Anda di halaman 1dari 1

Kursus Kesihatan dan Kesejahteraan 2 telah hampir ke penghujung semester.

Dalam
tempoh hampir empat bulan saya telah mempelajari banyak ilmu baru. Dalam kursus ini saya
telah mempelajari tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kesihatan untuk kesejahteraan
masyarakat yang mana terdiri daripada saya sendiri. Saya sangat berminat dengan kursus ini
di mana ia boleh dipelajari secara santai namun inputnya sangat berguna kepada kita. Isi
pembelajaran yang terdapat dalam kursus ini dapat diguna pakai sepanjang masa dan sangat
sesuai kepada pelbagai peringkat umur. Kursus ini juga menjadikan saya lebih menghargai
kesihatan diri dan keluarga untuk kesejahteraan kami pada masa depan.

Kursus ini memberi peluang untuk saya mengenali rakan-rakan sekelas yang berbeza
kerjaya. Begitu juga dengan pensyarah yang berkaliber dan mempunyai kelayakan yang
tinggi. Mereka sangat baik dan sudi berkongsi maklumat dan info. Selain itu sistem kuiz yang
diperkenalkan membuatkan saya selalu bersedia dengan maklumat-maklumat terkini yang
disampaikan. Kuiz dalam talian yang dijalankan bagi saya sangat membantu dalam mendapat
markah yang tinggi. Begitu juga dengan sesi forum dalam talian di mana saya dapat bertukar-
tukar pendapat, berkongsi ilmu dan idea daripada tutor dan rakan-rakan sama kursus. Tempoh
masa yang diberikan sangat bersesuai dengan saya yang bekerja di mana saya dapat memilih
waktu yang diingini untuk menjawab soalan kuiz dan terlibat dengan forum.

Pembelajaran bagi kursus ini adalah amat baik. Berdasarkan pengalaman sebelum ini,
saya tidak mengambil berat tentang penjagaan kesihatan. Namun setelah mengikuti kursus ini
membuatkan saya ingin mengubah cara hidup kepada lebih baik untuk mengelak daripada
ditimpa penyakit apabila meningkat usia. Saya akan cuba mengikuti dengan jayanya apa
sahaja ilmu yang didapati daripada kursus ini. Apapun pengalaman bagi kursus ini sangat
bermanfaat kepada saya dan saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat.

(278 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai