Anda di halaman 1dari 26

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid
Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat
kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .
Pengertian Iman
Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui dengan lidah dan melaksanakan dengan
anggota.
Rukun Iman dan Pengertiannya
Rukun

Percaya kepada Allah


Sifat Allah

Wajib

Mustahil

Harus

20

Lawan sifat 20

Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili


Jibril

Menyampaikan wahyu

Mikail

Membawa rezeki

Israfil

Meniup sangkakala

'Izrail

Mencabut nyawa

Munkar

Menyoal mayat di dalam kubur

Nakir

Menyoal mayat di dalam kubur

Raqib

Mencatit amalan kebajikan

Atid

Mencatit amalan kejahatan

Malik

Menjaga pintu neraka

Ridwan

Menjaga pintu syurga

Percaya kepada Kitab


Kitab Samawi

Al-Quran

Injil

Bahasa
Arab

Muhammad

Isa

Bahasa
Siryani

Zabur
Daud

Taurat

Bahasa
Qibti

Musa

Bahasa
Ibrani

Percaya kepada Rasul

1. Adam

2. Idris

3. Nuh

4. Hud

5. Saleh

6. Ibrahim

7. Luth

8. Ishak

9. Ismail

10. Ya'qub

11. Yusuf

12. Ayub

13. Syu'aib

14. Harun

15. Musa

16. Ilyasa'

17. Zulkifli

18. Daud

19. Sulaiman

20. Ilyas

21. Yunus

22. Zakaria

23. Yahya

24. Isa

25. Muhammad S.A.W.

Percaya kepada Hari Akhirat

Percaya kepada Qadha dan Qadar


o

Erti Qadha' adalah perlaksanaan setiap satu perkara

Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara

Oleh itu percaya kepada Qadha' dan Qadar adalah setiap perkara
yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah

Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid


Mabadi ( Permulaan ) Ilmu Tauhid
Perkataan ' Mabadi ' itu bahasa Arab jama' daripada perkataan mabda'
Bererti : Punca , mula terbit . Maksudnya keterangan yang ringkas atau
tujuan sesuatu ilmu sebelum membaca atau belajar ilmu itu. Disebut juga
Pembukaan sesuatu ilmu. Adalah Mabadi ilmu tauhid itu sepuluh perkara :
1) Nama ilmu ini :
Iaitu dinamakan Ilmu Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu Usuluddin, Ilmu 'Aqaid,
Ilmu sifat dan Al-Iman.
2) Tempat ambilannya :
Iaitu diterbitkan daripada Al-Quraan dan Al-Hadith.
3) Kandungannya :
Iaitu mengandungi pengetahuan dari hal membahaskan ketetapan
pegangan, kepercayaan kepada Allahdan kepada rasul-rasulnya daripada
beberapa simpulan atau ikatan kepercayaan dengan segala dalil-dalil
supaya diperolehi I'ktikad yang yakin, kepercayaan yang putus yang mana
ia akan menaikkan perasaan bekerja dan beramal menurut bagaimana
kepercayaan tersebut.
4) Tempat bahasannya ( Maudhu'nya )kepada empat tempat :
Pertama : Pada zat Allah Ta'ala dari segi sifat-sifat yang wajib
bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus
padaNya.
Kedua : Pada zat Rasul-rasul dari segi sifat-sifat yang wajib
bagiNya, Sifat-sifat yang mustahil atasNya dan sifat yang harus
padanya.
Ketiga : Pada segala kejadian dari segi jirim-jirim dan aradh-aradh
yang mana menjadi dalil dan bukti atas wujud yang menjadikannya.
Keempat : Pada segala pegangan dan kepercayaan dengan
kenyataan yang didengar daripada perkhabaran Rasulullah seperti
hal-hal perkara ghaib contohnya arash , syurga , mahsyar ,neraka
dan lain-lain tentang hari Qiamat.
5) Faedah Ilmu Tauhid :
Iaitu dapat mengenal Allah s.w.t. dan percayakan rasul serta mendapat
kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat yang kekal.
6) Nisbah ilmu Tauhid dengan ilmu-ilmu yang lain :
Ilmu yang merangkumi ilmu asas di dalam ajaran Islam dan yang paling
utama sekali.
7) Yang menghantarkan :
Imam Abu Hasan Al-Asy'ari dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi. Dan orang
yang pertama menerima ilmu Tauhid daripada Allah Ta'ala ialah nabi Adam
a.s. dan yang akhir sekali ialah Saidina Muhammad s.a.w.
8) Hukumnya :
Iaitu fardhu A'in atas tiap-tiap orang mukallaf lelaki atau perempuan
mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t. dengan cara ijmal ( ringkas ) dan
dengan cara tafsil ( huraian atau satu persatu ) berserta dengan dalil
ijmal . Adapun mengetahui dalil tafsil itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya :
Iaitu semulia-mulia dan setinggi-tinggi ilmu daripada ilmu-ilmu yang lain
kerana menurut hadith Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
" Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak memfardhukan sesuatu yang terlebih
afdhal daripada mengEsakan Allah dan ada sesuatu itu terlebih afdhal
daripadanya ,nescaya tetaplah telah difardhukan ke atas MalaikatNya
padahal setengah daripada Malaikat-malaikat itu ada yang rukuk selamalamanya dan setengahnya ada yang sujud selama-lamanya."
( Riwayat Hakim )
10) Kesudahan ilmu ini :
Iaitu dapat membezakan di antara 'aqaid dan kepercayaan yang sah
dengan yang batil.
Bab 3: Hukum 'Aqal
Sesungguhnya setiap orang yang hendak mengenal Allah s.w.t. dan
mengetahui sifat-sifatnya , maka wajiblah lebih dahulu ia mengetahui akan
hukum 'aqal dan bahagiannya.
Pengertian Hukum 'Aqal :
Hukum ialah menetapkan suatu perkara kepada suatu perkara yang lain
atau menafikan suatu perkara daripada perkara yang lain dengan tidak
berkehendak kepada dicuba pada menetapkan sesuatu perkara itu ( Adat )
dan tidak tergantung kepada sesuatu perbuatan yang diperbuat oleh
mukallaf ( bersalahan dengan hukum Syari'e ).
Pengertian 'Aqal :
Adalah 'Aqal itu satu sifat yang dijadikan Allah s.w.t. pada manusia
sehingga dengan itu manusia berbeza dengan haiwan. Maka dengannya
boleh menerima ilmu Nazhariyyah ( Ilmu yang berkehendakkan berfikir )
dan boleh mentadbirkan segala pekerjaan dengan fikiran yang halus dan
daripadanya tempat lahirnya berbagai-bagai manafaat dan kebahagiaan
kepada manusia.
Dan aqal itu berhajat kepada undang-undang Syarak dan undang-undang
Syarak juga tidak boleh berjalan mengikut yang dikehendaki melainkan
berhajat kepada 'aqal. Dan di antara keduanya berhajat antara satu
dengan yang lain ( ' Aqal berhajat kepada Syarak dan Syara' berhajat
kepada 'Aqal ) .
Bahagian Hukum 'Aqal :
Adalah hukum 'aqal itu terbahagi kepada tiga :
1) Wajib 'Aqli iaitu perkara yang tiada diterima 'aqal akan tiadanya,
hakikatnya mesti menerima ada.Yang demikian wajib bagi Allah s.w.t.
bersifat qidam maka maksudnya ialah mesti ada Allah s.w.t bersifat qidam.
2) Mustahil 'Aqli iaitu perkara yang tidak diterima 'aqal akan adanya ,
hakikatnya mesti tiada . Yang demikian mustahil Allah s.w.t. bersifat
baharu maka maksudnya tidak sekali-kali Allah s.w.t. itu bersifat baharu.
3) Harus 'Aqli iaitu perkara yang diterima 'aqal adanya dan tiadanya,
maka hakikatnya boleh menerima ada dan tiada seperti keadaan seseorang
itu adakalanya boleh bergerak atau diam.
Bahagian Wajib 'Aqli :
Adalah wajib 'aqli terbahagi dua :
1) Wajib 'aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu itu tetap
adanya dengan tiada berkehendak kepada bahasan dan kenyataan
seperti menghukumkan satu itu tetap separuh daripada dua .
2) Wajib 'aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
adanya dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta
mendatang- kan dalil-dalil atas ketetapan hukumnya itu seperti
menghukumkan wajib adanya Allah s.w.t. yang menjadikan alam ini
berserta dengan bahasan dan dalil-dalilnya.
Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli terbahagi dua :


1) Mustahil 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
tiada Berkehendak kepada bahasan dan mendirikan dalil seperti
contoh menghukumkan tiada terima ;aqal satu itu separuh daripada
tiga.
2) Mustahil 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan suatu itu tetap
tiada Dengan berkehendak kepada fikiran dan bahasan serta
mendatangkan dalil-dalil atas ketetapan hukumannya itu seperti
menghukumkan tiada terima 'aqal ada yang mensyirik bagi Allah
s.w.t. maka dengan itu 'aqal menghukumkan mustahil ada syirik
bagi Allah s.w.t itu melainkan dengan diadakan bahasan dengan
mendatangkan dalil.
Bahagian Harus 'Aqli :
Adalah Harus A'qli itu terbahagi dua :
1) Harus 'Aqli Dharuri - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh
terima ada dan tiada dengan tidak berkehendakkan bahasan dan
mendatangkan dalil seperti menghukumkan keadaan seseorang itu
adakalanya ia bergerak atau diam .
2) Harus 'Aqli Nazhari - Iaitu menghukumkan sesuatu boleh
dijadikan atau tiada boleh dengan berkehendak kepada bahasan
dan mendatangkan dalil-dalil seperti contoh memberikan ganjaran
pahala kepada orang yang tidak beramal , maka 'aqal
menghukumkan hal itu adalah harus melainkan dengan diadakan
bahasan dan dalil-dalil yang menunjukkan harus pada Allah s.w.t.
memberikan seperti itu .
Bab 4 : Kejadian Alam
Sesungguhnya apabila seseorang itu berfikir dan meneliti kejadian alam ini
maka ia dapat petunjuk bahawa Allah s.w.t yang telah menjadikannya.
1. Melihat sesuatu kejadian yang ada disekeliling kita seperti kerusi atau
meja dan sebagainya maka kita dapati kerusi atau meja tersebut tidak
boleh ada dengan sendirinya melainkan ada yang membuatnya dan yang
mengadakannya.
Maka dengan itu kita beritiqad dan percaya alam ini tidak boleh ada
dengan sendirinya melainkan ada yang menjadikan dan menciptakannya
tentulah Allah s.w.t yang Maha Pencipta.
2. Kita meneliti dan mengkaji dengan lebih jauh lagi akan perbuatanperbuatan orang yang membuat kerusi atau meja ada yang berbagai
bentuk dan rupa, yang mana mereka sentiasa membuat dan mengukir
kerusi atau meja tadi dengan lebih baik dan lebih halus lagi ukirannya
tetapi tidak pernah lengkap dan sempurna.
Maka itu kelemahan dan kekurangan manusia yang mengikut kadar dan
ilmu serta kekuatan yang dianugerahkan oleh Allah Ta'ala. Maka kita
menyedari bahawa Allah Taala adalah Maha Sempurna di dalam mencipta
kejadian alam ini.
3. Kita melihat akan kejadian langit dan bumi ini dan alam cekerawala ini
daripada manusia, bulan, matahari, haiwan, tumbuh-tumbuhan yang mana
setiap jenis dijadikan dengan cukup lengkap dan sempurna. Contohnya
manusia yang dijadikan adalah sebaik-baik kejadian iaitu: berakal,
bertutur, mendengar dan lain-lain sifat lagi.
Dan apabila kita perhatikan alam cekerawala seperti bumi, langit, bulan,
matahari dan lain-lain yang mana semuanya dicipta untuk manafaat dan
keperluan semua makhluk yang mana semua itu melemahkan akal para
cerdik pandai memikirkan segala kejadian tersebut yang tiada tolok
bandingnya. Maka nyatalah di sini bahawa penciptanya mempunyai kuasa
yang Maha Sempurna, Ilmu yang Maha luas dan bersifat dengan segala
sifat kesempurnaan yang Maha Suci dari segala sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah Syariyyah dan berita para Nabi bahawa yang
menjadikan alam ini ialah Allah s.w.t kerana segala perbuatanNya
menunjukkan bekas bagi segala sifat yang Maha Suci dan tidaklah makhluk
dapat mengetahui hakikatnya kerana segala makhluk ciptaanNya sentiasa
bersifat lemah dan mempunyai segala kekurangan.

Rujukan : ( Kitab Risalah Tauhid Abdul Ghani Yahya )


Bab 5 : Sifat 20
Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t. yang wajib bagi Allah yang wajib
diketahui dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :

1. Wujud : Ertinya Ada


Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan sesuatu
sebab. Maka wujud ( Ada ) disisi Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-Maturidi
bukan ia a'in maujud dan bukan lain daripada a'in maujud , maka atas qaul ini adalah wujud
itu Haliyyah ( yang menepati antara ada dengan tiada) .
Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana wujud
itu zat maujud kerana tidak disebutkan wujud melainkan kepada zat. Kepercayaan bahawa
wujudnya Allah s.w.t. bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi semua kepercayaan di dalam
dunia ini mengaku menyatakan Tuhan itu ada.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu siapa yang menjadikan langit dan bumi nescaya
berkata mereka itu Allah yang menjadikan"
( Surah Luqman : Ayat 25 )

2. Qidam : Ertinya Sedia


Pada hakikatnya menafikan ada permulaan wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t. menjadikan
tiap-tiap suatu yang ada, yang demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih dahulu daripada
tiap-tiap sesuatu itu. Jika sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu daripada tiap-tiap sesuatu,
maka hukumnya adalah mustahil dan batil. Maka apabila disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam
maka jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada satu perkataan yang sama maknanya
dengan Qadim iaitu Azali. Setengah ulama menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini
sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan azali
itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu tiap-tiap azali
tidak boleh disebut qadim. Adalah qadim dengan nisbah kepada nama terbahagi kepada
empat bahagian :
1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat Allah Ta'ala )
2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah Ta'ala )
3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah kepada
anak )
4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu sekurang-kurangnya satu tahun )
Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada Allah
Ta'ala.

3. Baqa' : Ertinya Kekal


Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah menafikan
ada kesudahan bagi wujud Allah Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah Ta'ala , ada yang
kekal dan tidak binasa Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal yang hakiki ( yang
sebenar ) Bahkan kekal yang aradhi ( yang mendatang jua seperti Arasy, Luh Mahfuz,
Qalam, Kursi, Roh, Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi dan Rasul ).
Perkara perkara tersebut kekal secara mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat dan

Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada mengekalkannya. Segala jisim semuanya binasa
melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang kecil seperti biji sawi letaknya di tungking manusia, itulah
benih anak Adam ketika bangkit daripada kubur kelak ). Jasad semua nabi-nabi dan jasad
orang-orang syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana ianya adalah kekal aradhi jua. Disini
nyatalah perkara yang diiktibarkan permulaan dan kesudahan itu terbahagi kepada tiga
bahagian :
1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.
2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga dan lainlain lagi.
3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu segala makhluk yang lain daripada perkara yang
diatas tadi ( Kedua ).

4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith. Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala


yang baharu.
Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada yang baru , yang telah
ada atau yang belum ada. Pada hakikat nya adalah menafikan Allah Ta'ala menyerupai
dengan yang baharu pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.
Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali
zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan juga bukan jenis leburan , tumbuh-tumbuhan ,
tiada berpihak ,tiada bertempat dan tiada dalam masa. Dan sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada bersamaan
dengan sifat yang baharu kerana sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan melengkapi
ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia pada segala
maujudat tetapi bagi mendengar pada makhluk hanya pada suara sahaja. Sesungguhnya di
dalam Al-Quraan dan Al-Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah s.w.t. , maka
perkataan itu hendaklah kita iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang layak dengan Allah Ta'ala
Yang Maha Suci daripada berjisim dan Maha Suci Allah Ta'ala bersifat
dengan segala sifat yang baharu.

5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya : Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .


Tidak berkehendak kepada tempat berdiri ( pada zat ) dan tidak
berkehendak kepada yang menjadikannya
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan Allah s.w.t. berkehendak
kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya.
Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat kepada sesuatu sama ada
pada perbuatannya atau hukumannya.
Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu dan mengadakan undangundang semuanya untuk faedah dan maslahah yang kembali kepada
sekalian makhluk .
Allah s.w.t menjadikan sesuatu ( segala makhluk ) adalah kerana
kelebihan dan belas kasihannya bukan berhajat kepada faedah.
Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada mengambil apa-apa manafaat
di atas kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali menjadi
mudharat kepada Allah Ta'ala atas sebab kemaksiatan dan kemungkaran hamba-hambanya.
Apa yang diperintahkan atau ditegah pada hamba-hambanya adalah
perkara yang kembali faedah dan manafaatnya kepada hamba-hambanya jua.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Barangsiapa berbuat amal yang soleh ( baik ) maka pahalanya
itu pada dirinya jua dan barangsiapa berbuat jahat maka balasannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke atas dirinya jua ".
( Surah Fussilat : Ayat 46 )

Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala yang maujudat itu dengan
nisbah berkehendak kepada tempat dan kepada yang menjadikannya ,
terbahagi kepada empat bahagian :
1) Terkaya daripada tempat berdiri dan daripada yang menjadikannya iaitu zat Allah s.w.t.
2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan kepada yang menjadikannya iaitu segala aradh ( segala sifat yang baharu ).
3) Terkaya daripada zat tempat berdiri tetapi berkehendak
kepada yang menjadikannya iaitu segala jirim. ( Segala zat yang baharu ) .
4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan berdiri ia pada zat
iaitu sifat Allah Ta'ala.

6. Al Wahdaniyyah.
Ertinya : Esa Allah Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada perbuatan.
Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan berbilang pada zat , pada
sifat dan pada perbuatan sama ada bilangan yang muttasil ( yang berhubung ) atau bilangan yang munfasil ( yang bercerai ).
Makna Esa Allah s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam Muttasil pada
Zat ( menafikan bilangan yang berhubung dengan zat ) seperti tiada zat
Allah Ta'ala tersusun daripada darah , daging , tulang ,urat dan lain-lain.
Dan menafikan Kam Munfasil pada zat ( menafikan bilangan yang bercerai pada zat Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain menyamai zat
Allah Ta'ala.

Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu menafikan Kam muttasil pada
Sifat ( menafikan bilangan yang berhubung pada sifatnya ) iaitu tidak
sekali-kali bagi Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya dua qudrat
dan menafikan Kam Munfasil pada sifat ( menafikan bilangan
bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu tidak ada sifat yang lain
menyamai sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha Sempurna.

Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu menafikan Kam


Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan yang bercerai cerai pada
perbuatan ) iaitu tidak ada perbuatan yang lain menyamai seperti
perbuatan Allah bahkan segala apa yang berlaku di dalam alam semuanya perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu baik rupanya dan
hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur dan
maksiat sama ada perbuatan dirinya atau
perbuatan yang lainnya ,semuanya perbuatan Allah s.w.t dan tidak
sekali-kali hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya hanya pada
usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat Wahdaniyyah dan ternafi bagi
Kam yang lima itu iaitu :
1) Kam Muttasil pada zat.
2) Kam Munfasil pada zat.
3) Kam Muttasil pada sifat.
4) Kam Munfasil pada sifat.
5) Kam Munfasil pada perbuatan.
Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain dan perbuatan yang lain
menyamai dengan zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t .
Dan tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang membawa kepada
menyengutukan Allah Ta'ala dan perkara-perkara yang menjejaskan

serta merosakkan iman.

7. Al Qudrah :
Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi bekas pada mengadakan
meniadakan tiap-tiap sesuatu.
Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim lagi azali yang thabit
( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t. yang mengadakan tiap-tiap yang
ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada bersetuju dengan iradah.
Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar tidak boleh memberi bekas pada mengadakan
atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar pada jalan menjayakan sesuatu .
Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam perkara ini berbagai-bagai
Fikiran dan fahaman seterusnya membawa berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.
1) Iktiqad Qadariah :
Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad akan
segala perbuatan yang dilakukan manusia itu sama ada baik atau jahat semuanya terbit
atau berpunca daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan sedikitpun tiada
bersangkut-paut dengan kuasa Allah s.w.t.
2) Iktiqad Jabariah :
Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar ( Tergagah ) dan maksudnya orang yang
beriktiqad manusia dan makhluk bergantung kepada qadak dan qadar Allah semata-mata
( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli Sunnah Wal
Jamaah :
Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang yang mengikut perjalanan Nabi dan
perjalanan orang-orang Islam iaitu beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi semata-mata
dan tidak memberi bekas segala perbuatan yang disengajanya, tetapi ada perbuatan yang di
sengaja pada zahir itu yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada memberi bekas
sebenarnya sengaja hamba itu daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala makhluk ada
usaha dan ikhtiar pada zahir dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta usaha hamba adalah
tempat pergantungan taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan dan tegahan
( ada pahala dan dosa ).

8. Al Iradah :
Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.
Maksudnya menentukan segala mumkin tentang adanya atau
tiadanya.
Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi azali thabit berdiri pada
Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala perkara yang harus atau setengah yang harus
atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu apa yang
diperbuatnya.
Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang telah berlaku dan yang akan berlaku adalah
dengan mendapat ketentuan daripada Allah Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat , kaya ,
miskin dan sebagainya serta wajib pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib
( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian ) kamu
di dalam dunia " .
( Surah Al Qasash : Ayat 77 )
Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah bersungguh-sungguh
untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana menjunjung titah
perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan segala larangan dan
tegahannyadan bermohon dan berserah kepada Allah s.w.t.

9. Al Ilmu :
Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .
Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-tiap sesuatu sama ada yang
Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ).
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada ( thabit ) qadim lagi azali
berdiri pada zat Allah Ta'ala.
Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala sesuatu sama ada perkara
Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang terang dan nyata.
Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi tiap-tiap sesuatu di
Alam yang fana' ini.

10. Al Hayat .
Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap qadim lagi azali berdiri pada zat
Allah Taala .
Segala sifat yang ada berdiri pada zat daripada sifat Idrak ( pendapat )
Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu , Sama Bashar dan Kalam.
11. Al - Samu : Ertinya : Mendengar Allah Ta'ala.
Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri pada
Zat Allah Taala. Iaitu dengan terang dan nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada yang
maujud itu qadim seperti ia mendengar kalamnya atau yang ada itu harus sama ada atau
telah ada atau yang akan diadakan. Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan sebab jauh ,
bising , bersuara , tidak bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha Mendengar akan
segala yang terang dan yang tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui ".
( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )

12. Al Bashar : Ertinya : Melihat Allah Ta'ala .


Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada yang qadim lagi azali berdiri
pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat dilihat
oleh manusia atau tidak , jauh atau dekat , terang atau gelap , zahir atau tersembunyi dan
sebagainya. Firman Allah Ta'ala yang bermaksud :
" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang mereka kerjakan ".
( Surah Ali Imran - Ayat 163 )

13 . Al Kalam : Ertinya : Berkata-kata Allah Ta'ala.


Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada , yang qadim lagi azali ,
berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang
wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Aku Allah , tiada tuhan melainkan Aku .........".
( Surah Taha - Ayat 14 )
Dan daripada yang mustahil sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" ........( kata orang Nasrani ) bahawasanya Allah Ta'ala
yang ketiga daripada tiga..........".

( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 )


Dan daripada yang harus sebagaimana firman Allah Ta'ala yang
bermaksud :
" Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang
kamu perbuat itu".
( Surah Ash. Shaffaat Ayat 96 )
Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada berbilang.
Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang dari perkara yang dikatakan
iaitu :
1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah ) seperti tuntutan mendirisolat dan lain-lain kefardhuan.
2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan ) seperti tegahan mencuri dan lain-lain larangan.
3) Menunjuk kepada khabar ( berita ) seperti kisah-kisah Firaun
dan lain-lain.
4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik ) seperti orang yan taat
dan beramal soleh akan dapat balasan syurga dan lain-lain.
5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan seksa ) seperti orang
yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas dengan azab
seksa yang amat berat.

14. Kaunuhu Qadiran :


Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Qudrat.

15.Kaunuhu Muridan :
Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Menghendaki dan menentukan tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala ,
tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum , iaitu lain daripada
sifat Iradat.
16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mengetahui akan
Tiap-tiap sesuatu.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-Ilmu.

17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Hidup.


Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Hayat.

18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap yang
Maujud.
Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum, iaitu lain daripada sifat Sama'.

19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap yang
Maujudat ( Benda yang ada ).

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Bashar.

20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.


Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada ia
ma'adum , iaitu lain daripada sifat Qudrat.

Bab 5 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t


Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi lawan
daripada dua puluh sifat yang wajib baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di sini sifat-sifat
yang mustahil satu-persatu :

1.
2.
3.
4.
5.
6.

7.

8.

9.

Adam beerti tiada


Huduth beerti baharu
Fana beerti binasa
Mumathalatuhu Lilhawadith beerti menyerupai makhluk
Qiyamuhu Bighayrih beerti berdiri dengan yang lain
Taaddud beerti berbilang-bilang

Ajz beerti lemah

Karahah beerti terpaksa

Jahl beerti jahil/bodoh

10.

Mawt beerti mati

11.

Samam beerti tuli

12.

Umy beerti buta

13.

Bukm beerti bisu

14.

Kaunuhu Ajizan beerti keadaannya yang lemah

15.

Kaunuhu Karihan beerti keadaannya yang terpaksa

16.

Kaunuhu Jahilan beerti keadaannya yang jahil/bodoh

17.

Kaunuhu Mayyitan beerti keadaannya yang mati

18.

Kaunuhu Asam beerti keadaannya yang tuli

19.

Kaunuhu Ama beerti keadaannya yang buta

20.

Kaunuhu Abkam beerti keadaannya yang bisu

Bab 5: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t


Adalah sifat yang harus pada hak Allah Taala hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah mengadakan
sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin
sesuatu yang harus ada dan tiada.

ialah

Bab 6: Beriman Kepada Malaikat


BERIMAN KEPADA MALAIKAT
Beriman kepada malaikat adalah di antara salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam yang kita wajib
beriman. Beriman kepada malaikat ialah keyakinan atau iktikad yang teguh bahawa Allah mempunyai malaikatmalaikat yang diciptakan daripada cahaya. Malaikat-malaikat itu tidak pernah menderhaka kepada Allah, dan
tidak pernah pula membantah apa sahaja yang disuruh oleh Allah kepada mereka.
SIFAT-SIFAT MALAIKAT
1. Malaikat dijadikan daripada cahaya

Rasulullah S.A.W telah bersabda :


Maksudnya : Dari Aisyah R.A. berkata, dari Rasulullah S.A.W bersabda : Malaikat dijadikan daripada cahaya,
jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu.
(Riwayat Muslim)
2. Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Najm ayat 27-28 :

Maksudnya : Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat sahajalah, yang tergamak
menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan
mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-semata, padahal sesungguhnya sangkaan
itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran itikad.
(Surah Al-Najm : 27-28)
3. Malaikat tidak dapat dilihat
Malaikat ialah suatu makhluk yang halus dan termasuk dalam alam ghaib yang tidak termasuk dalam golongan
makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu malaikat tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa.

Maksudnya : Dari Abu Salamah bahawasanya Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda : Wahai
Aisyah, ini Jibril datang dan dia menyampaikan salam kepadamu! Aisyah pun menjawab: Begitu pula alaihis
salam wa rahmatullah (baginya keselamatan dan rahmat Allah), dia dapat melihatku sedangkan aku tak dapat
melihatnya.
(Muttafaq Alaihi)
4. Malaikat boleh menjelma dengan pelbagai rupa
Allah S.W.T telah menceritakan penjelmaan malaikat dalam pelbagai bentuk termasuk bentuk manusia dalam
firman-Nya di dalam Surah Maryam ayat 17 :

Maksudnya : Maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai
seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.
5.Malaikat terpelihara daripada melakukan dosa
Malaikat dijadikan dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T dan terlindung daripada melakuan maksiat. Firman Allah
S.W.T dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang
bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang
keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah S.W.T dalam segala yang diperintahkan-Nya
kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(Surah Al-Tahrim : 6)

6.Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan bersih dari mempunyai nafsu syahwat.
NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA
Malaikat-malaikat mempunyai bilangan yang banyak. Hanya Allah sahajalah yang mengetahui bilangannya.
Firman Allah S.W.T di dalam Surah Al-Muddathir ayat 31 :

Maksudnya : Dan tiada yang mengetahui tentera Tuhanmu melainkan Dia lah sahaja. Dan (ingatlah, segala yang
diterangkan berkenaan dengan) neraka itu tidak lain hanyalah menjadi peringatan bagi manusia. .

NAMA-NAMA MALAIKAT DAN TUGAS-TUGASNYA YANG WAJIB DIPERCAYAI SECARA TAFSILI


1.Malaikat Jibrail A.S.
Diberi satu jawatan khusus dan yang paling mulia iaitu utusan yang menghubungkan di antara Allah dengan
rasul-rasul-Nya, dan juga ditugaskan menyampaikan wahyu daripada Allah kepada rasul-rasul-Nya itu.
2.Malaikat Mikail
Ditugaskan oleh Allah menurunkan hujan untuk menghidupkan bumi, binatang-binatang, sayur-sayuran, pokokpokok, buah-buahan, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain.
3.Malaikat Israfil
Ditugaskan oleh Allah meniupkan sangkakala pada hari kiamat dan pada ketika itu makhluk-makhluk yang ada di
langit dan di bumi semuanya mati kecuali yang dikehendaki Allah terkemudian matinya.
4.Malaikat Izrail
Ditugaskan oleh Allah untuk mencabut (mengambil) nyawa semua yang bernyawa di alam dunia ini.
5.Malaikat Munkar dan Nakir
Ditugaskan oleh Allah untuk menyoal mayat selepas manusia telah meninggal dunia.
6.Malaikat Raqib
Ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang baik daripada manusia.
7.Malaikat Atid
Ditugaskan oleh Allah untuk mencatat segala perbuatan dan perkataan yang jahat daripada manusia.
8.Malaikat Malik
Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu neraka tempat manusia menerima balasan dari dosa dan
kederhakaan manusia kepada Allah.
9.Malaikat Ridhwan
Ditugaskan oleh Allah untuk menjaga pintu syurga tempat manusia menerima balasan dari ketaatan dan
ketakwaan manusia kepada Allah.

TUGAS-TUGAS UMUM MALAIKAT


Antara tugas-tugas umum para malaikat adalah seperti berikut :

Memikul 'Arasy (Arasy dari segi bahasa : Singgahsana / takhta Allah).


Bertasbih & beribadat kepada Allah.

Memohon diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang menuntut ilmu.

Melindungi orang yang menuntut ilmu.

Mendoakan orang mukmin yang beribadat.

Menyampaikan berita gembira kepada orang mukmin.

Memberi syafaat kepada orang mukmin.

Berselawat ke atas orang yang solat dalam saf pertama.

Berselawat ke atas orang yang mengajar kebaikan kepada manusia.

Berselawat ke atas orang yang menziarahi orang sakit.

Berselawat ke atas Muslim yang berusaha menunaikan keperluan saudaranya.

Berselawat ke atas Muslim yang bersahur.

Menaungi para syuhada dengan sayapnya.

RUJUKAN
1.
2.

Haji Said Haji Ibrahim. (1996). Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Kuala Lumpur : Darul Marifah.
Muhammad Ramzi bin Omar. (1999). Pembahagian Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Selangor :
Pustaka Ilmi.

3.

Prof. Ahmad Izzudin Al-Bayanuni. (2003). Petunjuk Akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah
Lumpur : JAKIM

Jilid 1, Kuala

Bab 7: Beriman Kepada Kitab


Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah suatu perkara yang diwajibkan oleh Allah S.W.T kepada orang-orang
yang beriman dan menjadi salah satu daripada rukun-rukun iman yang enam. Firman Allah S.W.T. di dalam surah
An-Nisa ayat 136 :

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan
kepada kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad S.A.W.) dan juga kepada kitab-kitab
suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu.
(Surah An-Nisa : 136)

Beriman kepada kitab-kitab Allah yang dimaksudkan ialah beriman dengan al-kutubu al-ilaahiyah (kitab-kitab
ketuhanan) yang menjadi sebahagian daripada aqidah orang-orang mukmin iaitu kalam Allah yang telah

diwahyukan oleh Allah kepada para rasul-Nya yang mengandungi syariat-Nya dan ajaran agama-Nya (agama
Islam) untuk disampaikan kepada umat manusia.
KITAB-KITAB YANG DITURUNKAN OLEH ALLAH
Allah S.W.T telah menurunkan kitab-kitab kepada beberapa orang rasul-Nya yang mengandungi suruhan dan
larangan, halal dan haram, peringatan dan janji serta ancaman Allah ke atas makhluk-Nya.
Kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada beberapa orang rasul-Nya mempunyai empat buah kitab
iaitu At-Taurat, Az-Zabur, Injil dan Al-Quran.
1.Kitab Taurat
Diturunkan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. dalam bahasa Qibti. Kitab ini menerangkan hukum-hukum syariat
dan aqidah serta keimanan yang sebenar dan yang diredhai Allah S.W.T. Kitab ini juga menjelaskan akan
dibangkitkan dan diutus seorang nabi dan rasul yang terakhir daripada keturunan Nabi Ismail putera Nabi Ibrahim
a.s. yang akan membawa syariat baru dan menasakhkan syariat-syariat yang terdahulu. Selain itu, kitab ini ada
menyebut mengenai syurga, neraka, baath (bangkit selepas mati), hisab (perhitungan amal baik dan jahat),
mahsyar, mizan dan lain-lainnya yang berkaitan dengan persoalan hari kiamat.
2.Kitab Injil
Diturunkan oleh Allah kepada Nabi Isa a.s. dalam bahasa Suryani. Di dalamnya disebutkan perintah-perintah
Allah S.W.T menyuruh umat manusia mentauhidkan-Nya dan melarang mereka itu menyukutukan-Nya dengan
sesuatu benda atau dengan makhluk-makhluk yang lain. Di dalam kitab ini juga ada didapati tentang keterangan
akan dibangkitkan dan diutus seorang nabi dan rasul yang dimaksudkannya ialah Nabi Muhammad S.A.W.
3.Kitab Zabur
Diturunkan oleh Allah kepada Nabi Daud a.s. dalam bahasa Ibrani. Kitab ini hanya memuatkan fatwa-fatwa dan
nasihat-nasihat dan juga peringatan-peringatan yang mesti dijalankan oleh umatnya. Kitab ini tidak memuatkan
syariat Allah dan hukum-hukum agama kerana Nabi Allah Daud a.s. hanya diperintahkan oleh Allah S.W.T
mengikut syariat yang diberikan kepada Nabi Musa a.s. yang terdahulu daripadanya.
4.Kitab Al-Quran
Diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad S.A.W. dalam bahasa Arab. Al-Quran merupakan kitab terakhir
diturunkan oleh Allah kepada penyudah segala rasul iaitu Nabi Muhammad S.A.W dan mengesahkan kitab-kitab
yang terdahulu turun daripadanya. Al-Quran mengandungi saranan-saranan supaya manusia mengalihkan
pandangan dan memikirkan kejadian Allah di langit dan bumi untuk mendapat bukti kewujudan dan kekuasaan
Allah serta untuk mengenal segala sifat-sifat Allah. Selain itu, di dalam Al-Quran Allah telah menceritakan kepada
kita berita-berita umat yang terdahulu serta pengajaran-pengajaran yang terdapat di dalamnya dan menjelaskan
kepada kita tentang ulama-ulama agama yang terdahulu telah menyelewengkan kitab-kitab yang diturunkan
kepada nabi-nabi mereka. Al-Quran juga mengandungi hukum-hukum umum yang sesuai di sepanjang zaman
dan bagi semua umat yang menjamin mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat serta mengajak manusia
kepada akhlak yang mulia seperti sabar, bersifat benar, amanah, adil, mengajak kepada makruf, melarang
mungkar dan sebagainya. Al-Quran juga ada memberitahu tentang sumber-sumber alam dan rahsia-rahsia
kejadian yang boleh diterokai oleh kajian-kajian ilmiah seperti kegunaan air dan angin.
BILANGAN SURAH AL-QURAN, SURAH MAKKIAH DAN MADANIAH
Jumlah surah dalam Al-Quran ialah 114 surah. 82 surah daripada surah-surah tersebut telah diturunkan di Mekah
sebelum hijrah. Surah-surah ini dinamakan sebagai surah-surah Makkiah. 20 surah adalah diturunkan selepas
hijrah di Madinah dan dinamakan sebagai Surah Madaniah dan surah tersebut ialah Surah Al-Baqarah, Ali-Imran,
An-Nisaa, Al-Maaidah, Al-Anfal, At-Taubah, An-Nuur, Al-Ahzab, Muhammad, Al-Fath, Al-Hujuraat, Al-Hadid, AlMujadilah, Al-Hasyr, Al-Mumtahanah, Al-Jumuah, Al-Munafiqun, At-Thalaq, At-Tahrim dan An-Nashr. Manakala 12
surah pula adalah menjadi khilaf para ulama dalam menentukan Surah Madaniah atau Surah Makkiah. Surah
tersebut ialah Surah Al-Fatihah, Ar-Rad, Ar-Rahman, Ash-Shaaf, At-Taghaabun, Al-Muthaffifin, Al-Qadr, AlBayyinah, Az-Zalzalah, Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Naas.

Bab 8: Beriman Kepada Rasul

BERIMAN KEPADA RASUL


Beriman kepada rasul-rasul adalah suatu tuntutan syarak dan menjadi salah satu daripada rukun-rukun iman
yang enam. Beriman dengan para nabi dan rasul membawa maksud beriman dengan Rasul yang Allah sebutkan
nama mereka dalam Al-Quran. Selain itu, golongan mukallaf juga wajib beriman bahawa Allah juga mengutuskan
rasul-rasul lain yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran dan Al-Sunnah di mana bilangan mereka
tersangat ramai. Rasul ialah lelaki yang telah dipilih oleh Allah S.W.T. dari kalangan manusia untuk menjadi
utusan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan memberi berita gembira kepada orang yang beriman berupa
balasan yang baik sebagai ganjaran atas keimanan, ketaatan dan kebaikan yang dilakukan serta memberikan
berita menakutkan kepada orang yang kufur bahawa mereka akan menerima balasan azab atas kekufuran dan
keingkaran mereka. Hikmah perutusan rasul ini ialah untuk Allah menyempurnakan panduan yang diperlukan
oleh manusia bagi mengekalkan keturunan manusia, menyusun sistem hidup mereka dan menjamin kebahagiaan
hidup di dunia dan di akhirat.
BILANGAN NABI DAN RASUL
Bilangan para nabi adalah seramai 124,000 nabi dan para rasul adalah seramai 313 rasul berdasarkan
sabda Rasulullah Salallahu alaihi Wasallam :

Maksudnya : Dari Abu Dzar r.a berkata, aku masuk ke masjid di mana beliau di sana, maka aku bertanya kepada
Nabi , 'Berapakah jumlah Nabi semuanya?" Nabi menjawab, "Semuanya ada 124.000 nabi. Dan berapakah
jumlah Rasul? beliau menjawab: 313 Rasul.
(Hadith Riwayat Hakim dan Al Baihaqi)
Namun, bilangan sebenar nabi dan rasul tersangat ramai. Hanya Allah sahaja yang mengetahui bilangan sebenar
para rasul yang diutuskan-Nya kepada setiap manusia. Allah S.W.T. berfirman di dalam Surah Ghafir ayat 78 :

Maksudnya : Demi sesungguhnya! Kami telah utuskan beberapa orang rasul sebelum kamu, di antara mereka
ada yang Kami ceritakan kepadamu dan di antara mereka ada yang tidak Kami ceritakan kepadamu.
(Surah Ghafir : 78)
NAMA-NAMA NABI DAN RASUL YANG WAJIB DIKETAHUI

Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui adalah seramai 25 orang kerana nama-nama tersebut
disebutkan di dalam Al-Quran. Nama-nama nabi dan rasul yang wajib diketahui ialah :
1.
2.

Nabi Adam alaihissalam (a.s.)


Nabi Idris a.s.

3.

Nabi Nuh a.s.

4.

Nabi Hud a.s.

5.

Nabi Saleh a.s.

6.

Nabi Ibrahim a.s.

7.

Nabi Luth a.s.

8.

Nabi Ismail a.s.

9.

Nabi Ishak a.s.

10. Nabi Yaqub a.s


11. Nabi Yusuf a.s.
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syuaib a.s.
14. Nabi Harun a.s.
15. Nabi Musa a.s.
16. Nabi Ilyasa a.s.
17. Nabi Zulkifli a.s.
18. Nabi Daud a.s.
19. Nabi Sulaiman a.s.
20. Nabi Ilyas a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s.
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam
RASUL-RASUL ULUL AZMI
Di kalangan para rasul terdapat mereka yang digelar Ulul Azmi yang bermaksud orang yang mempunyai
kesungguhan dan kuat berusaha. Para rasul yang memiliki gelaran ini adalah disebabkan kesungguhan
dan usaha mereka melebihi rasul-rasul yang lain dalam menyampaikan risalah daripada Allah. Mereka
seramai 5 orang iaitu :
1.
2.

Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam


Nabi Ibrahim A.S.

3.

Nabi Musa A.S.

4.

Nabi Nuh A.S.

5.

Nabi Isa A.S.

SIFAT-SIFAT YANG WAJIB BAGI RASUL


1.Siddiq/Benar
Siddiq bererti benar. Ia diambil daripada kalimah as-Sidqu iaitu mengatakan yang benar dan terang. Sifat benar
ini wajib ada pada rasul. Ia menjadi sifat yang mutlak iaitu bersifat benar dalam semua perkara sama ada dalam

percakapan, perbuatan dan hati. Apa yang disabdakan oleh para rasul dan para nabi adalah benar dan
dibenarkan kata-katanya. Para nabi dan rasul mempunyai sifat siddiq iaitu membawa kebenaran.
2. Amanah
Perkataan amanah mempunyai pengertian khusus dan umum. Dalam pengertian khusus amanah bererti
mengembalikan harta benda kepada yang mengamanahkannya. Manakala dalam pengertian khusus pula
amanah memberi maksud menyembunyikan rahsia, ikhlas dalam memberi nasihat dan benar-benar
menyampaikan sesuatu bila ditugaskan untuk menyampaikannya.
Sifat amanah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam seperti sifat-sifatnya yang utama adalah lengkap dan
sempurna. Tidak diragukan lagi bahawa keluhuran budinya adalah penyumbang terbesar yang menyebar-luaskan
risalah Allah. Baginda telah menyampaikan risalah itu kepada manusia dengan sebaik-baiknya. Bangsa Arab
telah mengenal sifat amanah Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam sebelum baginda diutus. Mereka memberinya
dengan gelaran Al-Amin orang yang terpercaya. Oleh kerana itu mereka menerima keputusan-keputusan
baginda dalam perselisihan di antara mereka dan rela dengan ketetapan RasulullahSallallahu alaihi
wasallam sebagaimana keputusan tentang perletakan Hajarul Aswad yang dibuat oleh Baginda.
3.Tabligh/Menyampaikan
Maksud tabligh ialah menyampaikan. Para rasul menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah, di mana
menyampaikan itu menjadi sifat yang istimewa kepada mereka. Mustahil mereka menyembunyikan wahyu Allah.
Mereka tetap menyampaikannya walaupun menghadapi kezaliman dan kekejaman manusia.
Semua rasul mengisytiharkan dengan berterus-terang dan bersemuka bahawa mereka menyampaikan perintah
Allah dan menasihati umatnya. Begitu juga kita dapati Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallamdiperintahkan
supaya menyampaikan perintah Allah kepada umat manusia. Para rasul sentiasa menyampaikan segala ajaran,
peringatan, hukum-hukum, berita gembira dan berita buruk kepada seluruh umatnya.
4.Fatonah/Bijaksana
Fatonah bermaksud cerdik dan bijaksana. Setiap rasul yang dipilih oleh Allah wajib bersifat dengan sifat fatonah,
malah secara luar biasa dalam memahami ajaran Allah. Para rasul memiliki kekuatan ingatan dan ketajaman akal
yang luar biasa, sehingga tidak ada sesiapa yang mampu menandingi mereka, kerana mereka telah
diamanahkan untuk menyampaikan agama Allah, menyatakan hukum-hukumnya, menghapuskan segala
kekeliruan, menegakkan iman dalam hati manusia dengan hujah-hujah yang kuat serta membatalkan segala
penentangan ke atas agama Allah.
Sifat fatonah adalah sifat yang saling berkait dengan sifat tabligh, kerana dalam menyampaikan ajaran Allah para
pesuruh Allah mesti menghadapi perbahasan dan perbincangan yang sengit dengan musuh-musuh mereka.
Dengan sifat fatonah itu wajar bagi mereka melaksanakan perintah Allah.
Jika kita mengkaji sejarah hidup Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam, kita dapati baginda seorang yang bijak
dan dapat memberi hujah yang kuat. Tidak ada seorang pun yang dapat menandinginya, sehinggakan kata-kata
baginda (hadis) menjadi hujah yang kuat hingga akhirat kelak.
SIFAT-SIFAT YANG MUSTAHIL BAGI RASUL
1.Kazib/Dusta
Mustahil rasul melakukan kazib iaitu pembohongan dan dusta kerana Allah telah menyokongnya dengan mukjizat
yang menunjukkan kebenaran ajarannya. Allah tidak akan menyokong dan menolong pendusta. Sekiranya rasul
itu boleh melakukan dusta, Allah tidak akan menyuruh kita mengikutnya.
2.Khianat/Curang
Mustahil rasul melakukan khianat. Sekiranya rasul itu melakukan khianat, nescaya sudah pasti dia akan
mengubah syariat Allah dan merosakkan hukum-hukum yang diterimanya daripada Allah Subhanahu wa Taala.
Dengan itu, tujuan asas rasul itu diutuskan iaitu melakukan pengislahan dan beramal mengikut perintah Allah
tidak akan tercapai. Allah tidak suka kepada orang yang melakukan kerosakan dan tidak akan membantu orang
yang membuat khianat.

2.Kitman/Menyembunyikan
Mustahil rasul bersifat kitman iaitu menyembunyikan wahyu Allah. Mereka tetap menyampaikannya walaupun
menghadapi kezaliman dan kekejaman manusia. Para rasul menyampaikan wahyu yang diterima daripada Allah,
di mana menyampaikan itu menjadi sifat yang istimewa kepada mereka.
3.Baladah/Bodoh
Mustahil rasul bersifat baladah iaitu bodoh dan lebih mustahil lagi Allah memilih rasul-Nya dari kalangan orangorang yang tidak sempurna akal dan kebijaksanaannya kerana rasul akan menyampaikan risalah-risalah kepada
umat Islam.

SIFAT YANG HARUS BAGI RASUL


Sifat yang harus bagi rasul ialah sifat-sifat yang ada pada manusia biasa seperti makan, minum, berkahwin, tidur
dan sakit. Namun demikian, segala sifat yang mereka miliki itu tidak menjejaskan atau menjatuhkan taraf
kerasulan mereka.

Bab 9: Beriman Kepada Hari Kiamat


Beriman kepada hari kiamat adalah salah satu dari rukun iman yang enam dan merupakan perkara
utama dalam aqidah malah sebagai unsur penting dalam keimanan kerana terdapat banyak ayat-ayat
Al-Quran yang menghubungkan beriman kepada Allah dengan beriman kepada hari kiamat. Antaranya
ada dinyatakan berdasarkan firman Allah S.W.T. di dalam surah Al-Baqarah ayat 62 :

Maksudnya : Sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan beriman kepada hari akhirat (hari
kiamat) serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada
kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka, dan mereka pula tidak akan
berdukacita.
(Surah Al-Baqarah : 62)
Al-Quran dan Al-Sunnah ada memuatkan keterangan tentang dalil kewajipan beriman dengan hari kiamat. Dan
sesiapa yang kufur ingkar dengan beriman kepada hari kiamat maka ia berada di dalam kesesatan. Allah S.W.T
berfirman di dalam surah Al-Nisa ayat 136 :

Maksudnya : dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, rasul-rasul-Nya dan juga
hari akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.
(Surah Al-Nisa : ayat 136)
Beriman dengan hari kiamat ialah beriman dengan setiap berita yang disampaikan oleh Allah dan rasul-Nya
mengenai peristiwa yang berlaku pada hari itu, azab dan nikmatnya, soal kubur, hari manusia dibangkitkan
semula, mizan, haudh, sirat dan sebagainya.
Menurut Imam Syafie, Ahli Sunnah Wal-Jamaah beriman kepada setiap yang diberitakan oleh Allah dan RasulNya tentang hari kiamat seperti kebangkitan selepas mati, hisab, kedatangan Allah pada hari kiamat untuk
memberikan keputusan di antara hamba-hamba-Nya, mizan (timbangan), ash-shirath, syurga dan neraka.
NAMA-NAMA LAIN BAGI HARI KIAMAT

1.
2.

Yaumus-Sa'ah ( ) - Masa yang ditetapkan


Yaumul-Hisab ( ) - Hari perhitungan

3.

Yaumul-Waqiah ( ) Peristiwa yang pasti berlaku

4.

Yaumul-Haqqah ( ) Peristiwa yang sebenar

5.

Yaumul- Qariah ( ) Hari yang menggemparkan

6.

Yaumuz-Zalzalah ( ) Hari goncangan/gegaran

7.

Yaumul- Jaza' ( ) Hari pembalasan

8.

Yaumul-Rajifah ( ) Hari gempa

9.

Yaumul-Fasl ( ) Hari keputusan

10. Yaumul-Waid ( ) Hari ancaman

PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN BERIMAN KEPADA HARI KIAMAT


1. Ujian Kubur
Kita wajib beriman dengan apa yang diberitahu oleh Rasulullah S.A.W. bahawa adanya ujian kubur dan soalan
yang diajukan oleh malaikat Munkar dan Nakir. Mereka akan menanyakan manusia tentang Tuhannya, agamanya
dan nabinya, Dalam beberapa hadis yang sahih, Rasulullah S.A.W. memberitahu bahawa manusia akan diuji di
dalam kubur mereka dan para malaikat akan bertanya kepadanya : Siapa tuhan kamu, apa agama kamu dan
siapa nabi kamu? Orang mukmin akan menjawab soalan itu dengan mengatakan : Tuhanku Allah, agamaku Islam
dan Nabi Muhammad S.A.W. ialah nabiku. Orang yang masih dalam keraguan, maka dia akan mengatakan :
Saya tidak tahu tetapi saya pernah mendengar manusia mengatakan sesuatu tentangnya, lalu saya menurut apa
yang dikatakan. Lantaran itu dia dipukul dan diseksa dalam kuburnya. Ada beberapa hadis yang berkaitan
dengannya, antaranya ialah hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud :
Apabila seseorang hamba diletakkan di dalam kuburnya dan para pengiringnya berpatah balik, maka
sesungguhnya dia mendengar bunyi tapak kasut mereka. Pada ketika itu datanglah dua malaikat lalu mereka
mendudukkannya. Mereka berkata kepadanya : Apa yang hendak kamu katakan mengenai lelaki ini? Orang
Mukmin akan mengatakan : Saya mempersaksikan bahawa dia adalah pesuruh Allah dan rasul-Nya. Lalu
dikatakan kepadanya : Lihatlah tempat duduk kamu di dalam neraka telah digantikan dengan tempat duduk di
dalam syurga. Nabi Muhammad memberitahu : Lalu dia melihat kedua-dua tempat itu. Orang Munafik dan orang
kafir, maka dikatakan kepada mereka : Apa yang hendak kamu katakan mengenai lelaki ini? Lalu dia menjawab :
Saya tidak tahu, tetapi saya pernah mengatakan sepertimana yang dikatakan orang lain. Maka dikatakan
kepadanya : Memang kamu tidak mengerti dan tidak memahami. Dia pun dipukul dengan alat pemukul daripada
besi dengan satu pukulan sehingga dia menjerit di mana jeritannya dapat didengar oleh sesiapa sahaja yang ada
berdekatan kecuali jin dan manusia.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
2. Azab Kubur dan Nikmatnya
Kita juga wajib beriman tentang adanya azab kubur dan nikmatnya sebagaimana yang dinyatakan oleh
Rasulullah S.A.W. Azab kubur dikenali sebagai alam barzakh. Alam barzakh ialah suatu kehidupan di antara
kehidupan di dunia dan di akhirat dan merupakan alam bagi orang yang telah meninggal dunia sementara
menunggu hari kebangkitan serta alam yang memisahkah di antara alam dunia dengan alam akhirat. Keterangan
tentang adanya seksa kubur ada dinyatakan dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Hadis-hadis mengenai azab kubur
sangat banyak dan sampai ke tahap mutawatir. Imam Nawawi mengatakan bahawa ketahuilah menurut mazhab
Ahli Sunnah Wal-Jamaah, azab kubur merupakan suatu yang pasti dan banyak dalil yang telah dikemukakan
sama ada melalui ayat Al-Quran atau hadis sahih. Dari segi logiknya adalah tidak mustahil mengembalikan
kehidupan pada sebahagian daripada tubuh yang telah mati lalu menyeksanya dan memandangkan kewujudan
azab ini tidak boleh disangkal oleh akal apatah lagi dengan sokongan dalil-dalil syarak, maka menjadi kewajipan
bagi kita untuk menerima dan beriktikad dengannya. Dalam Al-Quran, Allah S.W.T berfirman di dalam surah
Ghafir ayat 45-46 :

Maksudnya : Dan Firaun berserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Mereka dinampakkan neraka
pada pagi dan petang dan pada hari terjadinya kiamat dikatakan kepada malaikat : Masukkan Firaun dan
kaumnya ke dalam azab yang sangat keras.
(Surah Ghafir : 45-46)
Di antara hadis-hadis yang menunjukkan tentang azab kubur ialah seperti hadis yang diriwayatkan oleh Muslim
daripada Zaid bin Thabit r.a. Maksudnya :
Ketika Nabi Muhammad S.A.W. berada di tembok Bani Najjar di atas binatang tunggangannya dan kami berada
bersamanya, tiba-tiba tembok itu runtuh dan hampir mengenainya. Tiba-tiba didapati beberapa kubur sebanyak
enam, lima atau empat kubur. Lalu Rasulullah S.A.W. bersabda :
Siapakah yang mengetahui tentang
penghuni kubur ini? Seorang lelaki menjawab : Saya mengetahuinya. Nabi bertanya : Bilakah mereka mati?
Lelaki itu menjawab : Mereka mati semasa dalam kesyirikan. Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya umat ini
sedang menerima ujian dalam kubur mereka, andaikata mereka tidak dikebumikan nescaya aku akan berdoa
kepada Allah supaya memperdengarkan kepada kamu azab kubur yang sedang aku dengar ini. Kemudian
baginda menghadap ke arah kami sambil bersabda :Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada seksaan
neraka. Para sahabat berkata : Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada azab neraka. Nabi
bersabda : Mohonlah perlindungan dengan Allah dari azab kubur. Para sahabat berkata : Kami memohon
perlindungan kepada Allah daripada azab kubur. Nabi bersabda : Mohonlah perlindungan dengan Allah
daripada fitnah yang ketara dan tersembunyi. Para sahabat berkata : Kami memohon kepada Allah daripada
fitnah yang ketara dan tersembunyi. Baginda bersabda lagi : Mohonlah perlindungan dengan Allah daripada
fitnah al-Masih Dajal. Para sahabat berkata : Kami memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah alMasih Dajal.
(Riwayat Muslim)
Setiap orang mati yang layak menerima azab berdasarkan amalan buruknya, sama ada dia dikuburkan atau
tidak, maka roh dan jasadnya akan menerima azab sebagaimana yang dikenakan kepada orang yang berada di
dalam kubur.
3. Tanda-tanda Kiamat
Kita wajib beriman bahawa hari kiamat pasti datang. Masa berlaku hanya Allah mengetahuinya. Allah tidak
memberitahu seseorang pun sama ada manusia biasa mahupun para rasul-Nya. Tiada seorang pun yang
berupaya mengetahui baki umur dunia yang masih tinggal kecuali Allah S.W.T. Kita wajib beriman dengan tandatanda kiamat yang merangkumi tanda-tanda kecil dan tanda-tanda besar kerana ia adalah sebahagian daripada
beriman kepada hari kiamat. Dan sesungguhnya, Allah S.W.T. mengadakan pelbagai tanda kiamat untuk
menunjukkan bahawa hari kiamat itu sudah hampir dan sudah dekat. Berdasarkan firman Allah S.W.T di dalam
surah Muhammad ayat 18 :

Maksudnya : Kiranya golongan yang ingkar masih tidak mahu menerima peringatan yang diberi kepadanya,
maka tidak ada lagi yang mereka tunggukan melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara
mengejut kerana sesungguhnya telah lahir tanda-tanda kedatangannya, kalaulah demikian, maka bagaimanalah
mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka apabila saat kiamat itu datang kepada mereka?.
(Surah Muhammad : 18)
4. Permulaan terjadinya kiamat
Kita wajib beriman dengan peristiwa-peristiwa kiamat sebagaimana yang disebutkan dalam Al-Quran
terutamanya yang terdapat dalam surah Al-Takwir dan Al-Infitar. Keseluruhan ayat-ayat Al-Quran yang menyentuh
tentang kejadian kiamat menunjukkan bahawa permulaan kiamat ialah dengan berlakunya perubahan umum
terhadap alam ini. Langit akan terbelah, bintang-bintang berguguran dan planet-planet berlanggaran sesama
sendiri serta kejadian lain.

Segala sesuatu akan menjadi musnah dan apa sahaja yang dikenali oleh manusia akan dimusnahkan
kewujudannya. Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Ibrahim ayat 48 :

Maksudnya : Pada hari bumi diganti dengan bumi yang lain dan demikian pula langit dan mereka semuanya (di
padang Masyhar) berkumpul menghadap ke hadrat Ilahi yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.
5. Peristiwa kebangkitan
Selepas berlakunya tiupan sangkakala yang kedua, kita wajib beriman bahawa Allah S.W.T. akan mengembalikan
kehidupan kepada setiap yang mati. Inilah hari yang dikenali sebagai hari kebangkitan iaitu pengembalian roh
dan jasad manusia sebagaimana halnya semasa mereka di dunia.
6. Mahsyar
Kita beriman bahawa peristiwa pengumpulan akan berlaku selepas para makhluk dikeluarkan dari kubur-kubur
mereka. Allah S.W.T. berfirman di dalam surah Maryam ayat 85-86 :

Maksudnya : Ingatlah hari ketika Kami mengumpulkan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan yang Maha
Pemurah sebagai perutusan yang terhormat. Dan Kami akan menghalau orang-orang yang derhaka ke neraka
Jahanam dalam keadaan dahaga.
(Surah Maryam : 85-86)

Al-Hasyr bermakna keadaan manusia yang dihalau ke suatu tempat. Tempat itu ialah tempat mereka berhenti
menunggu untuk dijatuhkan hukuman. Setelah manusia dibangkitkan, Allah menyuruh malaikat-Nya menghalau
mereka ke suatu tempat penantian di mana ketika itu mereka dalam keadaan sebagaimana kejadian pertama
yakni tidak berkasut, tidak berpakaian dan tidak berkhatan. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada
: Aisyah, beliau menyebutkannya yang bermaksud

Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda : Manusia akan dikumpulkan pada hari kiamat dalam keadaan
berkaki ayam, bertelanjang dan tidak berkhatan. Aku bertanya : Wahai Rasulullah, adakah sebahagian mereka
melihat kepada sebahagian yang lain? Rasulullah menjawab : Wahai Aisyah, keadaan pada hari itu lebih dahsyat
.daripada mereka memperhatikan antara satu sama lain
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Pembalasan amalan .7
Kita wajib beriman dengan adanya pembalasan terhadap segala amalan pada hari kiamat. Kesemua manusia
akan diberikan balasan yang setimpal terhadap segala yang mereka lakukan semasa di dunia. Allah berfirman di
dalam surah Al-Nur ayat 25 :

Maksudnya : Di hari itu, Allah akan memberi mereka balasan yang setimpal dan tahulah bahawa Allahlah yang
benar lagi yang menjelaskan segala menurut hakikat yang sebenarnya.
(Surah Al-Nur : 25)
8.Persemukaan dan Perhitungan (Hisab)

Kita beriman bahawa pembalasan terhadap manusia berlaku setelah perbicaraan yang adil. Setiap manusia akan
bersemuka dengan Tuhannya, lalu mereka diminta memberikan alasan terhadap segala amalan mereka. Mereka
akan didedahkan perihal segala pekerjaan yang mereka lakukan semasa di dunia. Mereka akan membaca sendiri
kitab-kitab catatan amalan mereka. Lantaran itu, kita wajib beriman tentang adanya persemukaan, hisab dan
pembacaan kitab catatan amalan. Apa yang dimaksudkan dengan penghisaban ialah perincian yang dilakukan
oleh Allah S.W.T. terhadap hamba-hamba-Nya sebelum mereka beredar dari Masyhar. Ia meliputi perincian
terhadap tindak perbuatan, kata-kata dan iktikad mereka sama ada yang baik mahupun yang buruk. Ini berlaku
setelah manusia melihat sendiri kitab catatan mereka.
9. Al-Haudh (Kolam)
Kita wajib beriman dengan apa yang diberitahu oleh Nabi Muhammad S.A.W. tentang Al-Haudh (Kolam) yang
merupakan anugerah Allah kepada baginda dan umatnya. Banyak hadis yang sahih menceritakan tentangnya
sehingga sampai ke tahap mutawatir. Orang yang pertama sekali melalui kolam itu ialah Nabi Muhammad S.A.W.
kemudian diikuti oleh umatnya. Orang kafir dan ahli maksiat serta yang melakukan dosa besar akan diusir dari
melalui kolam itu. Sabda baginda yang bermaksud :
Akulah orang yang mendahului kamu ke kolam (al-Haudh). Barang siapa yang melaluinya, dia akan dapat
minum dan barang siapa meminumnya tidak akan haus selama-lamanya. Kelak akan melaluinya satu kaum yang
aku mengenali mereka dan mereka mengenali aku, kemudian didindingkan antara aku dengan mereka. Nabi
S.A.W. berkata : Sesungguhnya mereka itu umatku. Lalu dikatakan : Sesungguhnya kamu tidak tahu apa yang
mereka lakukan setelah kamu tiada. Akupun mengatakan : Jauhlah, jauhlah bagi mereka yang mengubah
ajaranku setelah aku tiada.
(Riwayat Muslim)
10. Mizan
Kita wajib beriman bahawa amalan-amalan manusia yang baik dan buruk akan ditimbang pada hari kiamat
dengan satu penimbang yang disebut sebagai mizan. Ini bertujuan memperlihatkan keadilan-Nya. Allah berfirman
di dalam surah Al-Anbiya ayat 47 :

Maksudnya : Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang
walau sedikit pun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun, pasti Kami akan mendatangkan pahalanya
dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan.
(Surah Al-Anbiya : 47)
Berlakunya timbangan amal setelah selesainya penghisaban. Ini kerana mizan bertujuan menjatuhkan hukuman
sementara hisab bertujuan membuktikan segala amalan yang pernah dilakukan. Namun begitu, para nabi, para
malaikat dan sesetengah manusia tidak dilakukan timbangan amal kepada mereka.
11. Sirat
Selepas hisab dan mizan, manusia akan beredar untuk melintasi sebuah jambatan yang direntangkan di atas
neraka Jahanam. Jambatan ini dikenali sebagai sirat. Kesemua manusia tidak terkecuali seorangpun akan
melintasi sirat. Mereka termasuklah golongan para nabi dan lain-lainnya. Ada di kalangan mereka yang
melintasinya dengan cepat seperti kilat, angin, kuda, berlari dan ada yang merangkak. Ini berlaku berdasarkan
amalan masing-masing. Di antara mereka ada yang selamat sehingga ke penghujungnya dan ada yang
tergelincir ke dalam neraka Jahanam.
12. Syurga dan Neraka
Kemuncak dari peristiwa yang dilalui semasa kiamat ialah syurga dan neraka. Ia diciptakan untuk menjadi tempat
pembalasan baik dan buruk. Syurga ialah Tempat pembalasan yang dipenuhi dengan nikmat yang kekal abadi
yang disediakan oleh Allah untuk hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh selepas mereka
dibangkitkan semula pada hari akhirat. Neraka pula ialah tempat balasan seksa yang kekal abadi di akhirat yang
disediakan oleh Allah kepada orang kafir dan orang Islam yang melakukan dosa. Kewujudan syurga dan neraka
mendahului kewujudan mereka yang bakal menghuninya. Ia kekal dan tidak akan dibinasakan. Syurga dan

neraka merupakan tempat pembalasan yang abadi dan para penghuninya tidak akan mati selama-lamanya.
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud :
Apabila ahli syurga telah masuk ke dalam syurga dan ahli neraka masuk ke dalam neraka, dibawalah mati
sehingga diletakkan di antara syurga dan neraka, kemudian mati itu disembelih. Lalu seorang penyeru menyeru :
Wahai ahli syurga, tidak ada mati. Wahai ahli neraka, tidak ada mati. Maka bertambahlah kegembiraan ahli
syurga dan bertambahlah kesedihan ahli neraka.
(Riwayat Al-Bukhari)
TANDA-TANDA KECIL KIAMAT
1. Urusan agama ditadbir oleh orang yang bukan ahlinya.
2. Wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.
3.

Amalan riba' berleluasa.

4.

Maksiat berleluasa.

5.

Banyak berlaku peperangan, pembunuhan dan fitnah.

6.

Banyak berlaku bencana alam.

7.

Wanita lebih ramai dari lelaki.

8.

Ramai wanita mendedahkan aurat.

9.

Anak derhaka kepada ibunya.

10. Manusia berlumba-lumba membina bangunan tinggi.


TANDA-TANDA BESAR KIAMAT
1. Keluar Dajjal yang akan menyesatkan manusia
2. Keluar ad-Dabbah al-Ardi (sejenis binatang dari bumi)
3.

Keluar Yakjuj dan Makjuj

4.

Turun Iman Mahadi

5.

Turun Nabi Isa A.S.

6.

Keluar asap tebal

7.

Matahari terbit dari arah Barat

NAMA-NAMA SYURGA
1.
2.

Jannatu Adnin ( ) (Syurga tempat tinggal yang kekal


Jannatu Naim ( )Syurga dipenuhi nikmat

3.

Jannatu Makwa ( )(Syurga tempat kembali

4.

Jannatu Firdaus ( ) Syurga firdaus

5.

Maqamun Amin ( ) Kedudukan yang sentosa

6.

Darul Maqamah ( ) Rumah yang tenteram

7.

Darul Khulud ( )Rumah yang kekal abadi

8.

) Rumah yang sejahtera


Darussalam (

NAMA-NAMA NERAKA
1.
2.

Neraka Saqar ( )Api yang membakar kulit


Neraka Jahim ( )Tempat balasan seksa yang abadi

3.

Neraka Sair ( )Api yang menyala-nyala

4.

Neraka Jahannam ( )Tempat balasan abadi selepas mati

5.

Neraka Hawiah ( )Api panas yang membakar

6.

Neraka Laza ( )Api yang menggelegak

7.

Neraka Hutamah ( )Api yang dinyalakan

Bab 10: Beriman Kepada Qada' dan Qadar


Qada menurut bahasa Arab ialah menghukum, menjadikan dan menjelaskan. Dari segi istilah pula ialah
perbuatan Allah menjadikan alam semesta dan mentadbirnya mengikut ketetapan yang telah ditetapkan-Nya.
Qadar pula menurut bahasa ialah ketentuan atau peraturan. Dari segi istilah pula ialah Allah S.W.T telah
menetapkan satu ketentuan bagi sesuatu perkara semenjak daripada azali.
Beriman kepada Qada dan Qadar merupakan rukun keenam dari rukun-rukun iman di mana tidak sempurna
keimanan seorang hamba sehingga ia beriman kepadanya. Beriman kepada qada dan qadar bermaksud
mempercayai bahawa Allah S.W.T. adalah zat yang Maha Kuasa di seluruh alam ini untuk menentukan dan
mengatur sesuatu yang ada di alam ini dengan kebijaksanaan dan kehendak-Nya sendiri tanpa diganggui oleh
sesuatu kuasa asing.
Selain itu, menyakini bahawa apa yang dikehendaki Allah pastilah terjadi dan apa yang tidak dikehendaki Allah
nescaya tidak akan terjadi, tiada sesuatu pun dapat wujud melainkan dengan kehendak dan kekuasaan Allah.
Allah yang berkuasa ke atas segala sesuatu dan tidaklah Allah berkehendak atas sesuatu kecuali Allah Maha
Kuasa atasnya.
Dengan erti kata lain, sesuatu perkara yang telah berlaku, atau yang sedang berlaku, atau yang akan berlaku,
kesemuanya adalah tertakluk di bawah Qada dan Qadar (takdir) Allah untuk menentukan dan menetapkan
kedudukan sebenar sesuatu perkara tadi. Justeru itu, apa sahaja yang terjadi di alam semesta ini, semuanya
berjalan sesuai dengan ilmu dan iradat Allah yang telah direncanakan oleh Allah sejak mula lagi mengikut
peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah.
Beriman dengan takdir Allah merangkumi empat peringkat iaitu :
Pertama : Beriman dengan ilmu Allah S.W.T. yang qadim dan beriman bahawa Allah mengetahui semua amalan
hamba-hamba-Nya sebelum mereka melakukannya.
Kedua : Beriman dengan penulisan yang diketahui Allah yakni di luh mahfuz.
Ketiga : Beriman dengan kehendak Allah yang terlaksana dan kekuasaan-Nya yang tidak terbatas.
Keempat : Beriman dengan perbuatan Allah mengadakan semua makhluk dan Allah adalah khaliq (Pencipta)
sementara selain daripada-Nya ialah makhluk.

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/tasawwuf/home.htm

Anda mungkin juga menyukai