Anda di halaman 1dari 30

TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT

PERANCANGAN HARTA

1

TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA
1


Oleh:
Abdul muhaimin mahmood
Penolong Pengarah
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM)


PENDAHULUAN

Merancang harta dalam Islam bukan sahaja terhad pada kaedah dan tatacara
menguruskan perbelanjaan individu atau keluarga bagi kepentingan hidup di
dunia sahaja, bahkan merangkumi bagaimana cara seseorang menguruskan
harta dengan cara membuat perancangan yang teratur untuk kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat.



.
2


Maksudnya;

Dari Abi Bazrah al-Aslami katanya: Rasulullah SAW bersabda, tidak
akan melangkah kaki anak adam pada hari kiamat sehingga ditanyakan
mengenai umurnya pada apa ia habiskan, mengenai ilmunya pada apa
ia lakukan, mengenai hartanya darimana ianya diperolehi dan ke mana
ianya dibelanjakan dan mengenai tubuhnya pada apa ianya dihabiskan.



1
Kertas kerja ini dibentangkan dalam seminar Perancangan Harta Individu dan Harta
Syarikat Islam, Pada 30 Mei 2009, bertempat di Hotel Flamingo Ampang, anjuran Yayasan Bakti
Khidmat Masyarakat Malaysia bersama KPKMB Management Sdn, Bhd, Oleh Tuan Haji Razali
Bin Shahabudin, Pengarah Bahagian Penyelidikan J AKIM.

2
Al-Tarimizi, Muhammad bin Isa, al-Jami al-sahih sunan al-tarmizi, , tahqiq, Ahmad
Syakir, Bab yau al-qiyamah, no. hadith 2417, Dar ihya al-turath al-arabi, Bairut, t.th., jld. 4, hlm.
612.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

2

Berdasarkan hadis ini, merancang harta merupakan perkara yang amat
penting dan sangat dititikberatkan dalam Islam. Seseorang Muslim pada hari
kiamat tidak akan terlepas dari dipersoalkan mengenai harta, dari mana ianya
perolehi dan ke mana ianya belanjakan. Sehubungan itu, setiap Muslim
sewajarnya sentiasa prihatin untuk merancang dan menguruskan harta yang
dimiliki agar harta yang diperolehi dan dimiliki dapat membawa kesejahteraan
hidup di dunia dan di akhirat.

HARTA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Harta (maal) dari segi bahasa bererti apa saja yang dimiliki oleh manusia.
3

Secara amnya harta dikenali sebagi sesuatu yang dimiliki oleh seseorang
individu sama ada dalam bentuk manfaat. Manakala pengertian harta menurut
istilah, ulama Hanafi mendefinisikannya sebagai sesuatu yang diingini manusia
dan boleh di simpan lama. Definisi ini berbeza dengan pentakrifan yang
dikemukakan Syafii dan Hanbali yang berpendapat bahawa sesuatu itu
dianggap harta jika ada nilai komersial padanya sama ada ia dalam bentuk
barang atau manfaat dan boleh dikenakan ganti rugi sekiranya ia dicerobohi.
4


Takrifan ini membawa maksud bahawa untuk menentukan sesuatu itu
sebagai harta ianya memerlukan beberapa ciri, antaranya;

a. Ianya hendaklah mempunyai nilai, sama ada bentuk fizikal atau manfaat.
b. Ianya hendaklah sesuatu yang halal dan tidak najis menurut syarak.
c. Ianya hendaklah sesuatu yang boleh dimiliki. J ika sesuatu itu tidak boleh
dimiliki dan dikuasai seperti ikan yang masih di laut atau burung di udara,
maka ia tidak lagi dianggap sebagai harta.




3
Ibn Manzur, Lisan al-Arab, jld.3, hlm.550.

4
Abdul Halim el-Muhammady, 2001, Undang-undang muamalat dan aplikasi kepada
produk-produk perbanjan Islam, Bangi: Fakulti Undang-Undang UKM, hlm. 1-7.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

3

KEPENTINGAN HARTA DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Allah SWT menciptakan harta untuk keperluan manusia. Dalam kehidupan
individu, harta adalah sebagai wasilah bagi memenuhi keperluan yang dihajati.
Sementara bagi masyarakat dan negara pula, harta sebagai wasilah
pembangunan dan sumber kekuatan. Islam memperakui penguasaan harta ke
atas diri manusia, pengaruhnya dalam kehidupan dan disanubari mereka, kerana
ia merupakan tenaga yang bekerja dalam kehidupan. J usteru itu, harta dilihat
sebagai paksi aktiviti ekonomi dalam masyarakat. Islam sebagai ad-din telah pun
mengatur dalam sistem ekonominya cara-cara pemilikan harta serta kaedah
membangun dan mengembangkannya. Oleh yang demikian, keperluan manusia
kepada harta tidak dapat dinafikan. Sebagai seorang muslim, amal ibadat tidak
dapat dilakukan dengan sempurna melainkan dengan harta. Masyarakat dan
negara juga tidak dapat dibangunkan tanpa harta.
5


HUBUNGAN MANUSIA DENGAN HARTA DARI PERSPEKTIF ISLAM

Hubungan manusia dengan harta dalam syariat Islam berada di atas dasar
perseimbangan yang sempurna di antara menjaga kepentingan awam dan
kepentingan persendirian. Islam melihat harta sebagai suatu yang baik dan
berfungsi sebagai alat yang membantu kehidupan manusia serta merupakan
salah satu kurniaan Allah SWT yang besar untuk kesejahteraan manusia di
dunia dan di akhirat. Ini dapat dilihat kepada prinsip-prinsip berikut;

Pertama; Manusia sebagai pemegang amanah ke atas harta kurniaan
Allah

Sebenarnya harta adalah milik Allah SWT, sedangkan manusia diberi
kemudahan untuk menggunakannya, dan bebas bertindak ke atas harta yang


5
Mohd. Saleh Ahmad, Risalah ahkam, Intel Multimedia and publication, Petaling J aya,
2005, hlm. 247.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

4
dikira menjadi miliknya; di samping terikat dengan perintah pemiliknya yang
hakiki iaitu Allah SWT. Di antara tanggungjawab manusia dalam menguruskan
harta yang merupakan amanah Allah ini ialah mereka diperintahkan agar
menghulurkan harta yang berlebihan kepada yang memerlukan menerusi ibadah
zakat dan sedekah. Sebagaimana Firman Allah SWT dalam surah al-hadid, ayat
7;
W-Og^4 Og` 7UEE_
4-gU^C4-OG` gO1g W

Maksudnya;

Dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda
(pemberian Allah) yang dijadikannya kamu menguasainya sebagai
khalifah padanya.

Fiman Allah SWT dalam surah al-Nur ayat ke 33;

W-O>-474 }g)` E` *.-
-Og~-.- 7>-47
Maksudnya:

Dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan
kepada kamu.

Kedua; Manusia dituntut memelihara dan megembangkan hartanya

Memelihara harta merupakan suatu tuntutan syarak yang termasuk di dalam
daruriayat yang lima iaitu memelihara agama, jiwa, harta, kehormatan diri dan
akal. J usteru, Islam melarang sebarang bentuk pembaziran, pengabaian,
jenayah seperti mencuri dan sebagainya. Bahkan Islam telah mewujudkan
peraturan dan hukuman yang berkaitan dengan jenayah mencuri, merompak dan
pecah amanah bagi memelihara harta.

Adapun dalam aspek pelaburan dan tuntutan supaya dikembangkan harta,
Baginda Rasulullah SAW telah menegaskan dalam sebuah hadis;
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

5



:
.
6



Maksudnya;

Dari Amru bin Shuaib, dari bapanya, dari datuknya, Sesungguhnya
Rasulullah SAW berkhutbah kepada manusia dengan bersabda;
Ketahuilah sesiapa yang menjadi penjaga kepada anak-anak yatim yang
ada harta, hendaklah ia perniagakan harta itu agar tidak terhakis di makan
zakat.

Maksud hadis ini, suatu perintah wajib kepada pemilik harta supaya
mengembangkan hartanya dalam aktiviti-aktiviti ekonomi yang halal menurut
syarak sehingga boleh memenuhi keperluan diri dan keluarganya tanpa
menceroboh hak individu dan masyarakat. Islam amat benci kepada kefakiran
dan menggesa umatnya supaya bekerja bersungguh-sungguh dalam
membangunkan kehidupannya di dunia supaya membolehkannya mengangkat
martabat dari aspek kebendaan. Dengan demikian mereka akan lebih berupaya
melaksanakan kewajipan berhubung dengan tuhannya. Andai kata si pemilik
harta membekukan harta tanpa dikembangkan dalam masa yang panjang, maka
ia dianggap berdosa kerana mengkufuri nikmat Allah berhubung dengan harta
kurniaan Allah.
7


Ketiga; Harta suatu nikmat yang boleh bertukar jadi niqmah

Harta menurut pandangan Islam adalah suatu yang baik. Sehubungan itu, Islam
tidak mencela harta itu sendiri. Bahkan Allah SWT melimpahkan nikmat harta itu


6
Al-Tarimizi, Muhammad bin Isa, al-Jami al-sahih sunan al-tarmizi, , tahqiq, Ahmad
Syakir, Bab zakat mal al-yatim, Dar ihya al-turath al-arabi, Bairut, t.th., jld. 3, hlm. 32.

7
Ibid. 249. Lihat juga, Al-mutamar al-Thalilith li majma al-buhuth al-islamiah, hal 218,
keluaran oktober 1966.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

6
kepada hamba-hambanya serta menerangkan pula bahawa kekayaan itu suatu
nikmat Allah seperti firmannya dalam surah al-Dhuha ayat 8;

EE}44 1j*.~4 _/E_^N .
Maksudnya;

Dan didapatinya engkau miskin, lalu ia memberikan kekayaan.


Dalam memperoleh dan memanfaatkan harta, harus diingatkan bahawa
harta dan anak-anak yang merupakan nikmat kurniaan Allah juga adalah
merupakan suatu cubaan dari Allah SWT yang boleh membawa niqmah atau
bala ke atas manusia sama ada di dunia mahupun di akhirat. Dalam surah al-
Anfal ayat 28, Allah SWT berfirman;

W-EOUu-4 .E^^
:74O^` 7u4
O4Lu-g ]4 -.- +E4gN
vO;_ _1g4N .
Maksudnya:

Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu
hanyalah menjadi ujian, dan sesungguhnya di sisi Allah jualah
pahala yang besar.


Keempat; Harta merupakan perhiasan hidup bagi manusia

Manusia memiliki kecederungan yang kuat untuk memiliki, menguasai, dan
menikmati harta. Namun demikian, manusia seharusnya sedar bahawa harta
yang dimiliki hanyalah merupakan perhiasan selama ia hidup di dunia. Oleh
sebab harta hanyalah perhiasan hidup, harta sering kali menyebabkan
keangkuhan, kesombongan, serta kebanggaan diri sebagaimana yang
diungkapkan oleh Allah SWT dalam surah al-Alaq ayat 6-7;
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

7

Ep) =}=Oee"- -/;C41 .
p +-47O -/E_^4-c- .
Maksudnya:

Ingatlah! Sesungguhnya jenis manusia tetap melampaui batas
(yang sepatutnya atau yang sewajibnya). Dengan sebab ia melihat
dirinya sudah cukup apa yang dihajatinya.


Kelima; Harta merupakan bekalan ibadat

Ibadat dalam Islam terbahagi kepada tiga jenis iaitu pertama ibadat melibatkan
perbuatan anggota fizikal sahaja seperti solat dan puasa. Kedua ibadat yang
hanya melibatkan harta sepenuhnya seperti ibadat zakat, sedekah dan wakaf.
Ketiga ialah ibadat yang melibatkan perbuatan aggota fizikal dan harta
seumpama ibadat haji. Dengan memiliki harta maka seseorang dapat
melaksanakan keseluruhan perintah Allah SWT, khususnya ibadat yang
melibatkan harta seperti zakat, wakaf, sedekah, haji dan sebagainya. Allah SWT
dalam surah al-Taubah ayat 41 berfirman;

W-NOg^- += Lg4
W-)_E_4 :g4O^`)
7O^4 O) O):Ec *.- _
7gO OOE= 7- p) +L7
]OUu> .
Maksudnya:

Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah),
sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun
dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai
tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa
kamu pada jalan Allah SWT (untuk membela Islam). Yang demikian
amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.



TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

8

Dalam surah Ali Imran ayat 133-134, Allah SWT berfirman;

W-EONNjOEc4 _O) E4Og^4`
}g)` :)O OE4E_4 E_O4N
4OEOO- OO-4 ;OgNq
4-+-Ug . 4g~-.- 4pOgLNC
O) g7.-O-O- g7.-O--4
4-gg:^-4 ^^O4^-
4-gE^-4 ^}4N +EE4-
+.-4 OUg47 --gLO^- .

Maksudnya;

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik
untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat)
syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang
disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa. Iaitu orang-orang
yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan
orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang
memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi
orang-orang yang berbuat perkara-perkara Yang baik;

Keenam; Islam menggalakkan umatnya supaya bekerja untuk mendapat
dan memiliki harta yang halal

Pemilikan harta dalam Islam adalah tidak dilarang, bahkan Islam menyeru dan
menggalakkan umatnya supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan wang atau harta. Allah SWT berfirman dalam surah al-Taubah
ayat 105;

~4 W-OUE;N- O4O=O=O +.-
7U4 N.Oc4O4
4pONLg`u^-4 W ]14O7Ec4
_O) )U4N U^O4^-
jEEOgO-4 7N)Ol4[NO
E) u7+L7 4pOUEu> .

TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

9

Maksudnya;

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan segala
yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang
beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui perkara-perkara yang
ghaib dan yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa yang
kamu telah kerjakan".


Dalam bekerja dan berusaha untuk mencari wang dan harta (rezeki),
Islam menuntut umatnya agar memastikan usaha dan rezeki yang diusahakan
tersebut hendaklah diperolehi dari sumber yang halal. Rasulullah SAW bersabda;

:
.
8



Maksudnya:

Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW bersabda; Mencari
yang halal adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim.


KLASIFIKASI HARTA DALAM ISLAM

Harta dalam Islam dapat diklasifikasikan kepada beberapa bentuk. Mengikut
kenyataan majallah al-ahkam al-adliyyah harta itu boleh di bahagikan kepada
beberapa jenis berikut;

a. Harta alih dan harta tak alih.
b. Harta yang boleh di tetapkan kadarnya dan harta yang tidak boleh
di tetapkan kadarnya.
c. Harta yang serupa (al-mithli) dan harta yang seharga (al-qimi).

8
Al-Thabarani, Mu
c
jam al-ausat, no. hadis, 8610, jld. 8, hlm. 270. Lihat, al-Haithami, Nur
al-Din
c
Ali bin Abi Bakr, Majma
c
al-zawaid wa manba
c
al-fawaid, Bab talab al-halal wa al-bahs
anhu, Dar al-Fikr, Bayrut, 1412H., no. hadis. 18099, J ld. 10, hlm. 520
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

10

d. Harta yang berupa barang dan harta yang berupa manfaat.


Harta tak alih ialah suatu harta yang tidak boleh dipindahkan ke tempat
lain seperti bangunan rumah dan tanah. Maksudnya ialah sesuatu benda yang
tidak boleh dipindahkan apabila dipindahkan akan membawa kepada kerosakan
dan kemusnahan. Manakala harta alih pula ia didefinisikan sebagai sesuatu yang
boleh dipindahkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Ia meliputi mata wang,
barang-barang, binatang dan barang-barang yang bersukat dan bertimbang.
9

Harta alih boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu harta ketara yang boleh
disentuh (tangible) yang wujud secara fizikal seperti kerusi meja dan harta tak
ketara (intangible) seperti ilmu atau pengetahuan yang boleh ditukarkan menjadi
sesuatu yang bernilai dan dikenali sebagai harta intelek.
10


Adapun harta yang boleh di tetapkan kadar dan tidak boleh di tetapkan
kadarnya. Penentuannya boleh buat dengan perbagai cara, sama ada dengan
menggunakan sukatan, timbangan, bilangan dan ukuran. Penentuan kadar
berdasarkan sukatan, timbangan, bilangan dan ukuran ini adalah bergantung
kepada penerimaan masyarakat. Dalam hal ini uruf memainkan peranan yang
penting dalam menentukannya. Sebagai contoh, terdapat beberapa barangan
seperti gandung dan bijirin yang lain diurusniaga secara bersukat di zaman
Rasulullah SAW tetapi pada masa kini barang-barang ini diurusniagakan secara
bertimbang. Contoh tersebut jelas menunjukkan bahawa uruf memainkan
peranan penting dalam menentukan sama ada sesuatu barangan ditentukan
kadarnya sama ada dengan sukatan atau timbangan.
11




9
Abdul Halim El-Muhammady,Undang-undang muamalat dan aplikasinya kepada
produk-produk perbankan Islam, 2006, Hlm. 3-5.

10
Naziree bin Md.Yusof, Hukum wisoya &reality permasalahhnya dalam konteks
perancangan pusaka Islam, dlm. Jurnal Muamalat, bil. 1, J abatan Kemajuan Islam Malaysia,
2008/1429H., hlm. 74.

11
Abdul Halim el-Muhammady,Undang-undang muamalat dan aplikasinya kepada
produk-produk perbankan Islam, 2006, Hlm 4-6.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

11

Harta ada kalanya serupa antara satu dengan yang lain dari segi harga
dan jenisnya dan ada kalanya berbeza antara satu dengan yang lain dari segi
harga atau jenisnya atau berbeza pada kedua-duanya sekali antara satu dengan
yang lain. Harta yang termasuk dalam jenis pertama pertama dikategorikan
sebagai harta serupa dan harta yang termasuk dalam jenis yang kedua
dikategorikan sebagai harta seharga. Harta yang serupa ialah harta yang boleh
didapati seumpamanya dipasaran dan tidak ada sebarang perbezaan padanya
yang boleh dikesan, ia termasuk jenis barang-barang yang senang didapati
dipasaran seperti jenis-jenis pakaian yang sama jenama dan saiznya. Harta yang
termasuk dalam kategori ini adalah terdiri daripada barang-barang yang boleh
dibilang, disukat dan ditimbang yang hampir sama keadaanya dan juga nilai
harganya yang hampir sama. Adapun harta yang seharga, ia ialah harta yang
mempunyai ciri-ciri yang khusus yang menjadi penentu kepada nilai harga sama
ada ia terdiri daripada barang yang susah didapati dipasaran seperti barang-
barang antik atau barang yang ada di pasaran tetapi mempunyai perbezaan
harga kerana perbezaan bilangan atau sukatan serta sifat barang tersebut.
12


Harta pada asalnya merujuk kepada perkara yang dapat dilihat, dipegang
dan dirasai. Namun demikian, perkara yang tidak dapat dilihat dan dipegang
seperti hak manfaat juga tergolong dalam kategori harta. Harta yang berupa
barang diistilahkan dalam ilmu fiqah sebagai al-ain atau dengan ungkapan
jamak al-ayan iaitu sesuatu yang boleh dilihat dan dipegang serta dirasa. Ia
dipakai untuk membezakannya daripada harta yang dapat dilihat iaitu manfaat
sesuatu. Majallah al-ahkam adliyyah mentakrifkan harta dalam bentuk barangan
sebagai sesuatu yang dapat dikhususkan secara jelas seperti rumah, kerusi
meja, secupak gandung, secupak dirham yang ada di hadapan.
13
Adapun
manfaat ia dikenali sebagai manfaat sesuatu barang seperti hak mengguna
rumah atau kenderaan yang disewa.
14



12
Ibid.

13
Salim Rustum, Sharh majallat al-ahkam al-adliyyah, artikel 146.

14
Abdul Halim el-Muhammady,Undang-undang muamalat dan aplikasinya kepada
produk-produk perbankan Islam, 2006, hlm. 6-7.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

12




PERANCANGAN HARTA DALAM ISLAM

Harta merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan manusia demi menjamin
kepentingan manusia supaya dapat hidup dengan lebih baik dan sempurna. Ini
adalah satu fakta yang sememangnya tidak dapat dinafikan. Sebagai salah satu
elemen penting dalam kehidupan manusia, harta seharusnya diurus dan
dirancang dengan baik dan sempurna, agar ia tidak dibazirkan dan dibelanjakan
dengan cara yang bertentangan dengan syarak.

Istilah perancangan harta selalunya amat menggerunkan bagi sesetengah
orang terutama mereka yang beranggapan bahawa perancangan harta hanya
untuk mereka yang berpendapatan mewah sahaja. Namun anggapan ini adalah
salah kerana perancangan harta melibatkan semua lapisan masyarakat.
Perancangan harta membawa maksud seseorang itu merancang aliran hartanya
semasa hidup dan selepas kematianya. Ini membolehkan seseorang itu
menentukan perjalanan hartanya dan kepada sesiapakah hartanya patut
diberikan dan ia sah dari segi undang-undang sama ada sivil mahupun syariah.
15

Perancangan harta yang baik dan sempurna amat dititikberatkan untuk
menjamin objektif berikut;

a. Memastikan kehendak dan keperluan individu serta perancangan masa
depan keluarga dapat dilaksanakan untuk kepentingan dunia dan akhirat.
b. Memastikan harta bergerak cergas dan berkembang di dalam pelbagai
sektor ekonomi.
c. Memperluas skop peredaran kekayaan agar ia turut dapat dinikmati oleh
pelbagai lapisan masyarakat.


15
http:/www.arb.com.my/Article/ped/ikimFM7.htm. [ 3/3/2009]
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

13

d. Menyediakan kedudukan kewangan yang kukuh untuk keluarga dan
memastikan harta benda terpelihara.
e. Boleh mengelakkan perselisihan faham antara ahli keluarga dan harta
benda akan diwarisi oleh waris dengan sermpurna.
Umat Islam sedia maklum bahawa harta adalah satu tuntutan fitrah
manusia. Dengan harta, seseorang itu boleh hidup dengan hati senang dan
sudah tentu keluarga akan bahagia dan gembira. Di dalam surah al-Kahfi, ayat
46 Allah SWT berfirman:

NE^- 4pONL4:^-4 O4LC)e
jE_O41E^- 4Ou^O- W
e414l^-4 eE)UO-
NOOE= ELgN El)4O 6-4O
NOOE=4 14` .

Maksudnya:

Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-
amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhan mu
sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi
harapan.


Ayat ini telah menjelaskan bahawa antara perhiasan manusia di dunia
ialah keinginan kepada pasangan, lelaki atau perempuan, keinginan untuk
beranak pinak, kenderaan, emas atau perak, binatang ternakan, ladang dan
sebagainya. Apa yang dinyatakan ini disebut sebagai harta. Sehubungan itu,
dalam meneruskan kelangsungan hidup ini, perancangan perwarisan harta amat
penting diberi penekanan.
16
Dalam surah Yusuf ayat 47-48, Allah SWT telah
menjelaskan bagaimana persediaan telah dilakukan oleh Nabi Yusuf bagi
menghadapi musibah pada masa akan datang yang melibatkan perancangan
harta yang baik. Allah SWT berfirman;



16
Nor Hartini bt. Saari, www.ikim.gov.my.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

14
4~ 4pONN4OuO> E7lEc 4-gLc
6E1 E ;e<>=EO ++OO
O) g)-+l[c ) 1O)U~
Og)` 4pOU7> . O)4C }g`
gu4 ElgO /7lEc 1-Eg-
=}U74C 4` u7+^`O~ O}+O )
1O)U~ Og)` 4pON4^4q` .


Maksudnya:

Yusuf menjawab: Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh
tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada
tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk
makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau
yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan
baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan
benih).

Islam telah menentukan beberapa instrumen perancangan harta yang
boleh menjamin kebahgiaan manusia di dunia dan di akhirat. Antara instrumen
tersebut ialah wasiat, zakat, faraid, hibah dan wakaf.

Pertama; Merancang Harta Melalui Instrumen Wasiat

Wasiat dari segi bahasa maksudnya adalah sambung, manakala dari segi istilah
pula maksudnya pemberian disandarkan atau dikaitkan sesudah mati iaitu ianya
hanya terlaksana selepas pewasiat meninggal dunia. Mengikut Enakmen Wasiat
Orang Islam (Selangor) 1999 wasiat bermaksud iqrar seseorang yang diperbuat
pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan
sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa maksud yang dibenarkan menurut
hukum syarak, selepas dia mati. Islam amat menggalakkan umatnya supaya
berwasiat dalam merancang harta. Namun demikian wasiat tersebut hendaklah
terhad kepada sepertiga harta sahaja. Diriwayatkan dari Amir bin Saad dari
ayahnya bahawa dia pernah berkata dalam sakitnya kepada Rasulullah SAW:

TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

15


. . .

- -
.
17


Maksudnya:

Wahai Rasulullah sesungguhnya harta ku banyak dan tidak ada yang
diwarisi harta ini selain dari anak ku yang perempuan. Apakah boleh aku
wasiatkan kesemua harta ku itu?. Rasulullah menjawab, `tidak. Dia
bertanya lagi, kalau 2/3 bagaimana?. Baginda menjawab,`tidak. Aku
bertanya lagi, bagaimana kalau 1/2? Baginda menjawab `tidak. Aku
bertanya lagi, bagaimana kalau 1/3. Baginda menjawab, ya boleh, 1/3 itu
pun banyak. Sesungguhnya meninggalkan waris dalam keadaan kaya
lebih baik dari meninggalkannya dalam kemiskinan meminta-minta
kepada manusia.

Merancang harta melalui instrumen wasiat sangat digalakkan dalam
syariat Islam. Imam Ibnu Hazm berpendapat bahawa adalah menjadi
tanggungjawab seseorang itu mewasiatkan sebahagian harta pusaka apabila
warisnya tidak dapat mewarisi hartanya sama ada kerana perbezaan agama
atau kerana terhalang oleh waris yang lebih dekat atau kerana mereka memang
tidak berhak mewarisinya.
18
Menurut prinsip Wasiat Islam, pembahagian
sehingga 1/3 daripada aset bersih simati boleh diwasiatkan kepada bukan waris
atau waris yang terdinding.

Wasiat dalam islam dilihat sebagai suatu ibadah dan juga tanggungjawab
sosial yang secara tidak langsung dapat menyumbang kepada perkembangan
sosio ekonomi umat Islam iaitu sedekah jariah. Amalan ini merupakan amalan
yang kekal ganjaran pahala sebagaimana sabda Rasulullah SAW:



17
Muslim bin al-Hajjaj, al-Jami al-sohih al-musamma sohih Muslim, Bab al-wasiyyah bil
thuluth, no. hadith 4302, Dar al-jil, Bairut, t,th, jid.5, hlm. 72.

