Anda di halaman 1dari 18

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 2103
PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT
MEI 2015

SAADAH BINTI ABD. RAHIM


700221065244001
700221065244
0145185684
saadahabdrahim@gmail.com

Mentakab Learning Centre

HBHE 2103

PBSS

OUM

BIL

ISI KANDUNG

1.

Pengenalan

2.

Penyakit-penyakit Berjangkit
2.1

Denggi

2,2

Malaria

2.3
2.4

Keracunan Makanan
Kolera/Taun

Perancangan Dan Aktiviti Sekolah


3.3
3.4

Ceramah Kesihatan
Gotong-royong Di Kawasan Sekolah

3.3

Menerbitkan Buletin

3.4

Pameran Kesihatan

Penutup

Rujukan

1.0 PENGENALAN
HBHE 2103

PBSS

OUM

Penyakit adalah satu keadaan yang tidak normal, ketidakselesaan,disfungsi atau tekanan
dan stres kepada sesorang itu. Kadang kala istilah ini digunakan secara umum untuk
menerangkan kecederaan, kecacatan, sindrom, simptom, keserongan tingkah laku, dan variasi
biasa sesuatu struktur atau fungsi, sementara dalam konteks lain boleh dianggap sebagai
kategori yang boleh dibezakan. Mengikut Kamus Dewan,Edisi keempat, penyakit adalah
sesuatu yang menyebabkan badan menjadi sakit (atau yang menganggu kesihatan). Isilah
penyakiti mengikut bahasa biologi adalah merujuk kepada sebarang ketidaknormalan pada
organisma yang merencatkan sistem badan berfungsi secara optimum. Terdapat pelbagai jenis
penyakit yang mengancam manusia. Ada penyakit berjangkit dan ada yang tidak berjangkit
tetapi merupakan penyakit yang dihidapi kerana keturunan atau baka atau lebih dikenali
sebagai penyakit genetik seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan sebagainya. Ada
juga penyakit disebabkan kekurangan zat dalam makanan . Sejenis lagi penyakit yang tidak
berjangkit adalah penyakit autoimun, iaitu penyakit yang disebabkan sistem pertahanan
badan sendiri yang menyerang tisu badan sendiri. Ada juga penyakit yang masih belum
diketahui puncanya.

Salah satu kategori penyakit terbesar dan terkenal ialah penyakit berjangkit yang
disebarkan oleh agen jangkitan atau disebut vektor seperti bakteria, fungi, parasit,virus. Ada
juga sesetengah penyakit

berjangkit

disebarkan oleh protozoa atau cacing.

Penyakit

berjangkit boleh juga merebak melalui pertukaran bahan-bahan cecair, bahan-bahan tercemar
dan juga melalui sentuhan antara sipembawa penyakit dengan individu yang sihat. Antara
penyakit berjangkit adalah taun,cirit-birit,malaria, denggi ,keracunan makanan, demam
campak dan juga bawaan seks dan HIV/Aids. Penyakit berjangkit ini biasanya disebabkan
agen persekitaran yang kurang sihat.

HBHE 2103

PBSS

OUM

2.0 Penyakit-penyakit Berjangkit


2.1 Denggi
Demam Denggi iatu sejenis penyakit yang disebarkan oleh nyamuk Aedes betina.
Penyakit tersebut adalah disebabkan oleh genus Flavirus. Virus denggi yang
disebarkan oleh nyamuk aedes melalui gigitan pada badan akan terpendam di dalam
badan mangsa dalam masa 3 hingga 14 hari sebelum wujudnya tanda-tanda demam
denggi. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagaibagai tanda dan gejala tidak khusus. Berikut adalah gambaran merebaknya demam
denggi.

a) Gegala /Kesan
Antara tanda-tanda seseorang telah digigit oleh nyamuk aedes adalah seperti
demam secara mengejut, ruam dan gatal-ratal, cirit birit, merasa loya, sakit kepala,
sakit bahagian belakang biji mata, sakit perut, sakit otot dan sendi serta mengalami
sakit pinggang yang teruk. Kanak-kanak juga senang dijangkiti demam denggi.
Simpton-simpton pada kanak-kanak yang dihinggapi demam denggi adalah demam,
batuk, hidung berair serta ruam kulit. Simptom lain ialah mereka akan mengalami
kurang selera makan, merasa loya, muntah, rasa h dan gatal di tapak kaki.

