Anda di halaman 1dari 18

PENGURUSAN

HARTA PUSAKA
KONSEP PEMILIKAN HARTA
DALAM ISLAM
BAB 1
PENDAHULUAN
Islam menggalakkan umatnya berusaha untuk
memiliki harta kekayaan secara halal bagi
memudahkan kehidupan mereka serta
memakmurkan alam ini dengan memberi faedah
kepada yang lain.
Harta ini adalah amanah Allah SWT dan Allah
merupakan pemilik mutlak kesemua benda yang
wujud di alam ini.
Oleh yang demikian, kita sebagai
manusia hendaklah membelanjakan
dan menguruskan harta mengikut
ketentuan syarak.

KONSEP HARTA MENURUT
PERSPEKTIF ISLAM
DEFINISI
Harta (Mal) dari segi bahasa: sesuatu yang
dimiliki dan dikawal oleh seseorang sama ada
barangan itu berbentuk ain (zat) atau manfaat.
Istilah: 1. Harta ialah setiap benda yang boleh
disimpan atau dimilliki oleh manusia sama
ada berupa ain seperti emas,
perak, haiwan, tumbuhan, pakaian dll atau
manfaat seperti tempat kediaman.
2. Harta ialah setiap barang yang mempunyai nilai
& sesiapa yang merosakkannya mesti dikenakan
bayaran ganti rugi.
3. Dr Abdul Karim Zaydan: harta sebagai setiap
sesuatu yang boleh dikuasai dan dimanfaatkan pada
kebiasaannya. Dari definisi ini, terdapat sekurang-
kurangnya dua (2) ciri utama untuk menentukan mal
dalam Islam:
i. Sesuatu benda yang boleh disimpan, dan
dikumpulkan (boleh dijadikan hak milik); dan
ii. Benda yang boleh diambil faedah dan memberi
manfaat.
Jika tidak menepati kedua-duanya, maka ia terkeluar
daripada istilah harta (mal) mengikut perspektif
Islam.
Sivil: harta termasuklah semua
benda yang boleh dimiliki/yang
boleh dijadikan hak milik dan
mempunyai nilai wang.
MANFAAT SESUATU HARTA
Persoalan timbul adakah manfaat atau
kepentingan dianggap sebagai harta menurut
perspektif Islam?
Shafii dan Maliki: manfaat atau kepentingan
merupakan harta yang bernilai.
Hanafiyyah: manfaat bukan harta yang bernilai.
Walaubagaimanapun, manfaat boleh menjadi
bernilai melalui kontrak (akad) seperti ijarah
(sewaan) dan Iarah (pinjaman).
Perbezaan pendapat dua (2)
golongan di atas, menimbulkan
kesan hukum yang berbeza:
Hanafiyyah mengharuskan tasarruf sesuatu
manfaat oleh seseorang yang sakit marad al-mawt
(sakit yang boleh membawa kematian) sama ada
melalui pinjaman atau sewaan, sedangkan Shafii
dan Maliki tidak mengharuskan tasarruf manfaat
itu.

Hanafiyyah berpendapat bahawa manfaat tidak
boleh diwarisi atau dipusakai, manakala Shafii
dan Maliki berpendapat manfaat boleh
diwarisi oleh waris-waris simati.
PEMBAHAGIAN HARTA DAN
KESAN HUKUMNYA
Harta boleh dibahagikan kepada empat (4):
i. Harta bernilai dan tidak bernilai;
ii. Harta alih dan tidak alih;
iii. Harta yang mempunyai persamaan atau tidak di
pasaran; dan
iv. Harta pakai habis dan kekal zatnya setelah
digunakan.
HARTA YANG BOLEH DIMILIKI &
TIDAK BOLEH
Harta yang tidak boleh dimiliki oleh seseorang
individu. Harta ini dikhususkan untuk kepentingan
orang ramai (umum) seperti jalan raya, sungai,
jambatan, taman awam dsb. Jika sifatnya untuk
kepentingan awam telah hilang, maka pada ketika
itu bolehlah dimilki oleh individu.
Harta yang tidak boleh dimiliki kecuali dengan
kebenaran syarak. Contohnya, harta wakaf dan
baitulmal.
Harta selain dari di atas boleh
dimiliki tertakluk kepada batasan
syarak seperti tidak membahayakan
orang lain dan menunaikan hak-hak
masyarakat umum seperti zakat.
JENIS PEMILIKAN HARTA
Terdapat dua (2) jenis pemilikan harta iaitu
pemilikan individu dan pemilikan awam.
Pemilikan individu terbahagi kepada dua (2) iaitu
pemilikan sempurna (milk al-tam) dan pemilikan
tidak sempurna.
Pemilikan sempurna: keadaan apabila seseorang
memiliki harta dan sekaligus boleh memanfaatkan
harta tersebut.
Pemilikan tidak sempurna: seseorang
itu memiliki harta, sedangkan dia tidak
memiliki manfaat harta tersebut atau
sebaliknya.
Cara-cara pemilikan sempurna:
i. Penguasaan kepada harta mubah atau harta harus.
Sesiapa yang pertama menguasainya, maka dia
mempunyai milikan sempurna. Harta mubah ialah harta
yang tidak dimiliki oleh orang-orang tertentu atau harta
yang tidak ada pemiliknya. Mengikut undang-undang
Islam, harta-harta tersebut boleh dimiliki jika tidak ada
tegahan memilikinya oleh syarak. Sebaliknya, jika
terdapat tegahan syarak umpamanya, harta tersebut
untuk kepentingan awam, maka pemilikan tersebut tidak
diiktiraf. Mengikut kaedah umum, harta mubah yang
belum dikuasai oleh seseorang, terbuka kepada lapisan
masyarakat. Penguasaan ke atas harta mubah
tertakluk kepada dua (2) syarat iaitu
tiada orang lain menguasainya dan
ada niat untuk memilikinya;
ii. Melalui akad atau kontrak yang memindahkan
milik seperti jual beli, hibah, wasiat, sedekah dsb;
iii. Perwarisan harta pusaka;
iv. Hasil pengembangan harta yang boleh dimiliki;
dan
v. Syufah (pre-emption: the purchase of goods or
shares by one person or party before the
opportunity is offered to others).
PERANAN MANUSIA
TERHADAP HARTA
Umumnya, peranan manusia sebagai khalifah atau
wakil Allah dalam alam ini ialah untuk
membangunkan alam ini, memakmurkannya,
meneroka segala kekayaannya dan isi buminya
bagi faedah & kepentingan umat manusia
seluruhnya.



Allah memberi kebebasan kepada
manusia untuk memiliki &
menggunakan harta tertakluk kepada
batasan syariah.

Dialah (Allah) menjadikan kamu (manusia) daripada bahan-
bahan bumi dan menentukan kepada kamu tugas
memakmurkannya (bumi) Surah Hud: 61
DEFINISI PENGURUSAN
HARTA
Urus atau mengurus: mengawal, mentadbir dan
mengendali.
Pengurusan: perihal kerja mengurus sesuatu atau
kelolaan, jagaan, kendalian atau kawalan. Ia juga bererti
mentadbir, memelihara, menjaga supaa sesuatu urusan
supaya ia menjadi baik dan teratur yang telah ditetapkan.
Pengurusan juga boleh ditakrifkan sebagai pelaksanaan
keputusan dasar dan penyempurnaan objektif.
Pengurusan harta: perihal menguruskan
harta termasuk mengelola, menjaga,
mengendalikan, mengawal dan merancang
untuk mengembangkan harta pada masa
akan datang mengikut peraturan dan
undang-undang yang telah ditetapkan.
KEPENTINGAN PENGURUSAN
HARTA
Memastikan harta beredar dan bergerak cergas di
dalam pelbagai sektor kehidupan sehingga
memungkinkan pengembangan harta dan
penggunaannya secara meluas dan menyeluruh.
Memberi galakan kepada muamalah kehartaan
hingga dapat memperluaskan skop peredaran harta
dan kekayaan sehingga dapat dinikmati oleh semua
masyarakat secara adil.
Mencari alternatif tertentu bagi
mengelakkan berlakunya kesukaran-
kesukaran yang boleh melemahkan
kegiatan ekonomi.
Menyumbang kepada kebahagiaan dunia dan
akhirat.
Harta yang dimiliki dapat diurus dengan baik dan
betul.
Perancangan pengurusan harta terbahagi kepada
dua (2) iaitu perancangan semasa hidup dan
perancangan selepas berlaku kematian pemilik
harta.
Perancangan pengurusan harta semasa hidup:
i. Hibah
ii. Wasiat
iii. Wakaf
iv. Sedekah
v. Nazar

Perancangan harta selepas kematian adalah
seperti pengurusan harta pusaka.
Kesimpulannya, Islam mengakui dan mengiktiraf
pemilikan harta seseorang individu berdasarkan
ketetapan syarak.
Islam juga menjamin hak individu dalam
memiliki harta disamping menjaga kepentingan
umum.
Manusia perlu ingat bahawa harta yang dimiliki
merupakan suatu amanah Allah kerana Allah
merupakan pemilik mutlak atas segala sesuatu.
Dengan itu, manusia hendaklah membelanjakan
dan menguruskan harta milik mereka dengan
betul supaya tidak mendatangkan kemurkaan
Allah SWT.
LATIHAN
1. Apakah yang dimaksudkan dengan harta?
2. Sebutkan cara-cara pemilikan sempurna oleh
seseorang individu,.
3. Mengapakah bahagian pihak lelaki diutamakan
berbanding dengan pihak perempuan di dalam
sistem pusaka Islam ini?

Anda mungkin juga menyukai