Anda di halaman 1dari 55

SEJARAH PERKEMBANGAN ISLAM DI

SEM. TANAH MELAYU/ MALAYSIA

BAB 1

Pendahuluan
Sebelum TM Islam Pengaruh Hindu-Buddha.
Perkembangan pesat politik, sosial & ekonomi di Nusantara

pada abad ke-15, Tanah Melayu turut alami perubahan.


Melaka - Pusat perdagangan
Pedagang Arab - Berdagang & Berdakwah
Perkembangan pesat pendidikan Islam di Pantai Timur

Sem. turut menyumbang kepada pengukuhan Islam di TM

KEDATANGAN ISLAM
Secara umumnya,
kedatangan Islam ke
kepulauan Nusantara
termasuklah Tanah
Tahap
Melayu
melalui
3 tahap:
Pertama:
Persinggahan
Tahap Kedua:
Pertapakan
Tahap Ketiga:
Penyebaran Secara

Tahap Pertama: Persinggahan


Melalui Hubungan Secara Langsung:
Perdagangan : Kedatangan pedagang
Arab & Parsi membeli barangan: lada,
rempah, kemenyen & kapur barus.
Melalui Hubungan Secara Tidak
Langsung:
Melalui proses perdagangan Arab-Parsi
dengan China. Melaka sebagai tempat
Prosespersinggahan.
persinggahan dan
perdagangan ini antara faktor
tersebarnya Islam di Tanah Melayu
setelah pedagang-pedagang
Muslim tersebut mengambil
peluang berdakwah tentang Islam.

Tahap Kedua: Pertapakan


Terdapat kesan pertapakan Islam di Asia
Tenggara seperti: Pantai Barat Sumatera
dan Jawa semasa pemerintahan Bani
Umayyah (661-750) dan Bani Abasiyyah
(750-1258)
Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)
berjaya mengislamkan Srindravarman
(Raja Srivijaya) di Jambi pada tahun 718M
lalu terbentuklah penempatan Islam di
sana.

Akibat pemberontakan Hwang Chao di


Canton (878M), ramai pedagang Islam
melarikan diri ke Kedah.

Tahap Kedua: Pertapakan


Penemuan batu nisan jenis batu Acheh
bertarikh abad ke-16 di Kampung Kota dan
Kampung Pulau Meranti Perak.
Penemuan dinar emas di Wakaf Baru yang
tertulis al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan
557/ 1181
Penemuan tembaga purba yang bertulisan
ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan atTaubah) bertarikh 652H/1254M di
Terengganu.
Daripada pertapakan dan penempatan
yang wujud, maka tersebarlah Islam di
Nusantara termasuklah keTanah Melayu

------------------------------------- UniKL MFI --------------------------------------

----------------------------------------------- MPW 1143/ 2143 -----------------------------------------

Tahap Kedua: Pertapakan


Khalifah Umar Abdul Aziz (717-720M)
berjaya mengislamkan Srindravarman
(Raja Srivijaya) di Jambi pada tahun 718M
lalu terbentuklah penempatan Islam di
sana.
Penemuan batu nisan jenis batu Acheh
yang bertarikh abad ke-16 di Kampung
Kota dan Kampung Pulau Meranti Perak.
Penemuan dinar emas di Wakaf Baru yang
tertulis al-Mutawakkil dan al-Julus Kelantan
557
Penemuan tembaga purba yang bertulisan ayat
al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah)
bertarikh 652H/1254M di Terengganu.
Daripada pertapakan dan penempatan
yang wujud, maka tersebarlah Islam di
Nusantara termasuklah keTanah Melayu

Tamadun Islam
Era Rasulullah SAW 570M - 610 623- 632M (23 Tahun)
Era Khulafa al-Rasyidin 632 661 (29 Tahun)
Tamadun Umaiyah 661 - 750 (89 tahun)
Tamadun Abbasiyah 750 1258 (508 tahun)
Tamadun Andalusia 710 1492 (782 tahun)
1174 Salahuddin al-Ayyubi Mesir
Turki Uthmaniyyah 1300 - 1924 (624 tahun)
Wahhabisme 1700
Tanah Melayu 1400/ 1957 2020 (63 tahun)
11

2/4/16

Tahap Ketiga: Penyebaran Secara


Besar-Besaran
Selepas kejatuhan Baghdad (1258M) oleh
serangan Mongol.
Perkembangan Islam berlaku secara
besar-besaran dan dilakukan sendiri oleh
anak-anak tempatan Nusantara sendiri
dan dibantu oleh orang-orang India
Muslim dan pendakwah Arab.
Pada abad ke-16 dan 17, ramai anakanak tempatan pergi menuntut ilmu di
Mekah dan apabila pulang ke tanah air,
mereka bergiat aktif menyebarkan Islam
kepada penduduk tempatan.
Penglibatan aktif penduduk tempatan
dalam penyebaran ilmu - Islam semakin
berkembang dan menjadi agama utama
yang dianuti khususnya di Tanah Melayu.

PENGARUH ISLAM DI TANAH


MELAYU
ISLAM &
Kedah

ISLAM &
Perak

ISLAM
&Terengg
anu

ISLAM &
Kelantan

ISLAM &
Melaka

TANAH
MELAY
U

ISLAM &
negeri2
lain

Islam & Kelantan


Sumber China, India, Arab dan Jawa; Kelantan awalnya

dipengaruhi kerajaan-kerajaan China, Funan, Langkasuka,


Srivijaya Melayu dan Majapahit.
Hingga abad ke-11, Kelantan dipengaruhi Hindu-Buddha.
Proses pengislaman di Nusantara - Kelantan diandaikan antara

negeri terawal terima Islam di Pantai Timur Semenanjung.


Bukti - Penemuan sekeping dinar emas pada tahun 1914 di

Kota Kubang Labu (Wakaf Baru) tertulis al-Mutawakkil Gelaran kepada raja dan tulisan al-Julus Kelantan 577
bermaksud menaiki takhta pada tahun 577 Hijrah/1181 Masihi
(Abbasiyah).

SambunganKelantan
Sejak abad ke-12 - Kerajaan Muslim Kelantan.
Rujukan sejarah Dinasti Raja China - Ming Shih

tulisan Chang Ting-yu (1742) - 1411 raja


Kelantan Maharaja Kumar utus perwakilan ke
China bawa ufti.
1412, Cheng Ho (Zheng He) diperintah
Maharaja China bawa surat diraja serta hadiah
kain sutera kepada Raja Kelantan.
Raja Kumar - Engku Umar.
Kelantan diperintah kerajaan Islam sebelum
Cheng Ho lawat Kelantan 1412 .

SambunganKelantan
Perkembangan pesat Islam - Bercambahnya pusat

pengajian pondok yang diasaskan ulama-ulama


terkenal
Kelantan dikenali sebagai Serambi Mekah.
Raja Champa (Kemboja) Po Rome (1577-1637),
sebelum menaiki takhta, pernah menuntut ilmu
agama di Kelantan
Berkahwin dengan seorang puteri Raja Kelantan.
Setelah menaiki takhta, tukar nama Sultan Abdul
Hamid Syah.
Hubungan rapat Kelantan-Champa ini berterusan
Tempat - Kampung Pengkalan Chepa - Dianggap
berasal daripada nama Kampung Champa.

Islam & Terengganu


Terengganu antara negeri terawal terima kemasukan Islam.
Terengganu sejak lama telah berhubung dengan Khmer dan

Champa, yang sejak abad ke-11 sudah menerima Islam.


Dalam kegiatan perdagangan, Fo-lo-an atau Kuala Berang
memainkan peranan penting sebagai pelabuhan
antarabangsa, termasuklah para pedagang Arab yang
beragama Islam.

SambunganTerengganu
Bukti - Penemuan artifak abad ke-13 - Sebuah tembaga purba

yang bertulis ayat al-Quran (surah al-Kahfi dan at-Taubah)


bertarikh 652 Hijrah/1254 Masihi sebagai alat pertahanan diri.
Islam berkembang pesat di Terengganu melalui pengajian

pondok. Antara ulama pondok tempatan ialah mentua Sultan


Zainal Abidin 1 iaitu Tuk Pulau Manis.
Ulama luar yang turut kembangkan ajaran Islam Termasuk

dari Patani - Haji Wan Mohammad Amin Wan Yaakob (Tok


Syaikh Qadi) dan anak tunggalnya Haji Wan Abdullah (Tok
Syaikh Duyung).

SambunganTerengganu
Antara ulama Arab yang turut kembangkan ajaran

Islam - Sayid Muhammad Zainal Abidin al-Idrus


(1795-1878) - Terkenal dengan gelaran Tok Ku Tuan
Besar dan anaknya Sayid Abdul Rahman (Tok Ku
Paluh).
Tok Ku Paluh dilantik sebagai Syaikh al-Ulama bagi
Dewan Ulama semasa pemerintahan Sultan Zainal
Abidin III (1881-1918), mengarang banyak kitab
agama.
Tok Ku Paluh juga terlibat dalam menggubal
Perlembagaan Islam Terengganu pada 2 November
1911 (Itqan al-Muluk bi Tadil al-Suluk).

Islam dan Kedah


Pusat perdagangan tradisi yang terawal di

Semenanjung sejak abad pertama Masihi. Kedah


menerima Islam sejak kurun ke-9 lagi.
Bukti - Catatan Arab yang nyatakan Kedah
dikenali sebagai Qaddah atau Kheddah.
Kitab Akhar al-Sin wa al-Hind yang ditulis pada
tahun 850 -Menyatakan nama Kedah sebagai
Kalah atau Kalah-bar.
Nama ini juga disebut oleh Ibn Khurdazbih (850),
al-Masudi (1956), Abu Dulaf (940), Ibn al-Nadim
(988), al-Biruni (973-1078) dan al-Idrisi (1156).

SambunganKedah
Al-Muhallabi - Kitab al-Masalik wa al-Mamalik

yang ditulis
980, Kalah (Kedah) bandar
makmur yang dihuni orang Islam, Parsi & India.
Penghijrahan ramai pelarian penduduk Arab dan
Islam dari Canton China akibat pemberontakan
Hwang Chao tambahkan lagi komuniti Islam di
Kedah & sebarluaskan
pengaruh Islam di
Kedah.
Penemuan inksripsi papan batu di Gunung Jerai
1884 bukti kukuh Islam di Kedah.

SambunganKedah
Inskripsi papan batu bertulis Ibn Sardan

214H/ 829M buktikan adanya orang Islam


di Kedah bernama Ibn Sardan/Sirdan
pada 829/ meninggal tahun tersebut.
Malah

penemuan dua keping wang


dirham Baghdad di Lembah Bujang
bertarikh 234H/848M, zaman Khalifah alMutawakkil (847-861) kuatkan hujah
Islam bertapak di Kedah.

SambunganKedah
Bukti tempatan terkuat - Penemuan batu nisan di

Tanjung Aris Langgar, tercatat nama Syaikh Abdul


Qadir ibn Husin Syah Alam bertarikh 291H/903 M.
Menurut sejarah, setelah beberapa abad agama
Islam berkembang di kalangan rakyat, abad ke12 baru diterima golongan pemerintah.
Tokoh ulama yang dikatakan Islamkan Maharaja
Derbar Raja II pada tahun 531H/1137M - Syaikh
Abdullah bin Syaikh Ahmad bin Syaikh Jafar
Qaumiri dari Yaman.

SambunganKedah
Setelah memeluk agama Islam, Raja Kedah

tukar nama kepada Sultan Muzafar Syah 1


(1137-1179) dan Kedah digelar Darul Aman.
Syaikh Abdullah dilantik sebagai penasihat
sultan
hingga
beliau
meninggal
dan
dimakamkan di kawasan yang
dikenali
sebagai Padang Tok Syaikh di puncak Gunung
Jerai.
Setelah itu, bermulalah era perkembangan
Islam yang pesat di negeri Kedah.

Islam dan Perak


Pengaruh Islam di Perak bermula setelah lenyapnya

kerajaan Gangga Negara akibat serangan Rajendra


Chola pada 1025/26.
Kejatuhan kerajaan Gangga Negara Muncul kerajaan
Beruas dan Manjung di Perak yang dikatakan
pendorong kewujudan pengaruh Islam di Perak.
Pengaruh Islam di Perak - Berasal daripada Aceh Terdapat banyak sekali batu nisan jenis Aceh di
Kampung Kota.
Bermula
tahun 1528, Perak secara rasminya
mempunyai sultan yang kuasai seluruh negeri.

SambunganPerak
Pertabalan Sultan yang kuasai seluruh negeri bermula

apabila Tun Saban dan Nakhoda Kassim mengadap


Sultan Mahmud Syah di Bentan, minta seorang
puteranya untuk dirajakan di Perak.
Sultan Mahmud kirimkan puteranya menjadi Raja Perak
bergelar Sultan Muzaffar Syah I (1528-1549), putera
dengan isterinya Puteri Onang Kening dari Kelantan.
Tiada bukti terperinci tentang tokoh ulama yang
kembangkan Islam di Perak, namun penemuan batu
nisan Muslim Aceh serta pemerintah yang memakai
gelaran sultan jadi bukti bahawa Perak telah terima
kemasukan Islam sejak awal abad ke 15.

Islam dan Melaka (1400-1511)


Kontroversi - Siapakah raja Melaka yang pertama

peluk Islam dan bertanggungjawab sebar Islam di


Melaka.
Dikatakan Parameswara pertama peluk Islam 1414
dan tukar nama kepada Sultan Iskandar Syah.
Dikatakan juga Sultan Muhammad Syah.
Pendapat lain pula katakan raja yang ketiga Melaka.
Raja Tengah yang pertama peluk Islam hasil dakwah
ulama Arab Maulana Sayid Abdul Aziz dan tukar
nama kepada Sultan Muhammad Syah (1424-1444)

SambunganMelaka
Walau banyak perselisihan tentang siapakah

raja Melaka yang pertama peluk Islam, apa


yang penting, Islam tersebar dengan
pesatnya di Melaka setelah rajanya
menerima dan memeluk Islam.
Islam berkembang melalui peranan
beberapa orang raja yang perihatin melalui
kerjasama dengan ulama. Pada abad ke-15,
perkembangan Islam semakin pesat di
Melaka hingga berjaya bentuk budaya baru.
Pengaruh Islam bertambah ketara dengan
penyusunan Hukum Kanun Melaka atau
Undang-Undang Melaka.

SambunganMelaka
Dasar

hukum Islam yang dipakai lebih


cenderung kepada mazhab Syafii, hukum adat
berdasarkan adat Temenggung.
Terdapat juga Undang-Undang Laut Melaka yang
juga mengandungi unsur-unsur Islam
di
dalamnya.
Tokoh
pendakwah yang bertanggungjawab
sebark agama Islam di Melaka:
Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar,
Qadi Yusuf, Qadi Menua, Qadi Menawar Syah,
Maulana Sadar Johan dan Maulana Jalaluddin.
Mereka juga bertindak sebagai penasihat sultan.

SambunganMelaka
Seiring dengan kehadiran para ulama ke

Melaka, maka tersebarluas kitab-kitab


agama di Melaka.
Durr al-Manzum oleh Abu Ishak al-Syirazi
dan Insan al-Kamil oleh Abdul Karim al-Jili,
di samping pengajaran kitab-kitab Minhaj
al-Talibin karya al-Nawawi dan Ihya
Ulumiddin oleh al-Ghazali.
Karya Islam juga turut diterjemahkan di
Melaka - Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat
Muhammad Ali Hanafiah.

Islam dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu


Perkembangan pesat Islam di negeri Pantai Timur

Sem.
dan
Melaka
jadi
faktor
pendorong
perkembangan ajaran Islam ke negeri lain di Sem.
TM.
Pengaruh Melaka yang kuat dari segi politik yang
kembangkan
jajahan
takluknya
turut
sama
membawa Islam bersamanya.
Negeri Pantai Timur yang lebih awal mempunyai
pusat pengajian Islam berasaskan pondok telah jadi
tumpuan untuk tuntut ilmu agama.
Secara tidak langsung ianya jadi salah satu faktor
dalam membantu perkembangan Islam di TM.

PERANAN PENDIDIKAN DALAM


MENGEMBANGKAN ISLAM DI TANAH MELAYU
Selepas kejatuhan Aceh sebagai pusat politik dan

pengajian Islam terkemuka di Indonesia Muncul


pusat pengajian di tempat-tempat lain di Nusantara.
Ini termasuklah di Jawa, Banjar, Palembang, Pulau
Penyengat (Riau) dan Pattani.
Perkembangan pengajian Islam di Pattani sungguh
memberangsangkan dengan percambahan pusatpusat pengajian berasaskan pondok dan dapat
dilihat sehingga kini.
Dari Pattani, pendidikan Islam berkembang ke Tanah
Melayu termasuklah ke Terengganu, Kelantan,
Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

1) Pendidikan Islam di Terengganu


Perkembangan pendidikan Islam di Terengganu

mungkin dahului negeri lain di TM.


Catatan pada akhir abad 17 - Terdapat institusi
pondok di Pulau Manis diasaskan Syeikh Abdul
Malik bin Abdullah (Tok Pulau Manis).
Akibat kejatuhan Pattani ke tangan Siam 1832,
ramai ulama Pattani berhijrah ke Terengganu Syeikh Dawud bin Abdullah al-Fatani di Pulau
Duyung, Syeikh Abdul Qadir di Bukit Bayas dan
Haji Wan Abdullah Amin (Tok Syeikh Duyung) di
Sungai Duyung.

Sambungan.Terengganu
Tokoh

keturunan Arab Sayyid al-Idrus juga beri


sumbangan besar kepada perkembangan Islam di
Terengganu.
Sayyid Muhammad bin Zainal Abidin (Tokku Tuan Besar),
dan anaknya Sayyid Abdul Rahman (Tokku Paloh).
Tokoh ulama Arab lain - Sayyid Musyafa (Tokku Tuan
Dalam) dan Sayyid Ahmad bin Muhammad al-Idrus
(Tokku Melaka).
Dengan
usaha ulama Pattani dan Arab, Islam
berkembang di Terengganu menerusi pondok pengajian
yang diasaskan mereka.

2) Pendidikan Islam di Kelantan


Jika terdapat bukti terdapat pondok yang pertama

di Terengganu, Kelantan lebih menonjol sebagai


pusat pengajian Islam di TM.
Tokoh ulama awal di Kelantan yang aktif dalam
dakwah Islam ialah Syeikh Haji Abdul Halim, anak
angkat kepada Sultan Long Yunus (1762-1794)
kemudian jadi penasihat Sultan Muhammad 1
(1818-1837).
Tokoh lain yang aktif - Haji Abdul Samad bin Faqih
Haji Abdullah (1792-1873) (Tok Pulau Chondong).
Beliau asaskan pendidikan sistem pondok pada
1820.

Sambungan.Kelantan
Selepas itu, muncullah tokoh-tokoh ulama

yang istiqomah kembangkan dakwah Islam


sama ada melalui pendidikan di pondokpondok ataupun melalui karya-karya yang
dihasilkan.
Antara ulama-ulama terkenal Kelantan
termasuklah Tok Kenali, Tok Khurasan, Tuan
Tabal dll
Kelantan menjadi tumpuan para penuntut
ilmu sehingga digelar sebagai serambi
Mekah.

3) Pendidikan Islam di Kedah


Kelantan & Terengganu dikatakan pusat awal

perkembangan pendidikan pondok di TM,


terdapat maklumat yang nyatakan terdapat
ulama2 dan pondok2 yang wujud di Kedah sejak
abad ke-18 dan ke-19.
Ulama Kedah - Syeikh Abdul Jalil bin Abdul Wahab
dari Palembang dilantik sebagai mufti. Anaknya
Syeikh Wan Abdul Qadir menggantikannya.
Syeikh Abdul Samad al-Falimbani, anak Syeikh
Abdul Jalil dari isteri beliau yang lain.

SambunganKedah
Perkembangan pendidikan Islam - Dipelopori ulama

Palembang, dan juga dari keturunan Banjarmasin.


Ulama Banjarmasin - Haji Masud bin Abu Suud,
cucu Syeikh Muhammad Arshad bin Abdullah alBanjari (1710-1812), beliau dianggap perintis
pembentukan sistem pengajian pondok di Kedah.
Institusi pondok diperkemaskan oleh Muhammad
Taib, anak Haji Masud dengan membuka pondok di
Titi Gajah sekitar 1870-an.
Dilantik sebagai mufti Kedah pada 1870 kerana
kesungguhan berdakwah dan mengarang kitab.

SambunganKedah
Peranan ulama Pattani lebih menonjol

dalam kembangkan pengajian pondok di


Kedah.
Ulama Pattani paling awal di Kedah - Haji
Wan Ishak yang mempunyai rangkaian
pondok di Pulau Pinang.
Ulama lain yang mainkan peranan besar
kukuhkan Islam di Kedah ialah Tuan
Hussain bin Nasir (1863-1935) dan Haji
Wan Sulaiman bin Sidek (1874-1935)
yang menjadi Syeikh al-islam Kedah
selama 30 tahun.