HBHE 2103

PBSS

OUM

Berita- berita tentang demam denggi sentiasa mendapat liputan meluas dalam
media
massa samada media elektronik mahupun media cetak. Ini menunjukkan demam
denggi
ini merupakan satu masalah yang dipandang berat oleh semua pihak. Ini juga
memperlihatkan kepada kita bahawa demam denggi ini bukan demam biasa yang
boleh
dipandang ringan sebaliknya sejenis wabak yang harus ditangani oleh semua pihak.
Antara petikan akhbar yang menyiarkan berita tentang denggi :

HBHE 2103

PBSS

OUM

b) Pencegahan
Berdasarkan kenyataan dua keratan akhbar di atas, punca utama merebaknya
demam denggi adalah disebabkan wujudnya tempat-tempat pembiakan nyamuk
aedes. Contohnya pengurusan pembuangan sampah- sarap yang tidak sempurna
membolehkan air bertakung menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Jadi,
sebagai untuk mencegah merebaknya demam denggi adalah menghapuskan tempat
pembiakannya. Begitulah menurut Dr Zainal Abidin yang juga Pakar Perubatan
Kesihatan Awam. Jika di luar rumah, nyamuk aedes biasanya membiak dalam bekas
yang boleh menakung air seperti tayar, tempurung , botol, gelas, tin, tempayan,
kolah mandi,alas pasu bunga, tangki air, tunggul atau lubang pokok atau daun.
Perkara yang terpenting adalah memastikan longkang yang terdapat disekeliling
rumah kita sentiasa bersih kerana kekotoran akan menyekat aliran air
seterusnya memudahkan pembiakan nyamuk aedes.
Di dalam rumah pula, lokasi pilihan nyamuk aedes ialah tangki air, mangkuk
tandas, perangkap air peti sejuk, kolah mandi, baldi, laluan air yang bertakung atau
tersumbat, akuarium, tangki pam tandas, hablur jeli dalam pasu bunga (biasa
digunakan
untuk menggantikan tanah). Oleh hal yang demikian, kita perlu pastikan semua bekas
yang boleh menakung air dibuang dengan betul. Tutup bekas menyimpan air atau

HBHE 2103

PBSS

OUM

masukkan ubat pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang betul. Contohnya


dalam
kolah di rumah. Tukar dan bersihkan bekas menyimpan air sekurang-kurangnya
seminggu sekali. Contohnya bekas jambangan bunga.
Selain itu, sebagai langkah pencegahan merebaknya demam denggi yang boleh
dilakukan adalah menutup semua tingkap dan pintu ketika waktu fajar dan senja.
Elakkan berada di luar rumah ketika senja kerana nyamuk aedes paling aktif pada
waktu
senja dan pagi. Pastikan anak-anak memakai pakaian baju lengan panjang dan seluar
panjang apabila bermain di taman. Sapu atau sembur bahan penghalau nyamuk pada
badan yang terdedah. Tidur di dalam kelambu juga satu langkah untuk mengelakkan
gigitan nyamuk aedes. Kawalan ketika berlaku wabak Demam Denggi ialah
Semburan kabus
racun serangga bertujuan untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang
membawa virus
denggi. Jenis semburan apabila berlaku satu kes demam denggi, semburan
kabus dijalankan
seluas 200 meter sekeliling rumah pesakit dengan mesin 'Thermal Fogger'.
semburan kabus
dengan menggunakan mesin ' Ultra Low Volume' yang diletakkan di atas
kenderaan.
Semburan dijalankan pada awal pagi dan petang iaitu ketika nyamuk sangat
aktif.

2.2 Demam Malaria


Sejenis lagi penyakit berjangkit yang banyak diperkatakan ialah demam malaria
iaitu sejenis penyakit bawaan nyamuk seperti denggi. Penyakit ini agak berkurangan
atau
kurang mendapat liputan dari akhbar-akhbar kerana agak berkurangan berbanding
demam denggi. Perkataan malaria bermaksud "bad air". Penyakit ini boleh membawa
maut jika tidak dirawat awal. Penyakit malaria dikenali juga dengan nama Demam
Kura
atau Demam Ketar. Ia disebabkan oleh sejenis kuman atau parasit yang dikenali
sebagai
Plasmodium. Vektornya adalah nyamuk tiruk yang memindahkan parasit dari badan
HBHE 2103

PBSS

OUM

pesakit yang dijangkiti malaria kepada manusia sihat yang lain dan menyebabkan
orang
yang sihat ini turut dijangkiti malaria. Terdapat lima jenis parasit yang menyebabkan
malaria , namun falciparum adalah parasit paling berbahaya kerana ia boleh membawa
kematian kepada mangsa. Rajah di bawah ini menunjukkan cara perpindahan parasit
ke
dari nyamuk ke dalam tubuh mangsa (manusia).

a) Gegala dan kesan

Gejala malaria dapat terjadi dengan cepat dan akan terlihat tujuh hari
setelah
adanya gigitan nyamuk yang terinfeksi. Gejala awal dari penyakit malaria adalah
gejala yang terjadi sebagaimana gejala pada penyakit selsema termasuk demam,
sakit kepala, berpeluh, menggigil dan muntah. Gejala-gejala ini kadang kala tidak
dapat dikesan sehingga sukar untuk mengidentifikasi gejala malaria atau bukan.

HBHE 2103

PBSS

OUM

Tanda-tanda serangan parasit malaria termasuklah demam, menggeletar,sakit


sendi kekejangan dan anemia. Berpeluh, rasa sejuk dan panas secara bergilir-gilir
merupakan symptom klasik malaria. Kekurangan darah (anemia) boleh di alami
oleh penghidap demam malaria. Anemia yang teruk boleh menyebabkan kerosakan
tak secara langsung dan pesakit boleh berada dalam keadaan koma. Jika tidak
dirawat dengan cepat ia boleh menyebabkan kematian. Dalam kes malaria yang
teruk, pesakit mungkin akan mengalami neurogical damage yang kekal. Malaria
juga
boleh menyebabkan sakit kepala yang melampau, limpa dan hati membengkak serta
mengakibatkan kegagalan ginjal. Malaria yang teruk boleh membawa maut dalam masa
yang singkat.
Parasit malaria boleh dibawa oleh nyamuk dalam suhu lembab, tetapi parasit ini akan
hilang bila musim sejuk. Penyakit ini menjadi masalah yang besar/utama kepada
kebanyakan negara tropika.

b) Rawatan dan Pencegahan


Dalam kebanyakan kes, malaria boleh dirawat dan pulih. Ubat antimalaria
boleh diperolehi dengan mudah di hospital dan klinik. Ubat yang biasa diguna
chloroquine, quinine dan primaquine. Regim ubat bergantung kepada usia dan
tempat di mana mendapat jangkitan. ( parasit malaria dari kawasan tertentu kebal
kepada ubat malaria yang biasa) dan alahan kepada ubat. Dapatkan nasihat dan
rawatan awal jika baru pulang dari luar negeri dengan gejala penyakit malaria.
Dalam kes yang teruk, pesakit yang menghidap malaria mungkin perlu rawatan di
unit rawatan rapi, terutama jika ada komplikasi yang melibatkan otak dan buah
pinggang. Pesakit yang mendapat jangkitan, terutamanya malaria Falciparum perlu
rawatan kecemasan dan masuk hospital. Chloroquine ialah ubat yang biasa
digunakan. Tiada vaksin khas mencegah malaria. Ubat antimalaria diberi sebagai
rawatan
pencegahan kepada mereka yang keluar daerah di mana penyakit ini senang merebak
Rawatan kepada pencegahan juga diberi pada wanita mengandung di kawasan wabak
untuk mengelakkan jangkitan kepada janin. Langkah pencegahan lebih bertumpu
kepada cara memusnahkan nyamuk dengan mencampurkan racun serangga di tempat
pembiakanya seperti paya di mana airnya bertakung.Individu yang diberi ubat
antimalaria masih boleh dijangkiti malaria. Memakai baju dan seluar panjang,
HBHE 2103

PBSS

OUM

pasangkan net atau tidur dalam kelambu adalah satu langkah pencegahan dihinggapi
demam .
2.3 Keracunan Makanan
Mengikut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, keracunan makanan bermaksud termakan
makanan yang mengandungi unsur atau bahan beracun, mengidap penyakit atau berasa
kesakitan kerana telah makan makanan yang mengandungi unsur-unsur beracun atau
bahan yang menyebabkan penyakit. Keracunan makanan juga bermaksud berlakunya
keadaan muntah, cirit-birit atau gejala akut yang lain yang berkaitan dengan makanan
dan minuman. Keadaan ini berlaku kerana hadirnya agen atau patogen mikribiologi
atau selainnya dalam makanan atau minuman sseseorang.
Ada lebih kurang 20 kes keracunan makanan yang berlaku dalam tempoh
tujuh bulan pertama tahun lalu membabitkan 1,177 orang, kebanyakannya pelajar
sekolah. Bilangan sebenar mungkin lebih dari itu mengambil kira kes-kes yang
tidak dilaporkan. Kes keracunan makanan yang menjadi-jadi sejak kebelakangan
ini sedikit sebanyak mencerminkan betapa sikap kita yang mengambil mudah
isu-isu berkaitan amalan kebersihan makanan. Keracunan organisma berlaku akibat

keadaan persekitaran yang ada menggalakkan organisma mikro tersebut hidup dengan
meluas. Misalnya, dalam cuaca panas, lembap dan kotor. Organisma mikro ini juga
boleh menghasilkan racun dan bahan-bahan kimianya sendiri.
Punca keracunan makanan adalah kerana makanan atau minuman itu terdedah
kepada bakteria atau racun atau virus. Mungkin juga bahan makanan terdedah kepada
bahan kimia seperti racun serangga atau racun rumpai,logam seperti raksa dan
hidupan
laut yang bercengkerang.
Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih daripada
empat jam) berkemungkinan menjadi punca keracunan makanan. Makanan tidak
dimasak dengan sempurna atau tidak disimpan dengan baik (makanan mentah
disimpan bersama makanan yang telah masak) adalah punca keracunan makanan.
Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna juga menjadi punca keracunan .
Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih atau penyedia makanan adalah
HBHE 2103

PBSS

OUM

pembawa penyakit bawaan makanan adalah penyebab berlakunya keracunan.

Contoh contoh keratan akhbar berkaitan kes keracunan


makanan.

3 mati, 2 kritikal keracunan makanan


kenduri kahwin

a) Gejala dan kesan


Tanda atau gejala awal seseorang itu terkena keracunan makanan bergantung
kepada agen penyebab keracunan,dos bakteria,virus atau toksin yang terdapat pada
makanan . Umur mangsa dan sistem ketahanan badan juga menjadi faktor untuk

HBHE 2103

PBSS

OUM

mengesan seseorang itu terkena samada mengalami keracunan makanan atau tidak.
Seseorang yang keracunan makanan akan mengalami loya,cirit-birit,muntah,sakit
perut
berpeluh atau demam dan berkemungkinan mengalami sakit kepala dan keletihan.
Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi
yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak
mendapat rawatan awal.

b) Pencegahan dan Rawatan

Keracunan makanan bukan hanya berlaku di sekolah tetapi juga dirumah apabila
makanan dicemari kuman.

Oleh itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk mengatasi

masalah ini. Antara usaha mengatasi masalah keracunan makanan adalah mengamal
kebersihan diri dan makanan pada setiap masa. Amalan menjaga kebersihan diri dan
makanan dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak makanan yang
hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman di dalamnya.
Sebagai contoh, buah-buahan dan sayur-sayuran perlulah dibasuh sehingga bersih
sebelum dimasak atau dimakan. Pastikan bahan atau makanan yang dimakan tidak
luput tarikh Jelaslah bahawa dengan mengamalkan kebersihan pada setiap masa
dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Jadikanlah kata pepatah
kebersihan asas kesihatan amalan hidup kita.
Sebagai ibu bapa elakkan makan di warung-warung yang tidak pasti tahap
kebersihannya, masaklah makanan dengan cara yang betul terutamanya makanan laut
dan simpan makanan yang mudah basi ke dalam peti sejuk. Elakkan makanan ditinggalkan dalam suhu bilik melebihi empat jam. Sebagai perngguna kita seharusnya
mengamalkan kebersihan diri seperti basuh tangan selepas keluar dari tandas. Jika
sebagai seorang pengendali makanan seharusnya tahu peraturan untuk menjaga
kebersihan makanan yang disediakan. Tutup yang telah dihidangkan agar tidak
dihinggapi lalat. Peralatan yang digunakan semasa proses penyediaan perlulah dalam
keadaan bersih .Begitu juga dengan kawasan sekitar premis. Elakkan membuang

HBHE 2103

PBSS

OUM

sampah di merata tempat agar tidak mengundang lalat pada makanan.


Sebagai ahli masyarakat, amalkan gaya hidup sihat agar masalah keracunan
makanan tidak berlaku.Jadilah masyarakat prihatin dengan membuat laporan atau
teguran jika ada jiran tetangga atau pihak tertentu tidak menjaga kebersihan.
Bagi pihak kerajaan atau pihak berkuasa mereka boleh memantau premis-premis
perniagaan atau kantin sekolah. Kenakan tindakan jika kawasan yang dimaksud
kan dalam keadaan tidak bersih.
Jika mengalami keracunan makanan, segeralah berjumpa dengan doktor untuk
dapatkan rawatan. Ikut segala nasihat doktor. Jangan biarkan makanan yang disyaki
beracun.
2.4 Kolera / Taun
Kolera atau taun merupakan penyakit jangkitan pada saluran penghadaman yang
disebabkan oleh bakteria, cholera . Penyebaran virus ini biasanya berlaku
melalui air minuman dan makanan yang tercemar oleh najis (produk sisa) daripada
orang yang dijangkiti, termasuklah orang dengan tanda yang tidak jelas. Bakteri Vibrio
Cholerae akan mengeluarkan enterotoksin atau racunnya di saluran usus sehingga
terjadinya diare yang disertai muntah akut. Penyakit taun mudah merebak dengan
cepat dalam persekitan yang kotor, terutamanya jika punca air minuman dicemari
dengan bakteria penyebab taun (Vibrio cholerae). Penyakit taun dikaitkan dengan
penyakit di salur penghadaman, iaitu melalui minuman yang tidak dikendalikan
dengan bersih atau makanan seperti makanan laut yang tidak dimasak betul,
terutamanya kerang.
Penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air
bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Wabak taun juga wujud secara
bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika. Begitu juga yang dipaparkan dalam
keratan akhbar di bawah.

HBHE 2103

PBSS

OUM

Contoh keratan akhbar- Berita Harian


Berikut adalah cara penyebaran wabak taun: Cara penyakit taun merebak dikongsikan
dalam gambar di bawah ini. Oleh itu, bagi mengelakkan taun, jagalah kebersihan
persekitaran, terutamanya tandas, dan air minuman kita.

HBHE 2103

PBSS

OUM

a) Gejala dan Kesan


Kebanyakan jangkitan adalah asimptomatik. Kes ringan hanya mengalami cirit-birit
tanpa gejala lain. Kes teruk pula mengalami cirit-birit yang teruk dengan loya dan
muntah serta boleh menyebabkan dehidrasi teruk.
Kecenderungan seseorang itu dijangkiti taun bergantung kepada jenis darah
masing-masing. Darah jenis O merupakan yang paling mudah dijangkit, manakala
darah jenis AB adalah yang paling tahan. Darah jenis A adalah lebih tahan
berbanding darah jenis B. Bagi kes yang tidak dirawat, dehidrasi teruk boleh
menyebabkan asidosis, gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggang.
Kematian boleh berlaku kerana komplikasi ini.
b) Pencegahan dan Rawatan
Pastikan kita sentiasa mengamalkan kebersihan diri serta mengambil makanan dan
minuman daripada sumber yang dipercayai tidak tercemar. Sentiasa amalkan
kebersihanan diri dengan membasuh tangan menggunakan sabun dan air selepas ke
tandas dan sebelum penyediaan makanan. Kekalkan kebersihan (sanitasi) dan sistem
pembuangan tinja (najis) yang sesuai terutamanya selepas banjir atau bencana alam .
Kita hendaklah mengelakkan diri dari mengambil makanan yang berisiko semasa
berlaku wabak seperti membeli sayuran mentah atau ulam dan buah-buahan, makanan
penjaja dan ais semasa berlaku wabak. Makanan dan jenis minuman dari penjual di tepi
jalan (cendol dan buah potong) amat berisiko mengandungi kuman taun semasa musim
wabak. Makanlah makanan yang telah dimasak dengan sempurna ataupun masih panas
Jika mengalami cirit-birit, minum banyak air bersih dan larutan rehidrasi oral
(ORS).
Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu
minum,
segera dapatkan rawatan.

HBHE 2103

PBSS

OUM

3.0 Perancangan Aktiviti Sekolah


Penyakit berjangkit yang melibatkan bayi dan kanak-kanak diusia sehingga empat belas
tahun di negara membangun adalah berkaitan dengan persekitaran mereka. Itulah yang dikaji ole
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Lingkungan usia kanak-kanak sehingga empat belas tahun
merupakan usia mereka berada di bangku sekolah. Oleh yang demikian ,segala perbincangan tentang
penyakit sudah pasti melibatkan organisasi sekolah. Maka segala pemasalahan tentang penyakit perlu
dipandang serius oleh pihak pengurusan sekolah untuk turut sama mengambil langkah tertentu untuk
mencegah penularan penyakit dalam kalangan pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan oleh
gurub Pendidikan Kesihatan bagi pihak sekolah ialah:
3.1 Ceramah Kesihatan.
Contohnya ceramah tentang Anti-Denggi /Malaria . Pihak sekolah bekerjasama dengan
Pejabat Kesihatan mengadakan ceramah tentang denggi. Dengan cara ini para pelajar diajar
untuk mencegah pembiakan nyamuk aedes/tiruk samada di sekolah atau di rumah. Murid juga
diingatkan tentang

bahaya nyamuk aedes atau malaria.Waktu nyamuk ini akan aktif

menggigit.
Semuanya boleh diterangkan semasa diadakan ceramah denggi . Selain itu, risalah-risalah
atau
templet boleh ditampal pada papan kenyataan disekitar kawasan sekolah. Secara tidak
langsung mendidik murid agar lebih berdisiplin menjaga alam sekitar terutamanya
persekitaran
sekolah. Ceramah sebegini juga boleh memupuk kesedaran pelajar agar lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan diri sendiri.
3.2 Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Sekolah
Satu aktiviti sangat berfaedah untuk memastikan kawasan sekolah merupakan kawasan
selamat untuk murid. Apabila aktiviti gotong-royong diadakan, sekolah bebas dari tempat
takungan air, tiada tempat pembiakan nyamuk seterusnya bebas daripada kotoran dan lalat
yang
boleh mengancam kebersihan makanan di kantin sekolah. Masalah pembiakan nyamuk tidak
berlaku di sekolah,sekolah makin bersih dan ceria, risiko keracunan makanan mungkin boleh
dielakkan. Pelajar dapat belajar dengan selesa dan seronok. Aktiviti sebegini bukan sahaja
boleh
dijalankan dalam kalangan warga sekolah tetapi juga boleh melibatkan komuniti setempat.

