Anda di halaman 1dari 51

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN

ISLAM
DI MALAYSIA
BAB 1
PENDAHULUAN
Sebelum Tanah Melayu menerima Islam, ianya terlebih
dahulu dicorakkan dengan pengaruh Hindu-Buddha.
Akibat perkembangan pesat politik, sosial dan ekonomi di
Nusantara pada abad ke-15, maka Tanah Melayu turut
mengalami perubahannya.
Melaka yang menjadi pusat perdagangan terpenting pada
waktu tersebut telah menerima pedagang-pedagang Arab
yang bukan sahaja datang berdagang tetapi juga turut
berdakwah sehingga akhirnya Melaka berjaya di Islam kan.
Begitu juga perkembangan pesat pendidikan Islam di Pantai
Timur Semenanjung telah turut menyumbang kepada
pengukuhan Islam di Tanah Melayu.
KEDATANGAN ISLAM
Secara umumnya, kedatangan Islam
ke kepulauan Nusantara termasuklah
Tanah Melayu melalui 3 tahap:
Tahap Pertama: Persinggahan
Tahap Kedua: Pertapakan
Tahap Ketiga: Penyebaran
Secara Besar-Besaran
TAHAP PERTAMA: PERSINGGAHAN
Melalui Hubungan Secara Langsung:
Perdagangan : Kedatangan pedagang Arab dan Parsi
untuk membeli barangan seperti lada, rempah, kemenyan
dan kapur barus.
Melalui Hubungan Secara Tidak Langsung:
Melalui proses perdagangan Arab-Parsi dengan China.
Mereka menjadikan Melaka sebagai tempat persinggahan.
Proses persinggahan dan perdagangan ini
antara faktor tersebarnya Islam di Tanah Melayu
setelah pedagang-pedagang Muslim tersebut
mengambil peluang berdakwah tentang Islam.
Produksi rempah-rempah dunia (ton),
20032004, data dari FAOSTAT
India 1.600.000 86%
China 66.000 4%
Bangladesh 48.000 3%
Pakistan 45.300 2%
Turki 33.000 2%
Nepal 15.500 1%
Negara-
negara lain
60.900 3%
Total 1.868.700 100%
TAHAP KEDUA: PERTAPAKAN
Terdapat kesan pertapakan Islam di Asia Tenggara seperti: Pantai Barat Sumatera dan
Jawa semasa pemerintahan Bani Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah (750-1258)
Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M) berjaya mengislamkan Srindravarman (Raja
Srivijaya) di Jambi pada tahun 718M lalu terbentuklah penempatan Islam di sana.
Akibat pemberontakan Hwang Chao di Canton (878M), ramai pedagang Islam melarikan
diri ke Kedah.
Penemuan batu nisan jenis batu Acheh yang bertarikh abad ke-16 di Kampung Kota dan
Kampung Pulau Meranti Perak.
Penemuan dinar emas di Wakaf Baru yang tertulis al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan
557.
Penemuan tembaga purba yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah)
bertarikh 652H/1254M di Terengganu.
Daripada pertapakan dan penempatan yang wujud, maka tersebarlah Islam di
Nusantara termasuklah keTanah Melayu.
TAHAP KETIGA: PENYEBARAN SECARA
BESAR-BESARAN
Peringkat ini berlaku selepas kejatuhan Baghdad (1258M)
selepas serangan Mongol.
Perkembangan Islam berlaku secara besar-besaran dan dilakukan
sendiri oleh anak-anak tempatan Nusantara sendiri dan dibantu
oleh orang-orang India Muslim dan pendakwah Arab.
Pada abad ke-16 dan 17, ramai anak-anak tempatan pergi
menuntut ilmu di Mekah dan apabila pulang ke tanah air, mereka
bergiat aktif menyebarkan Islam kepada penduduk tempatan.
Dengan penglibatan aktif penduduk tempatan dalam
penyebaran ilmu, maka Islam menjadi semakin
berkembang dan menjadi agama utama yang dianuti
khususnya di Tanah Melayu.
Pertempuran Ain Jalut
Sebahagian daripada Pencerobohan Mongol terhadap Palestin
Tarikh 3 September 1260 M
Lokasi Ain Jalut, Galilee
[1]

Hasil Kemenangan muktamad Mamluk
Yang berperang
Kesultanan Mamluk Empayar Mongol
Kerajaan Georgia
Armenia Cilicia
Komander dan pemimpin
Saifuddin Muzaffar Al-
Qutuz
Baibars
Kitbuqa
Unit yang terlibat
Pasukan berkuda ringan
dan pemanah berkuda,
pasukan berkuda
berat,infantri,
pasukan meriamtangan
Tentera berkuda dan pemanah berkuda, 500
satria Armenia Cilicia dan para pengikut, infantri
Kekuatan
20,000
[2]
20,000
[2]
termasuk
Kerugian
berat kemusnahan hampir seluruh tentera
PENGARUH ISLAM DI TANAH
MELAYU
TANAH
MELAYU
ISLAM &
Kelantan
ISLAM
&Terengganu
ISLAM &
Kedah
ISLAM &
Perak
ISLAM &
Melaka
ISLAM &
negeri-negeri
lain
ISLAM DI KELANTAN
Daripada sumber China, India, Arab dan Jawa; Kelantan
seolah-olah dari awalnya dipengaruhi olej kerajaan-
kerajaan China, Funan, Langkasuka, Srivijaya Melayu dan
Majapahit.
Malah sehingga abad ke-15, Kelantan kelihatan
dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha sahaja.
Namun, proses pengislaman di Nusantara menjadikan
Kelantan diandaikan antara negeri terawal menerima Islam
di Pantai Timur Semenanjung.
Bukti penapakan Islam di Kelantan diketahui melalui
penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di Kota
Kubang Labu (Wakaf Baru) yang tertulis al-Mutawakkil
iaitu semacam gelaran kepada raja dan tulisan al-Julus
Kelantan 577 yang bermaksud menaiki takhta pada tahun
577 Hijrah/1181 Masihi.
SAMBUNGANKELANTAN
Jelaslah, sejak abad ke-12 lagi dikatakan sudah wujud sebuah
kerajaan Muslim di Kelantan.
Jika dirujuk kepada sejarah Dinasti Raja China yang berjudul
Ming Shih yang ditulis oleh Chang Ting-yu (1742), terdapat
kenyataan yang mengatakan pada tahun 1411 raja negeri
Kelantar iaitu Maharaja Kumar telah mengutus perwakilan ke
China untuk membawa ufti.
Pada 1412, Cheng Ho (Zheng He) diperintah oleh Maharaja
China membawa surat diraja serta hadiah kain sutera kepada
Raja Kelantan kerana kebaikan tingkah laku baginda. Tentang
nama Kumar, riwayat Kelantan mengatakan ia merupakan
kependekan daripada nama Engku Umar. Jelasnya, Kelantan
diperintah oleh kerajaan Islam sebelum Laksama Cheng Ho
melawat Kelantan pada 1412 .
SAMBUNGANKELANTAN
Perkembangan pesat Islam di Kelantan dengan
bercambahnya pusat pengajian pondok yang diasaskan
ulama-ulama terkenal Kelantan telah membuatkan
Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.
Raja Champa (Kemboja) iaitu Po Rome (1577-1637),
sebelum menaiki takhta, pernah menuntut ilmu agama
di Kelantan malah berkahwin dengan seorang puteri
Raja Kelantan. Setelah menaiki takhta, baginda
menukar nama sebagai Sultan Abdul Hamid Syah.
Hubungan rapat Kelantan-Champa ini berterusan
ketika itu sehingga terdapat tempat yang dinamakan
Kampung Pengkalan Chepa yang dianggap berasal
daripada nama Kampung Champa.
ISLAM DI TERENGGANU
Terengganu juga antara negeri terawal menerima
kemasukan Islam.
Seperti Kelantan, Terengganu sejak lama telah
berhubung dengan Khmer dan Campa, yang sejak abad
ke-11 sudah menerima Islam.
Dalam kegiatan perdagangan, Fo-lo-an atau Luala
Berang memainkan peranan penting sebagai pelabuhan
antarabangsa, di mana termasuklah para pedagang
Arab yang beragama Islam.
SAMBUNGANTERENGGANU
Antara bukti Islam bertapak di Terengganu ialah dengan
penemuan artifak abad ke-13 iaitu sebuah tembaga purba
yang bertulisan ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-
Taubah) bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat
pertahanan diri.
Islam berkembang pesat di Terengganu melalui pengajian
pondok. Antara ulama tempatan yang mengasaskan tradisi
pengajian pondok di Terengganu ialah mentua Sultan
Zainal Abidin 1 iaitu Tuk Pulau Manis.
Manakala ulama luar yang turut mengembangkan ajaran
Islam di Terengganu termasuklah dari Patani seperti Haji
Wan Mohammad Amin Wan Yaakob (Tok Syaikh Qadi) dan
anak tunggalnya Haji Wan Abdullah (Tok Syaikh Duyung).
SAMBUNGANTERENGGANU
Antara ulama Arab yang turut mengembangkan ajaran
Islam di Terengganu termasuklah Sayid Muhammad Zainal
Abidin al-Idrus (1795-1878) yang terkenal dengan gelaran
Tok Ku Tuan Besar dan anaknya sendiri Sayid Abdul
Rahman (Tok Ku Paluh).
Tok Ku Paluh dilantik sebagai Syaikh al-Ulama bagi
Dewan Ulama semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin
III (1881-1918) disamping mengarang banyak kitab
agama.
Tok Ku Paluh juga terlibat dalam menggubal Perlembagaan
Islam Terengganu pada 2 November 1911 yang dikenali
sebagai Itqan al-Muluk bi Tadil al-Suluk.
ISLAM DI KEDAH
Sesuai dengan kedudukan sebagai pusat perdagangan
tradisi yang terawal di Semenanjung sejak abad pertama
Masihi lagi, Kedah menerima Islam sejak kurun ke-9 lagi.
Antara bukti kemasukan Islam ke Kedah ialah melalui
catatan Arab yang menyatakan Kedah dikenali sebagai
Qaddah atau Kheddah.
Dalam kitab Akhar al-Sin wa al-Hind yang ditulis pada
tahun 850 pula menyatakan nama Kedah sebagai Kalah
atau Kalah-bar dan nama ini jugalah yang disebut oleh Ibn
Khurdazbih (850), al-Masudi (1956), Abu Dulaf (940), Ibn
al-Nadim (988), al-Biruni (973-1078) dan al-Idrisi (1156).
SAMBUNGANKEDAH
Menurut al-Muhallabi dalam kitabnya Kitab al-Masalik wa
al-Mamalik yang ditulis pada tahun 980, Kalah (Kedah)
merupakan bandar yang makmur yang ditempati oleh orang
Islam, Parsi dan India.
Penghijrahan ramai pelarian penduduk Arab dan Islam
daripada Canton China akibat pemberontakan Hwang Chao
telah menambahkan lagi komuniti Islam di Kedah
seterusnya menyebarluaskan lagi pengaruh Islam di bumi
Kedah.
Daripada sumber tempatan pula, penemuan inksripsi papan
batu di Gunung Jerai pada 1884 mengukuhkan lagi
kehadiran Islam ke Kedah.
SAMBUNGANKEDAH
Inskripsi papan batu itu hanya mengandungi tulisan
Ibn Sardan 214 Hijrah yang bersamaan tarikh 829
Masihi begitu penting bagi membuktikan bahawa
adanya orang Islam di Kedah yang bernama Ibn
Sardan/Sirdan pada tahun 829, atau meninggal dunia
pada tahun tersebut.
Malah penemuan dua keping wang dirham Baghdad di
Lembah Bujang yang bertarikh 234 Hijrah/848 Masihi,
iaitu dari zaman Khalifah al-Mutawakkil (847-861)
menguatkan lagi hujah yang Islam sudah bertapak di
Kedah pada waktu tersebut.
SAMBUNGANKEDAH
Tetapi bukti tempatan yang paling kuat ialah
penemuan batu nisan di Tanjung Aris Langgar yang
tercatat padanya nama Syaikh Abdul Qadir ibn Husin
Syah Alam yang bertarikh 291H/903 M.
Menurut sejarah, setelah beberapa abad agama Islam
berkembang di kalangan rakyat, barulah pada abad ke-
12 ia diterima oleh golongan pemerintah.
Tokoh ulama yang dikatakan telah mengislamkan
Maharaja Derbar Raja II pada tahun 531H/1137M
ialah Syaikh Abdullah bin Syaikh Ahmad bin Syaikh
Jafar Qaumiri dari Yaman.
SAMBUNGANKEDAH
Setelah memeluk agama islam, maka baginda Raja
Kedah telah menukarkan namanya kepada Sultan
Muzafar Syah 1 (1137-1179) dan negeri Kedah pula
digelar Darul Aman.
Syaikh Abdullah pula telah dilantik sebagai penasihat
sultan sehinggalah beliau meninggal dunia dan
dimakamkan di kawasan yang kini dikenali sebagai
Padang Tok Syaikh yang terletak di puncak Gunung
Jerai.
Setelah itu, bermulalah era perkembangan Islam yang
pesat di negeri Kedah.
ISLAM DI PERAK
Zaman pengaruh Islam di Perak bermula setelah
lenyapnya kerajaan Gangga Negara akibat serangan
Rajendra Chola pada tahun 1025/26. Kejatuhan
kerajaan Gangga Negara itu jugalah yang mendorong
munculnya kerajaan Beruas dan Manjung di Perak
yang dikatakan pendorong kewujudan pengaruh Islam
di Perak.
Pengaruh Islam di Perak dikatakan berasal daripada
Aceh iaitu terdapat banyak sekali batu nisan jenis Aceh
di Kampung Kota.
Bermula tahun 1528, Perak secara rasminya
mempunyai sultan yang menguasai seluruh negeri.

SAMBUNGANPERAK
Pertabalan Sultan yang menguasai seluruh negeri bermula
apabila Tun Saban dan Nakhoda Kassim telah mengadap
Sultan Mahmud Syah di Bentan, dengan meminta seorang
puteranya untuk dirajakan di Perak.
Lalu Sultan Mahmud mengirimkan puteranya dan menjadi
Raja Perak dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah I (1528-
1549), iaitu puteranya dengan isterinya yang bernama
Puteri Onang Kening dari Kelantan.
Walaupun tiada bukti terperinci tentang tokoh ulama yang
mengembangkan Islam di Perak, namun penemuan batu
nisan Muslim Aceh serta pemerintah yang memakai gelaran
sultan menjadi bukti bahawa Perak telah menerima
kemasukan Islam sejak awal abad ke 15 lagi.
ISLAM DI MELAKA
Pelbagai kontroversi bagi menyatakan siapakah raja
Melaka yang pertama sekali memeluk Islam dan
bertanggungjawab tersebarnya Islam di Melaka.
Ada yang mengatakan Parameswara adalah raja yang
pertama memeluk Islam pada tahun 1414 seterusnya
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.
Ada yang mengatakan yang pertama memeluk Islam ialah
Sultan Muhammad Syah. Pendapat lain pula mengatakan
raja yang ketiga Melaka iaitu Raja Tengah yang pertama
memeluk Islam hasil dakwah ulama Arab Maulana Sayid
Abdul Aziz dan menukar namanya kepada Sultan
Muhammad Syah (1424-1444)
SAMBUNGANMELAKA
Walau apapun perselisihan tentang siapakah raja
Melaka yang pertama memeluk Islam, apa yang
penting untuk diperkatakan di sini ialah Islam tersebar
dengan pesatnya di Melaka setelah rajanya menerima
dan memeluk Islam.
Islam berkembang melalui peranan beberapa orang
raja yang perihatin melalui kerjasama dengan ulama.
Pada abad ke-15, perkembangan Islam semakin pesat
di Melaka sehingga berjaya membentuk budaya baru.
Pengaruh Islam bertambah ketara dengan penyusunan
Hukum Kanun Melaka atau Undang-Undang Melaka.

SAMBUNGANMELAKA
Dasar hukum Islam yang dipakai lebih cenderung kepada
mazhab Syafii, sedangkan hukum adat berdasarkan adat
Temenggung.
Di samping itu, terdapat juga Undang-Undang Laut Melaka
yang juga mengandungi unsur-unsur Islam di dalamnya.
Antara tokoh-tokoh pendakwah yang bertanggungjawab
menyebarkan agama Islam di Melaka termasuklah
Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi
Yusuf, Qadi Menua, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar
Johan dan Maulana Jalaluddin. Mereka juga bertindak
sebagai penasihat sultan.
SAMBUNGANMELAKA
Seiring dengan kehadiran para ulama tersebut ke
Melaka, maka tersebarluaslah kitab-kitab agama di
Melaka. Antara kitab-kitab tersebut ialah Durr al-
Manzum oleh Abu Ishak al-Syirazi dan Insan al-Kamil
oleh Abdul Karim al-Jili, di samping pengajaran kitab-
kitab Minhaj al-Talibin karya al-Nawawi dan Ihya
Ulumiddin oleh al-Ghazali.
Malah karya-karya Islam juga turut diterjemahkan di
Melaka seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.
ISLAM DAN NEGERI-NEGERI LAIN
DI TANAH MELAYU
Perkembang pesat Islam di negeri-negeri Pantai Timur
Semenanjung dan Melaka telah menjadi faktor pendorong
kepada perkembangan ajaran Islam ke negeri-negeri lain di
Semenanjung Tanah Melayu.
Pengaruh Melaka yang kuat dari segi politik yang
mengembangkan jajahan takluknya telah turut sama
membawa Islam bersamanya.
Manakala negeri-negeri di sebelah Pantai Timur yang
terlebih awal mempunyai pusat-pusat pengajian Islam
berasaskan pondok telah menjadi tumpuan daripada negeri-
negeri lain untuk pergi menuntut ilmu agama di sana.
Ianya secara tidak langsung menjadi salah satu faktor
dalam membantu perkembangan Islam di Tanah Melayu.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM
MENGEMBANGKAN ISLAM DI TANAH MELAYU
Selepas kejatuhan Aceh sebagai pusat politik dan pengajian
Islam terkemuka di Indonesia, maka muncullah pusat-pusat
pengajian ditempat-tempat lain di Nusantara.
Ini termasuklah di Jawa, Banjar, Palembang, Pulau
Penyengat (Riau) dan Pattani.
Perkembangan pengajian Islam di Pattani sungguh
memberangsangkan dengan percambahan pusat-pusat
pengajian berasaskan pondok dan dapat dilihat sehingga ke
hari ini.
Dari Pattani, pendidikan Islam berkembang ke Tanah
Melayu termasuklah ke Terengganu, Kelantan, Kedah,
Perlis dan Pulau Pinang.

1) PENDIDIKAN ISLAM DI
TERENGGANU
Perkembangan pendidikan Islam di Terengganu mungkin
mendahului negeri-negeri lain di Tanah Melayu.
Berdasarkan catatan, pada akhir abad ke-17, sudah terdapat
institusi pondok di Pulau Manis yang diasaskan oleh
Syeikh Abdul Malik bin Abdullah atau lebih terkenal
dengan Tok Pulau Manis.
Akibat kejatuhan Pattani ke tangan Siam pada 1832, ramai
ulama Pattani berhijrah ke Terengganu termasuklah Syeikh
Dawud bin Abdullah al-Fatani yang tinggal di Pulau
Duyung, Syeikh Abdul Qadir di Bukit Bayas dan Haji Wan
Abdullah Amin (Tok Syeikh Duyung) di Sungai Duyung.

SAMBUNGAN.TERENGGANU
Selain itu, tokoh-tokoh keturunan Arab Sayyid al-Idrus juga
mempunyai sumbangan besar kepada perkembangan Islam
di Terengganu.
Antaran mereka ialah Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin
(Tokku Tuan Besar), dan anaknya Sayyid Abdul Rahman
(Tokku Paloh).
Selain itu, tokoh ulama Arab lain termasuklah Sayyid
Musyafa (Tokku Tuan Dalam) dan Sayyid Ahmad bin
Muhammad al-Idrus (Tokku Melaka).
Dengan usaha ulama-ulama Pattani dan Arab, maka
berkembanglah Islam di Terengganu menerusi pondok-
pondok pengajian yang diasaskan mereka.

2) PENDIDIKAN ISLAM DI KELANTAN
Jika terdapat bukti adanya terdapat pondok yang pertama di
Terengganu, tetapi Kelantan lebih menonjol sebagai pusat
pengajian Islam di Tanah Melayu.
Antara tokoh ulama awal di Kelantan yang aktif dalam
dakwah Islam ialah Syeikh Haji Abdul Halim yang menjadi
anak angkat kepada Sultan Long Yunus (1762-1794) yang
kemudiannya menjadi penasihat Sultan Muhammad 1
(1818-1837).
Selain itu, tokoh lain yang aktif ialah Haji Abdul Samad bin
Faqih Haji Abdullah (1792-1873) atau lebih terkenal
dengan gelaran Tok Pulau Chondong. Beliau telah
mengasaskan pendidikan sistem pondok pada 1820.
SAMBUNGAN.KELANTAN
Selepas itu, muncullah tokoh-tokoh ulama yang
istiqomah dalam mengembangkan dakwah Islam sama
ada melalui pendidikan di pondok-pondok ataupun
melalui karya-karya yang dihasilkan.
Antara ulama-ulama terkenal Kelantan termasuklah
Kelantan menjadi tumpuan para penuntut ilmu
sehingga digelar sebagai serambi Mekah.
3) PENDIDIKAN ISLAM DI KEDAH
Meskipun Kelantan dan Terengganu dikatakan sebagai
pusat awal perkembangan pendidikan pondok di Tanah
Melayu, akan tetapi terdapat maklumat yang mengatakan
terdapat ulama-ulama dan pondok-pondok yang wujud di
Kedah sejak abad ke-18 dan ke-19.
Antara ulama yang dinyatakan ialah Syeikh Abdul Jalil bin
Abdul Wahab dari Palembang yang dilantik sebagai mufti
negeri Kedah dan anaknya Syeikh Wan Abdul Qadir yang
dilantik menggantikannya.
Antara lain juga termasuklah ulama terkenal Kedah iaitu
Syeikh Abdul Samad al-Falimbangi iaitu anak Syeikh
Abdul Jalil dari isteri beliau yang lain.

SAMBUNGANKEDAH
Perkembangan pendidikan Islam di Kedah tidak hanya
dipelopori oleh ulama-ulama dari Palembang, bahkan
Kedah juga menerima kehadiran ulama dari keturunan
Banjarmasin.
Antara ulama-ulama Kedah dari Banjarmasin termasuklah
Haji Masud bin Abu Suud iaitu cucu Syeikh Muhammad
Arshad bin Abdullah al-Banjari (1710-1812). Haji Masud
di anggap sebagai perintis pembentukan sistem pengajian
pondok di Kedah.
Institusi pondok diperkemaskan oleh Muhammad Taib iaitu
anak Haji Masud dengan membuka pondok di Titi Gajah
sekitar 1870-an. Kesungguhan Muhammad Taib dalam
berdakwah di samping mengarang kitab menyebabkan
beliau dilantik sebagai mufti Kedah pada 1870.
SAMBUNGANKEDAH
Namun demikian, peranan ulama Pattani lebih
menonjol dalam mengembangkan pengajian pondok di
Kedah.
Antara ulama Pattani yang paling awal di Kedah ialah
Haji Wan Ishak yang mempunyai rangkaian pondok di
Pulau Pinang.
Antara ulama lain yang memainkan peranan besar
dalam mengukuhkan Islam di Kedah ialah Tuan
Hussain bin Nasir (1863-1935) dan Haji Wan Sulaiman
bin Sidek (1874-1935) yang menjadi Syeikh al-islam
Kedah selama 30 tahun.
4) PENDIDIKAN ISLAM DI PERAK
Perak juga mempunyai sejarah perkembangan
pendidikan Islam yang tersendiri.
Ada yang mengatakan pada abad ke-16, iaitu zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1, terdapat guru
agama dari Kampar Sumatera iaitu Syeikh Ibrahim
Mahmud datang ke Perak lalu mendirikan sebuah
surau di Bota Kanan dengan perkenan sultan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Shah XI
(1636-1653), terdapat pondok pengajian Islam telah
didirikan di Teluk Bakong oleh ulama Aceh,
kemudiannya berkembang ke Teluk Sareh dan Tebing
Pulai.
SAMBUNGANPERAK
Pada awal abad ke-19, sebuah pondok didirikan oleh
Syeikh Tuan Haji Junus dari Sematera di Malim Mawar.
Pada awal abad ke-20, perkembangan pondok berkembang
pesat di Perak. Pusat-pusat pengajian pondok di Perak
bukan sahaja menerima kedatangan ulama Aceh, akan
tetapi juga ulama-ulama dari Jawa dan Banjar.
Antara pondok-pondok terkenal di Perak termasuklah
Madrasah Saadiah Salihiyah di Temoh, pondok ar-
Rahmaniyyah di Gunung Semanggol, Madrasah Idrisiyyah
di Kuala Kangsar, pondok al-Ubudiyyah di Padang Rengas
dan Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah di Bagan Serai.
5) PENDIDIKAN ISLAM
DI NEGERI-NEGERI LAIN
Perkembangan pengajian ala pondok di negeri-negeri
lain tidaklah sepesat negeri-negeri Pantai Timur atau
Utara Semenanjung.
Di Selangor, terdapat madrasah yang pertama didirikan
di Sabak Bernam iaitu Madrasah Awwamiyah oleh
Mohd. Awam bin Mohd. Rosli. Namun, selepas itu
sepanjang 1930-1940 telah muncul madrasah-
madrasah lain dengan pesat. Antara tokoh-tokoh ulama
Selangor termasuklah Haji Mahmud dari Kampung
Baharu Sabak Bernam, Kiyai Mansur dari Batu 38 dan
Kiyai Nawawi serta Kiyai Karie dari Kampung Batu
36.
SAMBUNGAN.
Di Pahang, antara tokoh agama yang terkenal ialah
Haji Uthman bin Senik (1838-1918) yang
berketurunan Bugis. Beliau telah dilantik menjadi
mufti Pahang dan berkhidmat di bawah tiga orang
sultan.
Selain itu, tokoh lain termasuklah Haji Mohd. Hasan
bin Mohd. Senek yang menjadi mudir Madrasah al-
Attas, Ketapang Pekan yang diasaskan oleh Habib
Hassan al-Attas pada 1923.
Pondok-pondok lain di Pahang yang terkenal
termasuklah Pondok Bukit Keledang, Madrasah al-
Huda Padang Luas Triang dan di Kuala Lipis.
SAMBUNGAN
Di Negeri Sembilan, antara tokoh ulama terkenal ialah Haji
Ahmad bin Muhammad Said ad-Dandarawi (1912-1964)
yang pernah menjadi mufti Negeri Sembilan. Beliau
mendirikan Madrasah as-Saidiyyah di Negeri Sembilan
pada 1935.
Di Melaka, walaupun pernah terkenal dengan perdagangan
dan kemasukan Islam, namun dengan kebangkitan Aceh
pada ketika itu, kemasyurannya sebagai pusat
perkembangan islam mula merudum. Antara tokoh ulama
terkenal Melaka termasuklah Haji Abdul Latif Haji Tambi
(1880-1939) dan Haji Ahmad Haji Md. Kassim (1901-
1943) yang mengasaskan Madrasah Nur ad-Diniyyah di
Paya Rumput.
SAMBUNGAN
Di Johor, perkembangan pendidikan Islam banyak
bergantung kepada perkembangan Islam di Singapura.
Golongan yang banyak memainkan peranan dalam
perkembangan dakwah Islam di Johor ialah ulama
Arab berketurunan Sayyid Alawiah.
Antara madrasah yang didirikan di Johor dalam
memartabatkan pendidikan Islam termasuklah
Madrasah Haji Taib di Kampung Parit Jamil Muar
yang pernah dibantu oleh Syeikh Muhammad Tahir
Jalaluddin.
7.3.3.2 ISLAM MENURUT PERUNDANGAN
DI MALAYSIA
Disebutkan dalam Perlembagaan Persekutuan: Perkara 3.
Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan: Tetapi agama-
agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di
mana-mana Bahagian Persekutuan.



2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak
mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua Agama Islam
di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan
ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada
Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa
yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah
tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan
atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah
bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut
diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas
sifatnya sebagai Ketua Agama Islam membenarkan Yang di-
Pertuan Agong mewakilinya.
(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau
Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing
membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan
Agong kedudukan sebagai Ketua Agama Islam di Negeri
itu.
(4) Tiada apa-apa jua dalam ini mengurangkan mana-
mana peruntukan lain dalam Perlembagaan ini.
(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan
ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua
Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini
Parlimen boleh melalui undang-undang membuat
peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal
agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk
menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-
perkara yang berhubungan dengan agama Islam.
Perkara 32(1): Maka hendaklah ada seorang Ketua Utama
Negara bagi Persekutuan, digelar Yang di-Pertuan
Agong, yang hendaklah diberi keutamaan daripada segala
orang di dalam Persekutuan dan yang tidak boleh
dikenakan apa-apa jua pun prosiding di dalam mana-mana
mahkamah kecuali di dalam Mahkamah Khas yang
ditubuhkan di bawah Bahagian XV.
Perkara 32(3): Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih
oleh Majlis Raja-Raja bagi tempoh lima tahun, tetapi
boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya melalui
surat yang ditandatangani sendiri olehnya yang ditujukan
kepada Majlis Raja-Raja atau boleh dipecat daripada
jawatannya oleh Majlis Raja-Raja, dan hendaklah berhenti
memegang jawatan apabila terhenti menjadi Raja
Perkara 160: Tafsiran:-
Orang Melayu" ertinya seseorang yang menganuti
agama I slam, lazim bercakap bahasa Melayu,
menurut adat Melayu dan:-
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan
atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka
dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau
di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka
berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian
Perkara 12 (2): Tiap-tiap kumpulan agama berhak
menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi
pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu
sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas
alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang
berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam
pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah
sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan
atau menyenggarakan atau membantu dalam
menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi
I slam atau mengadakan atau membantu dalam
mengadakan ajaran dalam agama I slam dan melakukan
apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi
maksud itu.
Bahkan Mahkamah Syariah juga mempunyai
kedudukan tertentu yang istimewa dalam
Perlembagaan Persekutuan.
Perkara 121(1A): Mahkamah yang disebut dalam Fasal
(1) tidaklah mempunyai bidang kuasa berkenaan
dengan apa-apa perkara dalam bidang kuasa
mahkamah Syariah.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan, perkembangan Islam di Tanah Melayu
dilihat hasil kesungguhan para Sultan ketika itu dalam
memartabatkan Islam sehingga perkenan memasukkan
elemen-elemen Islam dan undang-undang seperti yang
telah dibincangkan dalam Hukum Kanun Melaka dan
Undang-Undang Laut Melaka.
Para pemerintah juga teramat memuliakan para ulama
dengan memberikan ruang yang seluas mungkin dalam
berdakwah dan mendirikan pondok-pondok pengajian.
Bahkan ada diantara mereka dilantik menjadi penasihat
baginda Sultan.
Kerjasama erat umarak dan ulama inilah yang menjadikan
Islam kekal di anuti oleh masyarakat Melayu hingga ke hari
ini.
RUJUKAN:
Abdul Rahman Haji Abdullah ( ),Pemikiran Islam di
Malaysia: Sejarah dan Aliran, ___: Gema Insani Press
Abdul Rahman Haji Abdullah (1989) Islam dalam
Sejarah Asia Tenggara Tradisional, Kuala Lumpur:
Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah dan
Tamadun Asia Tenggara, Seri Kembangan: Lohprint
Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai