Anda di halaman 1dari 49

PERAKAUNAN AA015

BAB 2 :
KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN

Objektif
Menjelaskan makna prinsip perakaunan
diterima umum dan kepentingannya.
Menjelaskan
konsep-konsep
asas
perakaunan.
Menjelaskan persamaan perakaunan dan
definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil,
belanja dan ambilan serta kesannya.
Menganalisis kesan transaksi perniagaan ke
atas persamaan asas perakaunan.
Menerangkan sistem catatan bergu.
Menjelaskan hukum debit dan kredit.
2

KONSEP-KONSEP ASAS
PERAKAUNAN
Prinsip Perakaunan Diterima Umum
Konsep-konsep Perakaunan
Persamaan Perakaunan
Sistem Catatan Bergu
Soalan Pengukuhan
3

Prinsip Perakaunan
Diterima Umum
- Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan.
- Panduan
untuk
mengukur,
merekod
dan
melaporkan aktiviti ekonomi.
- Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan,
prosedur dan garis panduan yang standard.
- Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor
dengan cara yang sama oleh semua akauntan.
TUJUAN
- Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata
Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan
untuk tujuan membuat perbandingan.
4

KONSEP-KONSEP P
ERAKAUNAN
RUMUSAN

Konsep-Konsep Perakaunan
Kos Sejarah
Pengukuran Wang
Stabil
Entiti Berasingan
Usaha Berterusan
Ketekalan
Tempoh
Perakaunan

Materialiti
Realisasi
Pemadanan
Konservatisme /
Pruden
Pendedahan
Penuh
Keobjektifan
6

Kos Sejarah (Historical Cost)


- Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli.
- Sebab objektif dan boleh dibuktikan.
Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga
RM20,000 pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat
kepada RM25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang
harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa?
Penyelesaian:
Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah
dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya
urusniaga belian.
7

Pengukuran Wang
(Monetary Unit)
Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan
dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil.
Contoh:
Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi
nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan
perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga
tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan.
Penyelesaian:
Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga
perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat
dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai inflasi.
8

Entiti Berasingan (Separate Entity)


Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza.
Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik .
Contoh:
En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya.
Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod
perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak
petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku
perniagaannya.
Penyelesaian:
En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan.
Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah
perbelanjaan
peribadi
bukannya
perbelanjaan
perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku9
perniagaannya.

Usaha Berterusan (Going Concern)


Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan.
Tidak dibubarkan dalam jangka pendek.
Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan
untuk menghasilkan pendapatan.
Contoh:
Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000
dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga
pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah
dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5
tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam
jangkamasa tersebut.
Penyelesaian:
Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha
berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan
disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan
akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan
10

Ketekalan (Consistency)
Kekalkan semua kaedah yang digunakan.
Tujuan mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas
dan firma lain.
Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan.
Contoh:
Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam
menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat
bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah
baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini
mematuhi konsep ketekalan?
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah
yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk
tahun-tahun seterusnya.
11

Tempoh Perakaunan
(Accounting Period)
Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan,
membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan.
Contoh:
Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006.
Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan
iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep
perakaunan yang terlibat.
Penyelesaian:
Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia
memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata
kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan.
12

Materialiti (Materiality)
Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan
maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat
oleh pembuat keputusan.
Penentuan materialiti:a) perlu buat bandingan.
b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat.
Contoh:
Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000
masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun.
Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10
tahun. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira
susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai
dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah
material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun.
13

Realisasi (Realisation)
Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku.
Kriteria:berlaku pertukaran hakmilik.
pembeli sanggup bayar.
kestabilan nilai matawang.
pembeli berupaya bayar.
Contoh:
En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100
pasu tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah
merekodkan tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh
tempahan diterima. Berikan pendapat anda.
Penyelesaian:
En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana
urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut
hanyalah sebagai deposit. Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.

14

Pemadanan (Matching/Accrual)

Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk


tempoh yang sama.
Tujuan ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu
tempoh perakauanan.
Contoh:
En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember
sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan
Januari berikutnya.
Penyelesaian:
Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh
semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa.
15

Konservatisme / Pruden
(Conservatism / Prudent)
Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira
tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira.
Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang
nyata
Contoh:
Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat
menjangkakan
syarikat
akan
kalah
dalam
perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar
RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda?
Penyelesaian:
Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam
Penyata Kewangan.
16

Pendedahan Penuh (Full


Disclosure)

Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan


organisasi.
Contoh:
Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah
penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan
perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh
perakaunan berkenaan.
Penyelesaian:
Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di
mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota
kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan
perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata
17
kewangan.

Objektiviti (Objectivity)
Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong
berlakunya urusniaga.
Tujuan elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif
dan tidak tepat.
Rekod boleh dipercayai benar dan tepat.
Contoh:
Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga
tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga
pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen
dikeluarkan. Beri pendapat anda.
Penyelesaian:
Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga
pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang
berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen
18
tertentu. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan

RUMUSAN
Konsep-konsep asas dalam perakaunan
menjadi garis panduan yang diterima
umum dan dipraktiskan sebagai satu
standard yang universal.
Konsep-konsep
ini
penting
bagi
memastikan
penyediaan
penyata
kewangan
yang
standard
kepada
pengguna maklumat perakaunan.
19


PENGKELASAN AKAUNDALAM
SESUATU ENTITI
Rumusan

PERSAMAAN PERAKAUNAN

Rumusan

20

Pengkelasan Akaun Dalam


Sesuatu Entiti
Penyata
Kewangan
(Financial Statement)

Penyata
Pendapatan
(Income
Statement)

Penyata
Ekuiti
Pemilik

Lembaran
Imbangan
(Balance Sheet)

Penyata
Aliran Tunai
(Cashflow
Statement)

Nota Kepada
Akaun
(Notes To The
Accounts)

21

Penyata Pendapatan

Hasil

Belanja

22

Hasil (Revenues)
Segala perolehan daripada jualan barang atau
penyediaan perkhidmatan.
2 jenis hasil iaitu:Hasil Pengendalian Pernigaaan
Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan
Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan
Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa
diterima, untung atas jualan aset tetap
23

Belanja (Expenses)
Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil.
2 jenis belanja iaitu:Belanja Operasi
Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja
Jualan,
Angkutan Keluar
Belanja Bukan Operasi
Contoh:- Faedah atas Overdraf

24

Lembaran Imbangan

Aset

Liabiliti

Ekuiti
Pemilik

25

Aset (Asset)
-

Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan.


Aset dibahagikan kepada dua:1. Aset Bukan Semasa
Aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk
beberapa tahun.
Terbahagi kepada 2:i. Aset ketara/nyata/tetap Dapat dilihat secara
fizikal.
Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatan
ii. Aset tak ketara Tidak dapat dilihat secara fizikal.
Contoh:- Tanda dagang, paten, hak cipta

26

2. Aset Semasa
Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan
boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh
setahun.
Sentiasa berubah bentuk dan nilai.
Contoh :- Inventori, Akaun Belum Terima,
Tunai, Bank dan sebagainya.

27

LIABILITI (LIABILITY)
Hutang / obligasi perniagaan yang perlu dibayar
oleh
entiti kepada pihak lain.
Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun)
Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh
yang melebihi satu tahun.
Contoh:- Pinjaman jangka panjang, gadai janji
28

2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun)


Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh
kurang dari setahun.
Contoh:- Akaun belum bayar, Belanja utiliti belum
bayar, overdraf.

29

EKUITI PEMILIK
(OWNERS EQUITY)
- Tuntutan pemilik ke atas perniagaan. Ia
termasuk :
Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke
dalam perniagaan.
Untung bersih hasil daripada kegiatan
perniagaan.

30

Elemen-elemen yang terlibat dalam ekuiti


pemilik :
Modal
Terdiri daripada aset-aset yang diletakkan dalam
perniagaan oleh pemilik.
Ia akan menambahkan ekuiti pemilik.

Ambilan
Pemilik mengeluarkan wang tunai atau barang niaga
untuk kegunaannya sendiri.
Kesannya akan mengurangkan nilai ekuiti pemilik.

Untung
Belanja
Kesannya akan mengurangkan ekuiti pemilik.
Hasil
Kesannya akan menambahkan nilai ekuiti pemilik.
31

RUMUSAN
Terdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di
dalam Penyata Kewangan untuk keperluan
perekodan akaun perniagaan iaitu:
1. Hasil
2. Belanja
3. Aset
4. Liabiliti
5. Ekuiti Pemilik

32

Persamaan Perakauan
Tanpa Hasil
Dan Belanja

Mengambilkira
Hasil Dan Belanja

33

Persamaan Perakaunan Tanpa


Hasil Dan Belanja

34

Contoh:1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000


ASET

LIABILITI

Tunai
+1000

EKUITI

Modal
+1000

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah


2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya
ASET
Tunai
-100

LIABILITI

EKUITI

Ambilan
-100

Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang


35

3. Perniagaan meminjam dengan En. BB sebanyak


RM3,000 dan diberikan cek.
ASET

Tunai
+3000

LIABILITI

EKUITI

Pinjaman
+3000

Kesannya: Aset bertambah : Liabiliti bertambah


4. Perniagaan membayar pinjaman RM 100 secara tunai
ASET

Tunai
-100
Kesannya: Aset berkurang

LIABILITI

EKUITI

Pinjaman
-100
: Liabiliti berkurang
36

Persamaan Perakaunan
Mengambilkira Hasil dan Belanja

37

Contoh:
1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada CC
Agensi bernilai RM2,000
ASET
=
LIABILITI +
EKUITI
A/K belum Terima
+2000

Jualan
+2000

Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah


(Peningkatan HASIL)
2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM90
ASET
=
LIABILITI +
EKUITI
Bel. Telefon terakru Belanja telefon
+90
-90
Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang
(Peningkatan BELANJA)

38

3.

Pemilik perniagaan En. JJ mengambil wang


tunai
sebanyak RM150 untuk kegunaannya
sendiri.
ASET
Tunai
-150

LIABILITI

EKUITI
Ambilan
-150

Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang


(Peningkatan Ambilan)

39

RUMUSAN
Persamaan Perakaunan adalah asas
utama kepada penyediaan semua
rekod-rekod perakaunan.
Semua catatan urusniaga di dalam
rekod-rekod
perakaunan
perlu
mengekalkan
keseimbangan
Persamaan Perakaunan ini.
40

SISTEM CATATAN BERGU


(DOUNBLE ENTRY)
Rumusan

41

Definisi Catatan Bergu

Bergu bererti berpasangan dan sistem


catatan bergu adalah satu sistem yang
melibatkan catatan debit dan catatan
kredit.

42

Prinsip Sistem Catatan Bergu


DEBIT
KREDIT

= Catatan sebelah KIRI akaun


= Catatan sebelah KANAN akaun

Format Akaun T :
Tajuk Akaun
DEBIT

KREDIT

43

Hukum Debit Dan Kredit


Akaun

Rekod

Catatan

Baki Normal

ASET

DEBIT
KREDIT

DEBIT

LIABILITI

KREDIT
DEBIT

KREDIT

44

Hukum Debit Dan Kredit


Akaun

Rekod

Catatan

Baki Normal

EKUITI PEMILIK

KREDIT
DEBIT

KREDIT

HASIL

KREDIT
DEBIT

KREDIT

BELANJA

DEBIT
KREDIT

DEBIT

45

Contoh:1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000


Aset
= Liabiti + Ekuiti Pemilik
Tunai (Debit)
=
Modal (Kredit)
2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150
Peralatan (Debit) =
Tunai
(Kredit)
Akaun Tunai
1. 1000
2. 150
Akaun Peralatan
2. 150

Akaun Modal
1. 1000

46

Mengira Baki Akaun - T


Contoh:Akaun Tunai
Baki b/b 0
1000

1000
b/b

150
h/b 850
1000

850
47

Terdapat 2 jenis baki iaitu:


1. Baki Normal
Baki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di
mana peningkatan akan direkodkan
Contoh:- Aset disebelah DEBIT
Liabiliti dan Ekuiti di sebelah KREDIT
2. Baki Tidak Normal
Baki adalah disebelah bertentangan dari baki
normal
48

RUMUSAN
Mengikut Sistem Catatan Bergu jumlah sebelah
debit akan sama dengan jumlah sebelah kredit.
Dalam merekod urusniaga mesti mematuhi
peraturan merekod dalam Sistem Catatan
Bergu iaitu hukum debit dan kredit.
Dengan itu, sistem catatan bergu akan terjadi
secara automatik dan persamaan perakaunan
akan seimbang.
Akaun T adalah satu cara merekod urusniaga
secara sistematik.
49

Anda mungkin juga menyukai