Anda di halaman 1dari 10

Ringkasan Subjek muamalat

1.Muamalat dalam Syariat Islam

Sejarah Rasulullah SAW Berkaitan Sistem Muamalat


-Muamalat (perniagaan) merupakan satu-satunya mata pencarian terpenting bagi penduduk
Mekah
- kitab sejarah seperti MuÊjam al-Buldan telah mencatatkan peristiwa pengembaraan
Rasulullah SAW berniaga ke negara jiran
- Pada usia 12 tahun, buat pertama kali Rasulullah SAW telah terlibat secara langsung dengan
dunia perniagaan apabila pakciknya membawa baginda ke Syria untuk berniaga
- Oleh sebab Rasulullah SAW dipelihara dan dibesarkan dalam keluarga peniaga, maka
pengetahuannya tentang perniagaan terus meningkat
-Apabila baginda sudah agak dewasa dan pakciknya pula mula uzur kerana umur dan
tanggungan yang banyak, maka baginda dengan tidak teragak-agak memulakan
perniagaannya sendiri dengan membeli barangan dari sebuah pasar dan diniagakan di pasar
lain.
- Peristiwa ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad SAW telah memulakan perniagaan
lebih awal dari masa beliau bertunang dan terlibat dengan perniagaan isterinya yang
pertama Sayyidatina khadijah r.a

Pengenalan kepada Sistem Muamalat dalam Syariat Islam

-
kaedah Asas dalam Fiqh Muamalat

- Hukum asas dalam urusan muamalat merupakan kembali melihat tujuannya dan maslahat
-Contoh yang menunjukkan bagaimana hukum dalam sistem muamalat diasaskan kepada
objektif dalam kes hukum campur tangan pemerintah dalam menetapkan harga jualan.
- Selepas hukum mengehadkan harga tertentu dilarang pada zaman Nabi Muhammad SAW,
ulama melihat hukum ini dari sudut objektif keadilan yang ingin dicapai.
- Apabila dikaji dengan teliti, ulama sepakat bahawa objektif atau maqasid yang disasarkan
oleh Nabi SAW ketika menolak permintaan para sahabat ini adalah kerana tidak ingin
menindas dan menzalimi hak penjual untuk mendapatkan keuntungan sesuai menurut harga
pasaran. Ini kerana pada ketika itu, tiada sebarang penindasan berlaku.
- Ini adalah bertujuan untuk menolak kezaliman ke atas pembeli pula. Jika dalam dalil
sebentar tadi menunjukkan Nabi Muhammad SAW ingin menolak kezaliman daripada
berlaku ke atas para penjual, dalam hal ini pula, para ulama tabiÊen menetapkan hokum
larangan tadi berubah menjadi harus disebabkan maqasid yang ingin dicapai bagi menolak
kezaliman daripada berlaku ke atas pembeli
-

Jenis Muamalat dalam Syariat Islam

-
Rukun dan Syarat Muamalat dalam Islam

konsep Muamalat dalam Syariat Islam

- Fiqh muamalat boleh diertikan sebagai semua hukum syariat yang bersangkutan dengan
urusan duniawi, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jual beli,
perniagaan, sewa menyewa, tukar- menukar, dan pinjam-meminjam. Muamalat juga
merupakan kaedah, prosedur atau sistem peraturan dalam perhubungan manusia sesama
manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah SWT
yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam sesama Islam dan yang bukan beragama
Islam.
-Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam kerana harta merupakan alat bagi
mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut,
seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan
tanggungjawabnya terhadap agama

Objektif Muamalat

Antara objektif muamalat yang sering diperbincangkan adalah:

(a) Supaya tidak akan berlaku sesuatu kecurangan seperti rampas-merampas, ceroboh-
menceroboh pada pemilikan serta tipu daya dan sebagainya dalam kehidupan manusia;

(b) Kehendak manusia itu sendiri adalah meletakkan manusia nilai dan taraf yang tinggi
sehingga beroleh keredaan Allah di dunia dan akhirat; dan

(c) Muamalat juga menentukan peraturan berusaha dan bekerja untuk manusia dengan
jalan yang halal.
Peranan dan Fungsi Muamalat dalam Syariat Islam

Peranan dan fungsi muamalat dalam syariat Islam adalah:

(a) Mewujudkan masyarakat yang aman dan sejahtera. Muamalat yang dijalankan
berlandaskan syariat Islam akan melahirkan masyarakat yang aman dan jauh daripada
sebarang penipuan, pemerasan, ketidakadilan, memonopoli harta dan sebagainya. Inilah
matlamat muamalat dalam Islam demi kesejahteraan umat manusia;

(b) Muamalat dalam Islam bertujuan menghindarkan berlakunya sebarang penindasan


sesama manusia. Islam menegah umatnya melakukan perbuatan yang tidak baik yang akan
menyusahkan pihak yang ditindas;

(c) Supaya semua kegiatan ekonomi yang dijalankan bersih daripada sebarang
perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT, kita hendaklah meninggalkan perkara yang keji
seperti riba, rasuah, menipu atau sebagainya yang dilarang oleh Allah SWT;

(d) Sabda Rasulullah SAW maksudnya:


„Daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Sabda Rasulullah SAW, ÂSesiapa yang mengumpulkan
harta daripada punca haram kemudian dia sedekahkan harta itu, dia tidak akan mendapat
pahala, bahkan dosa yang akan menimpanya.ʉ
(Riwayat Ibnu Thhuzaimah, Ibnu Hibban dan Al-Halim)

(e) Bermuafakat secara Islam melahirkan manusia yang berakhlak mulia dalam
menjalankan amanat Allah SWT;

(f) Memudahkan manusia untuk merasai kurniaan Allah SWT dengan cara yang betul
dan diredai-Nya. Sekiranya tiada peraturan bermuamalat, maka manusia akan melakukan
apa sahaja untuk memperoleh harta yang banyak. Mereka juga akan menggunakan harta
mengikut nafsu tanpa memikirkan kepentingan orang lain;

Keutamaan dan Kelebihan Muamalat


-. Keutamaan dan kelebihan muamalat ialah:

(a) Memperoleh harta kekayaan dengan cara yang diredai oleh Allah SWT;

(b) Seseorang itu dapat menggunakan sebahagian daripada hartanya pada jalan
kebajikan;

(c) Seseorang yang menggunakan hartanya untuk faedah orang lain akan beroleh pahala
daripada Allah SWT;

(d) Orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah akan mendapat keberkatan
hidup di dunia dan akhirat

(e) Peraturan dalam bermuamalat mengikut Islam secara tidak langsung melahirkan
manusia yang berakhlak mulia;
Skop Muamalat
- Antara perkara yang termasuk dalam kegiatan muamalah ialah jual beli, sewa- menyewa,
hutang-piutang dan pinjam-meminjam yang bertujuan untuk mencipta hubungan harmonis
dan tenang sesama manusia
-Daripada Rifaah bin RafiÊ r.a., sesungguhnya Nabi SAW ditanya tentang mata pencarian
apakah yang paling baik. Baginda menjawab, ÂPekerjaan seseorang dengan tangannya
sendiri dan tiap-tiap jual beli yang bersih

2.Etika Islam dalam Muamalat

Prinsip Keadilan dalam Muamalat


- Sebagai peniaga, Rasulullah SAW mengelakkan urus niaga yang berupa dan berunsur
kezaliman yang boleh menimbulkan pergeseran dan pertelagahan seperti perjudian,
penipuan, pemerasan dan riba.
- Baginda telah menentang amalan perniagaan yang diamalkan oleh orang Arab yang
mengandungi unsur negatif, kezaliman dan tipu daya. Misalnya, jual beli dalam bentuk pasar
gelap yang dikenal sebagai talaqqi jallab dan jual beli dalam perjudian yang disebut bayÊal-
Hadarlabad. Begitu juga jual beli berasaskan tipu daya yang dikenali sebagai misrah. Semua
bentuk jual beli tersebut telah diharamkan oleh Rasulullah SAW

- Untuk menegakkan keadilan dalam perniagaan, Rasulullah SAW telah melarang beberapa
jenis perniagaan yang selama itu diamalkan oleh orang Arab Jahiliah.

Jenis perniagaan itu adalah seperti yang berikut:

(a) Perniagaan berasaskan sistem riba;


(b) Muhaqalah: Menjual tanaman yang baru tumbuh;
(c) Mukhtarah: Menjual buah-buahan yang masih putik di pohonnya;
(d) Habalil habalah: Menjual anak binatang di dalam kandungan ibunya;
(e) Mudhabanah: Menjual tamar muda dengan tamar masak; dan
(f) Tulaqa rukban: Membeli barang dalam proses pemindahan, iaitu sebelum penjual
tahu harga sebenar di pasaran.

Memberi Layanan yang Baik


- “Allah kasih kepada seseorang yang baik layanannya ketika menjual, membeli dan
membayar”
-“ Dan ucapkanlah kata-kata yang menarik kepada manusia”
- dalam Islam, kedua-dua pihak iaitu pengguna dan syarikat (penjual) diberi hak yang sama.
Ertinya, kedua-dua pihak mempunyai hak sama ada sesuatu jualan itu dapat ditandatangani
kontraknya atau tidak; atau kontrak yang sudah ditandatangani boleh dibatalkan.

Melindungi Hak Penjual dan Pembeli

-Ahli fiqh menamakan hak penjual (atau syarikat) dan hak pengguna sebagai khiyar. Tujuan
asas diadakan hak ini adalah untuk mencapai keredaan sempurna atau kepuasan daripada
kedua-dua pihak. Di samping itu, ia juga sebagai cara untuk mengekalkan kedamaian dalam
masyarakat perniagaan dan menjaga hubungan baik antara syarikat dan pengguna
- dari segi hukum fiqh, hak ini mempunyai banyak bentuk :
Pertama, persetujuan dalam pertemuan (majlis). Ertinya, persetujuan untuk menandatangani
kontrak jual beli sesuatu barang dicapai dalam pertemuan antara syarikat (wakilnya) dengan
pembeli

kedua, jika salah satu pihak meminta tempoh dalam jangka waktu tertentu sebelum
tandatangan dibuat dan dipersetujui oleh pihak yang diminta, maka kedua-dua pihak diberi
peluang dengan bebas sama ada kontrak akan ditandatangani atau setelah sampai
tempohnya

ketiga, apabila didapati sesuatu barang yang dibeli oleh pengguna tidak setepat yang
digambarkan oleh kontrak, maka pengguna berhak bukan sahaja membuat pengaduan tetapi
memansuhkan kontrak itu atau mendapat barang ganti yang sempurna

keempat, penipuan pada barang atau harga dilarang sama sekali. kalau ia berlaku, pengguna
berhak memulangkan barang yang telah diberi dan berhak mendapat bayaran semula
sepenuhnya

Memiliki Sifat Jujur dan Amanah


-kejayaan sesuatu usaha niaga bukan terletak pada sejauh mana seseorang peniaga boleh
menipu tetapi pada sejauh manakah sifat amanah dan jujur yang dimilikinya dan yang dapat
ditunjukkan.
- Dari segi syarak, amanah mempunyai makna yang luas, merangkumi semua bidang,
tanggungjawab dan tugas yang diserahkan ke atas seseorang.
-Rasulullah SAW juga telah meninggalkan arahan kepada umat Islam supaya menggantikan
amalan curang dan tidak menepati janji dengan sifat jujur dan amanah dalam menjaga hak
manusia. Antara hadis mengenai hal ini ialah
“Tiada iman bagi seseorang yang tidak amanah”

Sifat Terpuji dalam Muamalat


-Salah satu sifat penting untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat ialah rajin. Sifat
rajin merupakan satu daripada manifestasi atau tanda iman. Oleh itu, amat banyak sekali
ayat al-Quran yang menghubungkan iman dengan kerajinan mengerjakan amal soleh.
-Menurut ilmu bahasa, „amal soleh diertikan sebagai perbuatan atau pekerjaan yang baik
kerana mencari keredaan Allah. Ertinya, seorang yang benar-benar beriman hendaklah
bersifat:
(a) Tekun beribadah; dan
(b) Rajin bekerja dalam bidang muamalat.

-“Aku memohon perlindungan-Mu ya Allah daripada kegelisahan dan dukacita; aku


memohon perlindungan dengan-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku memohon
perlindungan dengan-Mu daripada sifat pengecut dan tamak; dan aku memohon
perlindungan dengan-Mu daripada hutang yang banyak dan tekanan/paksaan orang”
(alhadith)
-
Menimbang dan Mengukur dengan Betul
-Betapa celakanya orang-orang curang (dalam timbangan dan ukuran); iaitu mereka yang
apabila menerima sukatan daripada orang lain mereka mengambilnya dengan cukup; dan
(sebaliknya) apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.‰
(Surah al-Mutaffifin: 1 hingga 3)
-“Dan cukuplah sukatan apabila kamu menyukat dan timbanglah dengan timbangan yang
adil. Yang demikian itu baik (kesannya di dunia) dan amat baik kesudahannya (yang
mendatangkan pahala di akhirat kelak” (Surah al-IsraÊ: 35)

Larangan terhadap Amalan Monopoli dan Komplot


Sorok Barangan
Kerelaan dalam Transaksi Muamalat
Transaksi Niaga yang Bebas Riba

3.konsep Harta dalam Muamalat


Pengertian Harta
Kedudukan Harta dan Fungsinya
Pembahagian Harta
Jenis Harta dari Segi Kebolehan Themanfaatan
Harta dari Segi Jenisnya

4.konsep Akad dalam Syariat Islam


Pengertian Harta
Rukun Akad
Syarat Umum dan Thhusus dalam Akad
Kebebasan Syarat dalam Akad
Jenis Akad
Akad Sahih
Akad yang Tidak Sahih
Tamatnya Sesuatu Akad

5.Ahliyyah (kelayakan) dalam Akad Menurut Syariat Islam


Elemen Kesilapan (Kekhilafan) dalam Akad
Kesilapan Batin (Tersembunyi)
Kesilapan Zahir (Jelas)
Elemen Rugi dan Tipu Helah dalam Akad
Elemen Tipu Helah atau Muslihat
Hukum serta Thesannya Akad yang Merugikandan Tipu Helah dalam Akad
Elemen Paksaan dalam Akad
Hukum serta Kesan Paksaan pada Akad
Bahagian Akad
Sifat atau Hukum Akad
Tempoh Akad
Akad Tergantung

6.Konsep Jual Beli Menurut Syariat Islam


Pengertian Jual Beli
- Jual beli ertinya menjual, mengganti dan menukar (sesuatu dengan sesuatu yang
lain). Thata dalam bahasa Arab kadangkala digunakan untuk pengertian lawannya,
iaitu kata: (beli). Dengan demikian, kata bererti kata „jual dan sekali gus juga bererti
kata beli
- Dari segi terminology :
(a) Ulama dari mazhab Hanafi mentakrifkannya Saling menukarkan harta dengan harta
melalui cara tertentu
- Unsur definisi yang dikemukakan ulama Hanafiah tersebut adalah bahawa yang
dimaksudkan dengan cara yang khusus ialah ijab dan kabul atau juga dibenarkan
melalui saling memberikan barang dan menetapkan harga antara penjual dan
pembeli. Selain itu, harta yang dijual beli itu harus bermanfaat bagi manusia. Oleh
itu, menjual bangkai, minuman keras dan darah umpamanya tidak dibenarkan.

(b) Said Sabiq mendefinisikannya: „Saling menukar harta dengan harta atas dasar suka
sama suka
-

(c) Iman an-Nawawi mentakrifkan jual beli sebagai Saling menukar harta dengan harta
dalam bentuk pemindahan milik

-Menurut jumhur ulama, yang dimaksudkan harta ialah material dan manfaat. Oleh sebab
itu, manfaat daripada suatu benda boleh dijual beli. Sedangkan ulama mazhab Hanafi
berpendapat yang dimaksudkan dengan harta (al-maal) ialah sesuatu yang mempunyai nilai.
Oleh sebab itu, manfaat dan hak tidak dapat dijadikan objek jual beli
-

Asas Hukum Jual Beli Menurut Syariat Islam


Hukum Jual Beli Menurut Perspektif Islam
Rukun dan Syarat Jual Beli daripada Thaca Mata Islam
Jenis Jual Beli
Jual Beli yang Sahih
Jual Beli yang Batil
Jual Beli al-ÂUrbun

7.konsep Riba Menurut Syariat Islam


Pengertian Riba
Jenis Riba
Riba ad-Duyun (Muncul daripada Hutang)
Riba al-Buyu (Muncul daripada Jual Beli
Barangan Ribawi)
Hukum Larangan Riba dan Dalilnya dalam Islam
Riba dan Bentuknya dalam Suasana Semasa
Transaksi Riba dalam Bank Thonvensional
Riba dalam Pinjaman
Pinjaman dalam Islam
Riba dalam Akaun Simpanan dan Pelaburan
Konsep Akaun Simpanan di Perbankan Islam
8.khiyar (Pilihan)
Pilihan Bersyarat
Akad yang Boleh Dibuat Pilihan Bersyarat
Hukum dan Thesan Syarat Pilihan kepada Akad
(Pilihan) secara Menentukan
Syarat bagi Thhiyar (Pilihan) secara Menentukan
Pilihan Setelah Melihat Objek Akad
Akad yang Boleh Menerima Syarat Pilihan
Setelah Melihat Objek Akad
Syarat Pilihan Setelah Melihat Objek Akad
Waktu untuk Membuat Pilihan dan Tempohnya
Hukum dan Thesannya
Perkara yang Menghilangkan Hak Memilih Setelah
Melihat Objek Akad
Pilihan kerana Thecacatan (Aib)
Kecacatan yang Mengharuskan Hak Memilih Digunakan
Syarat Pilihan kerana Kecacatan
Kesan Pilihan kerana Kecacatan pada Akad
Perkara yang Menggugurkan Hak Memilih Kerana Kecacatan (Aib)
Pengaruh Niat dan Kehendak dalam Melahirkan Akad dan Syaratnya
Pendapat Pertama
Pendapat Kedua
Pendapat Ketiga
Berakhirnya Sesuatu Syarat Pilihan

9.Ar-Rahn (Gadaian)
Pengertian Ar-Rahn (Gadaian)
Syarat Berkaitan Gadaian
Gadaian yang Sah
Gadaian yang Tidak Sah
Manfaat yang Diperoleh daripada Barang Cagaran

10.As-Syarikah (Perkongsian)
Pengertian As-Syarikah (Perkongsian)
Dalil Thesahihan As-Syarikah
Jenis Perkongsian
Syarikat Hak Milik
Syarikat yang Berakad
Rukun dan Syarat dalam Akad Perkongsian
Syarat Akad Perkongsian
Syarat Khusus
Syarat Umum

11.Mudarabah (Perkongsian Modal)


Pengertian Mudarabah
Dalil Yang Mengharuskan Amalan Mudarabah Menurut
Sunnah
Rukun Syarikah Mudarabah

12.Aqad Ijarah (Akad Sewaan)


Pengertian Ijarah (Sewaan)
Dalil Kesahihan Akad Ijarah (Sewaan)
Rukun dan Syarat Akad Sewaan: Bayaran Upah Sewaan
Jualan ke atas Sewaan
Alasan yang Membenarkan Pembatalan Akad Sewaan
Hukum dan Thesan Pembatalan Sewaan

13.Al-Wadiah (Simpanan)
Pengertian Al-Wadiah
Dalil Hukum Al-Wadiah
Rukun dan Syarat Al-Wadiah
Orang yang Berakad
Barang Simpanan
Sighah (Ijab dan Thabul)
Perubahan Al-Wadiah daripada Amanat Menjadi Ganti Rugi (Dhamaan)

14.Al-Qardh Al-Hasan (Pinjaman)


Pengertian Al-Qardh
Asas Pensyariatan Al-Qardh
Hikmah Disyariatkan Al-Qardh
Hukum dan Thesannya pada Akad Al-Qardh
Rukun dan Syarat Transaksi Al-Qardh
Sighah
ÂAqidain
Harta yang Dihutangkan
Permasalahan dalam Al-Qardh
Memberi Tangguh Waktu kepada Orang yang Kesulitan Membayar Hutang
Kewajiban Membayar Hutang

15.Takaful (Insurans)
Pengertian Takaful
Sistem Takaful di Malaysia
Konsep Urus Niaga Takaful
Takaful
TabarruÊ
Akad
Mudarabah
Jenis Perlindungan Takaful
Skim Takaful Am
Pelan Takaful Keluarga

Anda mungkin juga menyukai