Anda di halaman 1dari 15

PENGENALAN

Rajah 1
Kewujudan masyarakat majmuk di Malaysia seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1
adalah anugerah dari Tuhan yang mempunyai hikmah tersendiri. Oleh itu, setiap kaum harus
melindungi kepelbagaian ini, dan setiap warganegara harus merebut peluang untuk saling
memahami kebaikan masing-masing. Sebagai rakyat Malaysia yang telah mencapai
kemerdekaan selama 63 tahun, semua sektor masyarakat harus memahami, mempelajari dan
memahami fakta kewujudan setiap kaum di negara ini untuk membina ikatan persahabatan
melalui persefahaman dan toleransi [ CITATION Mah21 \l 1033 ]. Setiap orang mesti
membangun negara bersama-sama pada masa sekarang dan masa depan, dan menggunakan
peristiwa masa lalu sebagai tonggak pembangunan, kuat, dikenali, tepat, dan tidak rapuh
dalam menghadapi masa. Menurut Wikipedia (2021) perpaduan ialah penyatuan, dan darjah
serta jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran
mereka. Menurut Ahmad dan Zulkifly (2006)”Tanpa perpaduan, negara itu akan terdedah
kepada pelbagai-bagai kelemahan dan ancaman  yang boleh mennjejaskan kedaulatan
agama itu sendiri”. Oleh itu, usaha untuk membentuk perpaduan dalam masyarakat bukanlah
suatu usaha yang mudah. Maka, artikel ini akan memberi tumpuan kepada peranan animasi
dalam masyarakat Malaysia yang bersatu padu. Animasi telah menjadi sebahagian kehidupan
penting dalam setiap individu dan masyarakat. Karya seperti Usop Sontorian dan Anak-anak
Sidek pernah membibitkan kehangatan luar biasa kepada industri animasi negara . Namun,
animasi sudah lama menyepi dan kemunculan Upin dan Ipin mula membuka mata akan
potensi kreativiti animasi tempatan. Tambahan pula. ia merupakan medium hiburan paling
hampir dengan penonton khasnya kanak-kanak. Maka tidak hairan jika stesen televisyen
Malaysia berusaha menyiarkan pelbagai program animasi yang menarik terutama yang
membawa mesej positif.
Animasi Upin & Ipin yang juga dikenali sebagai Upin & Ipin dan Kawan-Kawan
ialah sebuah siri animasi tayangan singkat Malaysia yang dihasilkan oleh syarikat
animasi Les' Copaque Production, dan juga nama bagi dua watak utama siri ini. Pada tahun
2007, kemunculan dua kanak-kanak lelaki dengan gelagat tersendiri, Upin dan Ipin, di TV9,
bukan sahaja menjadi fenomena malah menyuntik "nafas baru" kepada industri animasi
negara. Upin & Ipin merupakan keluaran sampingan bagi filem Geng: Pengembaraan
Bermula yang juga menampilkan watak utama siri animasi tersebut. Animasi ini berdasarkan
budaya setempat yang bertemakan kampong. Penduduknya terdiri daripada watak-watak dari
pelbagai bangsa. Ini akan menonjolkan interaksi antara orang-orang dari pelbagai latar
belakang etnik yang hidup harmoni di kampung dan mengalami pengalaman manis, suka
duka, kegembiraan dan tawa bersama. Tambahan pula, animasi yang diterbitkan oleh
Syarikat Les Copaque Sdn. Bhd. hasil kerja berpasukan yang terdiri daripada Tan Shiek Wei,
Usamah Zaid, Shafiq, Tan Ying Sowk, Mohd Faiz dan Fuad Md. Din. Muzik yang melatari
“Upin dan Ipin” pula digubah oleh Yuri Wong dari The Factory Muzic Studio. Bentuk ikatan
sosial yang saling berkait antara satu sama lain dapat ditunjukkan dalam animasi ini kerana
dalam ia telah mengabungkan pelbagai etnik dalam hasil kerjanya.Atas kejayaan menambat
hati penonton serantau, Upin & Ipin disenaraikan dalam Malaysian Book of Records sebagai
"Animasi Paling Berjaya" pada tahun 2011
Peranan drama/filem animasi Upin dan Ipin dalam menyatupadukan masyarakat di
Malaysia

