Anda di halaman 1dari 14

Rekebentuk kajian

 Proses perancangan dan pelaksanaan kajian (Juliansyah Noor, 2017:


108).
 Merangka struktur kajian (Shahir Akram Hassan, 2016: 4).
 Perancangan yang menentukan cara kajian dijalankan untuk
menemukan jawapan kepada permasalah kajian yang telah
ditetapkan (Sulaiman Masri, 2005: 25).

Rekabentuk kajian adalah struktur kajian yang merangkumi


teknik pengumpulan data dan kaedah analisis data untuk
mendapatkan hasil kajian
Tahqiq
 Tahqiq berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang berasal dari kata nama
terbitan haqqaqa, yuhaqqiqu, Tahqīqan yang bererti menetapkan menguatkan,
memeriksa atau menyelidiki (Munawwir, 1997: 282).
 Menilai sesuatu perkara yang diyakini kebenarannya dan membetulkan
kekurangan, dengan memberi penumpuan sepenuhnya terhadap manuskrip untuk
dijadikan ia sehampir mungkin dengan apa yang dikehendaki oleh pengarang
asal, dari segi kaedah mahupun kandungan (Mahmoud Hala’wi Hala’wi,2010: 7).
 Gerak kerja dan usaha secara bersungguh-sungguh penuh ketekunan dalam
melakukan suatu proses mengesahkan sesuatu maklumat yang bertulis tangan
sehingga dapat dibuktikan kebenarannya dengan memenuhi syarat-syarat tertentu
(Abd al-Salam Harun, 1977: 42).

tahqiq adalah kaedah menganalisis kandungan manuskrip, ia bertujuan untuk membuktikan kesahihan
manuskrip iaitu mengemaskini dan menyusun teks, menilai landasan rujukan teks dan menilai kesahihan isi
kandungan kitab.
Manuskrip

 Manuskrip Melayu adalah karya yang bertulis tangan dalam tulisan


Jawi yang dihasilkan dalam lingkungan awal abad ke-16 sehingga
awal abad ke-20. Ilmu yang terakam dalam manuskrip Melayu
merangkumi pelbagai bidang perkara seperti kesusasteraan,
sejarah,undang-undang,warkah, perubatan tradisional, syair dan
nazam, kitab agama, ketatanegaraan, petua, azimat, kitab ramalan
dan sebagainya.
Mengumpul Manuskrip
 Manuskrip berada di merata lokasi sama ada di perpustakaan umum yang terbuka
untuk semua lapisan masyarakat, perpustakaan khas yang memerlukan permit
keizinan untuk melakukan rujukan mahupun perpustakaan universiti ataupun
simpanan individu, pentahqiq hendaklah mendapat salinan manuskrip sama ada
dalam bentuk salinan mahupun mikrofilem (Mahmoud Mustafa Hala’wi ,2010:
22).
 teknik pengumpulan maklumat di luar makmal atau perpustakaan (David J.
Danelo, 2017: 1).
 kajian lapangan juga adalah kajian sosiobudaya dan tingkah laku masyarakat
tertentu, dengan menggunakan kaedah pemerhatian, tinjauan sosial, pemerhatian
turut serta (Robert G.Burges, 1984: 2).
Menyusun Manuskrip

 pentahqiq hendaklah mengetahui manuskrip yang ingin ditahqiq


itu sudah disempurnakan porses tahqiq atau masih belum
ditahqīq.
 Pentahqiq hendaklah melakukan sorotan literasi (Mahmoud
Mustafa Hala’wi, 2010:23).
 kajian perpustakaan adalah untuk memperoleh data kajian yang
melibatkan perbahasan tentang teori, penilaian hasil penyelidik
lepas yang bersesuaian dan penilaian kaedah yang pernah
digunakan oleh penyelidik lain (Mestika Zed, 2004: 3),
Kaedah Tahqiq –tahqiq pengarang teks

 Berlaku pembohongan atau kesalahan meletakkan nama pengarang dan kitab yang ingin
ditahqiqoleh pentahqiq ini disebabkan kejahilan pentahqiq itu sendiri (Mahmoud Mustafa
Hala’wi, 2010:25).
 Telah menjadi sikap pengarang dan budaya mengarang Alam Melayu, menyembunyikan
nama pengarang, ini disebabkan pengaruh ajaran tarekat tasawuf yang menjadi fahaman
kerohanian masyarakat Alam Melayu Menurut Mohd Syukri Yeoh dkk (2015: 84)
 Untuk mencari nama pengarang sesebuah naskhah yang tiada namanya adalah perlu
menelesuri beberapa langkah, iaitu:
a. Meneliti gaya tulisan yang sama pada naskhah manuskrip lain sebagai hujah penentuan
nama pengarang sesebuah naskhah tersebut yang diteliti. Kadangkala ketemu penggunaan
istilah rasmi naskhah manuskrip sebagai hujah pengarang hidup pada zaman tersebut.
b. Mencarigali melalui indeks perpustakaan atau buku Ensiklopedia pengarang atau buku
biografi untuk menjejaki nama pengarang manuskrip itu jika ada di dalamnya.
Kaedah Tahqiq – Tahqiq Judul
 Pertama hilang, terhapus kerana dakwat kembang atau berlubang kerana
dimakan oleh ulat.
 Kedua terdapat juga manuskrip yang mempunyai judul tetapi adakala bukan judul
naskhah asalnya sebenarnya. Perkara ini disebabkan oleh kegiatan pemalsuan
atau kejahilan pembaca yang mencari judul dalam naskhah tersebut.
 Pentahqīqan judul dilaksanakan seperti berikut:
 Melihat pada teks naskhah lain pada zaman yang sama dan juga daerah yang
sama bagi menjejaki gaya bahasa yang sama untuk mendapat judul sama.
 Untuk menentukan judul sesebuah naskhah yang terhapus sebahagiannya adalah
dengan cara mengetahui karya pengarang tersebut yang lain.
 Mencarigali buku ensiklopedia pengarang atau buku biografi untuk menjejaki
pengarang manuskrip itu jika ada di dalamnya.
Kaedah Tahqiq – Kesahihan Naskhah
 Pengarang berlainan yang mempunyai judul naskhah sama. Untuk memjejaki
kesahihan naskhah manuskrip adalah hasil penulisan seseorang pengarang
beberapa perkara yang perlu diteliti, iaitu:
 Melihat kepada isi kandungan, kehidupan ilmu pengarang zamannya, dan
ungkapan gaya bahasa.
 Tahap pencapaian ilmu seseorang pengarang berubah seiring dengan perubahan
usia pengarang, ini menyebabkan berlakunya perubah kerana meningkatnya
pengalaman hidup seperti menuntut ilmu, kawasan yang dilalui, orang yang
ditemui dan kitab yang dibacanya.
 Indeks perpustakaan, buku ensiklopedia pengarang dan buku biografi boleh
mengukuhkan hujah hasil penulisan pengarang yang dikaji.
 Melihat usia pengarang adalah antara hujah kuat dalam menjejaki kesahihan
naskhah yang ditulis oleh pengarang yang dikaji. Naskhah yang memiliki fakta
sejarah selepas kematian seseorang pengarang, tidak boleh dikatakan ia adalah
hasil tulisannya sebelum sejarah itu berlaku.
Kaedah Tahqiq – Isi Kandungan
 Beberapa langkah perlu diteliti untuk mengesahkan kesahihan isi kandungan naskhah,iaitu:
a. Kesemua manuskrip yang dikaji perlu kumpul, sama ada naskhah yang ditulis oleh
pengarang mahupun naskhah salinan yang dari naskhah asal untuk diteliti isi kandungan.
b. Perlu dikumpul kesemua naskhah karya atau tulisan lain yang ditulis oleh pengarang
naskhah manuskrip yang menjadi objek kajian. Ia bertujuan untuk mentashihkan isi
kandungan naskhah obek kajian.
c. Perlu kumpul dan dikuasai kesemua naskhah karya guru-guru pengarang, kesemua
naskhah karya teman seguru pengarang dan juga kesemua naskhah karya murid-murid
pengarang untuk mentashihkan dan menganalisis bahasa, istilah, makna sesuatu perkataan,
fakta yang dikemukakan dalam isi kandungan naskhah objek kajian.
d. Perlu mengumpulkan semua karya yang dirujuk oleh pengarang untuk mentashihkan
nukilan-nukilan yang terdapat pada naskhah manuskrip yang menjadi objek kajian.
Kaedah Tahqiq - Perumian
 Perumiaan Teks, perumian berasal dari kata dasar rumi bermaksud huruf atau
abjad dalam bahasa Melayu dan bahasa moden yang lain yang bermula dengan
huruf A dan berakhir dengan huruf Z, yang berasal daripada kerajaan Rom Kuno,
huruf Romawi, huruf Roman, huruf Latin (Amat Juhari Moan, 1992:1066).
 Merumikan bermaksud menyalin (menulis) ke dalam tulisan rumi, manakala
perumian bermaksud perihal merumikan (tulisan) (Teuku Iskandar, 1970: 983).
 Di dalam proses perumian ini menggunakan sistem ejaan dan tulisan yang
menggunakan kaedah penulisan mengikut Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-
Sebutan-Jawi yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (2001)
 Takhrij hadith ialah usaha menjelaskan keshahihan rantaian perawi hadith
dan usaha menyusun hadith mengikut bab atau bahagian berdasarkan
hukum syarak seperti hukum Fikah, Aqidah dan lain-lainnya (Mahmoud
Bak’kar, 1996:11).

 Takhrij adalah usaha mengenalpasti kedudukan sesebuah hadith dalam


sumber-sumber rujukan asli selain penjelasan berkaitan status hadith
tersebut dari sudut kesahihan atau kedaifannya Faisal Ahmad Shah
(2016:6)

 Selain itu, menurut takhrij hadith adalah menilai sesuatu hadith dari sudut
sumber yang asal, status hadith dan sanad perawi( al-Malbari & al-
Akha’yah, (1997:27)
2
6
Terima
Kasih
Ustaz Shahrul
011-1376 9666

14

Anda mungkin juga menyukai