Anda di halaman 1dari 3

SARJANA MUDA PENTADBIRAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER 3 / 2021

MPU3213

BAHASA KEBANGSAAN A
<MPU3213>
LAPORAN REFLEKTIF

Dengan mempelajari kursus ini saya telah memahami tentang asal-usul bahasa Melayu ,
sejarah perkembangan bahasa dan juga kepentingan bahasa ini.Selain daripada itu saya juga
mempelajari tentang sejarah bahasa baku, tatabahasa, dasar bahasa dan banyak lagi.Kursus
ini telah memberikan pendedahan kepada saya bahawa peranan bahasa Melayu adalah alat
untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang majmuk. Keistimewaan bahasa Melayu
yang mempunyai tatabahasa dan juga sebutan kata-kata yang mudah difahami dan juga
dipelajari, telah menyebabkan semua masyarakat yang pelbagai kaum memilih bahasa ini
sebagai bahasa untuk berkomunikasi. Selain itu,pembelajaran kursus ini juga membantu dan
meningkatkan kualiti pembelajaran agar saya dapat berjaya dalam pendidikan peringkat
tinggi dan kerjaya pada masa depan.

Saya telah memperolehi pengalaman pembelajaran yang amat bermakna dan bermanfaat
sepanjang kursus ini. Pengajaran dan penerangan yang diberikan oleh pensyarah amat jelas
dan lebih mendalam untuk setiap topik yang terkandung dalam modul, saya dapat
meningkatkan pengetahuan yang lebih mendalam terhadap kursus dengan pengajaran beliau.
Sumber atas talian yang merangkumi modul, forum, kuiz (MCQ dan SEQ), tugasan dan
amalan diri (self-practice-MCQ dan SEQ) telah banyak membantu saya untuk meningkatkan
lagi kefahaman dan mutu pembelajaran kepada saya. Pengalaman pembelajaran saya juga
telah menjadi lebih berkesan terhadap kursus ini apabila saya dapat menjawab soalan-soalan
yang dikemukan oleh pensyarah di halaman forum dan juga semasa eTutorial .Nilai
pembelajaran yang saya perolehi daripada kursus ini adalah keyakinan diri bahawa saya dapat
meningkatkan cara penggunaan dan pemahaman bahasa yang indah dan lunak ini.

Cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini adalah terhadap
cara dan teknik saya belajar.Saya akan membuat latihan dan ulangkaji semula semua topik-
topik yang saya pelajari supaya saya tidak akan lupa apa yang saya pelajari daripada
pengalaman pembelajaran terhadap kursus ini. Saya akan praktikan kandungan daripada
kursus-kursus lain yang berkaitan dengan kursus ini untuk menambahkan pengetahuan yang
lebih luas.Pengalaman pembelajaran yang lepas telah meningkatkan kualiti pembelajaran
yang lebih bermakna dan telah mengajar saya untuk terus maju ke hadapan dengan lebih
cemerlang. Dalam pengalaman hidup, saya tidak mengambil tahu lebih terperinci tentang
bahasa Melayu walaupun saya boleh berkomunikasi ,tetapi sekarang saya berasa gembira

1
<MPU3213>
kerana saya dapat mengetahui lebih mendalam. Saya harus berterima kasih kepada pensyarah
saya kerana beliau telah mengajar kursus ini dengan lebih jelas. Matlamat masa hadapan saya
ialah untuk bercita-cita menjadi seorang pelajar yang berjaya dalam kehidupan dan berbakti
kepada agama, bangsa dan negara.
(379 Patah Perkataan)

Anda mungkin juga menyukai