18
Ibn Hazm, Abi Muhammad Ali bin Ahmad bin Said, al-Muhalla, Dar al-Fikr, t.thn, J ld. 9,
hlm. 314-315.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

16

- -

.



Maksudnya:

Dari Abi Huhairah RA, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Apabila
seseorang anak Adam itu meninggal dunia,maka terputuslah amalannya
kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya
dan anak soleh yang mendoakan untuknya.


Antara kepentingan instrumen wasiat dalam melakukan perancangan
harta ialah:

a. Pelantikan wasi atau pentadbir bagi harta pusaka yang akan berperanan
menjalankan pentadbiran pusaka selepas kematian pewasiat.
b. Memastikan hutang diselesaikan dengan sewajarnya oleh Wasi/Pentadbir
harta.
c. Mengagihkan kekayaan untuk tujuan kebajikan dan kepada keluarga
tersayang (waris yang terhalang menerima faraid).
d. Mempercepatkan proses agihan harta pusaka melalui pelantikan Wasi.
e. Memastikan harta pusaka dapat diurus tadbir dengan efektif dan
profesional.
f. Pelantikan Penjaga bagi kanak-kanak di bawah umur bagi memastikan
kebajikan mereka terbela walaupun setelah kematian Pewasiat.
g. Pengisytiharan harta sepencarian dalam wasiat akan memudahkan
tuntutan isteri sebelum pembahagian harta pusaka dibuat kepada waris-
waris lain.
19



19
Hairin Herlina Abdul Halim - B.Shariah Law (Hons) (UM), http:// hairinherlina.
blogspot.com /2008/12/ wasiat-sebagai-alternatif-perancangan.html.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

17

Kedua; Merancang Harta Melalui Instrumen Faraid.
Islam amat mengambilberat tentang pembahagian harta pusaka si mati dengan
menentukan suatu peraturan yang rapi secara huraian yang kemas berhubung
dengan pusaka iaitu dengan ditentukan dengan betul-betul siapakah waris-waris
yang benar-benar layak boleh menerima pusaka dan kadar habuan-habuan
mereka. Ilmu yang berkaitan dengan pembahagian pusaka ini dikenali sebagi
ilmu faraid.
Sistem faraid adalah merupakan antara instrumen perancangan harta
yang terbaik dalam merangka perancangan harta setelah berlaku kematian.
Faraid dari segi bahasa bermaksud ketetapan. Menurut istilah syarak, Faraid
adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang Islam yang telah
ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris-waris yang sah dan layak
(seperti anak, isteri, suami, ibu, bapa dan lain-lain). Harta yang dibahagikan
kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada berbentuk
agama (seperti zakat, nazar, dan lain-lain) atau hutang kepada manusia dan
menunaikan wasiat yang dibenarkan oleh syarak.
20

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-
hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun
ditentukan sendiri oleh Allah SWT secara khusus di bawah hukum faraid.
Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah wajib untuk
ditunaikan dan fardu kifayah kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk
menyelesaikannya, sama hukumnya seperti menyembahyangkan jenazah.
Pembahagian harta pusaka menurut kaedah dan pelaksanaan Islam adalah
suatu pembahagian yang sangat adil dan sistematik kerana Allah sebagai
pencipta manusia mengetahui dimana letaknya kekurangan dan kelebihan dalam
diri manusia itu.


20
http://www.warisanmukmin.com/faraid_zaman.htm.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

18
Ketiga; Merancangan Harta Melalui Instrumen Hibah

Hibah ialah anugerah, pemberian atau hadiah yang melibatkan suatu akad yang
mengandungi pemberian hak milik oleh pemilik harta kepada seseorang secara
rela hati semasa hayatnya atas dasar kasih sayang dan kemanusiaan tanpa
mengharapkan balasan atau tukaran. Pensyariatan hibah telah disebutkan dalam
Surah al-Baqarah, ayat 177. Firman Allah SWT;

O4-474 4E^- _O>4N gO)O:NO
OjO _.O^- _OE4-41^-4
4-=OE^-4 4^-4
O):OO- 4-)-j*.OO-4
O)4 ~@O-
Maksudnya;

Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya,
kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan
orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang
meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi.

Seseorang pemilik harta yang sah berhak memberikan hartanya kepada
siapa yang dikehendaki semasa hayatnya. Hibah adalah satu akad yang sangat
kuat untuk seseorang memberi harta kepada orang lain. Harta yang telah
dihibahkan adalah menjadi hak milik penerima hibah. Waris yang lain tidak
berhak untuk menuntut harta yang telah dihibahkan itu. Apabila seseorang
meninggal dunia maka harta yang ditinggalkan akan dikategorikan sebagai harta
pusaka. J ika simati mempunyai dokumen hibah, maka harta yang dihibahkan itu
tidak tertakluk kepada pembahagian harta pusaka. Dengan adanya dokumen
pengisytiharan hibah, maka pemindahan harta dapat dibuat dengan lebih pantas
kerana harta yang telah dihibahkan tidak perlu melalui prosedur pentadbiran
harta pusaka.

Melalui instrumen hibah, seseorang dapat merancang hartanya. Beliau
boleh memberikan harta tersebut kepada orang yang disayangi tetapi bukan dari
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

19
kalangan yang berhak menerima pusakanya. Sebagai contoh, seseorang
mempunyai anak angkat yang tidak berhak mendapat bahagian pusaka di bawah
hukum faraid. Dengan adanya dokumen hibah maka anak angkat akan dapat
memiliki harta yang ditinggalkannya. Selain itu, melalui instrumen hibah juga,
suami juga dapat membuktikan kasih sayang terhadap isterinya dengan
membuat hibah. Dengan adanya dokumen hibah, isteri akan dapat memiliki harta
dengan cepat dan dapat membantu isteri bagi menyara kehidupan dirinya dan
anak-anaknya. Ibu bapa yang ingin membuat pembahagian harta selain daripada
pembahagian menurut faraid atas sebab-sebab yang dibenarkan syara,
misalnya kesusahan hidup seseorang anaknya berbanding anak-anaknya yang
lain, atau bagi tujuan pewarisan perniagaan, maka hibah ketika hidup boleh
dilakukan.

Keempat; Merancang Harta Melalui Instrumen Zakat
Ibadah zakat mempunyai peranan yang besar dalam aspek ekonomi dan
masyarakat. Ia juga mempunyai peranan yang luas bukan sekadar satu
kewajipan ibadah malah suatu kewajipan kewangan serta mempunyai hubungan
antara insan dengan penciptanya disamping merangkumi hubungan insan
dengan insan serta masyarakat. Zakat dalam Islam merupakan tanggunjawab
kepada mereka yang berada terhadap orang miskin bagi memastikan keadilan
dan kestabilan sosial terjamin.
Zakat dari sudut bahasa bermaksud suci, bersih, subur, berkat dan
berkembang. Manakala dari sudut istilah syarak, zakat bermaksud mengeluarkan
sebahagian harta tertentu, diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak
menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.
Seandainya zakat dapat dirancang dengan baik ianya akan membolehkan
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

20

Golongan (asnaf) yang berhak mendapat agihan zakat ialah terdiri
daripada orang-orang fakir, miskin, amil zakat, muallaf, hamba yang ingin
memerdekakan dirinya, orang yang berhutang, orang yang kesempitan dalam
musafir dan untuk fi sabilillah. Perkara ini jelas dinaskan dalam surah al-taubah
ayat 60, dimana Allah SWT berfirman;
E^^) e~EO-
g7.-4OUg -=OE^-4
4-)-gE^-4 OgOU4
gO-^-4 gOU~ )4
~@O- 4-g`@O4^-4
)4 O):Ec *.- ^-4
O):OO- W LO_C@O ;g)` *.-
+.-4 v1)U4 _O:EO .
Maksudnya;
Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang
fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil Yang mengurusnya, dan
orang- orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-
hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang
berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang
musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang
demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah.
dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Zakat hendaklah dikeluarkan dengan menyerahkan kepada pihak yang
berkuasa seumpama Majlis Agama Islam Negeri atau Pusat Pungutan Zakat
untuk diagihkan kepada asnaf zakat yang layak. Bagi pihak yang menguruskan
agihan pungutan zakat, pembahagian zakat boleh melakukan dengan dua cara
iaitu agihan secara langsung kepada asnaf untuk memenuhi keperluan asas,
sama ada agihan berbentuk wang atau barangan, secara bulanan atau sekali


21
Panduan zakat di Malysia, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001, hlm.3
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

21

gus. Kedua, agihan berbentuk modal jangka panjang seperti berbentuk modal
peniagaan, alatan pertanian dan sebagainya.
Kelima; Perancangan Harta Melalui Instrumen Wakaf
Umat Islam sememangnya digalakkan untuk menginfaqkan harta serta
bersedekah bagi membantu golongan yang lemah dan memerlukan. Amalan ini
sebenarnya menggambarkan kecintaan seseorang Muslim bukan sahaja kepada
perkara kebajikan malahan kasih sayang kepada saudara sesama Islam yang
dijanjikan oleh Allah SWT dengan ganjaran yang berlipat ganda didunia dan
akhirat menerusi ayat 77, surah al-Hajj:

E_GC^4C -g~-.- W-ONL4`-47
W-ONO- W-c-4
W-+:;N-4 7+4O
W-OUE^-4 4OOEC^-
:^UE ]O)U^> .
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan
sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan
mentauhidkannya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu
berjaya (di dunia dan di akhirat).


Pengiktirafan terhadap amalan perwakafan disandarkan kepada hadis
Rasulullah SAW;

:
.
22


Maksudnya:



22
Muslim, Sahih Muslim bi sharh al-Imam Muhyiddin al-Nawawi, Kitab wasiyyah, jld. 11,
hlm.87.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

22

Apabila telah mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala
amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ataupun ilmu yang
dimanfaatkan, ataupun anak yang soleh yang mendoakannya.

Wakaf ialah sebagai sesuatu dedikasi harta dimana harta berkenaan
ditahan dan hanya manfaatnya sahaja diaplikasikan bagi tujuan-tujuan kebajikan
sama ada secara umum atau khusus.
23
Wakaf juga dikenali apa-apa harta yang
ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli,
pewarisan, hibah dan wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain).
Wakaf merupakan suatu pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain
(benda yang diwakafkan) adalah kerana Allah SWT atau dihukumkan sebagai
milik Allah SWT. Adapun manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan maukuf alaih
iaitu pihak atau jihah atau orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.
24


Wakaf merupakan pemberian atau sumbangan ikhlas berbentuk harta
yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh
syarak. Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi
ummah contohnya mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat
perniagaan, projek sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan dan lain-
lain selagi tidak bercanggah dengan hukum syarak.
25
Sejarah Islam telah
melakarkan pelbagi kegemilangan yang dicapai oleh umat Islam hasil daripada
pembangunan harta wakaf yang kemudiannya disalurkan untuk tujuan
pembangunan ekonomi, kesihatan, pendidikan, penyelidikan, kebudayaan dan
lain-lain semenjak zaman Rasulullah SAW sehingga kini. Misalnya beberapa
institusi pengajian tinngi seperti Universiti Cordova di Andalus (Sepanyol), al-
Azhar di Mesir, Madrasah al-Nizamiah di Baghdad Iraq dan al-J amiyah al-
Islamiyyah di Madinah telah dibangunkan serta menjadi Institusi pengajian Islam
yang ulung hasil sumbangan daripada harta wakaf.
26



23
Syahnaz binti Sulaiman, Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut Islam, dlm.
J urnal Muamalat, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, bil.1, 2008/1429H., hlm. 49.

24
http://www.jawhar.gov.my [6/5/09]

25
ibid.

26
Syahnaz binti Sulaiman, Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut Islam, dlm.
J urnal Muamalat, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, bil.1, 2008/1429H., hlm. 52.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

23

Dalam merancang harta melalui instrumen wakaf, seseorang itu boleh
mewakafkan hartanya mengikut tujuan dan hasratnya. Sekiranya seseorang itu
berhasrat mewakafkan hartanya hanya untuk keluarga dan keturunannya sahaja
maka mereka boleh merancang hartanya dengan wakaf ahli (keluarga).
Sekiranya mereka berhasrat mewakafkan hanya untuk tujuan mendekatkan diri
kepada Allah SWT semata-mata, maka ia boleh melasanakan hasratnya dengan
mewakafkan dengan wakaf khairi (kebajikan). Wakaf khairi (kebajikan) ini
terbahagi kepada dua bahagian iaitu wakaf am dan wakaf khas. Wakaf am ialah
wakaf yang tidak dikhaskan oleh pewakaf kepada pihak tertentu contohnya
pewakafan tanah untuk tujuan kebaikan atau kebajikan umum. Manakala wakaf
khas ia adalah wakaf yang manfaatnya dikhaskan kepada pihak tertentu
sebagaimana yang di tentukan oleh pewakaf yang dikenali sebagai (wakaf khas)
seperti wakaf rumah khas untuk anak-anak yatim, wakaf kedai hasilnya
dikhaskan kepada masjid atau surau atau madrasah tertentu sahaja dan wakaf
untuk masjid dan lain-lain lagi.

Bagi mereka yang ingin merancang harta dengan instrumen wakaf,
mereka sewajarnya tidak menghadkan amalan wakaf terhad kepada tanah dan
barang-barangan sahaja. Amalan wakaf juga boleh dilakukan dengan cara
mengeluarkan wang tunai dan wakaf jenis ini lebih dikenali sebagai wakaf tunai.
Wakaf tunai ialah berwakaf menggunakan wang tunai sebagai harta yang
diwakafkan untuk mengumpul dana wakaf yang kemudiannya ditukarkan kepada
harta kekal. Di Malaysia, amalan wakaf secara tunai telah diperkenalkan dan
diuruskan oleh Yayasan Wakaf Malaysia.

Yayasan Wakaf Malaysia merupakan entiti wakaf kebangsaan yang
diperbadankan pada 23 J ulai 2008 dan beroperasi di bawah naungan J abatan
Perdana Menteri Malaysia. Berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah
(Pemerbadanan) 1953 [Akta 258], dan Lembaga Pemegang Amanah dianggotai
oleh wakil-wakil Majlis Agama Islam Negeri-negeri di Malaysia serta tiga tokoh
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

24

korperat Malaysia serta wakil-wakil Kerajaan Malaysia. Matlamat teras dari
penubuhan Yayasan Wakaf Malaysia ialah untuk mengumpul dana wakaf,
membangun dan memajukan harta wakaf, membuat pelaburan yang dibenarkan
oleh syarak, merangka program-program kebajikan dan sosial untuk faedah
umat Islam dan mempromosi dan mengembangkan institusi wakaf.
27


KELUARGA DAN PENGURUSAN HARTA

Kemampuan membuat perancangan harta dan kewangan keluarga secara
sistematik merupakan antara faktor pendorong kebahagiaan dan kesejahteraan
sesebuah keluarga. Kemampuan untuk menguruskan harta untuk kehidupan
seharian juga amat penting. Dalam membuat pengurusan kewangan keluarga,
seseorang itu haruslah mengetahui bagaimana untuk menyimpan, melabur,
menyediakan barget persendirian atau keluarga, merancang perbelanjaan
persekolahan anak-anak, perbelanjaan perumahan, insurans serta simpanan di
hari tuan dan seumpamanya.
28


Perancangan dan pengurusan kewangan keluarga adalah penting,
supaya keluarga tidak akan menghadapi masalah dikemudian hari atau
menghadapi kekurangan wang pada kemudian hari. Terdapat beberapa perkara
perlu diambil perhatian oleh ketua keluarga dalam merangka pengurusan
kewangan keluarga. Antara panduan tersebut ialah;

a. Merancang dan menilai urusan kewangan keluarga dari segi pendapatan
dan perbelanjaan.
b. Menilai sama ada berlaku pembaziran atau perbelanjaan yang keterlaluan.
c. Membahagikan pendapatan mengikut keutamaan.


27
www.ywm.org.my

28
M. Fazilah Abdul Samad, Pengurusan kewangan keluarga: tanggungjawab Suami Atau
Isteri?, dlm. Institusi keluarga menghadapi alaf baru, Pynt. Abd. Rahim Abd. Rashid,Sufan hussin
dan J amaludin Tubah, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur, 2006,hlm. 244.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

25

d. Kurangkan pergantungan dengan penggunaan kad kredit
29
dan budaya
suka berhutang.
e. Menanamkan sikap suka menabung untuk bekalan dimasa hadapan.

Perkara ini merupakan asas penting dalam usaha seseorang untuk
menguruskan kewangan keluarga. Keupayaan menguruskan pendapatan
keluarga dengan baik pasti akan menbawa kepada kesejahteraan dan
kesentosaan keluarga pada masa hadapan. Demikian kerana dengan adanya
pengurusan kewangan dan pendapatan dengan baik, harta akan dapat
dikumpulkan, dan dengan terkumpulnya harta inilah, perancangan harta pada
masa hadapan dengan menggunakan instrumen hibah, wasiat, wakaf, faraid dan
zakat dapat diaplikasikan.

TUNTUTAN MENGEMBANGKAN HARTA

Sebagimana dijelaskan, Islam meletakkan harta sebagai salah satu keperluan
asasi di dalam kehidupan manusia. Bagi memenuhi tuntutan tersebut, Islam
telah menyediakan beberapa sistem yang dapat merealisasikan kenyataan itu
dengan baik dan berkesan antaranya ialah sistem pengurusan dan pentadbiran
harta. Islam mengambil sikap yang jelas dan terbuka dalam soal pengurusan
mengembangkan harta dengan berdasarkan nilai dan objektif untuk kebaikan
dunia dan akhirat sekali gus menghindari segala keburukan dan kemudaratan.
30

Pengembangan harta yang benar-benar menepati syarak amat diperlukan untuk
menjamin perkara-perkara berikut ;



29
Shahril @ Charil Haji Marzuki, Keluarga bahagia: pengurusan kewangan keluarga
yang berkesan, dlm. Institusi keluarga menghadapi alaf baru, Pynt. Abd. Rahim Abd.
Rashid,Sufan hussin dan J amaludin Tubah, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.. Kuala
Lumpur, 2006, hlm. 231-233.

30
Mohd Fauzi Mustaffa al-Besuty,http://opzaney.wordpress.com/2007/06/26/pengurusan-
harta-dalam-islam.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

26
i. Memastikan harta beredar dan bergerak cergas di dalam berbagai-bagai
sektor kehidupan sehingga memungkinkan pengembangan harta dan
penggunaannya secara meluas dan menyeluruh mengikut garis panduan
syarak.
ii. Memberi galakan kepada muamalah kehartaan hingga dapat
memperluaskan skop peredaran harta dan kekayaan sehingga dapat
dinikmati oleh semua lapisan masyarakat secara adil.
iii. Mencari alternatif tertentu bagi mengelakkan berlakunya kesukaran-
kesukaran yang boleh melemahkan kegiatan ekonomi seperti kelonggaran
untuk tidak menggunakan saksi dalam urusan perniagaan secara terus.
Islam menggalakkan mereka yang pemilik harta agar mengembang dan
melaburkan harta yang dimiliki dan melarang perbuatan membekukan harta dari
dikembangkan. Dalam surah al-taubah, ayat 34 dan 35 Allah SWT telah memberi
ingatan kepada mereka yang menyimpan harta dan tidak menafkahkannya
dengan azab yang pedih. Allah SWT berfirman;
-g~-.-4 ]NO6'4C =UE--~.-
O_g^-4 4 Og4+OgLNC O)
O):Ec *.- -uO]4l
-OE) 1g . 4O4C _OE^47
E_^1U4 O) jO4^ =ELE_E_
O4O'+- Ogj _-4:_
gONLN_4 -+OO_4 W
-OE- 4` >uO46 7O^
W-O~7O 4` u7+L7 ]+Og4'> .

Maksudnya;
Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak
membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka
dengan (balasan) azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (Iaitu) pada hari
dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu
diselar dengannya dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang
mereka (sambil dikatakan kepada mereka): "Inilah apa Yang telah kamu
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

27
simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa Yang
kamu simpan itu.

Kini terdapat banyak alternatif yang boleh diambil dalam usaha
mengembangkan harta yang dimiliki. Antara alternatif yang boleh diambil ialah
dengan membeli saham, membeli saham amanah atau Unit Trust Funds,
berniaga, melabur dalam syarikat perusahaan dengan cara murabahah,
mudharabah atau musyarakah, membeli aset kekal seperti tanah, membeli bon
atau sukuk patuh syariah, melabur dalam pasaran hadapan (the futures market),
menabung dalam skim takaful dan seumpamanya. Namun sebagai pemilik harta,
mereka disarankan terlebih dahulu memahami dan mempelajari ilmu-ilmu
berkaitan perniagan, pelaburan harta agar perancangan untuk mengembangkan
harta tersebut dapat menberi pulangan dan faedah kepada mereka di dunia dan
akhirat.
KESIMPULAN
Antara kesimpulan yang dapat dipetik dari kertas ini ialah;
1. Islam mengiktiraf pemilikan harta bagi setiap individu. Namun demikian, ia
tidak bermakna manusia memiliki harta tersebut secara mutlak untuk
mengguna dan mengembangkannya dengan sesuka hati, sebaliknya ia
terikat dengan batas-batas syarak kerana dalam Islam harta adalah milik
mutlak Allah SWT, sedangkan manusia hanyalah pemegang amanah
untuk mengguna dan menguruskannya.
2. Umat Islam diperintahkan agar bekerja bersungguh-sungguh untuk
mendapat dan memiliki harta kerana harta merupakan antara wasilah
untuk manusia mencapai keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.
Dengan memiliki harta umat Islam akan lebih berupaya untuk
melaksanakan kewajipan-kewajipan berhubung Tuhannya.
3. Islam telah menggariskan beberapa instrumen sebagai alternatif terbaik
untuk diaplikasikan dalam membuat perancangan harta bagi
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

28
kesejahteraan manusia di dunia dan di akhirat. Antara instrumen tersebut
ialah wakaf, zakat, wasiat, hibah dan faraid.
4. Islam sangat menggalakkan umatnya berusaha untuk melabur dan
mengembangkan harta yang dimiliki dan melarang perbuatan
membekukannya. Demikian adalah untuk memastikan harta sentiasa
beredar dan bergerak cergas di dalam pelbagai sektor kehidupan
sehingga memungkinkan pegembangan harta dan penggunaanya secara
meluas dapat dirasai oleh seluruh peringkat masyarakat.
5. Harta boleh dikembangkan dengan pelbagai cara. Antara alternatif yang
boleh diambil dalam usaha untuk mengembangkan harta ialah, dengan
berniaga, melabur dalam syarikat perusahaan dengan cara murabahah,
mudharabah atau musyarakah, membeli aset kekal seperti tanah,
membeli bon atau sukuk patuh syariah, menabung dalam skim takaful,
dan lain-lain lagi.
6. Sebelum merancang dan mengembangkan harta yang dimiliki, umat Islam
dituntut agar terlebih dahulu mempelajari ilmu-ilmu berkaitan dengan
muamalat, perancangan dan tatacara mengembangkan harta yang dimiliki
mengikut acuan Islam. Demikian itu penting agar dalam kerakusan
merancang dan mengembangkan harta, umat Islam tidak tersasar dari
tuntutan dan batasan syarak.






TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

29









RUJUKAN
Al-Quran

Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufan hussin dan J amaludin Tubah. 2006. Institusi
keluarga menghadapi alaf baru. Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Kuala Lumpur.

Abdul Halim el-Muhammady, 2001, Undang-undang muamalat dan aplikasi
kepada produk-produk perbanjan Islam, Bangi: Fakulti Undang-Undang UKM.

Al-Tarimizi, Muhammad bin Isa. t.th. al-Jami al-sahih sunan al-tarmizi. tahqiq,
Ahmad Syakir. Dar ihya al-turath al-arabi. Bairut.

http://hairinherlina.blogspot.com/2008/12/wasiat-sebagai-alternatif
perancangan.html.
http://www.jawhar.gov.my [6/5/09].
http://www.warisanmukmin.com/faraid_zaman.htm. [28/3/2009]
http:/www.arb.com.my/Article/ped/ikimFM7.htm. [3/3/2009]
Ibn Hazm, Abi Muhammad Ali bin Ahmad bin Said. t.th. al-Muhalla. Dar al-Fikr.
J ld. 9.
M. Fazilah Abdul Samad, Pengurusan kewangan keluarga: tanggungjawab
Suami Atau Isteri?, dlm. Institusi keluarga menghadapi alaf baru, Pynt. Abd.
TUNTUTAN AGAMA DALAM MEMBUAT
PERANCANGAN HARTA

30
Rahim Abd. Rashid,Sufan hussin dan J amaludin Tubah, Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur, 2006.
Mohd Fauzi Mustaffa al-Besuty, http://opzaney.wordpress.com [2007/06/26]
pengurusan-harta-dalam-islam.
Mohd. Saleh Ahmad. 2005. Risalah ahkam. Intel Multimedia and publication.
Petaling J aya.
Muslim bin al-Hajjaj. t.th. al-Jami al-sohih al-musamma sohih Muslim. Dar al-J il.
Bairut.
Naziree bin Md.Yusof, Hukum wisoya & reality permasalahhnya dalam konteks
perancangan pusaka Islam. Dlm. Jurnal Muamalat. Bil. 1. J abatan Kemajuan
Islam Malaysia, 2008/1429H. Hlm. 74.
Nor Hartini bt. Saari, www.ikim.gov.my.
Panduan zakat di Malysia, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, 2001.

Salim Rustum. 1923. Sharh majallat al-ahkam al-adliyyah. Beirut. Lubnan.
Shahril @ Charil Haji Marzuki, Keluarga bahagia: pengurusan kewangan
keluarga yang berkesan, dlm. Institusi keluarga menghadapi alaf baru, Pynt. Abd.
Rahim Abd. Rashid,Sufan hussin dan J amaludin Tubah, Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.. Kuala Lumpur, 2006.
Syahnaz binti Sulaiman, Hukum pembangunan tanah wakaf khas menurut Islam,
dlm. J urnal Muamalat, J abatan Kemajuan Islam Malaysia, bil.1, 2008/1429H.

Anda mungkin juga menyukai