Anda di halaman 1dari 6

Kaedah-kaedah Asas Dalam Sistem Ekonomi Islam Oleh kerana sistem ekonomi Islam bermatlamatkan mencari keredhaan Allah

swt sematamata yang berbeza dengan sistem ekonomi konvensional, maka terdapat garis panduan bagi menjadikan sistem ekonomi itu teratur, seimbang dan diredai oleh Allah swt serta membahagiakan sesama manusia. 1.Harta merupakan hak Allah swt yang mutlak Ini merupakan rukun asasi dalam akidah Muslim seperti firman Allah swt yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Manusia sebagai khalifah dimuka bumi, maksud firmanAllah: Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi bertanggungjawab untuk menggunakan dan membelanjakan apa sahaja yang dikurniakan oleh Allah swt di muka bumi mengikut perintah Allah swt: Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) yang dijadikannya kamu sebagai wakil untuk menguasainya. Bertitik tolak dari inilah dasar kebebasan manusia sebagai khalifah di muka bumi ini terkandung menerusi amalan pemikirannya bagi mencari pendekatan kaedah-kaedah pelaburan, penggunaan sumber-sumber alam dan usaha-usaha dalam batas-batas yang diredhai Allah swt. 2.Aktiviti perekonomian merupakan suatu ibadat Unsur asasi untuk mendapatkan rezeki ialah pekerjaan.Lantaran itulah kita dapati Islam memberi penekanan dari segi kerja dan menyeru manusia agar bekerja bagi menghasilkan maslahat dunia dan akhirat. Firman Allah swt yang bermaksud: Apabila selesai sembahyang maka bertebaranlah di muka bumi dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah serta ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu berjaya (dunia dan akhirat). Dengan ini aktiviti ekonomi termasuklah aktiviti pasar merupakan suatu ibadat. Umar alKhattab berkata: Tidak ada seorang rakyat yang datang kepadaku lalu ia meninggal, lebih aku cintai melainkan yang berurusan jualbeli denganku untuk keperluan kaum keluargaku. Al-Qurtubiy di dalam tafsirnya mengenai surah al-Saf ayat 10 12 menyifatkan perniagaan adalah sebagai jihad. 3.Asal sesuatu adalah harus Sesungguhnya asal bagi ciptaan Allah swt terhadap sesuatu ialah halah dan harus, tidak diharamkan kecuali terdapat dalil nas yang jelas mengharamkannya. Ini adalah pendangan majority ulama Islam. Oleh itu segala aktiviti adalah harus dan halal selagi tidak melibatkan

diri dengan yang diharamkan oleh Allah swt menerusi nas. Walau bagaimanapun larangan Allah swt tidak banyak berbanding dengan aktiviti yang harus dan halal yang begitu luas. 4.Uruf dan adat diambil kira dalam transaksi Uruf ialah adat yang dipraktikkan di kalangan manusia, manakala adat yang khas bagi individu-individu tidak dinamakan uruf. Adat dan uruf pada asalnya mempunyai makna yang sama tetapi ahli-ahli usul dan ahli-ahli Fikh menentukan bahawa uruf adalah lebih umum dari adat. 5.Mencapai Maslahat Khas dan Am b)Intipati syariah ialah maslahah seperti kata Imam al-Syatibiy: (sesungguhnya diletakkan syariah itu ialah untuk kemaslahatan hamba di dunia dan akhirat) ii)Mengambil kira maslahah individu dan maslahah ramai/umum. Kaedah ini yang membezakan antara sistem kapitalis dan Sosialis/Komunis di mana kapitalis yang menekankan maslahah individu manakala Sosialis menekankan maslahat umum. iii) Mengutamakan maslahah umum apabila bercanggah dengan maslahah individu. Di antara kaedah fikah di dalam soal ini ialah: (Apabila berlaku dua kerosakan, hendaklah dipilih yang paling ringan) 6.Mengetahui hukum-hakam Seseorang yang ingin bermuamalat semestinya mengetahu tentang soal hukum hakam, haram dan halal serta memenuhi syarat yang ditetapkan. Menurut Imam Nawawi, seseorang yang berurusan di dalam ekonomi sekurang-kurangnya dapat mengetahui hukum h akam yang lahirnya diketahui oleh orang ramai.

Dasar-dasar Ekonomi Islam Antara dasar-dasar ekonomi Islam adalah: 1)Bertujuan untuk mencapai masyarakat yang sejahtera baik di dunia dan di akhirat,tercapainya pemuasan optimal berbagai kebutuhan baik jasmani maupun rohani secaraseimbang, baik perorangan maupun masyarakat. Dan untuk itu alat pemuas dicapai secaraoptimal dengan pengorbanan tanpa pemborosan dan kelestarian alam tetap terjaga. 2)Hak milik relatif perorangan diakui sebagai usaha dan kerja secara halal dandipergunakan untuk hal-hal yang halal pula. 3)Dilarang menimbun harta benda dan menjadikannya terlentar. 4)Dalam harta benda itu terdapat hak untuk orang miskin yang selalu meminta, oleh karenaitu harus dinafkahkan sehingga dicapai pembagian rizki. 5)Pada batas tertentu, hak milik relatif tersebut dikenakan zakat. 6)Perniagaan diperkenankan, akan tetapi riba dilarang. 7)Tiada perbedaan suku dan keturunan dalam bekerja sama dan yang menjadi ukuran perbedaan adalah prestasi kerja.

Ciri-Ciri Ekonomi Islam Dunia dan Akhirat Pengeluar Islam (Islamic Producer) Pengguna Islam (Islamic Consumer) Keuntungan Islam (Islamic Profit)

Sistem Ekonomi Islam VS Sistem Ekonomi Konvensional


Ekonomi Islam Prinsip diwahyukan (Shariah) Ekonomi Konvensional Prinsip yang tidak diwahyukan

Berdasarkan Quran & Sunnah Sistem Ekonomi Peranan Individu Pemilikan harta Swasta Proses Membuat Keputusan Peranan Kerajaan dan Pasaran Pengagihan Riba

Berdasarkan rasional & pengalaman

Teori harga Teori Firma Teori Pengagihan Teori pertumbuhan Teori perdagangan Teori Kedar Faedah dll

UNSUR-UNSUR YANG TIDAK ADA DALAM SISTEM EKONOMI ISLAM TETAPI ADA DALAM SISITEM KONVENSIONAL

Unsur Tanajusy

Al-Tanajusy merujuk kepada suatu persepakatan sulit antara penjual dengan seorang pembeli pasaran supaya menunjukkan keinginan membeli dengan harga lebih tinggi sedangkan sebenarnya pembeli tidak mahu membeli barangan berkenaan.

Persepakatan ini bertujuan supaya orang lain terpedaya dan merebut-rebut ingin membeli yang dengan sendirinya menaikkan permintaan dan penjual menikmati harga tawaran tertinggi ini menguntungkan penjual. Ini kadang-kadang berlaku di bursa-bursa saham dan disebut sebagai market manipulation by syndicates. Dalam membentuk sesuatu system kewangan Islam, adalah wajar untuk mengadakan mekanisme bagi mengawal wujudnya keadaan tersebut. Ia dianggap unsure negative dalam pasaran menurut fiqh Islam.

Unsur Gharar

Gharar merujuk kepada ketidakpastian. Dalam jual beli ia merujuk kepada barangan yang tidak pasti wujud, harga yang tidak pasti, penipuan harga dan penipuan sifat jualan. Fiqh Islam menolak jual beli yang mempunyai sifat gharar.

Gharar jika yasir, yakni tidak melampau dianggap fenomena biasa dalam pasaran. Ini kerana untuk membasmi dan menjamin pasaran tidak ada sama sekali unsure gharar adalah suatu yang terlalu rumit. Oleh itu, fiqh Islam mengganggap al-gharar al-yasir tidak menjadi suatu kecacatan pasaran.

Unsur Tadlis al-aib Tadlis al-aib bermaksud menyembunyikan kekurangan-kekurangan (kecacatan) yang diketahui ada pada sesuatu yang dijual dari pengetahuan satu pihak lagi dalam kontrak. Kontrak mestilah bersih dari unsure ini supaya pembeli benar-benar membeli berasaskan pertimbangan sendiri.

Unsur al-ghabnu al-fahisy Alghabnu bermaksud kurang. Dalam kontrak al-muawadhah al-maliah (pertukaran pemilikan harta) al-ghabnu boleh berlaku sama ada dari pihak penawar atau pihak penerima kontrak. Dalam konteks harga terlalu tinggi, penjual memperoleh keuntungan melampau, manakala pembeli mengalami kerugian teruk manakala pembeli mengalami keuntungan tinggi. Sekiranya al-ghabnu al-fahisy berlaku kerana suasana pasaran sesuai dengan permintaan dan penawaran yang biasa tidak menjadi satu kesalahan menurut fiqh Islam. Seperti gharar, jika al-ghabnu al-yasir (tidak melampau) ia diiktiraf suatu yang normal dan fiqh Islam mengganggapnya bukan suatu kecacatan pasaran.

Unsur Ghalat

Ghalat bermaksud kesilapan, namun bukan semua ghalat dianggap mencacatkan pasaran. Ghalat yang danggap tidak negative ialah ghalat fi nafsi al-aqid yang bermaksud kesilapan kerana pertimbangan salah diri pihak yang berkontrak.

Ghalat yang mesti dipastikan tidak wujud ialah ghalat wadhihah (kesilapan amat nyata). Pihak-pihak yang berkontrak harus menentukan jenis perkara yang dilakukan kontrak keatasnya.

Seboleh-bolehnya perkara yang dikontrakkan itu wujud bersama semasa pihak-pihak itu berkontrak: sifat-sifatnya dilihat, diketahui dan ditentukan. Pada keadaan perkara yang dikontrakkan itu tidak wujud semasa pihak-pihak itu berkontrak, pihak-pihak yang terlibat mesti menentukan dengan jelas sifat-sifat perkara yang akan wujud itu.

Para ekonomi nonmuslim mengakui sistem ekonomi islam.Menurut mereka, Islam telah sukses menggabungkan etika dan ekonomi sementaa sistem kapitalis dan sosialis memisahkan keduanya.

Jack Austria, seorang Perancis, dalam bukunya islam dan pengembangan Ekonomi mengatakan, Islam adalah gabungan antara tatanan kehidupan praktis dan sumber etika yang mulia. Antara keduanya terdapat ikatan sangat erat yang tidak terpisahkan. Dari sini boleh dikatakan bahawa orang islam tidak akan menerima ekonomi kapitalis. Dan ekonomi yang kekuatannya berdasarkan wahyu dari labgit itu tanpa diragukan lagi adalah ekonomi yang berdasarkan etika.

Anda mungkin juga menyukai