Anda di halaman 1dari 15

Ikut tema

: Buli dan Agama

Tajuk Tema: Mufti

1.0

PENGENALAN

Buli merupakan satu perbuatan atau tingkah laku mengasari orang yang lebih lemah yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan yang ada pada diri masing-masing. Hal ini secaa tidak langsung akan menjadikan golongan yang lemah akan mematuhi arahan golongan yang kuat. Perlakuan ini boleh berlaku dalam bentuk fizikal atau psikologi secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan untuk mendatangkan perasaan tidak selesa, aman dan tenteram. Menurut Norsazali Abdullah, Pensyarah Pengajian Umum Universiti Kuala Lumpur (UniKL), buli boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif seorang pelajar atau secara berkumpulan menggangu mangsa sama ada secara fizikal atau psikologi bagi suatu jangka masa yang panjang. Tingkah laku ini akan menjadi suatu budaya yang zalim yang menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal ( Hazler dan Hoozer, 1993 ). Buli boleh berlaku dalam bentuk secara langsung seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung yang menyebabkan seorang pelajar terpinggir dari rakannya. Profesor Madya Dr. Mastura, Pengarah Pusat penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara, Universiti Pendidikan Sultan Idris pula menyatakan bahawa, buli boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak. Beliau juga menyatakan bahawa, dari perspektif tingkah laku, memeras ugut rakan adalah salah satu contoh buli dalam kalangan kanak-kanak. Kamus Dewan edisi ketiga, buli bermaksud perbuatan mendera atau mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru. Ia juga membawa makna mempermainkan orang lemah dengan tujuan menggertak dan menakutkan. Azizi Yahaya ( 2007 ) menyatakan perlakuan buli merujuk kepada penyalahgunaan kuasa. Penyalahgunaan ini merujuk kepada operasi psikologi dan fizikal yang berulang-ulang terhadap individu yang lemah dan tidak berupaya mempertahankan dirinya dari kumpulan yang lebih berkuasa. MUFTI Perlis Yang Berbahagia Sahibus Sahamah berkata, tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan dan ianya melputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk dan memaki. Prof Datin Dr. Noran Fauziah Yaakub, Presiden Persatuan Psikologi Malaysia, bekas Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan sultan Idris, pernah menjalankan kajian berkaitan dengan buli. Beliau telah mendapati bahawa terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terjadinya kes buli ini. Faktor utamanya adalah kerana si pembuli merasa puas apabila dia telah berjaya menyakiti mangsa secara lisan dan juga fizikal.dengan kata lain, pembuli melakukannya hanya sekadar untuk berseronok sahaja. Kajian Dr. Noran juga mendapati kebanyakan mereka yang terlibat dengan buli ini tidak mempunyai 1

hubungan kekeluargaan yang kukuh dengan ibu bapa dan kebanyakan mereka datang daripada keluarga yang tidak mengambil berat pendidikan agama. Menurut pandangan Islam, buli merupakan suatu bentuk penindasan dan agama Islam tidak menganjurkan penindasan. Islam juga menyeru umatnya untuk tidak memberi masalah kepada saudara sesama Islam yang lain sebagaiman sabda Nabi S.A.W yang bermaksud : Orang Islam ialah orang yang saudara seIslamnya merasa aman daripada gangguan lidah dan tangannya Bahkan katanya, tiada satu agama pun di dunia ini yang mengizinkan kita menyakiti, mencederakan dan membunuh seseorang tanpa sebab yang tertentu. Daripada Abu Dzar Al-Ghifari r.a dalam satu hadis Qudsi, daripada nabi s.a.w bahawa Allah s.w.t berfirman : Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diriKu, maka Aku mengharamkannya di kalangan kamu, maka janganlah kamu zalim-manzalimi. Dari pandangan Islam, Buli merupakan sesuatu yang amat bertentangan dengan naluri dan fitrah kejadian manusia di sisi Allah SWT. Tingkah laku yang perlu ditonjolkan oleh setiap insan di dunia adalah tingkah laku positif yang menggambarkan ketakwaan dan keimanan kepada Allah SWT dan dengan demikian, manusia perlu berhubung dengan baik antara satu sama lain di dunia ini. Imam al-Ghazali menyatakan dengan pendidikan, perangai seseorang yang buruk itu dapat disemai dengan perangai atau sifat yang baik. Menurut beliau juga, seorang pelajar yang nakal akan lebih hormat kepada guru apabila kenakalannya dilayan dengan proses pendidikan yang penuh hikmah. Ketegasan dan hikmah dalam memberi teguran terutama terhadap murid pembuli ini amat penting agar murid tidak merasa dirinya demoralise atau dimalukan di khalayak ramai. Oleh itu, pujian dan kata-kata semangat yang diiringi dengan nada keinsafan dari seorang pendidik atau guru amat penting bagi memberikan kesedaran kepada para pelajarnya. Kita mungkin tidak dapat mewujudkan masyarakat Islam beriman dan bertakwa kepada Allah jika ada anggotanya yang tidak mengamalkan moral luhur. Buli bukan lahir daripada keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Masalah yang berlaku terhadap murid sekolah bagi yang beragama Islam perlu ditangani dengan cara Islam. Kaedah Islam ini adalah dengan menanam nilai-nilai kerohanian dalam diri semua murid seperti dekati murid dengan alQuran dan mewujudkan suasana sekolah yang berlandskap Islamik misalannya papan-papan tanda yang memuji Allah SWT. Hakikatnya, perkara ini dapat memainkan peranan penting dalam menangani hal yang dapat meruntuhkan nilai moral dalam diri setiap murid di sekolah. Dalam konteks pendekatan Islam Hadhari, isu buli jika tidak ditangani dengan bijak, ianya boleh merencatkan pembangunan kerajaan. Banyak prinsip Islam Hadhari tidak dapat difahami jika isu ini berpanjangan. Kita mungkin tidak dapat mewujudkan masyarakat Islam beriman dan lahir daripada keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT kerana hasil daripada kedaifan iman dalam sanubari. Hal ini demikian kerana, orang yang beriman dan bertakwa, tidak akan memberi masalah atau menyusahkan orang lain malah akan membuatkan setiap masyarakat gembira dan selesa dengan kehadirannya. Manusia harus faham bahawa persaudaraan yang sebenarnya dalam Islam adalah perhubungan sesama manusia secara berterusan dan mengekalkan persaudaraan itu tanpa mengira warna kulit, keturunan, kekayaan dan juga bangsa. Dalam erti kata lain, persaudaraan dalam Islam tidak memilih bulu asalkan sesama agama itu Islam. Oleh yang demikian, semua 2

golongan manusia yang beragama Islam adalah bersaudara dan jika semua manusia berfikiran seperti itu, sudah tentu perlakuan buli tidak akan berlaku. Dalam persaudaraan Islam kalau terdapat seseorang saudara kita memerlukan bantuan atau pertolongan maka menjadi tanggungfawab kita untuk membantu mereka. Kalausikap tolong-menolong ini menjadi amalan hidup kita, sudah tentu hasrat negara untuk mewujudkan masyarakat penyayang akan segera tercapai. Halini bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah s.a.w. melalui sebuah hadithnya bermaksud: "Tidak dikiraberiman seseorang itu sehinggaiakasihkan saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri." Sesungguhnya, Islam itu dibina atas tanggungjawab, tolong-menolong dan kasih saying antara individu muslim. Bagi mereka yang berharta lebih utama memberikan hartaitu kepada ahli keluarga, kemudian barulah saudara maranya, kemudian sahabat handaidan muslim seluruhnya. Jika kita tidak mengeluarkan harta untuk ahli keluarga atau sanak-saudara, maka ucapan yang baik itu merupakan sedekah. Hal ini berpandukan kepada hadith Rasulullah s.a.w. bermaksud: kata-kata yang baik lagi sedap didengar itu merupakan sedekah." Berdasarkan al Quran dan hadith amat jelas islam menganjurkan manusia hidup dalamkeadaan aman damai. Merujuk situasi di sekolah sepatutnyahubungan pelajar denganpeiajar serta pelajar dengan guru adalah dalam keadaan baik.Sekiranya pelajar dalam kalangan orang Islam mengamalkan dan menghayati Islam sepenuhnya maka tidak timbul masalah buli di sekolah. Keharmonian dan kesejahteraan dalammana-mana situasi seperti di sekolah tidak akan wujud seandainya pelajar di sekolahmengetepikan aspekpersaudaraan. Oleh kerana itu, untuk mencapai nikmat hubunganbaik antara pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan guru, perlu diketahui beberapaproses yang membentuk perhubungan baik tersebut. Rasulullah S.A.W. telah memulakan pembentukan personaliti masyarakat Islam denganmembina asasnya terlebih dahulu.Asas yang paling utama dalam pembentukan iniialah budi pekerti yang mulia.Budi pekerti yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang bersih hati, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Rasulullah S.A.W adalahcontoh yang paling ideal dalam akhlak keislaman. Segala tingkah lakunya menjadi contoh teladan yangbaik untuk diikuti dan dicontohi oleh umat Islam. Lantaran, penerapan sifat kasih sayang, tanggungjawab dan peranan diri dalam hidup bermasyarakat perlu dipupuk dalam setiap diri pelajar sehingga merasakan dirinya tidak boleh hidup tanpa bantuan serta pertolongan orang lain. Dalam masa yang sama, sifat -sifat iblis dan syaitan seperti angkuh, sombong, besar diri itu perlu dibuangkan dalam diri agar kita menjadi seorang yang rendah diri sesuai dengan gelaran yang kita pegang iaitu sebagai khalifah dan hamba Allah, katanya. Namun pokok pangkalnya tegas beliau, pendidikan agama dalam keluarga perlu diperkukuhkan agar anak-anak kita sentiasa berpegang dengan tatasusila dan akhlak Islam sama ada sesama rakan sebaya mahupun orang yang lebih dewasa. Kesalahan buli di sisi Islam boleh dilihat di bawah kesalahan hirabah, iaitu salah satu daripada kesalahan hudud. Dari bahasa hirabah bermaksud serang. Berdasarkan perbincangan ulama, hirabah adalah perbuatan serang seorang individu atau kumpulan terhadap yang lain 3

secara terbuka. Serangan tersebut bertujuan untuk membunuh, mencederakan, merampas harta benda, merogol wanita ataupun secara minimumnya serangan bertujuan untuk menakutnakutkan orang lain. Hukuman di sisi Islam bagi hirabah sangat berat selaras dengan beratnya kesalahan yang telah dilakukan termasuklah salib dan dibunuh sekiranya ia melibatkan pembunuhan. Bagaimanapun, remaja yang terlibat dalam buli ini telah pun baligh tetapi mereka belum mencapai peringkat al-rushd iaitu bijaksana serta matang. Melihat kepada pandangan ulamadan amalan negara- negara Islam. Al-rushd ini di ukur dengan pencapaian umur sekurang-kurangnya 18 tahun. Justeru, hukuman hudud tidak boleh dikenakan ke atas mereka tetapi tetap bertanggungjawab terhadap kecederaan pada tubuh badan mangsa iaitu jenayah kecederaan dengan sengaja yang melibatkan diyat atau arsh. Diyat bermaksud konsep pampasan yang perlu dibayar oleh pihak pesalah (yang membuli) kepada mangsa berdasarkan kepada kerugian yang dialami oleh mangsa. Menurut Mazhab Maliki berhubung hukuman terhadap pesalah hirabah (pembuli), pihak pemerintah boleh memilih mana-mana hukuman dengan melihat kepada masalah dan salah satu bentuk hukuman yang boleh dipilih ialah al-nafy. Berhubung al-nafy, terdapat ulama yang menyatakan seseorang pesalah itu boleh di buang daerah. Selain itu pada pandangan AlArdabili dan al-Bayjuri menyatakan bahawa pesalah di bawah umur perlu dikenakan takzir bagi membentuk semula peribadinya dan bukan sebagai hukuman jenayah. Bagi ulama Maliki, jika kadar diyat mencapai sepertiga diyat sempurna, maka aqilah pesalah perlu menanggung bersama-sama duyat tersebut. Menurut Mazhab Syafie dan Hanbali sekiramya kesalahannya yang disabitkan sebgai jenayah kecerderaaan misalnya sengaja iaitu hukuman yang dikenakan ialah diyat yang ditanggung pembayarannya oleh aqilah. Aqilah ilah ahli keluarga atau pun kaum kerabat pemangsa buli. Menurut Dr. Wahbah al-Zuhayli, konsep aqilah di wujudkan dalam perundangan Islam bertujuan untuk meringankan beban pesalah, mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan pemulihan hubungan di kalangan ahli keluarga. Di sisi Islam semua ini tidak percuma.

2.0

OBJEKTIF

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk : - Mengetahui erti atau maksud sebenar gejala buli daripada perspektif agama Islam. - Mengenalpasti punca berlakunya gejala buli. - Mengetahui siapa yang perlu bertanggungjawab dalam gejala ini. - Mengenal pasti halangan atau cabaran yang dihadapi dalam melaksanakan langkah untuk mengatasi gejala ini. - Membincangkan jalan penyelesaian yang lebih berkesan dalam membendung gejala buli ini.

3.0

KAEDAH KAJIAN

3.1

Teknik soal jawab dan perbincangan dengan Imam Masjid Al-Imam AlGhazali, Kuala Lumpur iaitu En. Abdul Halim bin Abdullah.

3.2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Sample soalan :

Apakah yang tuan/puan faham tentang buli? Siapakah biasanya menjadi mangsa buli? Biasa buli terjadi di mana? Siapa yang biasanya menjadi pembuli? Apakah kejadian buli masa kini dianggap serius? Bagaimana buli terjadi? Mengapa ada individu yang menjadi mangsa buli? Apakah yang mendorong seseorang membuli? Apakah pendapat tuan/puan tentang senario buli pada masa kini? Adakah serius? Berikan contoh? Mengapa? 10. Sepanjang pengetahuan tuan/puan, siapakah yang bertanggung jawab dalam mengatasi buli? - Siapa yang bertanggung jawab dalam mengatasi buli? Mengapa? - Adakah apa yang telah dilakukan selama ini berkesan? Mengapa? - Selain daripada pihak yang disebut tadi, siapa lagi yang bertanggung jawab / dipercayai boleh mengatasi masalah buli? 11. Apakah masalah/halangan dalam mengatasi buli di negara kita? - Mengapa? - Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh pihak berkenaan? 12. Apakah cadangan tuan untuk mengatasi masalah buli ini? - Pihak manakah yang seharusnya terlibat dalam mencegah buli? - Pihak mana yang paling penting? - Mengapa? 13. Bagaimanakah pihak tuan dapat memberi sumbangan untuk mengatasi buli? 14. Apakah keperluan-keperluan (pihak berkaitan) untuk mengatasi buli? 3.3 Lokasi tempat di Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Damansara Utama.

3.4

Kajian soal selidik yang melibatkan pelajar sekolah di Sekolah Menengah Damansara Utama.

Dalam kajian ini, set soal selidik pelajar digunakan untuk mengumpul data. Set soalan selidik pelajar terdiri daripada tiga bahagian iatu:(a) Bahagian A: umur pelajar Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk mengetahui umur pelajar yang terlibat dalam kajian ini. (b) Bahagian B: Pernah dibuli dan mengapa dibuli. Penyelidik membentuk soalan untuk mengetahui adakah pelajar pernah dibuli dan mengapa mereka dibuli. (c) Bahagian C: Pernah membuli dan mengapa membuli

4.0

DAPATAN KAJIAN

Umur pelajar (tahun) 15 16 Jadual 1: Umur Pelajar

Jumlah (orang) 1 31

Kajian ini melibatkan 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berumur 15 tahun iaitu seorang dan pelajar berumur 16 tahun iaitu 31 orang. Pernahkah anda dibuli ya 11 orang Jadual 2: Pernahkah anda dibuli? Didapati seramai 11 orang pelajar menyatakan mereka pernah dibuli manakala 21 orang mengatakan mereka tidak pernah dibuli. Umur pembuli Umur pembuli (tahun) 16 17 18 19 20 21 Jumlah (orang) 1 3 6 0 0 1 tidak 21 orang

ya 23 orang Jadual 4: pernahkah anda membuli

tidak 9 orang

Didapati seramai 23 orang pelajar menyatakan mereka pernah membuli manakala 9 orang menyatakan mereka tidak pernah membuli.

Umur yang dibuli Umur dibuli (tahun) 7 8 9 10 `11 12 Jadual 5: umur yang dibuli Jumlah (orang) 1 0 0 1 2 1

Didapati pelajar ini lebih banyak membuli pelajar yang berumur 13 tahun iaitu8 sebanyak 9 orang diikuti pelajar berumur 14 tahun iaitu 7 orang dan 3 orang untuk pelajar 7 15 tahun. Untuk umur 7 tahun, 10 tahun, 12 tahun dan 16 tahun masing-masing adalah seorang sahaja. Manakala untuk 11 tahun adalah seramai 2 orang sahaja. Daripada kajian yang dilakukan didapati pelajar yang menjadi adalah lebih berumur daripada yang dibuli. Untuk faktor umur, mereka lebih selasa melakukan buli dengan orang yang lebih muda daripda mereka contohnya pelajar berumur 16 tahun tidak membuli pelajar berumur 18 tahun lebih berani membuli pelajar yang berumur 14 tahun.

5.0

PERBINCANGAN

Dewasa ini kes buli semakin membimbangkan masyarakat. Laporan mengenai gejala buli yang dipaparkan dalam media cetak dan media elektronik menunjukkan gejala buli yang berlaku sekarang semakin ekstrem sehingga ada yang membawa maut. Isu kes buli ini telah menimbulkan suasana yang tidak selamat sama ada di sekolah, pusat pendidikan dan tempat kerja. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain menjadi mangsa serta akan mendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. Masalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenalpasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negative kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. persepsi yang tepat tentang akibat da kesan pelakuan buli ini dapat membantu sama ada pembuli dan mansa buli mendapatkan bantuan pemulihan. Menurut kamus dewan edisi ke-4, buli boleh diintrepetasikan sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang supaya dapat menyesuaikan diri dengan suasana yang baru. Menurut Pensyarah Pengajian Umum Universiti Kuala Lumpur Malaysia (UniKL), Norsazali Abdullah berkata, buli ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang. "Seperti yang ditakrifkan oleh Hazler & Hoover (1993), tingkah laku ini berlaku berkali-kali sehingga menjadi satu budaya yang zalim, yang menyebabkan mangsanya mengalami gangguan mental dan fizikal yang berterusan. Kajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum tentang tahap tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapat menjelaskan lagi tentang tingkah laku buli ini berlaku dan perbezaan di antara jenis tingkah laku buli yang dialami oleh pelajar sekolah mengikut umur mereka. Di samping itu, kajian ini juga menunjukkan perbezaan jenis tingkah laku buli yang dilakukan oleh pembuli dan orang yang dibuli. Antara faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam 10

kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh,Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yng dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak. Pengaruh media massa merupakan antara punca berlakunya kes-kes buli. Media massa terutamanya media elektronik menyiarkan rancangan televisyen yang mengandungi aksi pergaduhan dan pembunuhan yang ganas.Lambakan filem aksi seperti Gengster, Castello dan KL Menjerit akan mendedahkan pelajar kepada aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa. Pelajar yang teruja dengan aksi tersebut akan meniru kembali aksi yang telah ditonton ke alam realiti. Mereka mudah terpengaruh dan akan mengaplikasikan aksi tersebut kepada orang yang lebih lemah daripada mereka tanpa menyedari bahawa perbuatan tersebut akan mengundang bahaya. Ada sesetengah pelajar juga menjadikan pelakon sebagai role model dan merasakan diri mereka hebat dan berlagak seperti pelakon tersebut . Oleh hal yang demikian, jelaslah di sini bahawa media massa merupakan salah satu punca kepada peningkatan kes buli. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan berlakunya buli juga adalah kerana kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri. Seterusnya, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Bak kata pepatah tiada penyakit yang tiada penyembuhnya.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini. Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya. Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan 11

informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya. Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah. Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain. Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anakanak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah bapa borek, anak rintih, ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

12

6.0

IMPLIKASI DAN KESIMPULAN

Masalah buli memberi impliksai yang sangat besar terhadapa emosi pelajar dan keselamatan di sekolah. Buli dikenalpasti sebagai situasi serangan suatu pihak di mana penyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarangmembalasnya atau merasa untuk membalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsung memberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadi mangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini. Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah. Persepsi serta keprihatinan mereka dalam mengenal pasti pundaca dan tanda-tnada awal perlakuan buli adalah amat penting untuk mrangka strategi pencegahan bagi menangani masalah perlakuan buli disekolah. Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan dan perkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjana proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidak selamat di kalangan pelajar akibat daripda masalah perlakuan buli ini sedikit sebanyak akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kefahaman pihak-pihak yang terlibat dengan para pelajar sekolah seperti pengetua, guru, ibu bapa dan masyarakat adalah amat penting di dalam usaha merangka melaksanakan program-program pencegahan dan polisi anti buli di peringkat sekolah. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia. Konklusinya, sudah termaktub dalam hukum alam, bahawa setiap individu dalam sesebuah negara, terikat dengan undang-undang. Setiap sesuatu yang dilakukan untuk membahayakan diri sendiri dan orang lain sering kali akan membawa padah yang sangat buruk bukan sahaja kepada diri sendiri malah keluarga. Bak kata pepatah buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Oleh itu semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga menangani gejala buli agar tidak mendarah daging dalam jiwa masyarakat.

13

7.0

PENGHARGAAN

Assalamualaikum Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kuriaNya dapat juga kami menyiapkan tugasan yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk Buli dari Perspektif Agama Islam. Tugasan yang ini amat penting buat kami memandangkan tugasan ini merupakan sebahagian daripada matapelajaran yang kami ambil iaitu Pengajaran, teknologi dan penaksiran II. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Pertama sekali ucapan terima kasih kepada pensyarah matapelajaran Pengajaran, teknologi dan penaksiran II (KPD 3026) iaitu DR. ABDUL KADIR BIN ARIFIN keranan beliau telah banyak memberikan bimbingan, tunjuk ajar dan semangat kepada semua pelajar dalam menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, kami sangat menhargai jasa beliau kerana memberi nasihat yang amat berguna untuk tugasan kami serta membantu kami dari semasa ke semasa. Jasa beliau akan kami kenang ke akhir hayat. Seterusnya, terima kasih kepada Mufti Selangor iaitu Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid kerana banyak memberi maklumat, pandangan dan sudi meluangkan masa kepada kami dalam mengemukakan pendapat tentang isu kes buli dalam perspektif agama Islam. Terima kasih juga kami ucapkan kepada ibu bapa kami yang banyak memberikan sokongan, dorongan dan bantuan dari segi kewangan kepada kami sepanjang menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan tugasan ini. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai tugasan ini amat kami hargai. Akhir kata, terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsung dan tidak langsung sepanjang tugasan kami dijalankan dan dibentangkan.

14

8.0

RUJUKAN

Diperoleh pada Febuari 25, 2013 daripada http://inimasalahsosial.blogspot.com/2010/08/buli.html Diperoleh pada Febuari 25, 2013 daripada http://www.scribd.com/doc/30275828/BULI Diperoleh pada Febuari 25, 2013 daripada http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0317&pub=Utusan_Malaysia&s ec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm Diperoleh pada Febuari 25, 2013 daripada http://www.slideshare.net/ZUZANMICHAEL/kajian-buli-dikalangan-sekolah-menengah

15

Anda mungkin juga menyukai