Anda di halaman 1dari 2

1.

Ciri-Ciri Guru ddlm FPG


• Kualiti pribadi yang tinggi.
• Menguasai ilmu.
• Menguasai kemahiran.
• Berfikiran terbuka.
• Bertoleransi.

Hujah-hujah lain
• Memahami nilai-nilai keguruan.
• Mengamalkan tingkahlaku yang baik.

2. Bagaimana FPK Meningkatkan tahap pendidikan bertaraf dunia


Pendidikan ialah satu usaha berterusan

Memperkembangkan lagi potensi individu

Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu

Insan yang seimbang dan harmonis

Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

3. Bagaimana seorang guru berperanan meningkatkan professional bidangnya

-Guru yang berpekerti mulia,


-berpandangan progresif dan saintifik,
-bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara,
- menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu
padu, demokratik,
-progresif dan berdisiplin".

4. Peranan guru abad ini berbanding dulu

5. Faktor perubahan kurikulum

Prospek Baru
Kurikulum menawarkan prospek baharu dalam membangunkan sumbangan Manusia
melalui penerokaan dan penguasaan pengetahuan dan kemahiran terkini serta nilai-nilai
hidup yang menjamin kesejahteraan individu dan masyarakat umum.

Progresif, Dinamik dan Seimbang


Kurikulum hendaklah seimbang dari segi akademik dan bukan akademik, ilmu
pengetahuan, teori dan aplikasi dalam kehidupan dan tempat kerja, fleksibel mengikut
kebolehan dan keupayaan murid serta memenuhi keperluan dan perkembangan masa.

Pasaran dan Industri


Kurikulum yang menawarkan pengetahuan dan kemahiran yang mempunyai
kebolehpasaran dan mempunyai nilai tambah sesuai dengan dengan matlamat
menyediakan guna tenaga Manusia yang berketrampilan dalam menghadapi perubahan
negara perindustrian tinggi dan ekonomi pasaran.

Peningkatan Kualiti Pendidikan


Kurikulum yang mengambilkira kepentingan Meningkatkan kualiti proses pengajaran dan
pembelajaran, persekitaran pembelajaran yang menyeronokan, kemudahan
pembelajaran dan kualiti pendidikan guru

Ketatanegaraan dan Patriotisme


Kurikulum dapat mengukuhkan unsur-unsur dan nilai-nilai ketatanegaraan bagi
meningkatkan komitmen indidvidu terhadap masyarakat dan negara. Kurikulum terarah
kepada pembinaan masyarakat madani seperti masyarakat berintegriti, berdisplin, setia,
bertanggungjawab, mempunyai jati diri, berwawasan dan memainkan peranan aktif
dalam memajukan bangsa dan negara.

Sains dan Teknologi


Kurikulum yang memberi penekanan dalam bidang sains dan teknologi uentuk
merealisasikan mat;lamat Malaysia sebagai negara maju yang berteraskan teknologi
tinggi.

Modenisasi
Modenisasi membawa kepada transformasi pemikiran dan cara hidup yang lebih
berkualiti. Seiring dengan perubahan yang diinginkan, kurikulum perlu menekankan
perubahan nilai, pemikiran sarwajagat dan ideology yang positif, dinamik dan progresif
sebagai asas mengubah cara hidup, membebaskan belenggu pemikiran dan fahaman
tradisional yabng menyekat Kemajuan dan perubahan masyarakat. Globalisasi

6. Strategi pdp abad ke 21

7. Peringkat perlu ada dalam pembentukan kurikulum sekolah rendah

8. Prinsip KSSR berbanding KBSR

9. Bagaimana guru berperanan untuk capai tema hari guru

10. Syor-syor dalam laporan razak

11. Peranan Guru dalam perlaksanaan kurikulum.

12. Model Kurikulum Ralph W Tyler dalllam erph

Anda mungkin juga menyukai