-duanya.
Amalan cinta buta seperti dilakukan dalam masyarakat sebenarnya tidak wujud dalam
hukum agama. Cina buta jika dirancang dan diniatkan, maka perkahwinan itu tidak sah.
Lelaki yang dipertanggungjawabkan sebagai cina buta telah ditetapkan supaya
menceraikan isteri dalam tempoh tertentu selepas berkahwin.
Perbuatan itu sama dengan kahwin kontrak atau kahwin mutaah. Kahwin mutaah
diharamkan atau tidak sah. Justeru, syarat kahwin bagi membolehkan isteri dicerai
bain berkahwin semula dengan suami asal tidak sah.
Bagaimanapun, perkahwinan itu sah jika lelaki yang dijadikan cina buta itu tidak
mengetahui perkara sebenar. Dia berkahwin dengan niat baik, tetapi dipaksa
menceraikan isterinya atau isteri memohon cerai bagi membolehkan berkahwin
dengan bekas suami. Namun, terimalah balasan dosa mereka yang sengaja melakukan
perbuatan itu.
Janda ditalak dengan talak bain dan balu kematian suami boleh dipinang dengan cara
sindiran ketika masih dalam edah. Maksud sindiran ialah ia tidak dinyatakan secara
terus terang. Perbuatan itu sekadar memberi isyarat keinginan hati yang mana
difahami oleh perempuan itu.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
D. HARAM JIKA PEREMPUAN ITU ADALAH MUHRIMNYA

Perempuan yang hendak dipinang mestilah sah nikah dengannya atau bukan
muhrimnya. Haram bagi seorang lelaki meminang wanita muhrimnya, kerana di antara
kedua-duanya diharamkan nikah.
Perempuan yang diharamkan dikahwini ada dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:
Diharamkan ke atasmu menikahi ibu-ibumu, anak-anak perempuanmu, saudarasaudara perempuanmu, saudara-saudara perempuan bapamu (ibu saudara sebelah
bapa), saudara-saudara perempuan ibumu (ibu saudara sebelah ibu), anak-anak
perempuan daripada saudara lelakimu, anak-anak perempuan daripada saudara
perempuanmu, ibu-ibu yang menyusukanmu, saudara-saudara perempuan
sepersusuan, ibu mentuamu dan anak-anak tirimu yang ibunya sudah kamu campuri,
tetapi jika kamu belum mencampuri ibunya, kamu boleh mengkahwininya. (Surah
al-Nisa, ayat 32).

Rasulullah S.A.W bersabda:


Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai
mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan
[HR Muslim, dari jalur Ibnu Abbas]]

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
E. HARAM MELAKUKAN PERGAULAN BEBAS
Ikatan pertunangan bermakna persetujuan perempuan dan lelaki berkahwin pada suatu
masa ditetapkan. Namun, ikatan pertunangan bukanlah sebagai kebenaran
membolehkan lelaki dan perempuan bergaul bebas.
Lelaki dan perempuan yang bertunang masih terikat dengan hukum halal dan haram
seperti mana hubungan bukan muhrim.
Rasulullah S.A.W bersabda:
Janganlah seorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dia disertai
mahramnya, kerana yang ketiga di antara keduanya adalah syaitan
[HR Muslim, dari jalur Ibnu Abbas]]
Ibu bapa perlu mengawal anak perempuan yang bertunang supaya tidak bergaul bebas
dengan tunangnya. Alasan bahawa mereka akan berkahwin selepas itu bukanlah
bermakna semuanya boleh dilakukan sepertimana pasangan yang telah berkahwin.
Bahkan ada ibu baya yang menggalakkan anak yang bertunang agar sering keluar
bersama-sama dengan alasan mencari keserasian dan menyuburkan perasaan cinta.

Ikatan pertunangan sekadar satu perjanjian antara lelaki dan perempuan yang setuju
menjadi suami isteri pada masa akan datang. Ibu bapa yang menggalak atau
membiarkan anak mereka bebas bergaul dengan tunang akan menanggung perbuatan
dosa yang dilakukan oleh anaknya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
6. TEMPOH PERTUNANGAN
Tempoh pertunangan bergantung kepada keupayaan kedua pasangan tersebut.
Walaubagaimanapun tempoh yang lama adalah tidak digalakkan.

Jika dirasakan ikatan pertunangan itu menyebabkan hubungan bebas, maka ibu bapa
perlu memikirkan supaya perkahwinan disegerakan. Tindakan itu dapat mengelakkan
daripada berlaku keterlanjuran.
Tambahan pula, dalam tempoh pertunangan yang lama, sering menyebabkan perkara
yang merenggangkan hubungan pertunangan. Banyak cabaran dan kerenah yang
terpaksa dihadapi oleh pasangan bertunang.
Sering kali ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah dan usaha
memutuskan pertunangan itu. Perbuatan itu dilakukan oleh mereka yang iri hati melihat
pasangan yang bakal berkahwin dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga
kemudiannya.
Maka, untuk menjamin pertunangan berakhir dengan kebahagiaan, wajarlah
perkahwinan disegerakan. Lebih awal berkahwin, lebih cepat menikmati apa yang
diharapkan melalui perkahwinan.
Kebahagiaan hidup berkeluarga adalah sebahagian daripada nikmat yang Allah janjikan
dalam hubungan lelaki dan perempuan.
Berkahwin awal antara lain berpeluang mendapat zuriat lebih awal. Zuriat adalah
anugerah Allah yang menyerikan suasana hidup suami isteri. Justeru pasangan
berkahwin perlu menyimpan hasrat ingin mendapat zuriat yang ramai. Zuriat yang ramai
menyediakan rezeki yang lebih luas dan kehidupan yang lebih bahagia.
Pasangan yang melahirkan zuriat ramai sebenarnya menyempurnakan hasrat Rasulullah
yang inginkan umat yang ramai pada akhirat nanti. Sabda Rasulullah
bermaksud:Berkahwinlah kamu dan mempunyai anak melaluinya, sesungguhnya aku
berbangga dengan umatku yang ramai di akhirat nanti.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
7.

HUKUM MELIHAT BAKAL TUNANG

Seorang lelaki yang mempunyai azam untuk mendirikan rumahtangga disunatkan untuk
melihat perempuan yang mahu dipinangnya supaya tidak timbul penyesalan
dikemudian hari.

Mengapa setelah mempunyai azam untuk mengahwininya? Kerana melihat perempuan


sebelum mempunyai azam untuk mengahwininya merupakan suatu perkara yang tidak
membawa faedah. Bahkan haram hukumnya.

A.

ANGGOTA YANG HARUS DILIHAT

Ketika melihat perempuan yang mahu dipinang, Islam telah menyatakan garis
sempadan yang harus dipelihara.

Jika perempuan yang ingin dipinang itu merupakan perempuan yang merdeka, Menurut
ulama- ulama Syafie lelaki yang ingin meminang diharuskan melihat dua anggota
sahaja iaitu:

1.

Muka
Kerana dengan melihat muka lelaki tersbut dapat mengetahui cantik atau
hodohnya perempuan yang mahu dipinang itu.

2. Dua tapak tangan


Dengan melihat tapak tangan pula, lelaki tersebut dapat mengetahui kehalusan kulit
tubuh badannya. Dengannya juga dapat diketahui cacat cela yang terdapat pada
tubuh badannya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

B.

PERLUKAH IZIN DARI WALI UNTUK MELIHAT?

Seorang lelaki yang mempunyai keazaman untuk memperisterikan seseorang


perempuan diharuskan melihat perempuan tersebut sekalipun tanpa keizinan dari
walinya.
Memadailah dengan keizinan yang telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada
umatnya melalui sabdaannya yang berbunyi:
Dari Mughirah bin Syukbah r.a., dia telah berkata: Aku telah meminang seorang perempuan
jariah dari kalangan kaum Ansar. Perkara tersebut aku nyatakan kepada Nabi s.a.w. dan baginda
telah bersabda: "Lihatlah dia. Adalah lebih patut kalau ada kesesuaian antara kamu berdua."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Baginda bersabda pada hadis yang lain:


Di mata kaum Ansar terdapat sesuatu, jika ada di antara kamu yang ingin berkahwin dengan
wanitanya, lihatlah dia. (Riwayat Muslim)

C.

SYARAT-SYARAT PENGHARUSAN MELIHAT

Seorang lelaki yang telah mempunyai azam untuk azam untuk mengahwini seseorang
perempuan dibenarkan melihatnya dengan tiga [3] syarat, iaitu:
1) Perempuan tersebut tidak bersuami.
2) Perempuan tidak dalam iddah.
3) Mempunyai harapan untuk diterima pinangannya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

D. JIKA MEMPUNYAI KESULITAN UNTUK MELIHAT PEREMPUAN INGIN


DIPINANG/KAHWIN

Seorang lelaki yang mempunyai kesulitan untuk melihat perempuan yang ingin
dikahwininya atau kerana tidak mahu melihatnya sendiri disunatkan supaya
mengutuskan seorang perempuan atau mahramnya (perempuan tersebut) untuk
melihatnya. Ini dilakukan dengan harapan agar utusannya itu dapat menceritakan
kepadanya tentang rupa dan sifat perempuan tersebut.

