Anda di halaman 1dari 8

Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

2.0 CIRI-CIRI HUKUM ISLAM

Terdapat beberapa ciri atau karakteristik hukum Islam. Di antaranya adalah:

1. Ketuhanan (Rabbani)

Iaitu berasal daripada tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Islam adalah anugerah Allah yang Maha Mengetahui segenap keperluan

hidup manusia kerana ia yang menjadi pencipta kepada manusia dan

sekelian alam. Secara khususnya, kita boleh menganggap hukum Islam

sebagai manual yang disediakan oleh Allah bagi menangani produk yang

bernama manusia. Dengan kata lain, hukum Islam berasaskan kepada

ketetapan dalam syariah Islam.

2. Sempurna (syumul)

Berbanding dengan agama-agama lain yang membataskan skop

perbahasan agama kepada soal hubungan antara tuhan dengan makhluk

semata-mata, ajaran Islam dalam ruang lingkupnya amat lengkap kerana

mengajarkan kepada manusia kaedah untuk menjalinkan tiga bentuk

hubungan di dalam kehidupan:-

(i) Hubungan mahkluk dengan penciptanya (aspek ibadat)- yang

bakal memberikan motivasi, kepuasan dan ketenangan

keimanan bagi setiap manusia di dalam menghadapi

pancaroba kehidupan.

(ii) Hubungan sesama makhluk (aspek muamalah) – yang bakal

mewujudkan keharmonian hidup sesama manusia.

1
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

(iii) Hubungan antara makhluk dengan alam sekitar – yang bakal

mengajar manusia untuk menjaga keharmonian dan

keseimbangan ekologi alam sekitar yang menjadi tempat

kediaman umat manusia.

Sifat kesyumulan ini boleh dilihat daripada keluasan cakupan hukum

Islam terhadap setiap perilaku amali yang dijalankan oleh setiap manusia-

terbahagi kepada lima bentuk nilai hukum; harus, wajib, sunat, haram dan

makruh. Seandainya tiada keterangan nas yang asal daripada sumber wahyu

tentang mana-mana nilai hukum yang dilakukan oleh seseorang manusia,

para fuqaha wajib melakukan ijtihad untuk mencari nilai hukum ini, yang

biasanya terangkum dalam lima bentuk nilai hukum di atas dan hasil

pencarian nilai hukum ini akan dianggap sebagai hukum yang sah di sisi

Allah. Ringkasnya, berdasarkan pendekatan ini setiap perilaku amali

manusia perlu didasarkan kepada kehendak hukum Islam, dan bukannya

diserahkan secara mutlak kepada akal dan nafsu manusia semata-mata.

3. Umum

Syariat Islam diturunkan dalam bentuk umum dan garis besar

permasalahan. Oleh sebab itu, hukum asasnya bersifat tetap, tidak berubah

lantaran perubahan masa dan tempat. Untuk hukum yang lebih rinci, syariat

Islam hanya menetapkan kaedah dan memberikan garis panduan berbentuk

umum. Dengan itu, syariat Islam dapat menjadi petunjuk yang universal dan

dapat diterima di semua tempat serta masa.

Hukum Islam melibatkan penetapan hukum yang merangkumi

semua dimensi tanpa dikhususkan kepada:

2
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

1. individu tertentu

2. bangsa tertentu

3. tempat tertentu

4. zaman tertentu

Secara langsung, ianya merangkumi pelaksanaannya di tempat

asalnya di Semenanjung Tanah Arab, kawasan sekitar dan seluruh pelosok

alam.ia juga meliputi zaman awal perkkembangan Islam, zaman

kegemilangan, kejatuhan hingga kini. Dengan itu, pandangan sarjana

orientalis yang menyatakan hukum Islam bersifat partikular untuk bangsa

Arab semata-mata dan hanya sesuai dilaksanakan ketika zaman Nabi SAW

dan para Sahabat sahaja adalah tidak benar. Misalnya, ketetapan hukum

mencuri. Hukum dan pelaksanaannya tetap kekal hingga hari akhirat. Ini

berikutan sudah terhentinya penurunan wahyu dengan kewafatan Nabi

SAW dan tidak lagi berlakunya proses nasakh.

4. Kekal (Thabat)

Hukum Islam bersifat thabat (tetap) dalam beberapa hal. Di antaranya

dalam sesuatu hukum yang biasanya diketahui oleh seseorang atas sifatnya

sebagai seorang muslim ( ). Contohnya seperti perkara yang

berhubungkait dengan asas-asas ibadat, persoalan aqidah dan keimanan,

asas-asas akhlak dan seumpamanya yang menjadi mesej perutusan seluruh

para Rasul. Hukum-hukum seperti ini disifatkan oleh para fuqaha’ sebagai

sebahagian dari syariat itu sendiri dan ia tidak akan menerima apa-apa

3
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

perkembangan dan perubahan sama ada dari segi pentafsiran mahupun

pendekatan.

I) Pada asalnya, hukum-hukum ibadat tiada perubahan dan tukar ganti.

* Yang wajib tetap dengan kewajibannya. Yang haram kekal dengan

keharamannya. Tidak boleh berubah melainkan dalam keadaan tertentu.

II) Tujuan dan objektif syariat adalah menjaga kepentingan manusia

sepanjang zaman dengan kepelbagaian bentuknya, dengan memelihara

Dharuriyyat al-khams dari 2 aspek:

1. Mengukuhkan dengan memelihara kewujudannya.

2. Melarang segala yang merosakkannya.

* al-Din- pelihara syariat jihad, mencegahnya dikenakan hukuman

hadd riddah.

* al-Nafs- pelihara disyariat al-toyyibat, dicegah dengan pengharaman

bunuh diri.

* Al-‘Aql- pelihara disyariatkan wajib menuntut ilmu, dicegah dengan

pengharaman minum arak dan dikenakan hadd.

* al-Nasl- pelihara disyariatkan perkahwinan dan dicegah dengan

pengharaman zina dan dikenakan hadd.

* Al-Mal- dipelihara dengan syariatkan hukum halal berjual beli,

dicegah dengan pengharaman mencuri dan dikenakan hadd,

diharamkan riba.

4
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

5. Fleksibel (murunah)

Hukum Islam terbentuk dari adunan unsur-unsur yang tetap (thabat)

dan unsur-unsur yang sentiasa mengalami perubahan (taghayyur). Ia akan

bersifat tetap dan tidak berubah pada prinsip asas dan konsepnya, namun

sebaliknya akan bersifat anjal dan fleksibel pada cara pemakaian dan

pelaksanaannya, kerana pelaksanaannya akan melibatkan masyarakat

manusia sebagai makhluk yang dinamis.

Oleh kerana kehidupan manusia dan keperluannya sentiasa

mengalami perubahan, kehidupan secara tabi’i maka hukum Islam turut

memberi penghormatan terhadap unsur ini dalam membuat kesimpulan

hukum. Pengiktirafan terhadap aspek perubahan kehidupan manusia dalam

penentuan hukm ini jelas sedikit sekali terbukti dari semangat pensyariatan

hukum secara umum. Ini berdasarkan kepada:

i) Bentuk ayat (konteks) nass syarak yang ringkas dan tidak terperinci.

Kaedah dan prinsip ini dapat dijadikan asas dalam memenuhi

keperluan hukum dari zaman ke zaman sesuai dengan realiti semasa

dan setempat.

ii) Nas-nas syarak kebanyakannya disertakan ‘illat yang terperinci.

Dengan itu, hukum tidak semata-mata berasaskan prinsip ta`abbudi,

di samping ia bertujuan merealisasikan kemaslahatan manusia,

mendatangkan kemanfaatan serta menolak kemudharatan.

iii) Syariat Islam memelihara zuruf (keadaan) manusia dalam keadaan

tertentu, misalnya dalam keadaan keuzuran dan kemudharatan yang

menimpa manusia.

5
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

iv) Dalam keadaan darurat, manusia dibenarkan perkara-perkara

muharramat dalam kadar sewajarnya dan dibenarkan kelonggaran

(rukhsah).

Sebab-sebab rukhsah:-

* Cacat/tidak mampu- contohnya: org gila, kanak-kanak.

* Sakit: tayammum ganti janabah, buka puasa, berubat dgn najis dsb.

* Safar: buka puasa, jamak dan qasar solat.

* Lupa: makan ketika berpuasa, tidak membaca tasmiyyah ketika

sembelih.

* ‘Umum al-balwa: dimaafkan percikan-percikan najis, tahi cicak.

* Paksaan: melafaz kalimah kafir, makan bangkai utk survival.

iv) Keluasan ruang kemaafan (al-`afwu).

- Setiap yang didiamkan oleh syarak merupakan kemaafan. Dan

prinsip ini juga selaras dengan kaedah:

Ertinya:

Asal bagi sesuatu adalah harus.

Contohnya, adalah haiwan-haiwan yang tidak disebut dengan jelas

hukumnya haram, dikira sebagai halal.

v) Anugerah kepada pemerintah (wali al-amr) kuasa perundangan.

Contoh: dalam jenayah takzir, ruang lingkup yang diberikan adalah

yang luas.

6
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

6. Kemanusiaan (Insaniyyah)

Selain bersifat ketuhanan (Rabbani), dalam dimensi yang lain hukum

Islam juga bersifat kemanusiaan, lantaran ia juga bersumberkan ijtihad

manusia. Di samping sumber wahyu, keistimewaan hukum Islam jelas

terserlah apabila ianya turut mengakui peranan dan potensi akal manusia di

dalam menentukan persoalan hukum berpandukan garis panduan yang

termaktub di dalam sumber wahyu. Hal ini berasaskan pengakuan dan

tindakan Rasulullah sendiri yang menerapkan pendekatan menghidupkan

penggunaan akal terpimpin yang difahami secara langsung oleh para

Sahabat. Sumber hukum kedua selepas sumber wahyu (Naqli) adalah sumber

ijtihad (Aqli) sumber hukum tambahan lain yang timbul daripada sumber

hukum Aqli ini antaranya adalah Qiyas, ijmak, Istihsan, Maslahah, Siyasah

syariah, Masalih Mursalah dan sebagainya.

Kebanyakan sarjana hukum Islam membahagikan hukum Islam

kepada bidang ibadah dan mu’amalah. Bidang ibadah serta strukturnya

secara khusus diterangkan di dalam sumber wahyu secara terperinci dan ia

tidak membuka ruang yang luas untuk akal manusia campur tangan.

Manakala bidang mu’amalah yang pada kebiasaannya banyak bergantung

kepada keadaan hidup yang sentiasa berubah telah diberi ruang yang luas

untuk akal manusia. Jadi, soal-soal yang berkaitan dengan hubungan sesama

umat manusia banyak diserahkan kepada umat Islam untuk memikir dan

menentukannya sendiri. Namun begitu, penentuan akal manusia ini perlu

berdasarkan kerangka dan landasan yang terdapat di dalam sumber wahyu.

Dalam masa yang sama juga, hukum Islam memberikan perhatian

yang penuh kepada manusia, memelihara segala yang berpautan dengan

manusia, baik mengenai diri, jiwa, akal, akidah, fikrah, usaha, pahala dan

7
Mohd Anuar Ramli Sem 1 2018/2019 GII2003 Asas Hukum Islam

seksa, baik selaku individu, mahupun anggota masyarakat. Manusialah yang

menjadi fokus perhatian segala hukum yang berasaskan Kitabullah, Sunnah

Rasul, Ijma’, Qiyas dan segala sumber hukum lain.

Justeru, karakteristik hukum Islam ini sama ada bersifat ketuhanan

atau kemanusiaan, dan sama ada tetap atau berubah adalah gambaran

hukum Islam yang syumul lagi takamul dan dapat memenuhi tuntutan

manusia biarpun berlakunya perubahan masa, keadaan mahupun tempat.

Anda mungkin juga menyukai