Anda di halaman 1dari 27

PENGANTAR

KEWANGAN ISLAM
v (KEW 2013)

Dewan Kuliah 9
FKI – KUIM
20 Jun 2019
16 Syawal1440
DEFINISI
• Sistem kewangan
- peraturan- peraturan yang berkaitan dengan Perdagangan,
mempercepatkan aliran dana daripada pembeli kepada penjual dan
daripada penyimpan kepada peminjam.

• Sistem kewangan Islam


- sistem kewangan yang menjalankan operasi kewangannya
berdasarkan prinsip-prinsip syariah.

“ Objektif utama Syariah ialah mempertingkatkan kebajikan manusia


iaitu dengan memelihara akidah mereka, kehidupan mereka,
kepintaran mereka, zuriat mereka dan harta mereka. Sesuatu yang
boleh menjamin pemeliharaan kelima-lima perkara itu akan
memenuhi kepentingan awam dan adalah yang diidam-idamkan.”
~ Al-Ghazali
MATLAMAT
• Kesejahteraan ekonomi berserta guna tenaga penuh dan kadar
pertumbuhan optimum

• Keadilan sosioekonomi dan kesaksamaan pengagihan


pendapatan dan kekayaan

• Kestabilan nilai wang

• Mengguna dan melaburkan tabungan supaya tercapai


pembangunan ekonomi yang adil dan pulangannya dapat
dinikmati semua pihak

• Penyediaan semua perkhidmatan dengan cara yang


berkesan
PRINSIP ASAS KEWANGAN
ISLA
• Tauhid
M
• Konsep Harta
– Harta kekayaan adalah hak Allah
– Manusia sebagai pemegang amanah
– Harta yang dikumpul hendaklah dengan cara yang halal
– penggunaannya hendaklah dengan cara yang halal dan
boleh berfaedah kepada dirinya, keluarganya,
masyarakatnya

• Konsep Tolong menolong


Harta dalam Islam
 Sudut bahasa, perkataan ‘harta’ adalah sama dengan perkataan ‘mal’
dalam bahasaArab. Perkataan ‘mal’ adalah mufrad dari perkataan
‘amwa1’. Ia uga bermaksud apa-apa yang dimiliki dari segala sesuatu.
1 Ibn Athir berpendapat, harta pada asalnya ialah sesuatu yang
dimiliki, terdiri dari emas dan perak dan kemudian telah diguna pakai
dari setiap sesuatu yang diperolehi dan dimiliki dari wang.Adapun
pemakaian istilah ‘mal’disisi orang-orangArab adalah merujuk kepada
unta kerana harta mereka kebanyakan terdiri daripada unta. 2 Menurut
kamus al-Munjid pula, harta bererti sesuatu yang dimiliki dan dipakai
oleh orang-orangBadwi kepada binatang ternakan seperti kambing
biri-biri dan unta sama ada jantan ataupun betina. 3 Ia juga membawa
maksud tiap-tiap benda, barang perniagaan, harta alih, wang atau
binatang yang dimiliki sama ada secara individu atau kumpulan.
 Justeru itu, berdasarkan pada definisi tersebut dapatlah dirumuskan dasar-dasar
untuk mengkategorikan sesuatu itu sebagai harta iaitu:
 1. Dikira sebagai harta jika sesuatu itu dikuasai dan boleh dimanfaatkan secara
langsung seperti duit, rumah dan lain-lain.
 2. Dikira sebagai harta jika sesuatu itu masih tetap boleh dikuasai walaupun bukan
secara langsung selagi ia boleh dimanfaatkan seperti galian dalam perut bumi.

Selain dari perkara tersebut,sesuatu itu tidak diiktirafsebagai harta iaitu:

1. Sesuatu yang tidak boleh dikuasai walaupun boleh diambil manfaat darinya
seperti cahaya matahari dan udara.
2. Sesuatu yang boleh dikuasai tetapi tidak boleh dimanfaatkan seperti sebiji beras.
3. Sesuatu yang boleh dimanfaatkan tetapi ditegah oleh syarak untuk
memanfaatkannya seperti bangkai, najis dan sebagainya.
4. Sekiranya sesuatu itu boleh dimanfaatkan oleh sebahagian golongan manusia, ia
masih lagi dianggap sebagai harta bagi mereka, seperti babi dan arak, iaitu dikira
harta bagi kafir ahli dhimmah tetapi tidak bagi orang Islam.
 Dari sudut ekonomi pula, harta dapat
difahamisebagai tiap-tiap sesuatu yang boleh
dimanfaatkan dalam semua aspek sama ada boleh
dinilaikan dengan harga dan jenis seperti tanah,
pokok, barang-barang dagangan yang berharga dan
semua benda yang boleh dimanfaatkan daripadanya.

 Ditinjau dari aspek undang-undang pula, takrifan


‘harta’ adalah hak dalam menguasai sesuatu dan
memanfaatkan serta menggunakannya secara
mutlak dari semua sudut undang-undang
 Para fuqaha’ telah mengkategorikan harta kepada pelbagai jenis
mengikut aspek-aspek tertentu, antaranya:

1. Jika diambikira dari sudut harus dan haram penggunaannya,


terbahagi kepada bernilai dan tidak bernilai.
2. Jika diambilkira darisudut kekal dan tidak tidak kekal ditempatnya,
terbahagi kepada harta alih dan harta tak alih.
3. Jika diambilkira darisudut unitnya ada dan tiada persamaan, terdiri
daripada ada bandingan dan tiada bandingan.
4. Jika dilihat dari sudut kekal dan tidak kekal ‘ainnya (fizikal) dengan
menggunakannya, terbahagi kepada pakai habis dan pakai sahaja.

Bersandarkan kepada keterangan-keterangan di atas, dapatlah


dirumuskan bahawa ‘harta’ darisudut undang-undang Islam ialah setiap
sesuatu yang boleh dikuasai, dimanfaatkan dan halal menurut ketetapan
syarak serta mempunyai nilai di samping manusia cenderung kepadanya.
 Pemilik mutlak dan hakiki adalah Allah s.w.t. Harta
menurut kacamata Islam merujuk kepada nas-nas al-
Qur’an yang menggariskan dasar-dasar pokok tentang
harta iaitu pencipta dan pemilik hakiki seluruh harta di
alam semesta ini dalam apa jua bentuk dan jenisnya serta
segala isi kandungannya adalah Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t: Maksudnya: Yang demikian (sifat-


sifatNya dan kekuasaanNya) ialah Allah tuhan kamu, tiada
Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang
menciptakan tiap-tiap sesuatu.” 23 (Al-Qur’an, al-An’am
(6):102)
 Perlantikan sebagai khalifah untuk menunaikan
tanggungjawab Manusia itu sendiri adalah milikAllah
s.w.t. dan hak yang ditentukan olehAllah s.w.t. kepada
manusia hanyalah hak khilafah dan hanya merupakan
wakil yang segala tindak-tanduknya tidak boleh
terkeluar dari garis panduan yang telah ditetapkan.Allah
s.w.t. mengurniakan limpah rahmatNya kepada umat
manusia untukmemakmurkan bumi ini dan
menggunakan segala kemudahan untukmereka
menerokainya dan juga sebagai ujian dari Nya.

Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: “Dialah yang menjadikan


kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki kamu
mema’murkannya.” 26 (Al-Qur’an, al-Hud (11):61)
 Sebagai wasilah melaksanakan kewajipan dan
kebajikan Harta dalam Islam mendapat
pengiktirafan sewajarnya. dan memandang bahawa
harta boleh dijadikan sebagai wasilah untuk
melaksanakan amalan mulia demi untuk
kesejahteraan umat manusia. Kita dikehendaki
mencari harta tetapi mencarisebanyak mungkin
harta itu bukanlah matlamat hidup secara hakiki
yang mana segala usaha ditumpukan untuk
memperolehinya dengan mengenepikan segala
kewajipan dan hak-hak yang perlu ditunaikan
bersama dengannya.
 1. Riba.Larangan Muamalat Islam
 Riba merupakan perkara yang diharamkan dalam Islam. Orang yang menyatakan
riba adalah halal akan menjadi kufur dan terkeluar dari Islam, kerana riba adalah
salah satu dari dosa besar yang wajib dielakkan oleh seorang muslim yang
disebutkan secara jelas dalam al-quran dan sunnah tentang pengharamannya. 

 2. Memeras ugut dan megambil harta dengan cara yang batil


 Islam juga mengharamkan perbuatan memeras ugut serta tindakan megambil
harta orang lain dengan cara yang batil (salah). Megambil harta orang lain dengan
cara yang batil dan salah ini boleh berlaku dalam pelbagai cara dan bentuk
seumpama mencuri, merompak, menipu, memperdaya, judi dan seumpamanya.
Sekiranya seseorang berkeinginan kepada barangan dan sesuatu yang berharga
pada milikan orang lain maka ia boleh mendapatkannya melalui jalan perniagaan
yang bebas dari sebarang unsur yang dianggap sebagai cara yang salah dan batil. 
 3. Menipu dan bersumpah bagi melariskan barangan.
 Dalam keghairahan mempromosi dan menarik pelanggan, pelbagai cara dan
strategi dibuat dengan tujuan melariskan barang jualan. Sungguhpun perbuatan itu
dibolehkan, namun sebagai perniaga yang beriman mereka sewajarnya tidak alpa
dan lupa bahawa Islam melarang sebarang bentuk penipuan dalam pernigaan.
Menipu ialah melakukan suatu helah untuk kepentingan diri sendiri dan
memudharatkan orang lain. 

 4. Rasuah.
 Rasuah juga merupakan salah satu dosa besar dalam Islam. Ia boleh berlaku dalam
pelbagai bidang termasuklah dalam aktiviti perniagaan. Sesetengah orang
beranggapan rasuah/ duit kopi/ duit under-table ini adalah satu kemestian dalam
perniagaan. Ini kerana pada mereka dengan rasuah ia boleh membantu mengenali
orang-orang penting, membantu mendapat projek dan peluang pernigaan yang
lebih luas, memudahkan perjalanan projek dan dapat juga membantu
memudahkan after sale servisyang dijanjikan. Pendek kata tiada apa yang tidak
dapat dilakukan jika dihulurkan dengan sedikit wang ringgit.
 5. Memonopoli barangan (ihtikar).
 Perbuatan memonopoli barangan keperluan awam juga adalah perbuatan yang dilarang
dalam Islam. Monopoli barangan keperluan sepeti gula, beras, minyak dan seumpamanya
biasanya dibuat para peniaga agar barangan keperluan berkurangan dipasaran dan hasilnya
harga barangan tersebut dapat dinaikkan dan boleh dijual dengan lebih mahal. Dengan itu,
perniaga akan mendapat keuntungan yang berlipat kali ganda. Perbuatan terkutuk ini adalah
dilarang dalam Islam kerana ia menyebabkan kemudharatan dan kesulitan kepada
masyarakat awam, khususnya golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. 

 6. Larangan mengurangkan kadar sukatan dan timbangan.


 Dalam keghairahan mencari keuntungan dalam perniagaan, Islam menuntut para perniaga
bersikap amanah dan tidak mengaburi mata pelanggan dengan pelbagai helah seperti
mengurangkan kadar timbangan dan sukatan. Perbuatan seumpama ini adalah dilarang dan
tercela dalam Islam. Termasuk juga dalam kategori tidak menyempurnakan sukatan dan
timbangan ini, perbuatan mengurangkan kualiti dan kuantiti sesuatu barangan.
 7. Larangan membeli barangan yang dicuri, diragut atau dirampas tanpa hak.
 Sebagaimana dijelaskan bahawa Islam sangat menggalakkan sebarang bentuk
aktiviti perniagaan. Namun demikian, Islam melarang dan menegah sama sekali
sebarang bentuk transaksi jual beli yang melibatkan barangan curi, ragut dan
seumpamanya, kerana ia adalah sebahagian dari bentuk tolong-menolong kepada
dosa dan permusuhan, bukannya kepada kebaikan dan ketakwaan. 

 8. Haram menjual najis.


 Telah berlaku Ijma’ dikalangan fuqaha tentang haramnya sebarang bentuk
perniagaan barangan yang najis pada zatnya seperti arak, babi, anjing, bangkai dan
seumpamanya. Islam mengharamkan sebarang bentuk perniagaan barangan najis ini
kerana ianya boleh mendatagkan mudarat dan kerosakkan dimuka bumi.
PERBANKAN ISLAM DAN
KONVENSIONAL
ISLAM KONVENSIONAL

berdasarkan sistem muamalat Islam yang aspek asas adalah berdasarkan


bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah keuntungan
serta pandangan para ulama'

penggunaan riba di mana riba sebagai bersumberkan kepada sistem ekonomi


keuntungan kepada modal asal wang riba
tidak dibenarkan sama sekali (perbankan
tanpa faedah)

Sistem perbankan Islam adalah pengguna (pencipta terbilang) iaitu penawaran


sebenar tabungan wang ataupun erti kata lain, pencipta
utama tekanan inflasi.

konsep jual-beli dalam mendapatkan menggunakan konsep pinjaman atau


keuntungan hutang secara konvensional dalam
menjalankan perniagaan mereka
ISLAM KONVENSIONAL

hubungan dengan para pelanggan adalah hubungan antara penghutang dan


di antara penjual dan pembeli, serta pemiutang sahaja
bertindak selaku pengurus projek ataupun
ahli kewangan

Dalam akaun simpanan biasa, perbankan setiap pemegang akaun dijanjikan


Islam mengenengahkan kontrak simpanan pulangan tertentu untuk simpanan yang
Wadi'ah, iaitu iaitu simpanan dengan dibuat
jaminan
BANK ISLAM SKIM PERBANKAN ISLAM (SPI)

Akta Bank Islam 1983 bawah Akta Bank dan Institusi-institusi


Kewangan 1989.

Bank Islam Affin Islamic Bank


Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Alliance Islamic Bank,
Kuwait Finance House (KFH), AmIslamic Bank
Al Rajhi Banking Corporation & CIMB Islamic Bank
Investment Corporation (M) Bhd (al-Rajhi) EONCAP Islamic Bank
Asian Finance Bank (AFB) Hong Leong Islamic Bank (atau Hong
Leong bin Abdullah)
HSBC Amanah
Maybank Islamic
OCBC al-Amin
Public Islamic Bank
RHB Islamic Bank
Standard Charted
Saadiq
PENYELESAIAN RIBA??
Mudharabah
(perkongsian untung)

Musyarakah
Hibah (Hadiah)
(usaha sama)

Qardhul Hassan Wadiah


(Pinjaman Ihsan) (simpanan)

Murabahah
(kos tokok)
INSTITUSI KEWANGAN
ISLAM
• tempat merekodkan pembahagian dan pengumpulan harta [ Al-Mawardi,
1983, al-Ahkam al-Sultaniyyah, Dar al-Shahab li al-Tiba'ah, Kaherah, hal.
124]

• Berperanan mengutip segala kutipan (zakat dan cukai lain) yang


wajib mahu pun harus.

• satu perbendaharaan bagi sebuah negara

• pecahan dalam pentadbiran perbendaharaan Malaysia : Kementerian


Kewangan dan Baitulmal

• Baitulmal kini telah dibentuk sebagai Kumpulan Amanah Majlis

• Berperanan dalam membentuk dan menggubal polisi kewangan dan


pembiayaan awam

• Membentuk dasar dan melaksanakan perancangan dan pembangunan


negara.

Anda mungkin juga menyukai