Media berperanan besar dalam mencorak dan membentuk keperibadian seseorang
termasuklah kanak-kanak. Upin dan Ipin amat terkenal di kalangan kanak-kanak dan tidak
ketinggalan juga dari pelbagai lapisan usia dan kaum kerana filem dan siri animasi ini mampu
diterima dan ditonton oleh pelbagai pihak. ’Watak animasi Upin dan Ipin diangkat sebagai
duta mahabbah yang jelas memaparkan perasaan kasih sayang dan keharmonian rakyat
Malaysia’, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik [ CITATION Ber19 \l 1033 ]. Beliau juga
berkata, elemen saling menghormati, sayang-menyayangi dalam kalangan pelbagai kaum di
negara ini wujud dalam karakter Upin dan Ipin, sekali gus memainkan peranan
mempromosikan budaya majmuk rakyat Malaysia.. Bahkan filem dan siri animasi Upin dan
Ipin ini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa seperti di Indonesia, Jepun dan
pelbagai lagi. Oleh itu, terdapat pelbagai peranan Upin dan Ipin dalam memupuk perpaduan
kaum di Malaysia

Peranan pertama yang boleh dilihat ialah penggunaan Bahasa Melayu. Filem animasi
ini menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama dalam komunikasi di dalam
animasi ini. Ini jelas dapat dilihat apabila watak-watak yang mempunyai pelbagai bangsa
dalam filem ini masih dominan dalam menggunakan bahasa kebangsaan seperti watak Uncle
Muthu yang berbangsa India dan Mei Mei yang berbangsa Cina. Tambahan pula, animasi ini
dapat mendidik kanak-kanak berkomunikasi dengan menggunakan bahasa kebangsaan dari
kecil seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya, supaya mereka berkoumikasi dapat lebih
senang memahami antara satu sama lain walaupun tidak sama kaum. Berdasrkan kajian yang
telah dilakukan oleh Siti Zainab Zainal dan Yahida Yahya (2015) menunjukkan terdapat
kaitan yang ketara antara penerapan nilai melalui bahan sastera dan penggunaan bahan-bahan
pelbagai media dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Selain itu, watak-watak yang ada di dalam filem animasi ini dapat menggambarkan
suasana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hidup secara harmoni
dalam sesebuah masyarakat. Masyarakat Melayu, Cina , dan India dapat hidup dengan aman
kerana adanya nilai-nilai perpaduan sebagai satu bangsa bagi satu negara yang sama.
Semangat cinta dan kasih kepada negara Malaysia ini akan menjadikan semua kaum
berganding bahu memelihara keharmonian hidup rakyatnya yang berbilang kaum tanpa ada
persengketaan. Oleh itu, animasi ini menunjukkan semangat bersatu padu dan saling
hormat-menghormati tanpa mengira agama, bangsa atau kaum.

Seterusnya, smangat patriotisme dapat dipupuk dalam melaui siri animasi ini melalui
toleransi iaiutu nilai-nilai murni yang mesti wujud dalam sesebuah masyarakat tanpa mengira
latar belakang budaya, bangsa, agama, kepercayaan, status ekonomi, etnik dan sebagainya.
Watak-watak lain seperti nenek iaitu Opah dan Kakak Ros memainkan peranan penting
dalam memberi nasihat, bimbingan dan menjadi pendengar mereka keluhan mereka berdua.
Nilai-nilai murni yang cuba ditonjolkan dalam cerita animasi ini mudah difahami oleh kanak-
kanak dan menjadi satu pengalaman atau kenangan kekal kepada mereka.

Akhir sekali, kelibat keriangan yang ditunjukkan oleh watak kanak-kanak di dalam
filem animasi Upin dan Ipin ini dapat menggambarkan kehidupan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dapat hidup harmoni di dalam sebuah kampung. Kanak-kanak daripada
kaum Melayu, Cina dan India dapat bermain bersama-sama dalam keadaan harmoni tanpa
ada persengkataan. Rasa hormat-menghormati serta mengamalkan semangat bermuafakat
digambarkan dengan jelas dalam filem animasi ini. Rasa hormat kepada orang tua juga dapat
dilihat di dalam watak Upin dan Ipin serta rakan-rakan sepermainannya yang begitu
menghormati watak-watak Tok Dalang, pak cik Muthu dan Ah Tong pengumpul barangan
dan surat khabar lama. Sungguhpun terdapat perbezaan kaum, namun kanak-kanak ini dapat
bermain bersama-sama seperti bermain gasing, guli serta layang-layang. Keharmonian hidup
ini dapat dipupuk sejak kanak-kanak lagi.

Kesimpulannya, watak-watak dalam animasi Upin dan Ipin dapat memupuk


kesepaduan sosial di Malaysia dalam masyarakat melalui nilai-milai murni dan bahasa
supaya merealisaikan konsep 1 Malaysia yang ditetapkan oleh perdana menteri. Dengan ini
masyarakat akan hidup dalam harmoni dan aman kerana tidak akan berlaku konflik antara
kaum seperti peristiwa 13 Mei.
Huraikan usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat di
Malaysia.

Perpaduan dan kesepaduan sosial perlu diterap dalam kalangan masyarakat untuk
memastikan keharmonian kaum yang berbilang kaum dapat dipelihara. Justeru, perlu ada
usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial di dalam masyarakat Malaysia. Tanpa
kesepaduan sosial ini, masyarakat akan terdedah kepada gangguan-gangguan yang boleh
meretakkan perhubungan antara kaum. Kepentingan menjaga kesepaduan sosial ini menjadi
titik tolak ke arah meluaskan usaha untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum.
Usaha ini adalah bagi memastikan wujudnya kesepaduan sosial yang dapat mengukuhkan
perpaduan kaum di Malaysia.

Secara menyeluruh, pendidikan memainkan peranan yang penting dalam mencapai


perpaduan nasional [ CITATION Jam14 \l 1033 ]. Mencapai perpaduan kebangsaan telah dikenal
pasti sebagai objektif utama dasar-dasar pendidikan tahun 1970-an. Dalam tempoh ini,
pendidikan diberi keutamaan untuk menangani masalah ketidakseimbangan dalam
masyarakat dengan menyediakan peluang pendidikan yang sama. Sebelum kemerdekaaan,
bentuk pendidikan menjadikan perhubungan kaum menjadi renggang. Setiap kaum
mewujudkan sekolah mengikut aliran dan bahasa pengantar masing-masing. Sekolah
Kebangsaan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara, sekolah aliran Cina
pula menggunakan bahasa Cina dan sekolah India menggunakan bahasa Tamil sebagai
bahasa pengantara. Hal ini menyebabkan ikatan perpaduan menjadi longgar, hubungan antara
kaum menjadi rosak dan pergaduhan dan permusuhan mudah terjadi. Pendidikan setaraf
dapat diwujudkan dengan membuat acuan piawai. Usaha ini dimulakan denagn pengenalan
kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kemudian dimurnikan lagi dengan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) dan kini dimantapkan dengan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR), usaha melestarikan pendidikan kebangsaan digubal dan
diamalkan di semua Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis
Kebangsaan Tamil. Pelaksanaan ini dilakukan untuk memberikan pendidikan yang setaraf
kepada semua kaum demi untuk perpaduan.

Seterusnya, penglibatan semua aktiviti-aktiviti anjuran organisasi, badan-badan


berkanun, syarikat-syarikat swasta serta sukan dan permainan perlu diwujudkan. Penglibatan
daripada semua kaum ini dilakukan untuk mewujudkan integrasi nasional yang dilaksanakan
di bawah program Pelan Integrasi Nasional. Tambahan pula, penglibatan kaum dalam semua
sektor kerajaan dan swasta dapat mewujudkan integrasi nasional sesama kaum. Usaha ini
sekali gus dapat menyeimbangkan taburan kaum dalam sektor perkhidmatan dan pekerjaan.
Selain itu, bidang sukan yang melibatkan semua kaum dapat mengukuhkan ikatan
perhubungan antara kaum di Malaysia melaui semangat kesukanan. Langkah ini dapat
menjadi daya tarikan yang baik untuk mengikat perpaduan melalui sukan. Sebagai contoh,
permainan bola sepak yang melibatkan nama-nama seperti Santokh Singh, So Chin An,
Hassan Sani dapat mewakili kaum-kaum utama. Hasilnya wujud satu bentuk perpaduan kaum
yang dapat dipadukan dalam satu pasukan bola sepak yang membawa nama Malaysia.

Sebagai usaha dalam membentuk, perpaduan, rakyat berinteraksi dan memupuk


persefahaman antara kaum. Institusi keluarga memainkan peranan penting di mana ibu bapa
perlulah sentiasa menerapkan nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata
pepatah, ‘melentur biarlah dari rebungnya’. Sehubungan dengan itu, ibu bapa berperanan
untuk menggalakkan anak-anak mereka berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa.
Dengan ini, cara ini dapat dijadikan pengajaran kepada anak-anak tentang keistimewaan
masyarakat Malaysia yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dalam mengekalkan
keharmonian dalam hidup bermasyarakayt.

Akhir sekali, sifat saling hormat dan memahami antara satu sama lain merupakan
kunci utama kepada pembinaan hidup masyarakat yang bersatu padu. Sesuatu kaum akan
menganggap kaumnya sahaja yang lebih baik tanpa sifat hormat dan toleransi. Sikap sebegini
amat berbahaya kerana ia akan membibitkan sifat perkauman yang melampau sehingga
pernah menjadi sejarah hitam negara apabila terjadi rusuhan kaum. Oleh itu, Konsep
“Rumah Terbuka Malaysia” bagi meraikan perayaan-perayan khas seperti Rumah Terbuka
Hari Raya dan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina dapat merapatkan perhubungan di antara
kaum serta dapat mengenali budaya dan kepercayaan masing-masing.
Bincangkan impak mana-mana SATU watak dalam drama / filem animasi Upin dan
Ipin bagi membentuk kesepaduan sosial masyarakat

Watak-watak yang terdapat di dalam filem animasi Upin dan Ipin dapat mewakili tiga
kaum terbesar di Malaysia iaitu watak Upin dan Ipin yang mewakili masyarakat Melayu,
watak Mei-Mei mewakili masyarakat Cina, dan watak Jarjit yang mewakili India. Selain itu,
watak di dalam animasi ini begitu melekat dalam kenbanyakan jiwa kanak- kanak di
Malaysia. Mereka boleh membayangkan dan mengimbau kisah-kisah silam ibu bapa dan
datuk nenek mereka seperti yang ditunjukkan dalam animasi Upin dan Ipin.

Watak Ehsan terkenal kerana bentuk badannya yang lebih gempal daripada kawan-
kawannya yang langsing-langsing belaka, dan juga memakai kaca mata berbingkai hitam
yang tebal. Sebagai ketua kelas di Tadika Mesra, dia juga memakai tali leher kupu-kupu
bersama pakaian seragamnya [ CITATION Wik213 \l 1033 ]. Ehsan bin Azzarudin merupakan
nama sebenarnya ialah salah seorang kawan karib Upin dan Ipin. Dia juga akrab
dengan Fizi dan mereka sering tampil bersama-sama. Selain itu, Ehsan yang selalu dipanggil
‘Intan Payung’ dalam animasi Upin dan Ipin kerana dia dari golongan yang berada. Penonton
boleh melihat dia selalu membeli barang atau permainan yang baru dalam animasi ini.
Sebagai contoh, dia membeli kasut sukan baru semata-mata untuk larian. Ehsan juga
mempunyai telefon bimbit apabila dia menunjukkan rakaman video tentang pengaalaman dia
menonton wayang kepada upin dan Ipin. Sebagai ahli keluarga kaya, Ehsan terkenal dengan
beberapa sifat kurang elok yang dikaitkan dengan latar belakangnya, iaitu bermanja, suka
menunjuk-nunjuk, dan cerewet dalam hal-hal yang penting kepadanya. Dia juga kuat makan
orangnya, dan dia tidak suka membazir makanan atau lihat sesiapa membazirnya. Namun
begitu, dia sangat berdisplin dan menghormati orang yang lebih tua.

Ehsan sangat berdisplin dalam menjalankan tanggungjawab dia sebagai ketua kelas di
tadika. Di samping itu, dia seorang yang amanah dan menjaga kebajikan rakan sekelasnya
yang lain. Seterusnya, Ehsan juga menujukkan nilai keberanian pada diri sendiri [ CITATION
Han20 \l 1033 ]. Dalam episode, bila Besar Nanti: Bahagian 2, Ehsan tampil ke hadapan kelas
untuk menceritakan mengenai hasil lukisannya.

Nilai hormat-menghormati ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


iaitu “Rakyat Malaysia yang dapat Memberi Sumbangan Terhadap Keharmonian dan
Kemakmuran, Keluarga, Masyarakat dan Negara. Nilai ini amat bersesuaian diterapkan
kepada murid dari sekolah rendah lagi. Bermula dengan menghormati diri sendiri, hormat
kepada kedua ibu bapa, rakan-rakan, jiran-jiran, masyarakat sekeliling seterusnya hormat
kepada negara. Nilai hormat menghormati juga merangkumi jujur, mesra dan lain-lain lagi.
Ini dapat dilihat dalam siri animasi Upin dan Ipin yang mana sejak di sekolah lagi, Ehsan dan
kawan-kawannya telah diajar menghormati guru. Setiap kali Cikgu Jasmin masuk ke dalam
kelas, anak didiknya pasti akan mengucapkan salam.Mereka juga memberi salam kepada
guru atau orang yang lebih dewasa dan bercakap dengan nada suara rendah di hadapan orang
yang lebih dewasa.

Baik hati boleh diistilahkan sebagai sikap yang sentiasa mengambil berat perasaan
dan kebajikan orang lain secara tulus ikhlas. Sikap baik hati ini boleh dilihat dengan menilai
tindak-tanduk seseorang terhadap orang lain. Contoh bentuk baik hati yang merujuk dalam
perkataan adalah seperti “Cikgu, biar saya tolong angkat buku ni,” kata Ehsan kepada Cikgu
Jasmin. Dalam siri animasi Upin dan Ipin, nilai baik hati ini dapat dilihat dengan perbuatan
watak Ehsan yang membantu Cikgu Jasmin membawa beg tanpa perlu disuruh. Perbuatan
Ehsan ini memang selalu berlaku di sekolah apabila murid-murid membantu guru-guru
mereka membawa beg yang berisi buku untuk dibawa ke bilik guru ataupun ke kelas. Secara
tidak langsung, apabila murid sudah biasa dengan kaedah tayangan animasi di dalam kelas,
tidak mustahil apabila murid berada di luar atau di dalam lingkungan sesi persekolahan
mereka dapat mengingat semula perbuatan tersebut adalah baik hati.

Akhir sekali, watak Ehsan yang selalu membantu Cikgu Jasmin menunjukkan nilai
kerajinan dalam siri animasi Upin dan Ipin. Kerajinan diertikan sebagai usaha yang
berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya
maju dalam melakukan sesuatu perkara.
Jelaskan faktor-faktor yang berupaya membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial
di Malaysia.
Sejak zaman merdeka lagi, perpaduan ini menjadi nadi kepada wujudnya kebebasan
negara yang berdaulat. Namun, perpaduan sosial yang telah wujud tersebut boleh runtuh jika
terdapat beberapa sebab yang akan membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial tersebut.
Terdapat banyak faktor-faktor yang boleh membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial.

Sifat perkauman merupakan salah satu faktor yang dapat meruntuhkan perpaduan
sosial di Malaysia. Sifat perkauman ini perlu dibanteras sejak dari awal persekolahan lagi.
Sifat perkauman yang melampau dapat memberikan kesan buruk kepada kestabilan sosial di
Malaysia. Justeru, penjawat awam di pelbagai sektor juga perlu memiliki sekurang-
kurangnya tiga bangsa agar wujud integrasi kaum dalam semua bidang. Usaha ini adalah bagi
memupuk sifat rasa hormat-menghormati antara kaum. Sebarang bentuk aktiviti yang
diadakan juga harus melibatkan pelbagai kaum. Sambutan hari kemerdekaan contohnya dapat
menggambarkan keharmonian masyarakat majmuk Malaysia apabila sambutan ini disertai
oleh semua kaum. Pengucapan umum juga perlu mengelakkan perkataan-perkataan yang
berbau perkauman agar hubungan sesama kaum tetap terjalin. Perkara paling penting dalam
menjaga perpaduan kaum ialah hak istimewa orang Melayu yang merupakan penduduk jati
negara ini yang perlu dihormati oleh kaum-kaum lain. Lebih-lebih lagi hak istimewa ini telah
termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.

Keruntuhan perpaduan sosial juga boleh disebabkan oleh isu-isu keagamaan.


Sememangnya negara Malaysia mempunyai pelbagai jenis agama, kebudayaan dan adat
resam kerana rakyatnya yang berbilang bangsa dan agama. Soal-soal keagamaan adalah
sesuatu yang amat sensitif jika dilakukan secara sengaja dengan maksud menghina dan
mencaci. Justeru, isu-isu yang berkaitan agama ini sangat perlu dikawal kerana bahana yang
menimpa di sebaliknya sangat membawa kesan yang buruk. Sifat sensitif terhadap agam dan
kepercayaan orang lain perlu dijaga. Sebagai contoh isu menggunakan bangkai babi yang
dibuang di hadapan masjid, atau isu sembelihan qurban di hadapan penganut Hindu atau isu
skandal paderi-paderi kristian tidak boleh dipermain-mainkan. Selain itu, isu pengaruh Syiah
merupakan isu yang boleh memecah belah umat Islam yang selama ini teguh berpegang
dengan aqidah Ahli Sunah. Semua perkara ini harus dihindarkan agar perpaduan kaum tetap
terpelihara.
Penyalahgunaan media massa untuk menyebar fitnah antara kaum adalah salah satu
sebab utama yang membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia. Walaupun ada
campur tangan dari pihak kerajaan, perkara ini dilihat agak sukar dibendung kerana
kurangnya kesedaran pada masyarakat itu sendiri. Media massa menyalurkan pelbagai
maklumat yang dapat mempengaruhi masyarakat pembaca. Tanpa adanya media, rakyat
sesebuah negara tidak mendapat sebarang pengetahuan terutama tentang isu global dan
kehidupan mereka umpama ‘katak di bawah tempurung’. pengaruh media massa juga adalah
salah satu faktor untuk memperkukuhkan perpaduan kaum. Media massa seperti televisyen,
majalah, internet dan akhbar memainkan peranan yang sangat penting dalam pengukuhan
perpaduan kaum. Contohnya ialah seperti menyiarkan rencana, dokumentari dan drama khas
untuk menyemaikan nilai perpaduan antara kaum.

Akhir sekali, pendidkan memainkan peranan yang penting dalammembentuk


perpaduan. Isu pendidikan juga perlu diperhatikan dengan sewajarnya di dalam membentuk
perpaduan rakyat. Murid-murid adalah aset negara pada masa akan datang yang perlu
memiliki nilai-nilai perpaduan kaum. Pemupukan nilai ini harus dimulakan sejak awal
persekolahan lagi agar nilai-nilai yang membawa kepada perpaduan dapat dibina.
Penggunaan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar utama di sekolah mengikut aliran
masing-masing merupakan sesuatu yang dapat mengundang sifat perkauman. Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJK(C)) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK(T)) diperkenalkan
bagi menggantikan sekolah aliran Cina dan Tamil yang menggunakan sepenuhnya bahasa
ibunda sebagai bahasa persekolahan. Sekolah-sekolah ini mewajibkan mata pelajaran bahasa
Malaysia di dalam kurikulum persekolahan di samping mata pelajaran lain yang diajar.
Langkah ini bertujuan untuk menghapuskan semangat perkauman serta mewujudkan satu
bahasa pengantara yang sama iaitu bahasa Malaysia. Pengetahuan tentang bahasa Malaysia
oleh ketiga-tiga kaum ini akan mewujudkan bahasa pengantara untuk berkomunikasi di
antara kaum.
Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, kita dapat melihat kepentingan menjaga perpaduan agar kita
dapat hidup dalam keadaan harmoni. Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh pihak
kerajaan seperti menekankan penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar di semua
sekolah agar dapat membantu komunikasi antara masyarakat. Bahasa yang sama
memudahkan kita berkomunikasi untuk saling berkenalan dan memahami antara satu sama
lain. Ini antara cara perpaduan itu dipupuk. Seterusnya ialah dengan memberikan hak sekolah
vernakular agar mereka melihat bangsa mereka tutur diiktiraf dan diberi ruang untuk
mendidik anak bangsa mereka dengan acuan mereka sendiri. Usaha menanam benih-benih
perpaduan perlu dimulakan dari sejak kanak-kanak lagi. Selain di sekolah, pihak penerbitan
filem juga turut berperanan di dalam menerbitkan filem-filem animasi yang boleh ditonton
oleh segenap lapisan masyarakat. Filem animasi Upin dan Ipin menjadi contoh terbaik di
dalam mendidik kanak-kanak untuk mencintai perpaduan antara kaum. Perpaduan kaum juga
dapat dipelihara jika faktor-faktor yang dapat menyebabkan perpecahan dapat dihindarkan.
Oleh itu, semua kaum yang ada di Malaysia ini harus memainkan peranan sewajarnya untuk
sma-sama membina dan menjaga kerukunan hidup serta keharmonian hidup jika semua kaum
di Malaysia dapat hidup bersatu-padu.
Rujukan
Ahmad, Z. A., & Zulkifly, M. (2006). Pengajian Malaysia. Pearson/Prentice Hall.

BeritaMedia Corp. (2019, March 6). Watak Upin Ipin diangkat sebagai duta harmoni. Retrieved from
BeritaMedia Corp: https://berita.mediacorp.sg/mobilem/hiburan/watak-upin-ipin-diangkat-
sebagai-duta-harmoni/4248406.html

Hanapi, M. H., Zakaria, N., Abdullah, N., M. M., Zahari, D. S., Jobar, N. A., & Zabit, M. N. (2020). The
Use Of Multimedia Materials To Develop Higher Order Thinking Skills In Writing Of Bahasa
Melayu Essay Among Orang Asli Primary School Study. Solid State Technology, 63(6), , 4796-
4808.

Jamaludin, S. A. (2014). Pendidikan UntukPerpaduan. Fakulti Pendidkan, Universiti Kebangsaan


Malaysia.

Mahdi, M. S., Yunos, Y., & Yusoff, M. Y. (2021). Strategi pemantapan perpaduan menerusi animasi
Upin & Ipin (Strategy to strengthen unity through Upin & Ipin animation). Geografia-
Malaysian Journal of Society and Space, 17(2).

Wikipedia. (2021, April 20). Ehsan (Upin&Ipin). Retrieved from Wikipedia:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Ehsan_(Upin_%26_Ipin)

WIkipedia. (2021, Mei 20). Perpaduan. Retrieved from WIkipedia:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Perpaduan
Tugasan 2

Sebagai seorang mahasiswa atau mahasiswi yang mengambil kursus ini, jelaskan
iktibar-iktibar yang dapat anda pelajari menerusi Topik 10 Hubungan Etnik dalam
Realiti Masyarakat Malaysia.

Topik 10 mengaitkan hubungan etnik dengan realiti masyarakat Malaysia yang


rencam dan bagaimana hubungan ini dapat dibangunkan dalam konteks reality masyarakat
Malaysia. Hubungan Etnik merupakan sebuah subjek yang mendalami pelbagai aspek,
sebagai contoh membincangkan tentang konsep pembinaan negara bangsa dan kepentingan
kesepaduan etnik yang harmoni untuk memastikan Malaysia berjaya dalam membina negara
bangsanya yang tersendiri

Topik ini telah memberi kesedaran kepada saya mengenai perpaduan dalam kalangan
masyarakat majmuk Malaysia. Dimana konsep asas antara masyarakat serta budaya dapat
dikekalkan melalui kesefahaman yang dapat dilakukan jika terdapat penghargaan bersama di
antara setiap kaum dan kewujudan toleransi dalam kehidupan seharian. Seterusnya, saya juga
dapati bahawa hubungan etnik dapat disatukan dengan menghormati sistem Perlembagaan
Malaysia, Sikap imaginatif dan prasangka terhadap pentadbiran politik patut dielakkan
sesama kita. Oleh itu, saya dapati konsep segregasi, akomodasi, akulturasi, amalgamasi dan
asimilasi yang membentuk toleransi antara etnik kearah menghasilkan perhubungan sosial
dalam kehidupan seharian. Jika kita lihat Rukun Negara pula, ia adalah satu panduan untuk
rakyat Malaysia untuk menghormati dan membina hubungan yang baik antara rakyat.
Prinsip-prinsip yang dinyatakan harus dikekalkan dan sentiasa dipelihara. Rakyat juga harus
mengamalkan sikap tidak boleh mengambil mudah kestabilan, keharmonian dan perpaduan
yang kita capai setakat ini. Proses mewujudkan perpaduan di Malaysia diharapkan agar
berterusan dan apa yang telah dicapai setakat ini harus dipupuk dan diperkukuhkan.
Perpaduan adalah hadiah yang tidak ternilai melambangkan simbol kemanusiaan kita. Ia
adalah asas di mana kita membina hubungan keluarga, masyarakat dan Negara. Ianya juga
adalah ikatan permeteraian kenegaraan kita. Rakyat Malaysia yang berasal dari etnik yang
berbeza mesti selalu sedar akan keperluan untuk saling hormat-menghormati.

Selain itu, setiap rakyat Malaysia perlu mempunyai keazaman untuk mengambil
langkah pertama dengan membuat kawan dari pelbagai kaum. Rakyat Malaysia bukan sahaja
bergaul dalam komuniti mereka sendiri tetapi untuk keluar dan mula berinteraksi dengan
bangsa lain. Walaupun ini mungkin tidak menjadi masalah dalam persekitaran pejabat, ia
adalah cerita yang berbeza di luar persekitaran pejabat terutamanya kawasan kejiranan.
Semangat kejiranan boleh dipupuk melalui aktiviti-aktiviti Hari Keluarga atau Gotong
Royong dan ini harus melibatkan semua kaum. Seseorang perlu mengambil inisiatif untuk
menjalankan program-program kemasyarakatan. Tidak perlu menunggu seperti program
dianjurkan kerajaan atau NGO dan mereka perlu jalankan dalam semangat kejiranan.
Contohnya aktiviti-aktiviti pencegahan jenayah, semua kaum perlu terlibat kerana sesiapa
sahaja boleh menjadi mangsa jenayah.

Semangat patriotisme merupakan semangat yang dapat memupuk setiap individu.


Semangat ini harus dipupuk serta ditanamkan dalam jiwa setiap anak-anak sejak kecil lagi.
Tugas ibubapa sangat penting kerana anak-anak akan melihat cara mereka menghormati
setiap bangsa di Negara kita dan akan mencontohi ibubapa mereka. Malahan, sejarah Negara
sepatutnya diserapkan didalam anak-anak mereka melalui bahan-bahan yang dapat
menunjukkan bagaimana setiap kaum telah memainkan peranan masing-masing dalam
kemerdekaan serta pembangunan Negara ini. Selain itu, guru-guru juga tidak harus ditepikan
dalam isu ini kerana merekalah harus membimbing pelajar-palajar yang berbilang kaum di
sekolah mereka. Mereka harus melayan setiap pelajar dengan adil dengan apajua kaum
pelajar mereka . Sekolah harus melibatkan pelajar yang berbilang kaum disekolah tersebut
tanpa meminggirkan kaum-kaum tertentu. Kerajaan boleh memperkenalkan bahasa-bahasa
kaum lain sebagai satu subjek kapada semua kaum dan bukan sahaja mengalakkan bahasa
Malaysia. Cara ini setiap pelajar akan dapat mempelajari sedikit sebanyak mengenai bahasa
ibunda kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi bersama-sama apa jua pelajar berlainan
bahasa. Selain itu, institusi-institusi juga harus menekankan semangat patriotisme ini di
kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Kerajaan sepatutnya mengambil hubungan etnik ini
sebagai satu isu semasa yang dapat membina Negara kita. Ia juga harus diberikan tumpuan
yang lebih dan tidak mengunakannya sebagai kepentingan politik masing-masing.

Kesimpulannya, saya juga dapat mempelajari cara yang terbaik bagi mengekalkan
hubungan etnik dan menjaga serta menyuburkan keharmonian rakyat Malaysia dengan
memainkan peranan-peranan yang penting sebagai seorang rakyat Malaysia di dalam Negara
yang menuntut perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai