Anda di halaman 1dari 1

Di zaman yang kian maju dan dunia tanpa sempadan ini, Open Universiti Malaysia

(OUM) telah menerapkan Kaedah Pembelajaran Teradun, kaedah ini mampu menarik minat
masyarakat untuk terus belajar seterusnya melahirkan masyarakat berilmu serta menguasai
penggunaan teknologi masa kini. Kaedah pembelajaran teradun ini mampu memberi saya ruang
untuk merancang masa belajar dengan kerja-kerja rutin harian disamping itu juga, pembelajaran
atas talian ini banyak membantu saya berbincang bersama rakan dan memperolehi bahan rujukan
dengan mudah.

Melalui pengalaman ketika saya belajar dahulu membuatkan saya merasa curiga dan
tidak yakin untuk melanjutkan pelajaran keperingkat ijazah, kerana kaedah pembelajaran
tradisional masih mengamalkan menghadiri kelas sepanjang minggu, mengadakan perbincangan
bersama rakan, dan bahan-bahan rujukan hanya boleh diperolehi di perpustakaan Universiti. Di
sini saya mula mengenal kaedah pembelajaran yang mampu menolong dan memberi semangat
kepada semua lapisan masyarakat untuk terus belajar. Saya didedahkan cara pembelajaran
berdikari, strategi mengatur masa sendiri, strategi pembelajaran yang lebih baik, semua ini
sangat membantu saya sebagai seorang pelajar dalam masa yang sama juga saya seorang pekerja
yang sentiasa terikat dengan tugas hakiki. Peruntukan Masa bersama tutor sangat tepat dan ianya
membantu saya memahami setiap modul dan tugasan yang diberikan.

Kesimpulannya, saya berasa beruntung dapat belajar di sini dan yakin saya mampu
meneruskan pembelajaran hingga bergelar graduan OUM dan bercita-cita untuk menyambung ke
peringkat yang lebih tinggi lagi di sini. Justeru itu, saya mencadangkan agar pihak OUM
menyediakan modul atau tugasan yang seiring dengan kerja hakiki pelajar, seperti melakukan
kajian mengenai tugasan di tepat kerja mereka. Dan juga memberi kebenaran untuk pelajar
menambah bilangan subjek setiap semester, ini juga mampu menarik minat pelajar untuk terus
berdaya saing hingga begelar graduan OUM.

Sekian, terima kasih OUM.

274 perkataan

Anda mungkin juga menyukai