Anda di halaman 1dari 45

MUZAKARAH 1

EEEX 6514 FIQH UNTUK EKONOMI


Dr Mohd Adib bin Ismail
GROUP 10
Mohd Shawal bin Sidek (P82452)
Faris Imadi Rosli (P81369)
Arifa Pratami (P79630)
Siti Nasibah Bt. Md Nor (P81400)
Nor Fahana binti Zahari (P79647)

DALIL QATIE DAN DALIL DZANNI


Dalil qatie
Dalil- dalil yang disepakati oleh ijmak ulama sebagai
sumber hukum islam mengenai penetapan hukum dan
hukum tersebut tidak boleh dipertikaikan.
Hukum yang ditetapkan dalam al-quran telah diterangkan
dengan jelas dan jitu, sehingga tiada cara lain yang boleh
ditafsirkan sebagai sebalik.
contohnya
firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah
(2):275 "Dan Allah S.W.T telah menghalalkan berjual beli
dan mengharamkan riba"
Dalil qatie ada dua sumber utama sebagai rujukan iaitu Alquran, hadis dan sumber yang lain ialah ijmak dan al qiyas.

DALIL DZHANNI
Dalil yang tidak sepakati oleh ijmak ulama di dalam penetapan
hukum islam dan sumber hukum dalil ini diperoleh dari istihar,
masalih mursalah, uruf dan isthab.
Ijmak ulama memberi pandangan yang berbeza mengenai sesuatu
hukum islam, jadi disini hukumnya adalah tidak jelas boleh jadi ,
harus, haram dan wajib.
contohnya terdapat percanggahan hukum mengenai hukum
pelaburan amanah saham nasional (ASN), dimana fatwa
kebangsaan mewartakan hukumnya adalah harus namun fatwa
negeri selangor mengeluarkan fatwa sebaliknya iaitu haram.
contohnya Malaysia Airlines Services Berhad (MAS) adalah
pelaburan yang haram walaupun sumber jualan alkohol di kapal
terbang hanya menyumbang kurang dari 5% keseluruhan
pendapatan kerana islam menetapkan hukum jual beli arak adalah
haram.

Implikasi dalil
- Kedua-dua dalil diperlukan dalam urusan
ekonomi/muamalat islam. Perkara berkaitan
hukum dan peraturan mestilah berdasarkan
dalil qatie contohnya kewajipan solat dan
pelaksanaan zakat. Perkara berkaitan dengan
teknik/kaedah boleh berdasarkan dalil dhanni
iaitu isu pengambilan deposit. Contoh lain dalil
dzanni iaitu perbezaan pandangan berkaitan
Bait Al Inah. Ianya hanya dijalankan di
Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia
tetapi tidak diterima di negara-negara Arab

KESAN DALIL TERHADAP EKONOMI


1.

2.

3.

4.

Memberikan garis panduan yang jelas dalam


menjalani aktiviti perniagan, selari dengan syariat
islam sendiri.
Membenarkan inovasi di dalam produk kewangan
islam untuk memenuhi maslahat umun,khususnya
ekonomi.
Menjamin keseimbangan dalam pembangunan
masyarakat dan perkembangan ekonomi tanpa
mengorbankan antara satu sama lain.
Menegakkan keadilan sosial ekonomi dalam
masyarakat, dimana tiada penindasan di antara satu
golongan kaya terhadap golongan miskin.

NO.2 ADAKAH PRODUK KEWANGAN ISLAM BOLEH


DIANGGAP SEBAGAI BIDAAH SEPERTI AITAB DAN
SUKUK AL SALAM?

bidaah ialah perkara ibadah baru yang sebelum ini tidak


berlaku pada zaman Rasullah SAW dan secara jelas
berlawanan dengan syarak/akidah.
kedua dua produk kewangan
ini direka untuk
kepentingan al maslahah umum (kepentingan awam)
iaitu memudahkan urusan jual beli antara kedua-dua
pihak, memberi peluang kepada orang yang tidak
berkemampuan untuk membeli aset secara sewa beli (al
bay thami bai).

SAMB.

Ini disokongan dengan firman Allah SWT dalam surah


Al- Baqarah(2):275 yang bermaksud Dan Allah S.W.T
telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Oleh itu, segala jual beli dibenarkan dan riba
diharamkan. Selagi urusniaga itu tidak bertentangan
syarak maka ia dibenarkan.

TAKLID
menurut bahasa Arab iaitu qalada, yuqalidu, taqlidan, yang
bermaksud mengulangi, meniru dan mengikuti. Dari segi
bahasa taklid didefinisikan mengikuti pendapat seseorang
mujtahid atau ulama tertentu tanpa mengetahui sumber dan
cara pengambilan pendapat tersebut. Hukum taklid ada
tiga jenis mengikut situasi iaitu haram, harus dan wajib.
contohnya, orang awam mengikut fatwa kebangsaan
beranggapan bahawa semua jenis pelaburan yang
mempunyai pendapatan yang haram di bawah 5 % dari
sumber pendapatan keseluruhan adalah harus adalah tidak
tepat tanpa pengetahuan mendalam tentang nas dan dalil.

MUQALID
Golongan orang yang tiada kemampuan untuk mengenal
pasti hukum dengan sendiri dari segi dalil dan ilmu serta
mengikut pendapat ulama dalam sesuatu hukum.
Di dalam kes ini orang awam bertaklid bahawa hukum
pelaburan di dalam pelaburan amanah saham bumiputera
(ASB) adalah harus apabila fatwa kebangsaan
menyatakan sumbangan hasil pendapatan dari sumber
yang haram kurang dari 5% dari keseluruhan hasil.
Namun demikian mereka tiada pengetahuan mengenai
hukum fiqh, fekah dan dalil kerana sesetengah perkara
yang haram tidak boleh diubah seperti riba, arak dan
pasaran saham (gharar).

ITTIBA
diambil dari bahasa arab ittaba'a bermaksud mengikuti dan
menurut. Manakala dari segi bahasa bermaksud seseorang
mengambil pendapat, pandangan dan perbuatan dan
disokong dengan dalil yang jelas dan wajib seperti berikut:
Jika kamu dalam perjalanan (dan bermuamalah tidak
secara tunai) sedang kamu tidak memperoleh seorang
penulis, Maka hendaklah ada barang tanggungan yang
dipegang (oleh yang berpiutang). (QS. Al-Baqarah: 283)
Melalui pengadaian secara islam, Ar- rahnu, orang islam
akan berhutang mengadaikan emas sebagai sandaran
(jaminan) kepada pemberi hutang untuk meminjam wang.

TALFIQ
Talfiq berasal dari perkataan arab talfiq bermakna
mencantumkan. Dari segi bahasa mengabung hujung
kain dengan hujung kain yang lain dengan jahitan.
Manakala definisinya ialah amalan mencampuradukan
atau mengabungkan hukum sesuatu pekara (qahiyyah) di
antara dua atau lebih mazhab sehingga tidak menyamai
mana mana hukum dari mujtathid sebelumnya, iaitu
mencipta sesuatu hukum baharu.

SAMB.
Contohnya, mengikut mazhab syafie semua urusan
muamalah wajib memenuhi rukun jual beli iaitu ijab dan
qabul. Namun, hakikatnya orang muslim di Malaysia
mengamalkan mazhab hanbali dalam muamalah tiada ijab
dan qabul tetapi dizahirkan dengan perbuatan, membayar
wang dan menerima barang.
Contoh: jual beli najis haiwan sebagai najis adalah haram
bagi pandangan mazhab syafie tetapi sebaliknya harus bagi
mazhab hanafi kerana najis boleh digunakan untuk tujuan
tertentu ( yasluh li al-Intifa)

4. (A) JENIS JENIS HAK


Terbahagi
1)
2)
3)

kepada 3 iaitu:-

Hak Allah SWT


Hak manusia
Hak bersekutu (Musytarak)

HAK ALLAH SWT

Hak yang menjadi milik Allah SWT.


Ada 2 jenis iaitu:1. Menentukan Ibadah. (Sembayang, dan Puasa)
2. Mencegah jenayah. Menentukan hukuman /
menentukan hukum hudud.

Sifat sifat hak Allah


Tidak boleh digugurkan, (sembahyang
Tidak boleh diubah (sembahyang cara lain)
Tidak diwarisi, dan (tinggal sembahyang)

1.
2.
3.

HAK MANUSIA
Hak
1.
2.

1.
2.
3.

yang menjadi milik manusia iaitu:Khusus: menjaga harta. Menetapkan harga


Umum: jaga keamanan, mencegah jenayah
Sifat sifat hak manusia:Tidak tadahhul (mencuri, menipu)
Boleh digugurkan (hutang)
Boleh berubah (sewa,hadiah, wakaf, harga)

HAK BERSEKUTU (MUSYTARAK)


Berkumpul

hak Allah dan hak manusia


Boleh dibahagikan skop yang lebih kecil:
1. Hak Allah melebihi: iddah ; hak Allah SWT diutamakan
berbanding hak manusia.
2. Hak manusia melebihi: qisas ; Hak manusia diutamakan
berbanding hak Allah dalam menetapkan hukuman
terhadap pembunuh oleh wali (wakil keluarga mangsa
pembunuhan).

TAASSUF
Taasuf adalah berkaitan dengan hak. Kebebasan
menggunakan hak, selain dibatasi dengan tidak
bertentangan dengan syariat Islam juga dibatasi dengan
tidak melanggar hak atau merugikan kepentingan orang
lain. Prinsip perlindungan hak dalam Islam berlaku pada
dan untuk semua orang
Sehinggakan
perlindungan
kebebasan
dalam
menggunakan hak peribadi harus seimbang dengan
perlindungan hak orang lain terutama hak masyarakat
umum (Zuhaili, 1989,IV, hal 25-29).

TAASSUF FI ISTIMALIL HAQQ


DIDASARKAN PADA DUA PERTIMBANGAN
PRINSIP BERIKUT:

Pertama, pada prinsipnya kebebasan dalam Islam


tidaklah mutlak melainkan kebebasan yang
bertanggungjawab.
Kedua, prinsip tauhid mengajarkan bahawa Allah adalah
pemilik hak sesungguhnya, sedangkan hak yang dimiliki
manusia merupakan amanat Allah yang harus digunakan
sebagaimana yang dikehendaki-Nya.

TADAHUL

Tadahul merupakan salah satu sifat hak Allah. Konsep


tadahul adalah hukuman yang ditentukan boleh bersifat
gabungan
atas
kesalahan
yg
lalu.
Contoh: seorang pencuri melakukan kesalahan mencuri,
namun terlepas untuk kali pertama dan kedua. Namun
kali ketiga, pencuri tersebut telah ditangkap dan
disahkan bersalah lalu dijatuhkan hukuman potong
tangan.

NO.5 (A) SEORANG PETANI MENANAM POKOK GANJA


DAN POKOK KETUM DILADANG MILIKNYA WALAUPUN
DILARANG KERAJAAN. JIKA IA TETAP MENANAMNYA
DAN MENJUAL, BAGAIMANA HASIL PENDAPATANNYA.

Taassuf fi istimalil haqq ditakrifkan sebagai penggunaan


hak secara berlebihan yang menimbulkan pelanggaran hak
dan kerugian terhadap kepentingan orang lain atau
masyarakat umum
penanaman tanaman tersebut tergolong dalam taassuf fi
istimalil haqq yang telah ditegaskan dalam Islam sebagai
perbuatan terlarang dan berdosa.
Hasil pendapatan daripada sumber yang terlarang adalah
haram di sisi Islam dan haruslah diambil tindakan ke atas
pelaku taassuf fi istimalil haqq.

5(B)PEGAWAI KERAJAAN MEMINTA IMBUHAN DARI


PEMOHON UNTUK MENDAPATKAN RUMAH DARI
PROJEK PROJEK PERUMAHAN KERAJAAN BAGI
MELULUSKAN PEMOHONANNYA.

Pegawai kerjaan tidak berhak untuk mendapatkan


imbuhan ini kerana meminta rasuah adalah haram disisi
syara. Ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.
Dan janganlah kamu makan harta benda di antara kamu
secara batil dan kamu ajukan soalan itu kepada penguasa
(hakim) dengan maksud supaya kamu makan sebahagian
dari harta orang lain dengan dosa, sedangkam kamu
mengetahui. (ayat al-Baqarah :188)

SAMB.
Disokong dengan hadis mengenai larangan mengambil
rasuah.
Dari Aisyah r.a. katanya Rasullah s.a.w melaknat
pemberi dan penerima rasuah.

5(C) SEKUMPULAN REMAJA MELAKUKAN ACARA


SUKAN TELANJANG ATAS ALASAN HAK DAN
KEBEBASAN INDIVIDU.
Manusia tidak mempunyai hak mutlak terhadap diri
sendiri namun dibatasi lunas- lunas hukum syarak
dimana sukan bertelanjang adalah haram dan berdosa
kerana mendedahkan aurat kepada pandangan umum.
Ini secara langsung berlakunya taassuf iaitu
penyalahgunaan hak individu di sudut syarak, dimana
hak allah perlu diutamakan.

6. TAKRIF HARTA MENGIKUT MAZHAB:1.


o

2.
o

Mazhab Hanafi :Sesuatu yang menjadi kecenderungan kepadanya oleh


tabii (manusia) sama ada digunakan atau tidak.
Sesuatu yang boleh dimiliki dan dimanfaatkannya
dalam keadaan biasa.
Mazhab Maliki :ialah sesuatu yang berlaku pemilikan terhadapnya dan
pemilik memilikinya secara mutlak apabila diperolehi
daripada orang lain yang menjadi haknya.

BERSAMB.
3.
o

4.
o

Mazhab Shafi`e :tidak dinamakan sebagai mal (harta) kecuali ke atas


sesuatu yang mempunyai nilai yang dijual dengannya
dan kena jamin apabila berlaku kerosakan, sekalipun
sedikit dan tidak diabaikan oleh manusia.
Mazhab Hanbali :Mal(harta) ialah sesuatu yang mempunyai manfaat
yang harus bukan (dengan sebab) hajat atau darurat.

KESAN PERBEZAAN DEFINISI HARTA


MENGIKUT MAZHAB
Ada

sesetengah mazhab mengakui manfaat benda sebagai


harta dan sebaliknya.
Tiada pembahagian harta sama ada mutaqawwim atau tidak,
asalkan memberi manfaat dari sudut syarak.
Terdapat perbezaan definis harta tidak bernilai diakui
sebagai harta oleh satu golongan manusia kerana tidak
menghilangkan sifat kehartaan (malliyah) tetapi tidak pada
golongan manusia yang lain.
Definsi harta itu berubah mengikut pemiliknya itu muslim
atau tidak apabila berkaitan barang haram disisi syarak.

7. JENIS HARTA
1.

2.
3.

4.

Harta bernilai dan harta tidak bernilai. Contoh emas


(harta bernilai), udara (harta tidak bernilai).
Harta tak alih dan harta alih. Contoh rumah dan kereta
Harta Mithliy dan harta Qimiy. Contoh telefon iphone
4s (harta Mithliy;homojenis), lembu tidak ada yang
serupa.
Harta Istihlaki dan harta Istimali. Contoh makanan
dan buku.

ADAKAH IA HARTA DAN BOLEH


DIJUALBELI?
8.(a) Satu tong minyak yang terkena najis.
Apabila sifat sesuatu benda berubah (mutawaqam) dari
suci ke najis, maka ianya tidak lagi diklasifikasikam
sebagai harta dan hukum berjual belinya adalah haram.
Berdasarkan hadis riwayat al-bukhari dan muslim
berbunyi Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan
sesuatu maka Dia mengharamkan harganya.

BERSAMB.
8(b) Tahi haiwan (kelawar dan ayam) dijual sebagai baja.

Ianya dikategori sebagai harta mengikut pandangan


jumhur ulama, kerana mengambil kira manfaat najis itu
untuk dijadikan baja. Maka sah untuk berjual beli kerana
ada manfaat untuk kegunaan.

BERSAMB.
8.( c) Biji kopi yang dikutip daripada tahi musang dan
dijadikan kopi serbuk.
Ia adalah harta dan jual beli boleh dilakukan kerana
mengikut pandangan ulama fiqh muktabar bahawa manamana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang
keluar bersama najis haiwan tersebut, selagi mana ianya
tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang
asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia
dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

BERSAMB.
8(d) Ikan keli , puyu dan kerang yang dipelihara di dalam
lombongm diberi makan dan dibesarkan dengan
pemakanan haram.
Ikan yang diberi makanan haram ni perlu lalui proses
istihalah. Proses ni maksudnya kuarantin beberapa
tempoh dengan yakin makanan haram itu dah hilang.
Lepas tu baru halal jual atau makan.

BERSAMB.
9.Gelatin boleh diperolehi daripada tumbuhan dan haiwan.
Lazimnya ia dibuat daripada khinzir kerana kosnya
murah. Apakah hukum mengguna bahan makanan yang
mengandungi bahan tersebut(gelatin). Terangkan
Hukum mengunakan bahan makanan yang mengandungi
gelatin dimana sumbernya diperolehi dari babi adalah
halal kerana tiada lagi unsur asal najis babi dari segi
sifat, zat dan fizikal pada gelatin tersebut. Ini selepas
bahan babi telah melalui proses tranformasi ataupun
mutaqawam dari najis ke suci.

10. (A) IKAN YANG MULA ROSAK MAKA DIJADIKAN


IKAN PERKASAM KEMUDIAN DIJUAL

Ikan pekasam berlaku secara tabie melalui proses istihalah.


Istihalah terbahagi kepada 2:
(a) secara tabie
(b) secara tak tabie
Hukumnya harus di makan kerana asal hukum semua bangkai
dari lautan halal berdasarkan hadis nabi.
SabdaNabi (s.a.w) :
Airnya,(iaitu laut) menyucikandan halal bangkainya.
Hadis di atas merujuk kepada hidupan laut.Air laut ini suci
lagi menyucikan sekiranya ada bangkai di dalamnya dari
kehidupan laut itu sendiri maka halal dimakan.
Sabda Baginda :"Tinggalkanlah apa-apa yang meragukan
kamu kepada apa-apa yang tidak meragukan kamu."

10 (B) UDANG YANG ROSAK (MULA BUSUK) ,


DIGARAMI DAN DIJADIAKAN BELACAN
KEMUDIAN
Di sisi ImamDIMAKAN
Syafie ia halal dimakan manakala di sisi
Imam Hanafi udang busuk dan kotor tidak halal
dimakan.
HujahMembenarkan :
Udang rosak berlaku secara tabie. Dengan ini terjadilah
proses istihalah.
Istihalah terbahagi kepada 2:
a) secara tabie
b) bukan tabie
Udang yang busuk tadi, lalu digarami. Maka berlaku
proses transformasi (mutaqawan ) iaitu udang menjadi
belacan.

SAMB.
Hukum memakan belacan harus dimakan kerana : Asal semua bangkai di lautan halal dimakan
berdasarkan:1. Firman Allah yang mengatakan:
"Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut dan
makanannya." (al-Maidah. 96)
2. Sabda Nabi SAW yang mengatakan:
Airnya,(iaitu laut) menyucikandan halal bangkainya.

10. (C) MENCETAK ROMPAK LAGU/ BUKU DAN


MENJUALNYA.
Hak cipta lagu dan buku dianggap sebagai harta disisi
Jumhur. Maka,ia tidak boleh dicetak dan dijual kerana
hakcipta adalah harta intelek persendirian.
Ini adalah kerana harta intelek telah diiktiraf Islam
sebagaimana difatwa oleh para ulama sedunia sebagai
harta persendirian.
Justeru, kita tidak boleh mengambildan menggunakan
yang tiruan khususnya apabila barang cetak tersebut
diniagakan.
Ini disokong dengan hadis Nabi SAW di riwayatkan oleh
at-Tirmidzi danTuhfatulAhwadzi yang bermaksud:
"Jangan kamu jual sesuatu yang bukan milikmu"

11. DEFINISI MILIK

Hubungan antara manusia dan harta yang diakui oleh


syarak. Harta yang dikhususkan kepada manusia dan
membenarkannya mengurus harta tersebut mengikut
kehendaknya selagi tiada larangan syarak.

Apa yang dimiliki oleh seseorang samada dalam bentuk


barang (ain) atau manfaat.

JENIS MILIK
1.

Milik sempurna : Memiliki zat sesuatu benda bersama


manfaatnya.Contoh : beli rumah, memiliki rumah dan
mendiaminya

2.

Milik tidak sempurna terbahagi kepada 3 jenis iaitu :


i.
ii.
iii.

Milik Zat Sahaja


Milik Manfaat Individu
Hak Irtifaq

Milik Zat Sahaja : Harta yang dimiliki sesorang tetapi manfaat


harta tersebut milik orang lain.

Contoh : Orang yang mewasiatkan seseorang mendiami


rumahnya sepanjang hidup atau tempoh yang tertentu.

Milik Manfaat individu

Contoh : Pinjaman, Sewaan, Wakaf, dan Wasiat.

Hak Irtifaq :hak yang ditetapkan pada harta tidak alih untuk
manfaat harta tidak alih yang lain yang diliki oleh orang lain.

Contoh : Hak lalu lalang

12)

a) Rumah yang dibeli dengan taraf pajak (lease hold)


o Diwarisi selagi mana tempoh pajakan tidak tamat. Tanah
pegangan pajakan atau leasehold akan kembali semula
kepada PBN dan menjadi tanah kerajaan selepas tempoh
pajakannya tamat, berakhir atau habis, melainkan
tempoh pajakan tersebut diperbaharui atau disambung.
b) Hak cipta sesuatu karya seperti buku dan nyanyian
o Boleh diwarisi kepada penama-penama yang telah
termaktub dalam perjanjian.

c) Hutang ibadah seperti solat, puasa, haji dan qurban


Solat
Tidak boleh diwarisi si mati pernah meninggalkan
sembahyang, maka ahli warisnya tidak perlu membayar
fidyah dan tidak perlu mengqadakan sembahyang
tersebut. Ini adalah pendapat majoriti ulama iaitu ulama
bermazhab Maliki, pendapat yang muktamad menurut
mazhab Syafi'i dan juga pendapat ulama bermazhab
Hanbali.
Tiada qadha' dan tiada fidyah bagi sembahyang yang
ditinggalkan oleh orang yang telah meninggal dunia
(Riwayatkan oleh Imam Malik bin Anas)

o Puasa
Boleh diwarisi dan tidak diwarisi. Ada beberapa kemungkinan
orang yang meninggal dunia dan belum menggantikan
puasanya:
1. Orang yang meninggal dunia, sekiranya tidak sempat qadha
puasa kerana meninggal dunia pada pertengahan puasa atau
pada hari raya pertama
atau uzur berterusan seperti sakit,
pengsan (koma) dan musafir, maka tidak wajib bagi warisnya
mengqada puasa dan membayar fidyahnya.

2.Jika meninggal dunia sebelum mengqada puasa tanpa


sebarang keuzuran atau dengan sengaja meninggalkan
puasanya, maka warisnya hendaklah membayar puasa si mati
dengan mengqadha atau mengeluarkan fidyah secupak (675g)
beras, bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.
Rasulullah SAW. bersabda: Sesiapa yang mati dan ke atasnya
puasa (belum diqada), maka hendaklah warisnya berpuasa
untuknya.
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.)

Haji
Diwarisi kerana jika orang yang telah meninggal dunia itu
belum mengerjakan haji sedang dia ada meninggalkan harta
maka
hukumnya wajib dihajikan daripada hartanya.
Kalau ia tidak ada harta peninggalan tidaklah wajib waris
menghajikannya tetapi kalau dibuatkan adalah baik. Jika si
mati sudah pernah mengerjakannya, semasa hidupnya maka
tidaklah sah dihajikan lagi kecuali jika dia ada bernazar atau
dia berwasiat supaya dihajikan.

oKorban
Tidak diwarisi jika mengikut Mazhab Syafii yang mengatakan
bahawa korban adalah ibadah perseorangan. Jika orang itu
telah meninggal dunia, maka ibadah korban tidak sah tanpa
wasiat daripadanya. Jika arwah pernah berwasiat agar
dibuatkan ibadah korban selepas kematiannya, maka ahli waris
boleh melakukan korban tersebut. Namun daging korban itu
wajib disedekahkan keseluruhannya kepada fakir miskin.
Bagaimanapun, mengikut mazhab Hanafi dan Hanbali, ibadah
korban boleh dilakukan untuk arwah biarpun tanpa wasiat
daripada si mati. Pahalanya insya-Allah akan sampai
kepadanya.

Anda mungkin juga menyukai