Anda di halaman 1dari 16

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid

Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan,
kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman

Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman dan Pengertiannya :

 Percaya kepada Allah

Sifat Allah

Wajib Mustahil Harus


20 Lawan sifat 20 1

 Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu

Mikail Membawa rezeki

Israfil Meniup sangkakala

'Izrail Mencabut nyawa

Munkar Menyoal mayat di dalam kubur

Nakir Menyoal mayat di dalam kubur

Raqib Mencatit amalan kebajikan

Atid Mencatit amalan kejahatan

Malik Menjaga pintu neraka

Ridwan Menjaga pintu syurga

 Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi
Al-Quran Injil Zabur Taurat

Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa


Muhammad Isa Daud Musa
Arab Siryani Qibti Ibrani

 Percaya kepada Rasul

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa

16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas

21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad S.A.W.

 Percaya kepada Hari Akhirat

 Percaya kepada Qadha’ dan Qadar


o Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara
o Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara
o Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu ad
kehendak dan ketentuan Allah

© Jabatan Mufti

Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid


Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda' Bererti : Punca ,
mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau tujuan sesuatu ilmu sebelum
membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi
ilmu tauhid itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini :

Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid, Ilmu sifat dan
Al-Iman.

2) Tempat ambilannya :

Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.

3) Kandungannya :

Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan pegangan,


kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada beberapa simpulan atau
ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil supaya diperolehi I'ktikad yang yakin,
kepercayaan yang putus yang mana ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal
menurut bagaimana kepercayaan tersebut.

4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :

Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang
mustahil atasNya dan sifat yang harus padaNya.

Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib bagiNya, Sifat-sifat yang
mustahil atasNya dan sifat yang harus padanya.

Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh yang mana menjadi
dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.

Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan kenyataan yang didengar
daripada perkhabaran Rasulullah seperti hal-hal perkara ghaib contohnya arash ,
syurga , mahsyar ,neraka dan lain-lain tentang hari Qiamat.

5) Faedah Ilmu Tauhid :


Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :


Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling utama sekali.

7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang yang pertama
menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam a.s. dan yang akhir sekali
ialah Saidina Muhammad s.a.w.

8) Hukumnya :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan mengetahui sifat-
sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan dengan cara tafsil ( huraian atau satu
persatu ) berserta dengan dalil ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain kerana menurut
hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih afdhal daripada
mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal daripadanya ,nescaya tetaplah
telah difardhukan ke atas MalaikatNya padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu
ada yang rukuk selama-lamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini :


Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah dengan yang batil.

Bab 3: Hukum 'Aqal


Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui sifat-
sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan hukum 'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :

Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain atau menafikan
suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak berkehendak kepada dicuba pada
menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat ) dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan
yang diperbuat oleh mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).

Pengertian 'Aqal :

Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia sehingga dengan itu
manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya boleh menerima ilmu Nazhariyyah
( Ilmu yang berkehendakkan berfikir ) dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan
fikiran yang halus dan daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan
kebahagiaan kepada manusia.

Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang Syarak juga
tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan berhajat kepada 'aqal. Dan di
antara keduanya berhajat antara satu dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak
dan Syara' berhajat kepada 'Aqal ) .

Bahagian Hukum 'Aqal :

Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :

1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya, hakikatnya mesti
menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t. bersifat qidam maka maksudnya
ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.

2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya , hakikatnya mesti
tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat baharu maka maksudnya tidak sekali-
kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.

3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya, maka hakikatnya
boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang itu adakalanya boleh bergerak
atau diam.
Bahagian Wajib 'Aqli :

Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :

1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap adanya dengan tiada
berkehendak kepada bahasan dan kenyataan seperti menghukumkan satu itu tetap
separuh daripada dua .

2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap adanya dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan
hukumnya itu seperti menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam
ini berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :

1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Berkehendak
kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti contoh menghukumkan tiada terima ;aqal
satu itu separuh daripada tiga.

2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap tiada Dengan
berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan
hukumannya itu seperti menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah
s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik bagi Allah s.w.t itu
melainkan dengan diadakan bahasan dengan mendatangkan dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :

Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :

1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh terima ada dan tiada
dengan tidak berkehendakkan bahasan dan mendatangkan dalil seperti menghukumkan
keadaan seseorang itu adakalanya ia bergerak atau diam .

2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh dijadikan atau tiada boleh
dengan berkehendak kepada bahasan dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh
memberikan ganjaran pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal
menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan bahasan dan dalil-dalil
yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t. memberikan seperti itu .

 Bab 4 : Kejadian Alam

Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini maka ia
dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau meja dan
sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak boleh ada dengan
sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang mengadakannya.

Maka dengan itu kita beri’tiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada dengan sendirinya
melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya tentulah Allah s.w.t yang Maha
Pencipta.

2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatan-perbuatan orang
yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai bentuk dan rupa, yang mana mereka
sentiasa membuat dan mengukir kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus
lagi ukirannya tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan ilmu serta
kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita menyedari bahawa Allah
Ta’ala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini daripada
manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana setiap jenis dijadikan
dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya manusia yang dijadikan adalah sebaik-
baik kejadian iaitu: berakal, bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan, matahari dan
lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan keperluan semua makhluk
yang mana semua itu melemahkan akal para cerdik pandai memikirkan segala kejadian
tersebut yang tiada tolok bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya
mempunyai kuasa yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan
segala sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syar’iyyah dan berita para Nabi bahawa yang menjadikan
alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya menunjukkan bekas bagi segala
sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk dapat mengetahui hakikatnya kerana segala
makhluk ciptaanNya sentiasa bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T.

1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui
namaNya dan sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak yang berlandaskan ajaran
para Nabi dan Rasul.
2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha
Tinggi. Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara segala nama-namaNya ialah Allah,
disebut lafaz Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain daripada ini diketahui
melalui Al-Quran dan Al-Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat Islam
contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus, As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan
berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah
s.w.t bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang layak dengan keadaan ketuhanan
dan mustahil atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa
beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli
(dengan akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad
dengan iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli. Maka mustahil atas Allah s.w.t
bersifat dengan segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak, dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada
salah satu daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli
Sunnah Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika iktiqad tidak bertepatan
dengan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang Nasrani dan
Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali, jika iktiqadnya putus (jazam) serta
bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak dengan dalil maka
dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah,
maka para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum orang itu kafir. Dan bagi
iktiqad orang bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya. Mengikut qaul yang
muktamad orang yang bertaqlid itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus dengan
dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia belajar maka tidak dihukumkan mukmin
yang derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang lain dengan tidak mengetahui dalil dan
keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus)


- Iktiqad yang teguh dan tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti itu berubah.
Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai
iktiqad yang jazam (putus).
2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus)
- Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh sekiranya orang yang diikuti seperti
guru-gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka berubah-ubah mangikut orang
yang diikutinya. Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya kerana serupa imannya
dengan syak,zhan atau waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan
tergantung kebenarannya atas orang yang diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang
diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya selamat, tetapi jika sebaliknya
binasalah mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh menuntut Ilmu Tauhid yang sahih


supaya terlepas ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di akhir zaman ini
terdapat ramai ahli-ahli bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan membawa kepada sesat yang amat hina
yang tiada layak pada seseorang manusia.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Bab 6 : Sifat 20
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui dengan tafsil (
satu persatu ) iaitu 20 sifat :

1. Wujud : Ertinya Ada


Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan
sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-
Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini
adalah wujud itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .

Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana
wujud itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan
bahawa wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan
di dalam dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan……………"
( Surah Luqman : Ayat 25 )

2. Qidam : Ertinya Sedia


Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t.
menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih
dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu
daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila
disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu
perkataan yang sama maknanya dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan
bahawa kedua-dua perkataan ini sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan
baginya. Maka qadim itu khas dan azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi
tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan
nisbah kepada nama terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )


2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada
anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )

Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada
Allah Ta'ala.

3. Baqa' : Ertinya Kekal


Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan
ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang
kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang
sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz,
Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).

Perkara –perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan
Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa
melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia,
itulah benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan
jasad orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua.
Disini nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada
tiga bahagian :

1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lain-
lain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara
yang diatas tadi ( Kedua ).

4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala


yang baharu.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah
ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai
dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali
zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan ,
tiada berpihak ,tiada ber-
tempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan
dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi
ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala
maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya
di dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka
perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah
Ta'ala Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.

5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .


Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada
pada perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undang-
undang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian makhluk .
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana
kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemung-
karan hamba-hambanya.
Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah
perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-
nya jua.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :


" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya
itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala-
sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )

Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadi-
kannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang men-
jadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .

4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah Ta'ala.
6. Al – Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang ber-
hubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang ber-
cerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat
Allah Ta'ala.

Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan –
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.

Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam


Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai –cerai pada
perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti
perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semua-
nya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan
hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur
dan maksiat sama ada perbuatan dirinya atau
perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak
sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan
serta merosakkan iman.

7. Al – Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu.
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang
ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan
atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan
segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit
atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada
bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang
beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata
( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal –
Jamaah :
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan
perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-
mata dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan
yang di sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas
sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada
usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba
adalah tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala dan dosa ).

8. Al – Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada
Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus
atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang
diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah
dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat ,
kaya , miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib
( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al – Qasash : Ayat 77 )

Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh


untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah
perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan
tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.

9. Al – Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara
Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di Alam yang fana' ini.

10. Al – Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat
Allah Ta’ala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )
Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama’ Bashar dan Kalam.
11. Al - Sama’ : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada
Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang
maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau
telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab
jauh , bising , bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar
akan segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )

12. Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .


Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat
oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan
sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :

" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 )

13 . Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.


Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali ,
berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang
wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".
( Surah Taha - Ayat 14 )

Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang


bermaksud :
" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala
yang ketiga daripada tiga..........".
( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )

Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang


bermaksud :
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang
kamu perbuat itu".
( Surah Ash. Shaffaat – Ayat 96 )

Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.


Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan
iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendiri-
solat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat
dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang
yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat berat.
14. Kaunuhu Qadiran :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Qudrat.

15.Kaunuhu Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.

16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan


Tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.

17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.


Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.

18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap
yang Maujud.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.

19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap
yang Maujudat ( Benda yang ada ).
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.

20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.


Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t


Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan
daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat
yang mustahil satu-persatu :
1. ‘Adam beerti “tiada”

2. Huduth beerti “baharu”

3. Fana’ beerti “binasa”

4. Mumathalatuhu Lilhawadith beerti “menyerupai makhluk”

5. Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri dengan yang lain”

6. Ta’addud beerti “berbilang-bilang”

7. ‘Ajz beerti “lemah”

8. Karahah beerti “terpaksa”

9. Jahl beerti “jahil/bodoh”

10. Mawt beerti “mati”

11. Samam beerti “tuli”

12. ‘Umy beerti “buta”

13. Bukm beerti “bisu”

14. Kaunuhu ‘Ajizan beerti “keadaannya yang lemah”

15. Kaunuhu Karihan beerti “keadaannya yang terpaksa”

16. Kaunuhu Jahilan beerti “keadaannya yang jahil/bodoh”

17. Kaunuhu Mayyitan beerti “keadaannya yang mati”

18. Kaunuhu Asam beerti “keadaannya yang tuli”

19. Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya yang buta”


20. Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya yang bisu”

Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t


Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan
sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin ialah
sesuatu yang harus ada dan tiada.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid – Abdul Ghani Yahya )

Anda mungkin juga menyukai