Anda di halaman 1dari 3

PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

Dalam topik pembinaan institusi keluarga, anda perlu mengetahui konsep, falsafah,
peranan dan tanggugjawab keluarga dalam konteks Islam. Pengetahuan ini penting
untuk anda memahami institusi keluarga secara menyeluruh.

Konsep dan falsafah institusi keluarga


Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam masyarakat Islam. Ia
merupakan unit kecil yang menjadi asas dalam pembentukan masyarakat. Keluarga
memainkan peranan yang penting dalam membentuk peribadi individu yang baik.
Dari situ akan lahir masyarakat yang berdisiplin dan akan tertegak negara yang
cemerlang serta diredai Allah s.w.t. Keluarga lahir dari ikatan perkahwinan antara
dua individu yang kemudiannya berkembang menjadi suatu institusi keluarga.
Berikut merupakan tujuan perkahwinan menurut Islam:

Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan menurut pandangan Islam


perkahwinan adalah ibadat. Pandangan ini amat berbeza sekali dengan fahaman dan
pegangan agama-agama lain seperti Kristian, Buddha dan lain-lain yang melarang
ketua-ketua agamanya berkahwin kerana mereka percaya perkahwinan bukan
ibadat.
Islam menerima perkahwinan itu sebagai satu ibadat kerana:

1. Memberikan sumbangan kepada agama, pembangunan negara dan masyarakat.

2. Melaksanakan perintah Allah sebagai khalifah Allah di muka bumi.

3. Menunaikan amanah Allah iaitu mendidik anak-anak.

Dari segi falsafahnya, pembentukan institusi keluarga Islam adalah sangat penting
atas dasar-dasar berikut:

1. Mengekalkan dan mengukuhkan kesinambungan generasi manusia

Institusi keluarga sangat penting untuk memastikan kewujudan manusia di bumi


berterusan. Sabda Rasulullah s.a.w.:

Kahwinlah kamu perempuan-perempuan yang penyayang dan


subur, sesungguhnya aku berbangga dengan umat yang ramai
pada hari kiamat kelak.

(HR. Ahmad dan Ibnu Hibban)

Hasil daripada perkahwinan dan pembentukan keluarga, lahirlah anak-anak yang


akan mengambil tugas ibu bapa mereka seterusnya. Proses ini akan berterusan
dengan harmonis bagi menjamin kelangsungan hidup manusia di muka bumi.

2. Memelihara akhlak dan kesopanan serta kemuliaan manusia

Pembinaan institusi keluarga dapat mengawal individu dan masyarakat daripada


terjebak dalam kancah kemaksiatan kerana dorongan nafsu. Setiap manusia
dikurniakan nafsu syahwat oleh Allah s.w.t. Jika nafsu syahwat tidak dikawal dan
disalurkan pada tempat yang sewajarnya, sudah pasti akan berlaku kerosakan akhlak
dan meruntuhkan martabat manusia sebagai makhluk yang mulia. Justeru,
perkahwinan adalah perlu agar nafsu syahwat dapat dikendalikan dengan cara yang
betul dan menyumbang kepada pembinaan institusi keluarga yang kaya dengan
nilai-nilai akhlak yang mulia.

3. Menjamin kesejahteraan rohani dan jasmani

Manusia adalah makhluk yang istimewa kerana mempunyai keperluan rohani dan
jasmani. Dari segi jasmani, manusia dapat menikmati kesejahteraan dengan
menjaga kesihatan tubuh badan melalui amalan pemakanan yang sihat. Namun dari
aspek rohani, manusia perlukan kasih sayang, cinta dan perhatian. Maka dengan
adanya institusi keluarga, aspek rohani dapat diisi dengan kasih sayang antara suami
isteri dan anak-anak.
4. Menyemai semangat tolong-menolong, persaudaraan dan perpaduan

Institusi keluarga juga dapat mewujudkan semangat kekitaan sesama ahli keluarga.
Perkahwinan yang terjalin akan mengeratkan hubungan silaturrahim suami-isteri
dan tanggungjawab bersama. Malah seluruh ahli keluarga yang terdiri daripada
anak-anak mentua kedua-dua belah pihak akan merasai satu persaudaran yang
ikhlas sebagai satu keluarga. Perasaan kesatuan atas dasar kasih sayang dan
pertalian darah akan membentuk perpaduan dalam keluarga.

Indahnya Islam yang mewujudkan institusi ini. Jika dibandingkan dengan institusi
negara Barat, mereka menentang institusi kekeluargaan dengan alasan hak asasi
manusia dan kebebasan. Isteri bebas melakukan apa sahaja. Begitu juga anak
mereka dengan dunia mereka sendiri tanpa kongkongan. Sebab itulah aktiviti seks
bebas melata di bumi mereka. Wanita-wanita bebas tidur bersama sesiapa sahaja
lelaki yang diingininya sehingga tidak diketahui siapa bapa dan ibu kepada anak
yang dilahirkannya.

Anda mungkin juga menyukai