HBHE 2103

PBSS

OUM

3.3 Menerbitkan Buletin


Penerbitan Buletin tentang Program Sekolah Sihat juga boleh dilaksanakan untuk
memberi
pengetahuan tentang pentingnya menjaga kesihatan diri dan persekitaran. Buletin ini mungkin
boleh diedarkan ke kelas-kelas disamping ditampal di papan kenyataan atau sudut PBSS.
Buletin yang dikeluarkan pada masa yang ditetapkan boleh mengikut tema atau penyakit.
Contohnya mungkin berkaitan dengn nyamuk aedes atau malaria,mungkin berkaitan makan
makanan yang selamat untuk elakkan keracunan. Semua ini untuk memberi ingatan dan
kesedaran kepada pelajar agar lebih berhati-hati untuk menikmati makanan yang
sihat.Daripada
artikel ini pula mungkin boleh dijalankan kuiz kesihatan. Ini boleh menambah minat kepada
murid-murid untuk mengetahui tentangan amalan pemakanan tyang selamat atau apa sahaja
artikel kesihatan yang diterbitkan.
3.4 Pameran
Aktiviti lain yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah dalam usaha memupuk kesedaran
tentang perlunya gaya hidup yang sihat adalah dengan mengadakan pameran. Satu hari dipilih
khusus untuk aktiviti pameran ini. Segala info tentang amalan hidup sihat boleh dipamerkan
Aktiviti ini sesuai diadakan semasa perjumpaan ibu bapa (PIBG) bermesyuarat. Ini beri
peluang
kepada murid, ibu bapa dan guru menambahkan ilmu tentang gaya hidup yang sihat, cara atau
langkah sesuatu penyakit berjangkit itu merebak atau sebagainya. Mungkin pameran ini dijalan
atau dilaksanakan mengikut tema. Semua boleh dilaksanakan asalkan tujuan asal untuk beri
kesedaran dan pengetahuan tentang perlunya menjaga kesihatan dalam kalangan murid dan
komuniti setempat atau untuk melaksana program sekolah sihat itu tercapai.

4..0 Penutup
Kesimpulannya, penyakit berjangkit yang menular dalam masyarakat kita seperti
denggi,
malaria, taun dan keracunan makanan merupakan satu penyakit yang agak serius, lebih-lebih
lagi penyakit denggi sehinggakan pihak hospital terpaksa menambah bilangan katil hospital
kerana bilangan pesakit denggi yang bertambah. Itulah yang dilaporkan oleh sebuah akhbar
tempatan. Masalah penularan penyakit berjangkit ini bukan masalah individu kerana masalah

HBHE 2103

PBSS

OUM

ini pernah dibincangkan dalam dewan rakyat.. Oleh hal yang demikian wajarlah pihak
sekolah yang menjadi sebahagian daripada komuniti menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu
seperti yang dibincangkan untuk sama-sama membantu kerajaan membentuk masyarakat yang
memahami tentang pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian kita.

Rujukan:

Norazhan Che Lan. (2012). Program Bersepadu Sekolah Sihat. OUM


Program Kesihatan Sekolah Sihat,Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian
Pendidikan Malaysia (1997)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

http://www.myhealth.gov.my/index.php/taun
http://jknns.moh.gov.my/v1/index.php/mengenai-kami/latar-belakang/pengenalan?id=198

HBHE 2103

PBSS

OUM

Anda mungkin juga menyukai