Anda di halaman 1dari 7

Kertas Kerja Perniagaan

Stevia Ferme
Aeon Station 18

1.0

PENGENALAN PERNIAGAAN
1.1

PENGENALAN
Perniagaan Stevia Ferme telah didaftarkan pada 12 Julai 2016 dengan SSM dan
bernombor pendaftaran IP0350382-A. Operasi utama perniagaan ini adalah dalam
menyediakan makanan dan minuman yang berasaskan pemanis stevia. Stevia
adalah sejenis tumbuhan herba yang menghasilkan pemanis semulajadi
Rebaudiana pada daun dan batangnya dimana ianya adalah lebih manis
daripada gula sebanyak 300 kali ganda. Ia tidak mengandungi kalori dan tidak
meningkatkan paras gula dalam darah. Pengambilan stevia dalam makanan dalam
jangka masa yang panjang dapat mengawal kandungan gula dalam darah serta
menghalang manusia dari menghidapi penyakit kencing manis. Kami memilih
Pusat membeli belah AEON sebagai pusat perniagaan kerana ianya adalah
kawasan tumpuan orang ramai yang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan
masyarakat dan umur. Adalah diharapkan dengan adanya kedai makanan ini,
bilangan pelanggan yang mengunjungi AEON akan semakin meningkat, dan pada
masa yang sama dapat meningkatkan taraf kesihatan pelanggan-pelanggan kedai
kami.

1.2

MISI DAN VISI


Kami percaya bahawa misi dan visi syarikat berfungsi lebih daripada sekadar
menggariskan objektif dan sasaran perniagaan. Ianya turut mencerminkan nilai
etika kami, kepercayaan kami, dan cara kami berurusan sehari-harian. Kerap kali,
ianya turut berfungsi sebagai pendorong kepada kami untuk terus maju ke
hadapan.
1.2.1

Visi
Menjadi pengeluar makanan berasaskan stevia yang unggul serta
menyumbang kepada peningkatan kesihatan rakyat Malaysia.

1.2.2

Misi
Menghasilkan pelbagai jenis produk baru dan inovatif berasaskan stevia
untuk dinikmati oleh pelanggan yang mengutamakan kesihatan.

2.0

OBJEKTIF KERTAS KERJA


Tujuan kertas kerja ini disediakan untuk membentangkan perancangan perniagaan Stevia
Ferme yang meliputi aspek pengurusan, pemasaran dan pentadbiran. Kos pelaburan
projek adalah dianggarkan sebanyak RM 50,000.00 dimana akan dibiayai dengan modal
pemilik sendiri serta pinjaman daripada SME.

3.0

LATAR BELAKANG
3.1

Latar Belakang Perniagaan


a)
b)
c)
d)
e)
f)

Nama Perniagaan
Alamat Perniagaan
No. Daftar Perniagaan
Tarikh Pendaftaran
Status Perniagaan
Aktiviti utama perniagaan

g)
h)
i)
j)

Tarikh memulakan perniagaan


Nama Bank Perniagaan
Nombor Akaun Bank
Modal Perniagaan

3.2

Latar Belakang Pemilik


a)
b)
c)
d)
e)
f)

3.3

Nama
No. Kad. Pengenalan
Umur
Jawatan
Alamat
No. Telefon

: Vincent Chong Mun Wai


: 880219-08-5241
: 28 tahun
: Pengarah/Pengusaha
: No 28, Taman Ramai, 31400 Bercham
: 0132547895

Latar Belakang Rakan Kongsi


a)
b)
c)
d)
e)
f)

4.0

: Stevia Ferme
: Aeon Station 18, Ipoh, Perak, Malaysia
: IP0350382-A
: 12 Julai 2016
: Perkongsian
: Menyediakan makanan/minuman/snek
berasaskan stevia.
: 1 Ogos 2016 (jangkaan)
: Maybank Berhad
: 06019020011705
: RM 50000

Nama
No. Kad. Pengenalan
Umur
Jawatan
Alamat
No. Telefon

: Mohamed Ilyas Bin Hasan


: 880219-07-5081
: 28 tahun
: Timbalan Pengarah/Pengusaha
: Taman Perpaduan, 31400 Ipoh
: 0132993216

STRATEGI PERNIAGAAN
4.1

Sasaran Pasaran
Fokus utama perniagaan ini adalah tertumpu kepada pelanggan yang melawat
AEON station 18 serta kawasan-kawasan sekitarnya. Lokasi ini adalah sangat
strategic kerana menjadi tumpuan ramai tidak kira bangsa atau usia. Ini
membolehkan kami mempromosikan produk stevia kepada pelbagai jenis lapisan
masyarakat dan mendapatkan pelanggan tetap.

4.2

Saiz Pasaran
Populasi pelanggan sasaran didalam kawasan perniagaan adalah seramai 5000
orang sehari

4.3

Persaingan
Terdapat pelbagai jenis kedai yang menjual snek dan makanan di AEON Station
18. Apa yang membezakan kami daripada kedai-kedai lain adalah dalam
penggunaan pemanis semulajadi, rendah kalori iaitu stevia. Kami adalah antara
pelopor pertama dalam perniagaan stevia berasaskan makanan/minuman/snek di
Aeon.

4.4

Strategi Pemasaran
Diantara strategi-strategi pemasaran kami adalah seperti berikut :
a)
b)
c)
d)
e)

Menyediakan kedai dengan ruang niaga yang tersusun, teratur dan selesa.
Menyewa kedai yang terletak di kawasan tumpuan pelanggan
Barangan dijual dengan harga yang lebih berpatutan daripada pesaing.
Menyediakan perkhidmatan kaunseling penyakit kepada pelanggan
Layanan mesra untuk setiap pelanggan bagi mendapat kesetiaan
pelanggan.

Dengan menjalankan strategi-strategi yang telah dikenalpasti diatas, Perniagaan


Stevia Ferme akan dapat berkembang dengan baik dan dapat menarik minat ramai
pelanggan.
5.0

RANCANGAN OPERASI
5.1

Cadangan Menu/ Harga Jualan


Bil.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Menu
Ais Krim Stevia berperisa buah-buahan
Ais Krim Stevia berperisa kekacang
Waffle
Fruit Salad
Healthy Sandwiches
Stevia flavoured drinks (Stevialiscious)

Harga
RM2/skop
RM2/skop
RM2.50/pek
RM3/cawan
RM3/pek
RM2/cup

5.2

Susun Atur Ruang Operasi

5.3

Design Kedai

5.4

Risiko Projek Dan Langkah-Langkah Untuk Mengatasi


a) Pengenalan produk baru kepada masyarakat adalah sukar sekiranya promosi
dan iklan yang dihasilkan adalah sukar untuk difahami. Kami menggunakan
strategi iklan infografik perubatan untuk mengajar pelanggan tentang
kepentingan penjagaan kesihatan dan pengawalan gula dalam darah

TAMAT

Anda mungkin juga menyukai