Anda di halaman 1dari 5

IMPAK POSITIF PENCERAIAN

Dalam perkahwinan yang dibina, semestinya inginkan hubungan yang berpanjangan


dan bahagia. Pada peringkat ini, banyak pasangan kecundang dan akhiri hubungan dengan
penceraian dan ada yang memilih untuk berkahwin semula dengan pasangan. Boleh dilihat
pada statistik penceraian yang dikupas. Menurut Berita Harian (2013), pasangan beragama
islam di Malaysia dari tahun 2001 hingga 2011 sebanyak 222,701 kes penceraian. Manakala
menurut Utusan Malaysia (2006), pasangan islam di Malaysia berada pada tahap 10% hingga
15%.

Kehidupan dalam kebanyakan masyarakat menunjukkan bahawa kadar perkahwinan


semakin merosot dan umur perkahwinan pertama pula meningkat. Ini menyebabkan fertility
perkahwinan semakin merosot. Akan tetapi fenomena bersekedudukan, lahir anak luar nikah,
dan penceraian meningkat.

Walaupun sudah bercerai, keibubapaan Bersama memberikan banyak kesan positif


kepada anak-anak, seperti meningkatkan daya tahan emosi dan kepercayaan terhadap kedua-
dua ibu bapa. Menurut Profesor Madya Faisal Ibrahim, merupakan Setiausaha Parlimen
Kementerian Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dalam forum
keibubapaan selepas bercerai, lebih 1,700 kanak-kanak terjejas penceraian setiap tahun

Impak Positif Penceraian Kepada Pasangan

Penceraian yang berlaku antara pasangan kadang kala berakhir dengan cara yang baik
dan tiada pergaduhan. Perceraian yang dipersetujui Bersama bertujuan untuk menyelesaikan
tekanan perkahwinan dan mengurangkan penderitaan akibat perbalahan berterusan antara
kedua suami isteri. Keputusan untuk bercerai biasanya dibuat berasaskan kepada jangkaan
bahawa keadaan akan menjadi lebih baik untuk kedua suami isteri itu sekiranya mereka tidak
lagi hidup bersama. Menangani penceraian dengan baik adalah penting supaya kesan negative
dapat dikurangkan demi masa depan anak-anak dan pasangan.

Menurut Bisagni dan Eckenrode (1995), wanita yang bercerai dan mempunyai kerjaya
mereka dilihat mempunyai (self-esteem) harga diri yang lebih baik berbanding wanita yang
tidak mempunyai pekerjaan, suri rumah atau menggangur. Penjelasan yang berbeza untuk ini
adalah bahawa seseorang di tempat kerja mempunyai bulatan dan kawan yang lebih luas dan
lebih banyak daripada orang yang menganggur.

Justeru itu juga, penceraian merupakan jalan terbaik bagi sesetengah pasangan.
Contohnya seperti isteri yang sering menjadi mangsa dera dan melepaskan tekanan oleh
suaminya merasakan penyelesaian masalah akan selesai dan penderitaan yang ditanggung
selama ini juga berakhir dan dapat memulakan kehidupan yang baru dan lebih cerah. Isteri
memilih untuk berpisah dan mengambil ianya sebagai iktibar dan pengalaman untuk kehidupan
seterusnya.Kestabilan perkahwinan adalah satu tipologi dalam hubungan perkahwinan yang
dibina berasaskan konsep dalam Teori Pertukaran Sosial. Perpisahan atau penceraian adalah
merujuk kepada manifestasi ketidakstabilan yang jelas dalam perkahwinan.

Walaupun begitu, perceraian tidak hanya disebabkan perkara negatif. Perceraian juga
merupakan salah satu penyelesaian masalah bagi sesebuah institusi keluarga. Terdapat
sesetengah pasangan yang tidak mengecapi kebahagian semasa tempoh perkahwinannya
walaupun setelah berbagai usaha dilakukan, maka perceraian merupakan langkah terbaik untuk
perbetulkan keadaan. Namun begitu, perceraian perlu dilakukan secara baik. Berdasarkan
firman Allah SWT yang bermaksud, “Apabila kamu mentalak isteri-isterimu, lalu mereka
mendekati edahnya, maka rujukilah mereka dengan cara yang makruf, atau ceraikanlah
mereka dengan cara yang makruf (pula)” (al-Baqarah, 2:321). Tambahan lagi, perceraian juga
bertujuan untuk mengurangkan penderitaan akibat perbalahan berterusan antara pasangan (Siti
Rohani Suriani, 2014).

Impak Positif Penceraian Kepada Anak-Anak

Penceraian memberikan impak sama ada positif dan negatif kepada sesebuah institusi
keluarga. Penceraian antara pasangan akan menyebabkan kesan besar kepada pasangan
tersebut dan seterusnya mempengaruhi anak-anak. Walaupun begitu, penceraian juga memberi
kesan positif kepada sesetengah anak-anak. Sebagai contoh, penceraian ibu bapa menyebabkan
anak-anak menjadi lebih berdikari. Anak-anak yang berfikiran positif akan membina jati diri
supaya lebih berdikari dan tidak membebankan ibu atau bapanya yang sedang bermasalah.
Selain itu, anak-anak yang tinggal bersama ibu (ibu tunggal disebabkan penceraian) akan
berusaha untuk berjaya dan mengubah kehidupan keluarga menjadi lebih baik. Oleh yang
demikian, anak-anak yang menjadi mangsa penceraian juga mampu menjadi anak-anak yang
berjaya dan berdikari (self suffient).

Penceraian berlaku dan berpunca dalam pelbagai faktor dan membawa kepada kesan
negatif dan positif. Sebagaimana kita tahu, persekitaran terbaik untuk perkembangan anak-
anak yang optima ialah kehadiran kedua-dua ibu dan bapa. Dalam kes penceraian salah seorang
ibu atau bapa telah tiada. Maka keluarga itu bukanlah lagi satu persekitaran yang terbaik untuk
anak itu membesar. akibat dari ketiadaan seorang ibu atau bapa ini, katakanlah bapa dan ibu
pula keluar bekerjaa kebanyakan anak-anak itu membesarNamun, penceraian bukanlah salah
satu jalan penyelesaian masalah yang terbaik. Sebagaimana Hadith riwayat darpada Ibnu Umar
daripada Nabi Muhammad SAW bersabda “Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak”
(Riwayat Abu Daud dan Hakim).

Impak Positif Kepada Keluarga

Banyak perspektif negatif yang dilemparkan kepada mereka yang mempunyai status
‘janda’ dan ‘duda’ kepada pasangan yang bercerai atau berpisah. Walaubagaimanapun, jika
kita mempunyai pemikiran dan usaha yang baik untuk kea rah kesejahteraan kita sendiri
mempunyai pilihan. Tidak kesemua perhubungan selepas bercerai diakhiri dengan
persengketaan. Boleh kita jadikan contoh, selebriti Malaysia yang bercerai dan mempunyai
hubungan kekeluargaan yang baik walaupun mempunyai keluarga yang baru seperti selebriti
Norman Hakim dan bekas isterinya Abby Abadi. Pasangan tersebut memilih untuk
perhubungan yang baik kerana mempunyai anak-anak sepanjang tempoh perkahwinan mereka
sebelum ini. Hubungan yang terjalin tersebut sedikit sebanyak tidak menjejaskan emosi anak-
anak mereka.

Sokongan dan dorongan daripada ahli keluarga dan adik-beradik sangat penting kepada
pasangan yang melalui penceraian. Ini kerana supaya mereka tidak bersendirian dan
memberikan semangat untuk kehidupan baru untuk dijalani. Kadang kala ini bukanlah
kehendak mereka untu mengakhiri perhubungan perkahwinan dengan penceraian, tetapi
kadang kala krisis dalam perkahwinan (midlife) terjadi mungkin disebabkan beberapa faktor
yang menyebabkan mereka sendiri tidak dapat mengawal dan hadapi dengan baik.

Walaubagaimanapun, perhubungan dengan keluarga masih terjalin baik seperti dahulu


dan tidak menjejaskan perhubungan. Begitulah supaya silaturrahim sentiasa ada dan
berpanjangan walaupun hubungan suami isteri tidak bersama. Ahli keluarga juga perlu sentiasa
mempunyai pemikiran yang posiitf menerima ketentuaan Illahi dan takdir yang telah terjadi.
Ahli keluarga juga boleh jadi penasihat dan rakan kongsi untuk pasangan ini untuk
memperbaiki hubungan dan diri masing-masing muhasabah untuk ke arah lebih baik .

Impak Positif Kepada Ekonomi

Perhubungan penceraian juga memberikan kesan yang positif dan negatif kepada faktor
ekonomi sesebuah institusi keluarga. Penceraian yang berlaku dalam perhubungan
perkahwinan akan menyebabkan pasangan akan mencari jalan untuk berdikari dan meneruskan
kehidupan. Bagi pasangan yang mempunyai pemikiran yang dalan keadaan kesediaan dan
sudah membuat perancangan kehidupan selepas bercerai mungkin telah memikirkan jalan
untuk ekonomi untuk dirinya dan anak-anak. Tanggungawab bekas suami juga tidak boleh
dipandang ringan apabila mempunyai zuriat bersama dengan bekas isteri. Bekas suami perlu
mempunyai tanggungjawab dan kesedaran bahawa hubungan penceraian yang berlaku antara
dia dan bekas isteri, tetapi hubungan dan nafkah pada anak-anak perlu diberi mengikut syarat
yang telah ditetapkan.

Para majikan juga, mengambil peluang untuk menawarkan pekerjaan kepada golongan
wanita yang berstatus ‘bercerai’ untuk menjana pendapatan bagi menampung kehidupan
seharian dan keluarga mereka. Banyak agensi-agensi NGO perbadanan bukan kerajaan
membuka peluang kepada wanita atau ibu tunggal untuk bersama-sama melibatkan diri secara
aktif untuk menjana pendapatan melalui kursus dan kemahiran yang disediakan oleh agensi-
agensi tersebut. Masyarakat juga kini semakin bijak untuk membuka ruang dan pemikiran lebih
terbuka untuk mengubah nasib dan kehidupan yang lebih cerah dan baik.
Fatin Hafizah Mohd Shahar (2014, Februari 25). Krisis Hadanah Selepas Cerai. Berita Harian,
pp.1.

Fatimah Abdullah Permodenan (2019, November 20). Keluarga dan Permodenan di Malaysia
pengaruh Kemodenan Institusi Keluarga. Pp.128-130.

Abdul Rahim Abdul Rashid (2019, November 20). Institusi Keluarga Menghadapi Alaf Baru.
Utusan Publication Distributors Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai