Anda di halaman 1dari 3

BACHELOR OF BUSINESS ADMINISTRATION (BBA)

JANUARY/2019

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : 920410106257001


NO. KAD PENGNEALAN : 920410106257
NO. TELEFON : 017-2665324
E-MEL : yuslim_22@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SHAH ALAM


LAPORAN REFLEKTIF

1. Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?

Dalam kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini terdapat pelbagai ilmu
sejarah lama yang sebelum ini tidak pernah saya ketahui dan pelajari. Dengan adanya kursus ini,
barulah saya dapat memahami dan mendalami tentang perkembangan dan asal usul tamadun
agama saya sendiri dan tamadun asia. Terdapat 10 tajuk yang saya pelajari dalam kursus ini.
Bagi saya keseluruhan tajuk dalam kursus ini sangat memberi impak ketara pada diri saya untuk
terus menghargai dan mencintai negara, agama dan bangsa. Di samping itu, daripada kursus ini
juga saya dapat mempraktikkan hasil sumbangan tamadun-tamadun yang terdahulu yang telah
berubah dari semasa ke semasa dalam kehidupan saya.

2. Bagaimana pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?

Pengalaman dalam pembelajaran sepanjang kursus ini adalah sangat bermakna dalam diri
saya kerana proses pembelajaran yang fleksibel bersama tutor dan rakan. Selain itu, kursus ini
banyak memberi cabaran kepada diri saya dalam mengingati setiap fakta, meringkaskan isi
penting dan proses pembacaan. Di samping itu, komunikasi bersama tutor dalam kelas sangat
penting bagi membantu kelancaran dalam pembelajaran, kuiz serta tugasan. Tidak dilupakan,
tutor dalam e-forum juga banyak membantu dalam pencarian maklumat dan penekanan penting
bagi sesuatu tajuk. Rakan-rakan dalam kelas sedikit sebanyak membantu dalam penyediaan
tugasan dan menganalisis tajuk penting dalam menghadapi peperiksaan. Dalam tak sedar,
keseluruhan komunikasi antara tutor dan rakan ini memberi impak positif dalam cara berinteraksi
kepada orang awam.

3. Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?

Terdapat beberapa cadangan dan pandangan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran


bagi kursus ini ialah mengadakan kelas dengan lebih kerap supaya tutor dapat mendedahkan lagi
info penting kepada pelajar. Selain itu, semasa pembelajaran di kelas, tutor digalakkan membuat
pembelajaran melalui pertunjukan video cerita ringkas tajuk-tajuk yang terdapat dalam kursus
ini. Ini kerana dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari kursus ini daripada membaca yang
membosankan. Yang terakhir, menambahkan kuiz dan tugasan setiap bab dengan lebih banyak
dan mengurangkan peratusan peperiksaan akhir. Ini dapat membantu ingatan pelajar dan
memberi pemarkahan yang tinggi khursus kepada pelajar separuh masa.

(335 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai