Anda di halaman 1dari 4

1.

Impak Covid 19 Kepada Pekerja - Work From Home

Seperti yang kita ketahui bahawa Covid-19 mengancam keselamatan dan kesihatan
semua masyarakat tanpa mengira usia seseorang. Hal ini turut memberi kesan
kepada persekitaran pekerja di mana sebelum ini mereka dapat bekerja di tempat
kerja mereka tetapi telah berubah iaitu pekerja terpaksa bekerja di rumah atau
istilahnya Work From Home (WFH) kerana pelaksanaan perintah kawalan
pergerakan.

WFH bermaksud pekerja bekerja dari rumah, pangsapuri, atau tempat kediaman
mereka, dan bukannya bekerja dari pejabat. Banyak syarikat mempunyai polisi WFH,
atau polisi kerja jarak jauh, yang membolehkan pekerja mereka bekerja dari rumah
sama ada sepenuh masa atau ketika yang paling sesuai untuk mereka. Arahan
bekerja dari rumah yang dilaksanakan sektor awam dan swasta selaras dengan
Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan COVID-19 bermula
semalam sehingga 31 Mac dilihat mempunyai kelebihan dan kelemahan yang
tersendiri.

Kelemahan gaya kerja WFH salah satunya ialah pencapaian internet. Hal ini
kerana semua pekerjaan yang dilakukan semuanya dibuat secara atas talian. Bagi
pekerja yang tidak mampu untuk membeli data internet yang banyak, agak sukar
bagi mereka melakukan kerja mereka di rumah dengan cepat dan tepat pada
waktunya kerana mereka sukar untuk mengakses internet bagi membuat kerja
mereka. Selain daripada itu, mesyuarat juga terpaksa dilakukan secara atas talian di
mana para pekerja dan majikan menggunakan applikasi untuk berhubung secara
bersemuka melalui apps tersebut. Sekiranya pencapaian internet pekerja atau
majikan agak lemah, maka sukar untuk mereka melakukan mesyuarat dengan
l;ancar tanpa gangguan jaringan. Hal ini agak sukar untuk majikan menyampai
maklumat kepada pekerja-pekerja mereka.

Dalam laman web berita harian (2020), Hasil daripada temu ramah Nurnasha
Edrinanieza Mohammed berumur 24 tahun yang merupakan pekerja syarikat
perkhidmatan perkapalan di Klang bahawa kelemahan Work From Home (WFH)
adalah disiplin kerja tidak sama seperti di pejabat kerana apabila di rumah, banyak
benda boleh mengganggu. Bagi pekerja yang sudah berumahtangga, gangguan yang
dialami adalah anak-anak di mana mereka membuat bising, menangis dan
mengganggu ayah atau ibu mereka yang bekerja menyebabkan ibubapa mereka
tidak dapat melakukan tugasan mereka sepenuh masa. Selain daripada itu, pekerja
juga terpaksa berunding dengan majikan untuk memberikan mereka sedikit
kelonggaran akibat gangguan tersebut. Sebagai contoh, majikan terpaksa meminta
pendapat pekerja waktu yang sesuai untuk semua orang dapat menghadiri
mesyuarat secara atas talian.

Selain itu, Nurnasha Edrinanieza Mohammed juga menyatakan bahawa


sesetengah pendapat atau maklumat lebih senang disampaikan, diterangkan dan
diterima secara berhadapan.

Pendapat Rafel Dru yang merupakan seorang jurutera projek minyak dan
gas dalam laman web utusan borneo menyatakan bahawa bekerja dari rumah sedikit
mencabar kerana tugasan pejabat yang sepatutnya siap dalam masa singkat menjadi
sedikit lambat kerana gangguan internet yang menjejaskan kelancaran kerja dan
perlu peka dengan emal dan telefon bimbit bagi memastikan sebarang perbincangan
atau pertanyaan dapat respons secepat mungkin.Melalui kenyataan Rafel Dru dan
Nurnasha Edrinanieza Mohammed, dapat dilihat bahawa pencapaian internet sangat
mempengaruhi dan memberi cabaran kepada pekerja yang bekerja dari rumah
akibat virus covid- 19.

Sementara itu bagi seorang pelatih kanan kolej kemahiran tempatan,


Sebastian Ali Jaman bekerja dari rumah lebih bebas untuk mengatur masa serta
pergerakan selain tiada tekanan. Namun cabarannya ialah terlampau banyak
gangguan dari sekeliling terutama daripada seisi rumah. Selain itu punca kekangan
pula adalah dari segi fasiliti. Tiada mesin fotostat, telefon dan pengimbas. Hal ini
menyebabkan sedikit kesukaran untuk melakukan tugasan.

Tidak semua tugasan dapat dilakukan secara dalam talian. Fail maklumat dan
data yang bersifat sulit mungkin diperlukan bergantung kepada skop kerja masing-
masing. Apabila berlaku PKP, fail maklumat sulit sudah tentu tidak dapat dibawa ke
rumah. Hal ini mungkin akan menjejaskan produktiviti dalam menyelesaikan kerja.
Pada masa ini, kemudahan teknologi sangat penting dalam melancarkan tugas.
Pekerja terpaksa akur dengan PKP dan majikan perlu mengambil kira isu ini.
Di samping itu, Hameed (2020) dalam laman web Mymetro menyatakan
bahawa tidak semua jenis kerja boleh dibuat dari rumah. Misalnya, pekerja sektor
perkilangan dan pembuatan sudah semestinya tidak boleh buat apa-apa dari rumah.
Hal ini kerana mereka perlu berada di kilang dan di hadapan mesin dan jentera
untuk melaksanakan skop tugas mereka. Ini dapatlah lihat bahawa pekerja sektor
perkilangan tidak dapat berbuat apa-apa sepanjang pelaksanaan perintah kawalan
pergerakan yang boleh menyebabkan pendapatan pekerja terjejas. Dan
berkemungkinan kehilangan pekerja akibat syarikat mengalami kerugian kesan
daripda covid-19.

Namun begitu, Work From Home atau bekerja dari rumah tidak semestinya
memberikan impak yang buruk akibat covid-19. Kita juga harus melihat dari sudut
positif. Bekerja dari rumah juga membantu pekerja mempunyai masa yang banyak
untuk diluangkan bersama keluarga. Hal ini kerana pekerjaan yang mereka
diberikan oleh majikanuntuk dilakukan oelh merka di rumah dalam sehari mungkin
sedikit bagi mengelakkan tekanan kepada pekerja. Melaluui hal ini, mereka dapat
membahagikan masa mereka untuk melakukan pekerjaan yang diberikan dan masa
untuk mengurus keluarga terutama pekerja yang bergelar isteri dan ibu.

Selain itu, Bekerja dari rumah juga dapat menjimatkan perbelanjaan pekerja.
Sebagai contoh, perbelanjaan untuk minyak kereta dan perbelanjaan untuk makanan
rehat mereka di tempat kerja dapat dijimatkan kerana mereka tidak perlu
mengeluarkan perbelanjaan untuk minyak kereta dan untuk makanan rehat mereka
dan mereka dapat masak di rumah.
Rujukan

https://www.utusanborneo.com.my/2020/03/19/meskipun-banyak-cabaran-ketika-be
kerja-dari-rumah-namun-pekerja-tabah-demi-membendung dicapai pada 13 Mei
2020.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/666680/covid-19-bekerja-dari-
rumah-ada-kelebihan-kelemahan dicapai pada 13 Mei 2020.

http://norsaadah.com/kelebihan-dan-kekurangan-bekerja-dari-rumah-work-from-ho
me-semasa-covid-19/ dicapai pada 13 Mei 2020.

Anda mungkin juga menyukai