Anda di halaman 1dari 5

MPU3122

BUSINESS OF MANAGEMENT
(BIM A7470)

JANUARY 2019 SEMESTER

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA


(TITAS)

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGNEALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN :

0
MPU3122

1
Sediakan penulisan reflektif yang menumpukan pada perkara berikut.
Jumlah patah perkataan bagi penulisan ini adalah di antara 250-300 sahaja.
1) Apakah yang saya pelajari daripada kursus ini?
2) Bagaimanakah pengalaman pembelajaran saya sepanjang kursus ini?
3) Apakah cadangan saya untuk meningkatkan kualiti pembelajaran bagi kursus ini?
MPU3122
LAPORAN REFLEKTIF

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS)

Pendedahan mengenai kepelbagaian serta keunikan tamadun Islam dan tamadun Asia
menjadikan modul pembelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) ini sebagai
salah satu medium untuk saya dan para pelajar mengaplikasikan segala ilmu ketamadunan,
maklumat dan nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya di dalam kehidupan seharian.
Penerapan nilai-nilai akhlak dan moral secara tidak langsung dapat membangunkan
keinsanan di dalam diri lantas menjamin kelangsungan perkembangan masyarakat dan
tamadun. Interaksi dan pertembungan di antara tamadun Melayu, China dan India
membentuk negara Malaysia yang terdiri dari berbilang kaum. Aspek sejarah yang
terkandung di dalam modul ini melahirkan rasa patriotik serta mengukuhkan sifat saling
menghormati antara kaum.

TITAS memperkenalkan konsep tamadun yang terdiri daripada kemajuan dalam


bidang kebudayaan, pembangunan dan peradaban serta diberikan penekanan mengenai ciri-
ciri, prinsip, matlamat, sumber, persamaan dan perbezaan antara tamadun. Asas tamadun
Islam yang terdiri daripada akhlak, aqidah, ilmu dan syariah serta sumbangannya dalam
pelbagai aspek merupakan pemangkin di dalam pembentukan tamadun moden pada hari ini.
Tamadun Melayu yang dipengaruhi oleh kedatangan Islam mencapai kegemilangan
tamadunnya dalam pelbagai bidang seperti pemerintahan, undang-undang, pendidikan,
ekonomi, nilai estetika, budaya serta kesepaduan sosialnya. Tamadun China dan tamadun
India merupakan yang terawal wujud di Asia dan pertembungan dari tamadun Melayu, China
dan India menjadikan Malaysia hidup secara harmoni dalam semua aspek seperti sosial,
budaya, bahasa, fesyen, makanan, pembuatan, teknologi, pembinaan dan sebagainya.

Sepanjang mengikuti kursus TITAS ini, langkah utama yang saya gunakan untuk
menguasai kursus adalah dengan membaca modul lalu memahami isi kandungannya.
Membuat nota ringkas dan peta minda mengenai perkara penting dalam setiap bab. Sentiasa
peka dengan tarikh-tarikh penting seperti tarikh kelas, sesi Live Forum, tarikh akhir kuiz serta
peperiksaan akhir. Selain itu, mencapai markah maksimum untuk penilaian sebelum
peperiksaan akhir menjamin kedudukan gred yang lebih baik.

Perancangan memainkan peranan penting dalam pembahagian masa antara peribadi


dan kerjaya. Tidak dinafikan cabaran sebagai seorang ibu, isteri, pekerja dan pelajar
1
MPU3122
memerlukan semangat yang kental dalam menangani isu-isu berkaitan tanggungjawab yang
perlu dilaksana. Namun, dengan perancangan yang teliti dan persediaan yang rapi, saya
mampu mengatasi cabaran tersebut. Selain itu, pengurusan masa merupakan aspek penting
dalam melaksanakan tugas seharian. Menjalankan tugas-tugas penting sebelum hal-hal
peribadi serta mengelakkan sikap bertangguh menjadikan saya lebih efisyen dalam
melaksanakan tanggungjawab seharian.

Berdasarkan pemerhatian, antara cadangan yang boleh diutarakan sebagai langkah


penambahbaikan kursus ini termasuklah:

a) Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta


penggunaan contoh yang relevan bagi mengurangkan jurang antara teori dan
praktikal dalam kehidupan seharian

b) Mengadakan aktiviti berkumpulan dimana perlaksanaan kelas tutorial yang


melibatkan perbincangan dalam kumpulan boleh diketengahkan agar memberi
peluang kepada para pelajar mengupas mengenai sesuatu isu dengan lebih
mendalam dan membentangkannya bagi mendapatkan maklumbalas

c) Penggunaan video dan slaid yang berinfografik dan menarik mampu menarik
minat para pelajar mempelajari dan memahami isi kandungan kursus

d) Meningkatkan jumlah kekerapan kelas tutorial daripada 3 kelas kepada 5 kelas


bagi satu semester serta penghapusan peperiksaan akhir dan digantikan dengan
pembentangan secara berkumpulan memberikan peluang yang lebih cerah kepada
pelajar untuk lulus cemerlang

(483 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai