Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN REFLEKTIF TITAS

SOALAN 1

Saya sebagai seorang guru, saya sangat bersyukur mempelajari kursus Tamadun
Islam dan Tamadun Asia pada semester ini kerana ianya sangat membantu kepada saya dan
dalam profesional saya. Saya telah mempelajari tentang tamadun secara terperinci seperti
konsep, ciri-ciri, prinsip, matlamat, dan sumber tamadun dan ianya telah meningkatkan
pengetahuan saya lebih dalam lagi tentang tamadun. Selain itu, saya dapati banyak maklumat
serta perihal mengenai setiap tamadun yang telah dipelajari seperti tamadun islam, india, cina
dan melayu. Saya juga dapat belajar asal usul serta perkembangan tamadun agama saya
sendiri dan juga berbangga tentang sumbangan-sumbangannya kepada dunia ini. Tambahan
pula, semasa menjalankan pengajaran dalam kelas, saya dapat menerangkan tentang sejarah
sesuatu agama dengan terperinci dan dengan memberi contoh yang kukuh sebagai contohnya,
semasa menjalankan subjek sejarah tahun 4.

SOALAN 2

Pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini sangat membantu kepada diri
saya. Pengalaman utama adalah e-pembelajaran yang lalui sepanjang kursus ini. Saya tidak
ada pengalaman dalam pembelajaran separuh masa. Dalam kursus ini saya telah membuat
ujian MCQ, SEQ, dan ‘Live Forum’ atas talian sahaja. Ianya sangat membantu saya darisegi
menjimat masa, menjimat wang dan saya dapat menyesuaikan diri saya mengikut keadaan
keluarga dan mental saya. Selain pengalaman itu, kursus ini memupuk semangat mengenali
sejarah kita dalam diri saya. Mengenali asal usul sesuatu masyarakat adalah sangat penting
dan perlu diambil perhatian oleh setiap individu. Dengan pengalaman ini saya boleh
menyebarkan maklumat tamadun kepada murid-murid dan meningkatkan pengetahuan
mereka.
SOALAN 3

Cadangan utama saya adalah meningkatkan masa kelas bersemuka dengan


pensyarah(Face to Face). Daripada pengalaman saya, bersemuka dengan pensyarah adalah
sangat penting. Jumlah 6 jam untuk satu semester tidak mencukupi untuk bincang semua
topik kursus ini. Selain cadangan itu, mengadakan aktiviti kumpulan dalam kelas.
Perbincangan antara kawan-kawan juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang kursus dan
ianya lebih mudah untuk memahami kursusnya.

298 PATAH PERKATAAN

Anda mungkin juga menyukai