Dalil dari perkara ini ada disebutkan oleh Syed al-Bakri bin Syed Muhamad Syatha alDimyati di dalam kitab I'anah al-Talibin syarah kepada kitab Fathul Mu'in karya
Al-Allamah Syeikh Zainuddin al-Malbari: Ertinya: Yang demikian itu telah diriwayatkan
oleh imam Ahmad di dalam kitabnya al-Musnad, bahawa Nabi Muhamad s.a.w. telah
mengutus seorang wanita untuk meminang seorang wanita untuknya.

Utusan tersebut dibenarkan untuk menceritakan atau menggambarkan lebih dari


anggota yang dibenarkan melihatnya iaitu muka dan dua tapak tangan. Bahkan dengan
cara ini, lelaki tersebut dapat mengetahui rupa bentuk atau sifat yang tidak dibenarkan
oleh syarak melihatnya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

E.

JIKA TIDAK BERKENAN TERHADAP CALON YANG DILIHAT

Apabila lelaki tersebut tidak berkenan dengan perempuan yang dilihatnya, hendaklah dia
diam. Dan jangan berkata: "Aku tidak sukakan kamu" atau sebagainya kerana kata-kata
seperti ini hanya akan menyakiti hati perempuan tersebut.

F.

HUKUM PEREMPUAN MEMANDANG LELAKI YANG MAHU MEMINANGNYA

Sebagaimana lelaki, perempuan juga disunatkan untuk melihat lelaki yang mahu
meminangnya. Kerana perempuan juga mempunyai perasaan sebagaimana lelaki, di
mana ada perkara yang disukai dan dibencinya.

G.

HUKUM MENYENTUH

Di dalam masalah yang lalu, Islam hanya membenarkan melihat sahaja terhadap
perempuan yang ingin dipinang dengan syarat-syarat tertentu. Dengan ini, menyentuh
perempuan tersebut adalah haram hukumnya kerana untuk mengetahui cantik atau
hodohnya dan cacat celanya tidak perlu dengan sentuhan, memadai dengan melihat.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

Adab Merisik Dan Bertunang Dalam Islam


a. Niat untuk melaksanakan sunnah (bernikah) atau berikhtiar mencari jodoh dan
bukannya bertujuan menambah koleksi kawan wanita atau berniat melakukan
kemungkaran.
b. Kejujuran. Tidak boleh menipu latarbelakang (background) dengan tujuan mahu
memikat wanita tersebut. Cinta itu tertegak di atas dasar keikhlasan dan kejujuran,
jika tiada keduanya; cinta itu palsu. Cinta sejati (true love) itu cinta kerana Allah.
c. Tidak mengganggu kekasih orang, tunangan orang, apatah lagi isteri orang lain.
d. Apabila wanita mengatakan tidak mahu, maka tidak boleh memaksanya.
Paksaan adalah gangguan.
e. Apabila wanita melarang si lelaki mengganggu (walaupun bukan niat lelaki itu untuk
mengganggu), maka haram mengganggunya.
[HARAM MENGGANGGU secara lisan apatah lagi gangguan perbuatan apabila wanita
itu menolak dan melarang untuk diganggu.
Jika masih diganggu, sila gunakan pihak ketiga; samada keluarga atau pihak
Polis. Ambil tindakan undang-undang terhadap mereka dengan bukti yang ada.]

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

f. Apabila sudah berjanji mengahwininya, maka haram memungkiri janji kerana itu sifat
orang munafik.
g. Apabila cinta sudah berputik keduanya, perlu menjaga pertuturan. TIDAK BOLEH
menggunakan suara lunak apatah lagi panggilan lunak yang menjadi kebiasaan suami
isteri seperti panggilan abang, honey, sayang, muahhh, xoxo (tanda memeluk
pasangan zaman siber) dan seumpamanya yang mendatangkan ghairah; atau punca
menghampiri zina walaupun tanpa niat mahu berzina.
[Tetapi sekadar emoticon tanda senyum atau menggambarkan intonasi perbualan
dalam mesej, itu tidak mengapa kerana komunikasi FB, WhatsApp (dan
seumpamanya) tiada intonasi di dalamnya. Boleh jadi takut salah faham dan dengan
penggunaan emoticon menjadikan perbualan itu lebih efektif.]
h. Apabila janji cinta sudah dimeterai, lelaki dan keluarganya boleh berkunjung ke
rumah wanita sebagai risikan bagi wanita yang berniqab (lelaki boleh menyuruh
wanita melepaskan niqabnya untuk melihat wajah wanita tersebut. Jika berkenan,
terus bertunang).
[Penting : Dalam hal sebelum pertunangan ini, lelaki dan wanita mesti jujur. Tidak
boleh menyembunyikan kekurangan fizikal untuk menipu pasangan, contohnya
seperti kaki kecil sebelah, penyakit hati, barah, gigi palsu, rambut palsu dan
seumpamanya. Tidak boleh menyembunyikannya daripada pasangan.]
Tidak boleh juga mengabaikan perkara paling utama dalam kehidupan, bahkan tidak
sempurna imannya jika berlebihan mencintai sesuatu atau orang lain berbanding
kecintaannya terhadap Allah dan Rasul-Nya.
Punca berlakunya anak lari dari rumah mengikut pasangan, penzinaan, buang anak
seumpamanya berpunca dari lemahnya tauhid (jahil akidah). Jika mereka mencintai
Allah dan Rasul-Nya lebih daripada mencintai dirinya dan kedua ibu-bapanya, hal-hal
seperti ini tidak akan terjadi atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan
Sekiranya anda ingin bertunang, anda perlulah memenuhi syarat-syaratnya yang
termaktub di dalam perundangan Islam. Antara syarat-syarat tersebut adalah :
1. Berjumpa dengan wali / mahram wanita.
Wali wanita adalah yang terdiri dikalangan mahramnya terutama ayah, abang, pakcik
sebelah ayahnya atau ibunya dan siapa sahaja mahramnya yang berkaitan dengan wanita
tersebut. Anda dilarang bertunang tanpa pengetahuan wali wanita tersebut.
2. Pertunangan wajib dirahsiakan.
Islam melarang keras terhadap tindakan menghebahkan pertunangan. Tidak
dibenarkan sama sekali membuat hebahan berkenaan pertunangan. Relevennya, andai
tidak jadi berkahwin dan pertunangan dihebahkan besar-besaran kedua-dua pihak akan
menanggung malu dan ini mengakibatkan maruah tercemar terutama maruah wanita.
Islam itu agama yang membela wanita dan maruah.
3. Bertunang dengan wanita yang dibenarkan syara'.
Antara wanita yang tidak boleh dipinang mengikut syara' ialah wanita yang talak satu
dan dua serta ada kemungkinan ruju', wanita yang kematian suami dan masih tidak
habis i'ddah iaitu sebanyak tiga kali suci, wanita yang diceraikan dengan talak tiga dan
masih tidak habis i'ddah.
4. Tidak meminang tunangan lelaki lain.
Islam tidak membenarkan mana-mana lelaki meminang tunangan saudara seIslamnya.
Sabda Rasulullah SAW, maksudnya :
" Mukmin itu bersaudara, tidak halal baginya membeli diatas barangan belian
saudaranya, dan jangan meminang diatas pinangan saudaranya sehinggalah diputuskan (
saudaranya memutuskan pertunangan)."
Empat syarat tersebut wajiblah dipatuhi oleh setiap ummat Islam terutamanya ummat
Islam di Malaysia. Jauhilah adat menghebahkan pertunangan kerana Islam melarangnya.
Wajib bagi anda selaku muslim mentaati segala perintah Allah dan menjauhi segala
larangannya. Penulis berharap anda tergolong dalam golongan yang mematuhi syaratsyarat tersebut. Sekiranya anda melampaui batas, nauzubillah nescaya anda akan
diseksa di akhirat kelak.

Pembentukan Keluarga Muslim

Pertunangan

KESIMPULAN
1.

Boleh mengeratkan tali persaudaraan dan memberi penghormatan kepada


perempuan serta ibu bapa dan seluruh ahli keluargannya.

2. Dapat memberi peluang kepada pihak lelaki dan perempuan lebih mengenali diri
masingmasing dari segi sikap, nilai, peribadi, akhlak, beragama dan lain-lain untuk
menjamin kebahagiaan rumah tangga apabila menjadi suami isteri kelak.
3. Ianya akan menjadi mukaddimah kepada sebuah akad nikah yang akan
menyebabkan pihak lelaki dan perempuan menjadi suami isteri yang akan diikat
dengan peraturaan syariat dan undang-undang kekeluargaan islam setempat.
4. Selain itu pertunangan juga menggalakkan pemberian hadiah diantara pihak-pihak
yang bertunang bagi melahirkan rasa kemesraan,kasih sayang dan saling hormatmenghormati serta mempelajari ilmu rumah tangga juga dalam satu jangka masa
dapat mengubah dan menyesuaikan diri serta membuat persediaan menjadi
seorang suami atau isteri.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab
Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
Sebaik sahnya lafaz nikah seorang lelaki, maka segala tanggungjawab bapa wanita itu
akan beralih pada bahu beliau pula. Tentang dosa pahala, suaminya yang harus
bertanggungjawab. Jadi, secara tidak langsung suami akan menjadi ketua keluarga. Soal
bagaimana harus memimpin dengan baik? Itu yang perlu difikirkan.
Seorang bapa yang baik ialah mereka boleh menjadi pemimpin, mo del ikutan serta
contoh yang baik kepada anak-anaknya.
Justeru, untuk menjadi seorang pemimpin dan model ikutan yang baik, seorang bapa
perlu menjadi pendidik dan berpegang kuat kepada disiplin bagi mewujudkan unsurunsur kemesraan di dalam keluarga dengan menunjukkan contoh yang terbaik, lahir dari
dalam diri.
Suami perlu sentiasa bermuhasabah tentang tanggungjawabnya kepada isteri dan
keluarganya. Jangan anggap hanya berstatus ustaz ia sudah dikira melengkapi dari segi
agama. Tetapi dalam soal mendidik isteri dan anak-anak? Ia tidak berjaya malah
dibiarkan isteri dan anak-anaknyanya melakukan dosa secara terang-terangan. Oleh
kerana itulah seorang lelaki yang bergelar suami perlu tahu akan tanggungjawabnya
sebelum mendirikan masjid lagi.
Antara ciri-ciri tanggungjawab yang harus ada seseorang yang bergelar suami adalah :

Adil

Pemimpin

SUAMI

Nafkah

Pelindung

Pendidik

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
PEMIMPIN
Sudah menjadi fitrah dan kurniaan ALLAH kepada kaum lelaki yang tidak dikurniakan
kepada kaum wanita. Fitrahnya, ALLAH menciptakan lelaki itu melebihi kaum wanita
khasnya dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Lelaki sememangnya mempunyai daya tahan fizikal dan kekuatan yang lebih daripada
wanita. Daya tahan menghadapi masalah serta memikul amanah yang besar. Sedangkan
wanita itu fizikalnya lemah dan mudah terdedah kepada fitnah.
Suami juga bertindak sebagai ketua rumah dalam sesebuah keluarga. Suami bertindak
sebagai pemerintah yang bertanggungjawab terhadap pemerintahannya iaitu
keluarganya. Suamilah yang akan membuat keputusan yang membabitkan keluarganya.

Firman Allah swt di dalam surah An-Nisa [34]:

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
NAFKAH
Si suami juga hendaklah memberi nafkah zahir dan batin kepada isterinya mengikut
kemampuannya. Menyediakan keperluan asas kepada si isteri iaitu: makanan yang
mencukupi, pakaian mengikut keperluan dan tempat tinggal.

Firman Allah
Dan kewajipan suami memberi makan dan pakaian kepada isteri dengan cara yang baik.
(Al-Baqarah:233)

Suami juga hendaklah memberikan wang yang secukupnya kepada si isteri supaya ia
boleh membeli keperluan rumahtangga. Untuk pakaian pula, si isteri berhak untuk
pakaian yang sesuai mengikut keadaan dan kemampuan si suami. Si isteri juga berhak
untuk mendapatkan tempat tinggal yang selesa, selamat dan sekurang-kurangnya
mempunyai keperluan yang minimum.
Nafkah anak-anak juga adalah tanggungjawab suami. Menurut Rasulullah, memberi
nafkah kepada anak dan isteri sama hukumnya dengan orang yang berjihad ke jalan
Allah. Suami haruslah ikhlas, walaupun kepenatan kerana apa yang dilakukan adalah
ibadah.
Biarpun nafkah adalah tanggungjawab suami,namun dalam sebuah rumahtangga yang
sederhana dan suami yang berpendapatan kecil,tidak menjadi kesalahan untuk isteri
bekerja dan membantu suaminya demi memantapkan kehidupan rumahtangga
mereka.Selain itu juga,Islam menegah isteri menuntut nafkah serta keperluan yang tidak
termampu oleh suaminya.
Seterusnya untuk menjamin keutuhan dan keluarga yang bahagia,masing-masing
mestilah merelakan dan sanggup menerima hakikat keadaan rumahtangga masingmasing,terutamanya bagi suami yang tidak mempunyai pendapatan yang lebih atau
tidak mampu berusaha lebih dan disebabkan taraf hidup yang tinggi,contohnya di kota
dan hidup di bandar.Walaubagaimanapun,suami mestilah berusaha dan mencari rezeki
yang halal dengan bersungguh-sungguh dan menunaikan tanggungjawabnya terhadap
keluarga.
Untuk keperluan batin pula, si suami hendaklah memenuhi keperluan isteri tanpa
mementingkan diri sendiri.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
PENDIDIK
Pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan kita sehari-hari. Kita perlulah
sentiasa memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini. Dalam sesebuah institusi
keluarga, suamilah yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan pengetahuan serta
pengajaran hukum Islam dalam hal-hal fardu ain kepada isteri dan anak-anak. Oleh
sebab itu, suami perlulah melengkapkan dirinya dengan pendidikan agama supaya ia
dapat mengajar isterinya.
Sebagai ketua keluarga dan pemimpin kepada isteri, suami bertanggungjawab
memberikan didikan dan bimbingan agama kepada isteri. Sekiranya seorang suami tidak
mampu memberi didikan agama kepada isteri disebabkan kurang ilmu agama, suami
perlu mengizinkan isteri untuk mengikuti kelas-kelas agama atau mengupah seorang
guru mengajar isteri tentang ilmu fardu ain.
Dengan memberi panduan kepada isteri tentang pendidikan agama ini, tentulah ia akan
mengelakkan keruntuhan sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan
tentang hukum-hukum agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai
pendidikan agama yang mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat
sunat dan sebagainya.
Melalui pendidikan agama yang diberi kepada isteri ia akan mengelakkan keruntuhan
sesebuah institusi keluarga yang disebabkan oleh kejahilan tentang hukum-hukum
agama. Suami hendaklah memastikan bahawa isteri mempunyai pendidikan agama yang
mencukupi dan menggalakkannya menjalankan ibadat-ibadat sunat dan sebagainya

Firman Allah SWT yang bermaksud:


Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka .
Surah at Tahrim ayat 6

Soalan:
Salahkah suami yang tidak dapat mendidik isterinya menjadi solehah?
Jawapan oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz :
Suami perlu berusaha sedaya-upaya. Dalam surah At-Tahrim,ayat 10, Allah memberi
contoh isteri yang ingkar di bawah bimbingan Nabi Nuh. Suami perlu berusaha sedayaupaya terlebih dahulu. Jika tidak berjaya, suami tidak lagi dianggap bersalah.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
PELINDUNG
Sebagai kepala keluarga Islam telah mensyaratkan bahawasanya seseorang suami itu
mestilah bertindak menjadi pelindung kepada keluarganya. Sebagai pemimpin, lelaki
dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan, kebajikan dan menyediakan keperluan
hidup untuk isteri dan anak mereka.
Islam melarang sama sekali kekerasan dalam rumah tangga. Sabda Rasulullah saw :
"Mengapa ada lelaki di kalangan kamu yang suka memukul isterinya seperti memukul
seorang hamba, padahal dia akan menyetubuhi isterinya itu pada hari lain." (Hadis riwayat
Ahmad).

Dalam keluarga, ciri-ciri nilai pelindung perlu ada bagi suami. Peranan bapa bukan lagi
sekadar menyara keluarga, lebih dari itu bapa berperanan penting melindungi isteri,
memberi kebahagiaan kepada keluarga dan kedamaian rumah tangga.
Peranan ini perlu diperkasakan untuk membebaskan masyarakat daripada gejala tidak
sihat dan maksiat.
Jika seorang suami melihat isterinya sebagai sumber amanah, maka dia tahu dia akan
dipersoalkan Allah di akhirat kelak. Oleh itu dia tidak akan sewenang-wenangnya
mengkhianati amanah itu.
Malangnya, pada masa sekarang terdapat sebahagian kecil bapa yang sanggup menodai
anak kandung mereka sendiri.
Terdapat juga bapa yang terlalu garang sehingga anak-anak takut hendak berdekatan
dengan bapa mereka dan tidak kurang juga suami yang hanya menjalankan
tanggungjawab mencari sumber pendapatan semata-mata tetapi menyerahkan
tanggungjawab menjaga anak sepenuhnya kepada isteri.
Baginda Rasulullah saw adalah contoh yang terbaik. Rasulullah saw sering menolong
isterinya melakukan kerja di rumah yang Baginda dapat melakukan sendiri seperti
menjahit baju yang koyak, memasak, membersihkan laman dan kerja lain.
Dari Siti Aisyah ra isteri baginda Rasulullah berkata :
"Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan
pembantunya. [Diriwayatkan oleh Bukhori]

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami
ADIL
Salah satu tanggungjawab utama seorang suami terhadap isterinya (isteri-isteri) ialah
mengawal isterinya serta berlaku adil kepadanya kerana isteri itu adalah amanah Allah
yang diserahkan kepada si suami.
Dari Muawiyah Al-Qusyairi r.a : Saya mendatangi Rasulullah saw, aku bertanya, Nasihat
apa yang akan engkau katakan (yang harus kami lakukan) terhadap isteri-isteri kami?
Rasulullah saw menjawab, Berilah mereka makan dari apa-apa yang kalian makan, dan
berilah mereka pakaian dari apa yang kalian pakai. Janganlah kalian memukul mereka dan
jangan pula mencaci mereka. [2144] Sahih Abu Daud

Ini menunjukkan bahawa suami hendaklah menjaga amanah yang telah diberikan oleh
Allah kepadanya. Ini merupakan tunggak utama dalam menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang suami.

Jika si suami dapat menghayati maksud sabda Rasulullah SAW ini, sudah tentu masalah
rumahtangga yang banyak berlaku pada zaman ini dapat dielakkan. Suami hendaklah
menjaga si isteri dan bukannya memperhambakannya walaupun disebutkan di atas
sebagai mengawal isteri.
Di sini, mengawal isteri bukanlah bermaksud mengawalnya sebagai hamba tetapi
mengawal isteri itu daripada melakukan perkara-perkara yang ditegah oleh Islam. Jika
sesorang lelaki itu mengahwini lebih daripada seorang isteri, bermakna suami itu
perlulah bersikap adil terhadap semua isterinya.
Suami hendaklah memenuhi keperluan isteri-isterinya tanpa melebih-lebihkan salah
seorang daripada mereka. Suami perlulah mengaturkan jadual bermalam yang adil
supaya tidak berlaku perbalahan sesama isteri dan juga dengan si suami yang akan
menghalang pembentukan keluarga bahagia.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Suami

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab
Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri
Bagi seorang wanita sebaik sahaja dia sudah diijabkabulkan , maka bermulalah episod
baru di dalam hidupnya .Ini kerana segala bebanan dunia dan akhiratnya akan dipikul
oleh suaminya.
Oleh yang sedemikian adalah menjadi satu kewajipan apabila isteri perlu sentiasa
berada di sisi suaminya setiap masa. Isteri juga tidak terlepas dari menunaikan
tanggungjawabnya yang mana merupakan hak kepada suami. Tanggungjawab ini
sememangnya perlu dilakukan kerana ia sedikit sebanyak menjadi salah satu kunci
syurga buatnya. Bukankah isteri perlu mendapat redha daripada suaminya. Jangan
menganggap isteri itu seperti orang gaji yang boleh disuruh-suruh, tetapi anggaplah apa
yang ktia lakukan untuk suami demi mencapai keredhaan Allah SWT.

1. TAAT

2.MELAYANI SUAMI

3.MENGURUS
RUMAHTANGGA
4.MENJAGA MARUAH
SUAMI, DIRI & KELUARGA
5.MENYENANGKAN HATI
SUAMI

6. PEMBERI MOTIVASI

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri
A.

TAAT

1. Tanggungjawab utama seorang isteri ialah isteri perlulah taat dan patuh kepada
suaminya. Kesetiaan isteri kepada suaminya perlu diutamakan terlebih dahulu lebih
daripada keluarga terdekatnya sendiri.

Sabda Rasulullah SAW:


Sekiranya aku ini orang yang menyuruh mana-mana orang supaya sujud kepada orang lain
tentu sekali aku akan menyuruh isteri sujud kepada suaminya.
(Riwayat Abu Daud dan al-Hakim)

2. Isteri hendaklah mematuhi perintah si suami asalkan ia tidak bertentangan dengan


ajaran Islam. Andainya suami menyuruh melakukan dosa maka isteri dibenarkan
membantah.

Sabda Rasulullah SAW:


Tidak boleh memtaati mahluk dalam perkara menderhaka kepada Allah SWT.
(Riwayat Ahmad)

3. Setelah berkahwin, suami mempunyai hak ke atas isteri. Oleh sebab itu, jika isteri
ingin keluar rumah atau berpuasa sunat, ia hendaklah meminta izin daripada suami.
Sabda Rasulullah SAW:
Tidak halal bagi sesorang isteri yang beriman dengan Allah dan hari akhirat untuk
berpuasa, sedangkan suaminya ada di sampingnya kecuali dengan keizinan suaminya itu.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan Ahmad Ibn Hanbal)

Larangan berpuasa tanpa keizinan suami ini diwujudkan kerana dikhuatiri si isteri tidak
dapat melayan kemahuan si suami dengan baik. Oleh sebab itu, meminta izin adalah
sangat penting.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

B.

MELAYANI SUAMI

Si isteri juga hendaklah melayani kehendak suami dengan baik. Hubungan yang perlu
dijaga ialah hubungan antara kedua-duanya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah
memastikan bahawa ia melayani kehendak suaminya.

Sabda Rasulullah SAW:


Apabila seorang suami mengajak isterinya ke tempat tidur, tetapi ia enggan
melayani ajakan suaminya, maka suami tidur dengan marah pada waktu malam
itu, nescaya malaikat mengutuknya sampai waktu subuh.
(Riwayat sebahagian Ahli Sunnah)

Untuk mencegah termasuk kedalam golongan yang ingkar, maka isteri perlulah
memenuhi kemahuan si suami jika tidak mempunyai alasan yang kukuh untuk
menolaknya.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

C.

MENGURUS RUMAHTANGGA

Tugas seorang isteri ialah untuk menjadikan tempat tinggalnya sebagai satu tempat
untuk beristirahat yang menyenangkan. Isteri hendaklah menghias rumah itu supaya
ia kelihatan damai dan rasa senang hati untuk tinggal di situ.
Untuk menghias rumah itu, si isteri perlulah menghias mengikut kemampuan
keperluan keluarga itu. Citarasa hiasan dalaman itu bergantung kepada suami isteri
asalkan ia tidak melanggar hukum Islam.
Apabila si suami memberi wang perbelanjaan kepada si isteri, maka si isteri mestilah
berbelanja dengan bijak serta tidak boros membelanjakan wuang pemberian
suaminya. Si isteri hendaklah berbelanja mengikut keperluan dan bukannya hawa
nafsu. S
Si isteri mestilah memahami keadaan ekonomi suami yang sibuk mencari nafkah yang
mencukupi untuk keluarganya. Oleh sebab itu, si isteri hendaklah membuat
perbelanjaan keluarganya dengan bijak supaya tidak ada perbelanjaan melebihi
pendapatan.
Maka, si isteri hendaklah berhemat- cermat dalam membuat pembelian supaya suami
isteri itu hidup dalam serba kesederhanaan.

Tanggungjawab Bersama.
Pengurusan rumahtangga adalah tanggungjawab seorang isteri.
Walaupun mempunyai pembantu rumah, isteri masih bertanggungjawab untuk
menyediakan segala urusan rumah itu.
Suami pula diharapkan dapat membantu si isteri dalam melakukan kerja-kerja di
rumah.
Dengan adanya kerjasama dari kedua-dua belah pihak, maka akan wujudlah sebuah
keluarga bahagia serta dapat merapatkan lagi hubungan sesama mereka.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri
D.

MENJAGA MARUAH DIRI, SUAMI DAN KELUARGA

o Sebagai seorang isteri, isteri hendaklah menjaga maruah dan akhlak terutamanya
apabila keluar dari rumah.
o Apabila si isteri keluar rumah kerana sebab-sebab tertentu seperti bekerja, melawat
sanak saudara atau keluar membeli-belah, pakaian yang dipakai hendaklah
menutup aurat dan tidak menjolok mata, berjalan dengan cara yang tidak menarik
perhatian ramai serta berkelakuan baik.
o Si isteri perlulah menundukkan pandangan serta menjauhkan dirinya daripada
segala fitnah yang mungkin akan berlaku.
Firman Allah:
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri
orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan Jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.
Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidak
diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(Al-Ahzab: 59)

o Seperti juga tanggungjawab si suami terhadap si isteri, segala kecacatan dan


kelemahan yang ada pada si suami hendaklah dirahsiakan. Ini adalah untuk
mengelakkan perasaan aib timbul yang boleh menjurus kepada perbalahan. Sudah
tentu perbalahan seperti ini perlulah dielakkan kerana ia boleh mengganggu
pembentukan keluarga bahagia.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri
E.

MENYENANGKAN HATI SUAMI

Dalam pepatah Arab ada menyebut:


Menerima walau sekecil mana pun benda yang kuberikan padamu, akan
menyuburkan lagi cintaku terhadapmu , dan janganlah engkau meninggikan suaramu
di hadapanku apatah lagi ketika perasaanku kusut... [ Imam Al Ghazali]
Maksudnya apabila si suami memberikan pemberian dalam apa sahaja bentuk, adalah
menjadi tanggungjawab si isteri untuk menghargai pemberian suami itu. Si isteri tidak
boleh meminta-minta hadiah daripada si suami yang melebihi daripada kemampuannya.
Jika mendapat hadiah walaupun yang kecil sahaja, isteri hendaklah menghargainya dan
tidak mengkritik-kritik bentuk hadiah itu.
ANTARA PERKARA YANG DISUKAI DAN MENYENANGKAN HATI SUAMI
Menambat hati suami
dengan bersegera pergi
jika dipanggil

Menambat hati
suami dengan
menemaninya
makan

Sambut
kepulangan suami
dengan
ketenangan

Isteri yang
manja tapi bukan
mengada-ngada
Tingkatkan ilmu
pengetahuan

Jangan
berleter!

Jangan kuat
merajuk

Menambat hati
suami dengan
sentiasa berhias
untuk suami
Ucapkan terima kasih
setiap pemberian
suami

Beri pendapat bila


ditanya sahaja

Layan suami
seperti raja

Jangan terlalu
kuat
membangkang

Jadilah bidadari yang


menenangkan fikiran

Jangan
memperkecilkan
kemampuan
suami

Elakkan
gangguan

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Asmaa' Binti Kharijah menasihati anak perempuannya ketika melangsungkan


pernikahan anak perempuannya iaitu ;Wahai anakku,kini engkau telah keluar dari sarang yang di situlah engkau dahulu
dilahirkan sehingga engkau menjadi besar.Kini engkau akan beralih ke satu hamparan
dan rumah yang engkau belum mengenalnya dan juga engkau harus berkawan
dengan seseorang yang belum tentu serasi denganmu.
Itulah suamimu,jadilah engkau sebagai tanah untuknya dan ia akan menjadi langit
bagimu.jadilah engkau sebagai lantai untuknya dan ia akan menjadi sebagai tiang
untukmu.
Janganlah engkau menyibukkannya dengan bermacam kesukaran, sebab, itu akan
membuatkan ia meninggalkanmu.
Janganlah engkau terlampau menjauh daripadanya, agar ia tidak melupakanmu,
tetapi jika dia mendekatimu, maka dekatilah ia.
Peliharalah suamimu itu dengan benar, baik hidungnya, pendengarannya, matanya
dan lain-lainnya. Janganlah kiranya suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan
yang harum. Jangan pula mendengarkannya melainkan yang enak dan jangan pula
melihatkannya melainkan yang indah .
Apa yang penting seorang isteri adalah sendi utama di tengah-tengah
rumahnya.Seorang isteri hendaknya banyak duduk di dalam rumahnya, sedikit
berbicara dengan jiran tetangganya dan jangan masuk ke rumah jiran kecuali dalam
keadaan yang sangat perlu.
Seorang isteri hendaknya menjaga suaminya baik di waktu suami berpergian atau
ketika suami di rumah. Usahakanlah agar suami selalu berada di dalam keadaan '
gembira '. Jangan sesekali kamu mengkhianati suamimu dan hartanya. Dan jangan
pula kamu keluar dari rumahnya melainkan dengan ada izin daripada suamimu.
Sekiranya ada seorang kawan suamimu datang ke rumahmu dan beliau berada di
muka pintu rumah tetapi saat itu suamimu tidak ada di rumah maka tidak perlulah
kamu cuba untuk bercakap-cakap dengannya. Hendaklah kamu sentiasa menjaga
perasaan ' cemburu ' suamimu terhadapmu.
Seorang isteri hendaklah merasa puas dengan apa yang ada pada suamimu. Mengenai
apa sahaja yang di rezeqikan Allah SWT padanya. Kamu harus mendahulukan hak
suamimu di atas hakmu sendiri serta hak keluarga lainnya.

Demikianlah nasihat seorang ibu yang budiman kepada puterinya dalam kewajipannya
untuk menjadikan puterinya sebagai isteri yang solihah dan taat pada suami.Maka ada
beberapa hal yang selayaknya ditunaikan oleh setiap wanita solihah terhadap suaminya
dalam rangka mewujudkan keredhaan Allah SWT dan suami sehingga menjadi bekal
menuju syurga.

Pembentukan Keluarga Muslim

Tanggungjawab Isteri

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

DEFINASI POLIGAMI
Poligami adalah perkataan yang diambil dari bahasa Greek yang bermaksud
perkahwinan banyak. Sebenarnya bagi seseorang lelaki yang berkahwin banyak
dipanggil Poligini dan bagi perempuan yang berkahwin banyak dipanggil Poliandri.
Di dalam masyarakat Melayu pula hidup berpoligami pula dipanggil sebagai hidup
bermadu.
Dari sudut agama Islam pula , Islam membenarkan seseorang lelaki berkahwin lebih
daripada dua [2] tetapi tidak melebihi empat [4] apabila beberapa syarat telah
dipenuhi dan berkemampuan pula di dalam satu masa.

Dalil Al-Quran
Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila
kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan
dari perempuan-perempuan (lain): Dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang
tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang
sahaja atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu
adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman. (Surah AnNisaa: Ayat 3)

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Sebelum mengupas Kesan Poligami Tidak Mengikut Syarak adalah mustahak untuk
mengetahui apakah perkara-perkara yang menjadi syarat penting untuk membolehkan
seseorang itu dibenarkan berpoligami di dalam Islam.

Amalan Poligami Rasulullah SAW


Rasulullah SAW mula berpoligami setelah kematian isteri petamanya Khadijah binti
Khuwailid. Kalau dilihat pada perkahwinan Rasulullah SAW, kesemuanya adalah untuk
menjaga kepentingan orang Iain daripada kepentingan sendiri. Umpamanya
perkahwinan baginda dengan Saudah binti Zamah isteri pertamanya setelah beberapa
tahun kematian Khadijah adalah atas dasar politik iaitu untuk menyelamatkan Saudah
yang kematian suaminya dari disiksa oleh kaumnya sendiri.
Begitu juga perkahwinannya dengan Juwairiyyah anak kepada ketua kaum Bani Mustaliq
bertujuan untuk memberhentikan perseteruan mereka dengan orang-orang Islam.
Manakala perkahwinannya dengan Zainab binti Jahsy adalah atas arahan Allah SWT yang
juga bertujuan untuk menyelesaikan masalah hukum anak angkat [Surah al-Ahzab ayat
27 39]
Begitu juga perkahwinannya dengan Hafsah binti Umar bertujuan untuk menjaga nama
baik Saidina Umar dan Hafsah sendiri.
Bagaimanapun perkahwinannya dengan Ummu Salamah seorang janda yang telah lanjut
usia adalah atas dasar peri kemanusiaan dan menjaga kepentingan Ummu Salamah.

Satu-satunya perkahwinan Rasulullah SAW dengan anak gadis adalah dengan Aisyah
yang juga bertujuan untuk merapatkan hubungan persaudaraan dan persahabatan
antaranya dengan Saydina Abu Bakar bapa kepada Aisyah. Inilah yang dikatakan oleh
M. Madani dalam penulisannya bahawa tujuan poligami dalam al-Quran Surah 4 ayat 3
mestilah atas sebab-sebab yang mulia di sisi Islam sesuailah dengan kehidupan
poligami yang telah diamalkan Rasulullah SAW.
Surah al-Ahzab : ayat 27 - 39.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Sebab-Sebab Keharusan Poligami

Dalam penulisan-penulisan fiqh, tidak terdapat perbincangan tentang sebab-sebab


keharusan poligami dalam Islam. Perbincangan hanyalah berkisar kepada soal-soal
hukum yang berkaitan dengan poligami. Sebaliknya dalam penulisan yang agak
terkemudian dari itu, maka beberapa sebab-sebab yang dibenarkan oleh Islam
untuk berpoligami telah disenaraikan

.
Antara sebab-sebab yang dinyatakan dalam penulisan-penulisan tersebut adalah:
Bilangan wanita melebihi lelaki
Mengelakkan dari berlaku perzinaan
Isteri mandul
Isteri sakit
Bermusafir ke tempat lain kerana berniaga
Kekuatan nafsu kaum lelaki
.
Sebab-sebab yang dinyatakan ini bagi memenuhi fungsi demografi, sosio-budaya
dan kehendak seksual. Sebab-sebab ini adalah untuk menunjukkan keperluan
poligami dalam satu-satu masyarakat.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Hikmah poligami
1. Dapat melahirkan zuriat terhadap pasanagan yang tidak dapat melahirkan anak
kerana kemandulan,sakit dan lain-lain
2. Poligami ialah satu cara untuk melindungi kaum wanita yang tidak mempunyai
suami atau kehilangan suami seperti meninggal dunia di medan perang dan
sebagainya

3. Mengelakkan kaum lelaki daripada terjerumus ke lembah maksiat kerana nafsu


lelaki tidak pernah kurang. Sedangkan nafsu perempuan semakin berkurang denga
pertambahan usianya
4. Untuk mengurangkan jumlah kaum wanita yang tidak berkahwin kerana semakin
ramai bilangannya daripada kaum lelaki
5. Mengelakkan kerukunan rumah tangga akibat krisis antara suami dan isteri
terutamanya tentang masalah seks. Dengan adanya kebenaran poligami,keadan

suami kembali aman dan pergaduhan dapat dielakkan


6. Menambahkan zuriat umat manusia dimuka bumi Allah melalui cara yang halal.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Sebab-Sebab Poligami Dibenarkan Dalam Islam


Menjamin kemuliaan agama Islam dan kehormatan umatnya dari sebarang godaan.
Menutup dan mengurangkan perzinaan dan pelacuran.
Membiakkan keturunan dengan cara yang halal.
Mengurangkan anak-anak di luar nikah dan pengguguran.
Seorang perempuan tidak dapat menyempurnakan kehendak nafsu suaminya

kerana beberapa halangan yang tidak dapat dielakkan sedangkan suaminya tidak
terbatas.
Perempuan sentiasa berkehendakkan pimpinan dan sokongan dari kaum lelaki
dengan kelemahannya yang semula jadi.
Bilangan kaum perempuan lebih ramai dari kaum lelaki pada bila-bila masa sahaja
terutama pada masa peperangan.
Setiap pasangan suami isteri pada asalnya ingin mendapat zuriat dan keturunan dan

kadangkala seseorang yang berkahwin itu didapati mandul, di kala itu hilanglah
tujuan asalnya kalau tidak dibenarkan poligami.
Nafsu berahi kaum lelaki untuk melakukan hubungan kelamin tidak terbatas pada
setiap peringkat umur walaupun umur telah meningkat hingga ke 70-80 tahun
tetapi nafsunya masih kuat.
Kebanyakan perempuan-perempuan yang umurnya dalam umur 50 tahun atau
perempuan yang telah kering darah haidnya, tidak merasa sanggup lagi melayani

nafsu suaminya, malah sudah mula hendak melarikan diri dari melakukan hubungan
kelamin dan terasa jijik bila mendengar soal-soal itu.
Sebab-sebab yang disebutkan di atas sebenarnya adalah untuk kegunaan
sesebuah negara bagi menentukan sama ada poligami perlu diteruskan
atau diharamkan. Atas sebab-sebab sedemikianlah ada kemungkinan
Malaysia masih membenarkan poligami kerana dirasakan poligami itu dapat
menyelesaikan masalah masyarakat.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Syarat Poligami
Dalil-dalil yang berkaitan tentang poligami terutamanya dalam Hadith, banyak
yang berkisar tentang keadilan dalam berpoligami. Kerana itu keharusan berpoligami
biarlah benar-benar dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh alQuran dan
al-Hadith agar poligami yang diamalkan itu tidak akan menyeleweng
daripada apa yang telah dinyatakan oleh al-Quran dan al-Hadith.

Ayat 65 dari Surah al-Zukhruf telah memberi amaran tentang mereka yang melakukan
kezaliman dan penindasan terhadap isteri-isteri. Maka dengan sebab itulah
penekanan kepada soal keadilan dalam berpoligami harus diberi perhatian.

Ini adalah kerana berpoligami bermakna membentuk sebuah keluarga yang


lain dan pastinya perlu kepada perhatian, tanggungjawab yang besar serta beban

kewangan yang tinggi diantara keluarga sebelum dan yang akan datang.
Kesilapan masyarakat dalam memahami konsep poligami menyebabkan poligami
tidak dapat dihayati dengan sepenuhnya. Kerana itu maklumat yang diberi
harus tepat bukan semata-mata keharusan yang dibenarkan oleh Islam tanpa
membincangkan soal tanggungjawab sebenar dalam rumah tangga poligami.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Syarat-syarat Poligami adalah seperti berikut :


1. Membatasi jumlah isteri yang akan dikahwininya.
Syarat ini telah disebutkan oleh Allah (SWT) dengan firman-Nya;
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu ber-kenan dari perempuanperempuan (lain): dua, tiga atau empat." (Al-Qur'an, Surah an-Nisa ayat 3)
Ayat di atas menerangkan dengan jelas bahawa Allah telah menetapkan seseorang itu
berkahwin tidak boleh lebih dari empat [4] orang isteri. Jadi, Islam membatasi kalau
tidak beristeri satu, boleh dua, tiga atau empat sahaja.
Pembatasan ini juga bertujuan membatasi kaum lelaki yang suka dengan perempuan
agar tidak berbuat sesuka hatinya. Di samping itu, dengan pembatasan empat orang
isteri, diharapkan jangan sampai ada lelaki yang tidak menemukan isteri atau ada pula
wanita yang tidak menemukan suami. Mungkin, kalau Islam membolehkan dua orang
isteri saja, maka akan banyak wanita yang tidak menikah. Kalau pula dibolehkan lebih
dari empat, mungkin terjadi banyak lelaki tidak memperolehi isteri.

2. Diharamkan bagi suami mengumpulkan wanita-wanita yang masih ada tali


persaudaraan menjadi isterinya. Misalnya, berkahwin dengan kakak dan adik, ibu dan
anaknya, anak saudara dengan emak saudara baik sebelah ayah mahupun ibu.
Tujuan pengharaman ini ialah untuk menjaga silaturrahim antara anggota-anggota
keluarga. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Sesungguhnya kalau kamu berbuat yang demikian itu, akibatnya kamu akan
memutuskan silaturrahim di antara sesama kamu." (Hadis riwayat Bukhari & Muslim)
Kemudian dalam hadis berikut, Rasulullah (s.a.w.) juga memperkuatkan larangan ini,
maksudnya;
Bahawa Ummu Habibah (isteri Rasulullah) mengusulkan agar baginda menikahi
adiknya. Maka beliau menjawab; "Sesungguhnya dia tidak halal untukku." (Hadis
riwayat Bukhari dan Nasa'i)
Seorang sahabat bernama Fairuz Ad-Dailamy setelah memeluk agama Islam, beliau
memberitahu kepada Rasulullah bahawa beliau mempunyai isteri yang kakak beradik.
Maka Rasulullah menyuruhnya memilih salah seorang di antara mereka dan
menceraikan yang satunya lagi. Jadi telah disepakati tentang haramnya
mengumpulkan kakak beradik ini di dalam Islam.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

3. Disyaratkan pula berlaku adil


Sebagaimana yang difirmankan Allah (SWT);

"Kemudian jika kamu bimbang tidak dapat berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu),
maka (kahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan
yang kaumiliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu
tidak melakukan kezaliman." (Al-Qur'an, Surah an-Nisak ayat 3)
Dengan tegas diterangkan serta dituntut agar para suami bersikap adil jika akan
berpoligami. Andaikan takut tidak dapat berlaku adil kalau sampai empat orang isteri,
cukuplah tiga orang sahaja. Tetapi kalau itupun masih juga tidak dapat adil, cukuplah dua
sahaja. Dan kalau dua itu pun masih khuatir tidak boleh berlaku adil, maka hendaklah
menikah dengan seorang sahaja.
Para mufassirin berpendapat bahawa berlaku adil itu wajib. Adil di sini bukanlah bererti
hanya adil terhadap para isteri sahaja, tetapi mengandungi erti berlaku adil secara
mutlak. Oleh kerana itu seorang suami hendaklah berlaku adil sebagai berikut:
a) Berlaku adil terhadap dirinya sendiri.
Seorang suami yang selalu sakit-sakitan dan mengalami kesukaran untuk bekerja
mencari rezeki, sudah tentu tidak akan dapat memelihara beberapa orang isteri. Apabila
dia tetap berpoligami, ini bererti dia telah menganiayai dirinya sendiri. Sikap yang
demikian adalah tidak adil.

b) Adil di antara para isteri.


Setiap isteri berhak mendapatkan hak masing-masing dari suaminya, berupa kemesraan
hubungan jiwa, nafkah berupa makanan, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain perkara
yang diwajibkan Allah kepada setiap suami.
Adil di antara isteri-isteri ini hukumnya wajib, berdasarkan firman Allah dalam Surah anNisak ayat 3 dan juga sunnah Rasul. Rasulullah (s.a.w.) bersabda, maksudnya;
"Barangsiapa yang mempunyai dua isteri, lalu dia cenderung kepada salah seorang di
antaranya dan tidak berlaku adil antara mereka berdua, maka kelak di hari kiamat dia
akan datang dengan keadaan pinggangnya miring hampir jatuh sebelah." (Hadis riwayat
Ahmad bin Hanbal)

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

i) Adil memberikan nafkah.


Dalam soal adil memberikan nafkah ini, hendaklah si suami tidak mengurangi nafkah

dari salah seorang isterinya dengan alasan bahawa si isteri itu kaya atau ada sumber
kewangannya, kecuali kalau si isteri itu rela. Suami memang boleh menganjurkan
isterinya untuk membantu dalam soal nafkah tetapi tanpa paksaan. Memberi nafkah
yang lebih kepada seorang isteri dari yang lain-lainnya diperbolehkan dengan sebabsebab tertentu. Misalnya, si isteri tersebut sakit dan memerlukan biaya rawatan sebagai
tambahan.
Prinsip adil ini tidak ada perbezaannya antara gadis dan janda, isteri lama atau isteri

baru, isteri yang masih muda atau yang sudah tua, yang cantik atau yang tidak cantik,
yang berpendidikan tinggi atau yang buta huruf, kaya atau miskin, yang sakit atau yang
sihat, yang mandul atau yang dapat melahirkan. Kesemuanya mempunyai hak yang sama
sebagai isteri.

ii) Adil dalam menyediakan tempat tinggal.


Selanjutnya, para ulama telah sepakat mengatakan bahawa suami bertanggungjawab

menyediakan tempat tinggal yang tersendiri untuk tiap-tiap isteri berserta anak-anaknya
sesuai dengan kemampuan suami. Ini dilakukan semata-mata untuk menjaga
kesejahteraan isteri-isteri, jangan sampai timbul rasa cemburu atau pertengkaran yang
tidak diingini.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

iii) Adil dalam giliran.


Demikian juga, isteri berhak mendapat giliran suaminya menginap di rumahnya sama
lamanya dengan waktu menginap di rumah isteri-isteri yang lain. Sekurang-kurangnya si
suami mesti menginap di rumah seorang isteri satu malam suntuk tidak boleh kurang.
Begitu juga pada isteri-isteri yang lain. Walaupun ada di antara mereka yang dalam
keadaan haidh, nifas atau sakit, suami wajib adil dalam soal ini. Sebab, tujuan
perkahwinan dalam Islam bukanlah semata-mata untuk mengadakan 'hubungan seks'
dengan isteri pada malam giliran itu, tetapi bermaksud untuk menyempumakan
kemesraan, kasih sayang dan kerukunan antara suami isteri itu sendiri. Hal ini
diterangkan Allah dengan firman-Nya;
"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya, dan rahmat-Nya,
bahawa la menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu
sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di
antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang
demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi
orang-orang yang berfikir." (Al-Qur'an, Surah ar-Ruum ayat 21)
Andaikan suami tidak bersikap adil kepada isteri-isterinya, dia berdosa dan akan
menerima seksaan dari Allah (SWT) pada hari kiamat dengan tanda-tanda berjalan
dalam keadaan pinggangnya miring. Hal ini akan disaksikan oleh seluruh umat manusia
sejak Nabi Adam sampai ke anak cucunya.
Firman Allah (SWT) dalam Surah az-Zalzalah ayat 7 hingga 8;
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat
amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarrah, nescaya akan dilihatnya (dalam
surat amalnya)."

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak
c) Anak-anak juga mempunyai hak untuk mendapatkan perlindungan, pemeliharaan
serta kasih sayang yang adil dari seorang ayah.
Oleh itu, disyaratkan agar setiap suami yang berpoligami tidak membeza-bezakan
antara anak si anu dengan anak si anu. Berlaku adil dalam soal nafkah anak-anak
mestilah diperhatikan bahawa nafkah anak yang masih kecil berbeza dengan anak yang
sudah besar. Anak-anak perempuan berbeza pula dengan anak-anak lelaki. Tidak kira
dari ibu yang mana, kesemuanya mereka berhak memiliki kasih sayang serta perhatian
yang seksama dari bapa mereka. Jangan sampai mereka diterlantarkan kerana
kecenderungan si bapa pada salah seorang isteri serta anak-anaknya sahaja.

Keadilan juga sangat dituntut oleh Islam agar dengan demikian si suami terpelihara dari
sikap curang yang dapat merosakkan rumahtangganya. Seterusnya, diharapkan pula
dapat memelihara dari terjadinya cerai-berai di antara anak-anak serta menghindarkan
rasa dendam di antara sesama isteri.
Sesungguhnya kalau diperhatikan tuntutan syarak dalam hal menegakkan keadilan
antara para isteri, nyatalah bahawa sukar sekali didapati orang yang sanggup
menegakkan keadilan itu dengan sewajarnya.
Bersikap adil dalam hal-hal menzahirkan cinta dan kasih sayang terhadapisteri-isteri,
adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Walau bagaimanapun, ia termasuk
perkara yang berada dalam kemampuan manusia. Lain halnya dengan berlaku adil
dalam soal kasih sayang, kecenderungan hati dan perkara-perkara yang manusia tidak
berkesanggupan melakukannya, mengikut tabiat semulajadi manusia.
Hal ini sesuai dengan apa yang telah difirmankan Allah dalam Surah an-Nisak ayat 129
yang berbunyi;
"Dan kamu tidak sekali-kali akan sanggup berlaku adil di antara isteri-isteri kamu
sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu
cenderung dengan melampau-lampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi)
sehingga kamu biarkan isteri yang lain seperti benda yang tergantung (di awangawang)."
Selanjutnya Siti 'Aisyah (r.a.) menerangkan, maksudnya;

Bahawa Rasulullah (s.a.w.) selalu berlaku adil dalam mengadakan pembahagian antara
isteri-isterinya. Dan beliau berkata dalam doanya: "Ya Allah, inilah kemampuanku
membahagi apa yang ada dalam milikku. Ya Allah, janganlah aku dimarahi dalam
membahagi apa yang menjadi milikku dan apa yang bukan milikku."

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Sesungguhnya Islam mengharuskan POLIGAMI, mereka yang dapat melaksanakan


tuntutan keadilan dalam poligami mendapat pengiktirafan mengikut / turut sunnah
Nabi dan mendapat pahala yang sangat besar di sisi Allah.
Sebaliknya bagi mereka yang tidak berkemampuan tetapi berpoligami hanya kerana
hawa nafsu semata-mata (jauh sekali menganggapnya ibadah (perhambaan total
kepada Allah).
Maka haram hukumnya berpoligami kerana ianya akan membawa kesengasaraan
banyak pihak dan menjadi fitnah kepada keindahan hikmah poligami di sisi Islam.
Poligami di sisi Islam, tidak pernah lahir mereka yang dianggap sebagai curang dan
perampas suami orang.

Sekiranya perkara ini timbul adalah berkemungkinan ia akibat pengamal poligami itu
sendiri telah gagal melaksanakan tuntutan poligami di sisi Islam.
Untuk mempastikan semua pihak menikmati keindahan poligami tanpa rasa curiga
dengan Hukum keharusan yang Allah tetapkan, seharusnya mereka yang terlibat
mempastikan terlebih dahulu matlamat kehidupan diri sendiri hendaklah selari dengan
tuntutan kehidupan di sisi Allah, matlamat berkeluarga juga selari dengan matlamat
kekeluargaan dalam Islam begitu juga matlamat berpoligami.
Seterunya pastikan mereka beramal dengan segala tuntutan yang telah di tetapkan
oleh Allah. Penyelesaian terbaik kepada segala masalah ada dalam Islam.
Kebenaran berpoligami bukanlah satu peluang yang baik kepada kaum lelaki tetapi
merupakan satu tanggungjawab yang besar sekiranya diamalkan. Seseorang yang
hendak berpoligami hendaklah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan
oleh syarak supaya perkara-perkara yang tidak diingini tidak berlaku.
Poligami yang diamalkan dengan baik dan mengikut syariat Allah akan mendapat
berkat dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Poligami yang mengikut hawa nafsu akan dilaknat dan dimurkai oleh Allah.
Lelaki yang hendak berpoligami mestilah beriman dan taat kepada perintah Allah.
Lelaki yang beragama akan menghayati konsep poligami yang sebenar dan
mengamalkannya terhadap isteri-isterinya.
Lelaki tersebut hendaklah berlaku adil terhadap isteri-isterinya, sama ada mengenai
nafkah zahir atau nafkah batin.
Lelaki tersebut mestilah mempunyai tubuh badan yang sihat supaya dapat
menyempurnakan segala tanggungjawab terhadap isteri-isteri dan anak-anaknya.
Hendaklah mempunyai sumber kewangan yang cukup dan teguh untuk menampung
keperluan isteri-isteri dan anak-anaknya. Sumber kewangan yang tidak cukup akan
membawa kesan yang tidak baik kepada sesebuah keluarga.
Sabda Rasulullah S.A.W ( Riwayat Abu Daud dan at-Tarmizi )
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Nabi S.A.W telah bersabda, sesiapa
yang mempunyai dua orang isteri lalu memberi kepada seorang daripada kedua-duanya,
dia akan dibangkitkan di hari kiamat kelak dengan bahunya berat sebelah.

Syarat poligami
Berkemampuan untuk menanggung nafkah isteri-isteri
dan anak-anak
Berlaku adil kepada isteri-isteri
Adil dalam menyediakan kediaman
Adil dalam giliran bermalam
Adil dalam musafir

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Antara Kesan Berpoligami Tidak Mengikut Syarak


1. Kesan kepada anak-anak.

i. Menimbulkan masalah kepada anak-anak yang tidak cukup perbelanjaan dan


memaksa mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak baik. Anak- anak yang
terabai dan kurang mendapat perhatian yang sewajar dari bapanya selalunya
berhadapan masalah sosial dan moral.
ii. Sah atau tidak perkahwinan poligami tanpa kebenaran Mahkamah perlu
ditentukan terlebih dahulu sebelum perkahwinan itu boleh didaftarkan di bawah
Akta atau Enakmen yang berkuatkuasa. Penentuan kesahan perkahwinan ini akan
menimbulkan isu berkenaan kedudukan anak-anak yang lahir hasil daripada
perhubungan itu. Jika perkahwinan poligami tanpa kebenaran ini diputuskan oleh
Mahkamah sebagai tidak sah, anak-anak yang dilahirkan adalah dianggap anak luar
nikah yang mana status hubungannya dengan bapa tidak wujud sama sekali.
Akibatnya, anak-anak ini akan menghadapi pelbagai masalah di masa hadapan
2. Membawa kepada penganiayaan terhadap kaum wanita.
Menurut seorang doktor wanita bahawa beliau acapkali didatangi oleh wanitawanita yang didera dan kebanyakannya adalah isteri senior yang suaminya telah
berkahwin lain dan mengabaikan malah menyiksa isteri-isteri senior tersebut.
Bukankah ini bermakna mengkhianati kaum wanita dan menzalimi mereka?
3. Mewujudkan masyarakat yang tidak aman.
4. Menimbulkan permusuhan dalam keluarga khususnya terhadap isteri-isterinya
kerana perasaan cemburu dan irihati sesama mereka. Keharmonian rumah tangga
bertukar kepada kehancuran.

Sabda Rasulullah S.A.W (Riwayat Aby Daud,Tarmizi, Nasai Ibnu Majah) Maksudnya :
Daripada Aisyah r.a telah berkata:
"Sesungguhnya Rasulullah S.A.W membahagikan giliran sesama isterinya dengan adil dan
baginda berdoa: Ya Allah! Ini bahagian aku yang dapat aku laksanakan kerana itu
janganlah Engkau cela aku tentang apa-apa yang Engkau kuasai sedangkan takut tidak
menguasainya . Berkata Abu Daud : maksudnya ialah hati."

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak
Poligami boleh mengundang ke neraka?
Tanpa iman dan takwa, sesebuah perkahwinan poligami itu tidak mungkin akan berlaku
adil, malah akan mencetus dosa yang berpanjangan. Lebih malang lagi, apabila hukum
hakam tentang poligami sendiri tidak difahami.
Dalam isu ini mungkin kita boleh merujuk kepada filem P.Ramlee, Madu Tiga. Melalui
filem itu ramai yang rasa terhibur dengan watak lucu pelakonnya, tetapi berapa ramai
yang memahami mesejnya. Sebenarnya dalam filem komedi ini cukup memberi mesej
yang serius kepada suami dan isteri tentang hukum poligami.
Memang pada permulaannya niat Jamil untuk berkahwin dengan anak pakcik tua yang
menyewa rumah sewa ayah Jamil sesuatu yang murni. Selain kerana hendak membela
ayah anak gadis itu, Jamil mahu juga menyelamat imannya (kerana keinginan seksnya)
yang sering diabaikan isterinya yang sudah tua. Pada masa yang sama niat baik Jamil itu
jelas tidak mendapat tentangan daripada bapa mentuanya.
Tetapi niat yang baik itu jelas tidak mendapat restu daripada Allah kerana terdapat
unsur-unsur penipuan sejak awal perkahwinan itu lagi. Pertama, Jamil menipu gadis
dan bapa gadis itu tentang status dirinya yang sudah berkahwin. Yang kedua, dia
menipu isterinya yang kononnya untuk menghadiri majlis perkahwinan orang lain,
padahal dia sendiri hendak berkahwin.
Kesan dari penipuan itu, dia terpaksa meneruskan agenda menipu berhari-hari malah
berbulan-bulan. Bayangkan dalam tempoh itu, berapa saat dia boleh bahagia dengan
isteri barunya. Jawapannya jelas, tidak pernah ada kebahagiaan walaupun sesaat.
Oleh sebab tidak mendapat kebahagiaan dengan perkahwinan itu, dia berkahwin
seorang lagi anak gadis yang ternyata lebih cantik daripada kedua-duanya. Tetapi
malangnya belum sempat bahagia, tembelangnya terbongkar. Akhirnya berlaku drama
kejar mengejar.

Pembentukan Keluarga Muslim

Kesan Poligami Tidak


Mengikut Syarak

Dalam Islam faktor iman dan takwa seseorang akan menjadikan dia jujur dalam segala
tindakan. Percayalah kalau Jamil berterus terang dengan isterinya, walaupun pada
awalnya dia menentang namun pasti ada titik pertemuan yang baik selepas itu.
Memanglah seseorang isteri sukar untuk memberi keizinan kepada suaminya supaya
berkahwin lagi, tetapi jika dia jujur, semuanya akan berjalan dengan baik.
Tegasnya jika isteri tidak mahu mengizinkannya, tidak perlu diteruskan demi
menyelamatkan rumah tangga yang ada. Jika berlaku juga perkahwinan dalam keadaan
tidak restu isteri, boleh jadi suami tidak bahagia kerana terpaksa mencipta
pembohongan demi pembohongan sepanjang hayat.
Pada masa yang sama, isterinya terus memendam rasa dan curiga terhadap suami.
Keadaan ini akan menjadikan hubungannya dengan isteri pertama tidak murni lagi. Apa
guna dapat isteri baru tetapi isteri pertama terus menyepi? Apalah bahagianya dapat
isteri muda tetapi isteri tua terus menderita.
Sepatutnya dengan poligami, suami bertambah bahagia di samping isteri-isterinya, dia
dapat manfaat daripada semua isterinya. Suami tidak akan ketandusan belaian kasih
sayang isteri-isterinya. Pada masa yang sama isteri-isterinya rasa cukup terbela.

Walau bagaimanapun, mana-mana isteri yang tidak mahu berkongsi kasih dengan
madunya, harus memberi khidmat bakti, belaian kasih kepada suami seperti awal
perkahwinannya walaupun pada usia tuanya. Ingatlah, sikap isteri Jamil dalam kisah di
atas adalah punca suaminya terdorong hendak berkahwin lain.

Pembentukan Keluarga Muslim

RUMUSAN
A. Sebelum menempuh alam berumahtangga dan seterus membentuk keluarga
seseorang muslim itu harus mempelajari perkara-perkara atau ilmu berkaitan
dengan perkahwinan iaitu bab Munakahat.

B. Perkara-perkara mengenai :
1) Pemilihan suami/isteri yang mengikut ciri-ciri yang dianjurkan oleh syarak
2) Tanggungjawab seseorang suami/isteri menurut syarak
3) Pertunangan yang dianjurkan syarak
4) Dan kesan poligami yang tidak mengikut syarak (berlandaskan nafsu semata-mata)
Adalah sangat penting kerana ianya adalah sebagai asas atau teras di dalam
Pembentukan Keluarga Muslim dan keluaga sakinah [keluarga yang semua anggota

keluarganya merasakan cinta kasih, keamanan, ketentraman, perlindungan, bahagia,


keberkahan, terhormat, dihargai, dipercaya dan dirahmati oleh Allah SWT].

C. Islam adalah agama yang syumul [lengkap dan menyeluruh]. Dengan Al-Quran dan
As Sunnah menjadi panduan sudah tentu kita akan dapat merasai kenikmatan dan
kebahagian hidup di dunia dan akhiratinsya Allah.

Pembentukan Keluarga Muslim

PENUTUP
Walaupun pembentangan bab Munakahat di sini cuma sebahagian sahaja,
tapi ianya sangat berguna kepada kami apabila menempuh alam
berkeluarga nanti terutama sekali bab-bab berkaitan pemilihan calon-calon
pasangan yang sesuai mengikut adab-adab dan peraturan, tanggungjawab
setiap suami/isteri dan ikatan pertunangan yang dianjurkan di dalam Islam.

Alhamdulillah, dengan adanya tajuk tugasan ini sedikit sebanyak dapat

membantu.saya dalam menambah pengetahuan saya berkenaan perkara


teras dan seterusnya dapat membimbing dan mengamalkannya di dalam
menjalani kehidupan sebagai insan muslim.

Mudah-mudahan Allah swt akan memberi rahmat dan hidayah kepada kita
semua dalam meniti makna kehidupan ini.

Terimakasih saya yang tidak terhingga kepada pensyarah yang berkenaan


iaitu Ustaz Shahrul Iman Bin Hasuana di atas segala tunjukajar dan
bimbingan yang diberikan. Semoga Allah swt memberikan segala kebaikan
kepada beliau.

Nazirul Farhan Maula Salehuddin


Jurusan Perekaan Gaya Rambut Tahap 2
IKBN Peretak
Februari 2015

Sekadar Renungan

Pembentukan Keluarga Muslim

MAKLUMAT PERIBADI

NAMA

NAZIRUL FARHAN MAULA SALEHUDDIN

NO K/P

960307-08-6493

ALAMAT

NO 50 JALAN SUNGAI JUDAH 28/13,


TAMAN ALAM MEGAH
40400 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN

TARIKH LAHIR :

07 MAC 1996

STATUS

BUJANG

PENDIDIKAN

PEREKA GAYA RAMBUT


IKBN PERETAK (JULAI 2014)

EMAIL

nazirul.yakuza@yahoo.com

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA


PERETAK, 44000 KUALA KUBU BHARU
SELANGOR DARUL EHSAN

(KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA)

KERTAS TUGASAN

PEMBENTUKAN KELUARGA MUSLIM

UIS 2221 ( PENGETAHUAN AGAMA ISLAM )

NAMA PELAJAR

: NAZIRUL FARHAN MAULA SALEHUDDIN

JURUSAN

: PEREKA GAYA RAMBUT

TAHAP

: 2

Anda mungkin juga menyukai