4) Pendidikan Islam di Perak


Perak

- Sejarah perkembangan pendidikan


Islam tersendiri.
Dikatakan
pada
abad
ke-16,
zaman
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1,
terdapat guru agama dari Kampar Sumatera
iaitu Syeikh Ibrahim Mahmud datang ke Perak,
dirikan sebuah surau di Bota Kanan dengan
perkenan sultan.
Pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar
Shah XI (1636-1653),
terdapat pondok
pengajian Islam telah didirikan di Teluk Bakong
oleh ulama Aceh, kemudiannya berkembang
ke Teluk Sareh dan Tebing Pulai.

SambunganPerak
Awal abad 19, sebuah pondok didirikan Syeikh

Tuan Haji Junus dari Sematera di Malim Mawar.


Awal abad 20, Pondok berkembang pesat di
Perak. Pusat pengajian pondok menerima
kedatangan ulama Aceh, Jawa dan Banjar.
Pondok terkenal - Madrasah Saadiah Salihiyah,
Temoh,
Pondok
ar-Rahmaniyyah,
Gunung
Semanggol, Madrasah Idrisiyyah, Kuala Kangsar,
Pondok al-Ubudiyyah, Padang Rengas dan
Madrasah al-Akhlak al-Islamiyah, Bagan Serai.

5) Pendidikan Islam di Negeri-Negeri Lain


Perkembangan pengajian ala pondok di negeri lain

tidak
sepesat negeri Pantai Timur atau Utara
Semenanjung.
Selangor - Madrasah pertama didirikan di Sabak
Bernam - Madrasah Awwamiyah oleh Mohd. Awam
bin Mohd. Rosli.
Sepanjang 1930-1940 muncul banyak madrasah
lain.
Tokoh ulama Selangor - Haji Mahmud dari
Kampung Baharu Sabak Bernam, Kiyai Mansur dari
Batu 38 dan Kiyai Nawawi serta Kiyai Karie dari
Kampung Batu 36.

Sambungan.
Pahang - Tokoh agama terkenal Haji Uthman

bin Senik (1838-1918) keturunan Bugis. Mufti


Pahang berkhidmat di bawah tiga orang
sultan.
Haji Mohd. Hasan bin Mohd. Senek - Mudir
Madrasah al-Attas, Ketapang Pekan yang
diasaskan Habib Hassan al-Attas pada 1923.
Pondok-pondok lain - Pondok Bukit Keledang,
Madrasah al-Huda Padang Luas Triang dan di
Kuala Lipis.

Sambungan
Negeri

Sembilan - Tokoh ulama terkenal Hj


Ahmad bin Muhammad Said ad-Dandarawi
(1912-1964) - Pernah jadi mufti - dirikan
Madrasah as-Saidiyyah 1935.
Di Melaka - Pernah terkenal dengan perdagangan
dan kemasukan Islam - Kebangkitan Aceh ketika
itu, kemasyuran sebagai pusat perkembangan
Islam mula merudum.
Tokoh ulama terkenal - Haji Abdul Latif Haji Tambi
(1880-1939) , Haji Ahmad Haji Md. Kassim (19011943) yang mengasaskan Madrasah Nur adDiniyyah, Paya Rumput.

Sambungan
Perkembangan

pendidikan Islam Johor Banyak bergantung kepada perkembangan


Islam di Singapura.
Golongan Arab keturunan Sayyid Alawiah
mainkan
peranan
utama
dalam
perkembangan dakwah Islam di Johor
Madrasah di Johor - Madrasah Haji Taib di
Kampung Parit Jamil, Muar - Pernah dibantu
oleh Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin.

Kesimpulan
Perkembangan Islam di TM- Hasil kesungguhan

para Sultan memartabatkan Islam


Memasukkan
elemen-elemen
Islam
dan
undang-undang - Hukum Kanun Melaka &
Undang-Undang Laut Melaka.
Pemerintah amat muliakan ulama Beri ruang
dakwah & dirikan pondok pengajian.
Ulamak dilantik jadi penasihat Sultan.
Kerjasama erat umara & ulama jadikan Islam
kekal dianuti masyarakat Melayu hingga kini.

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari berkata Majlis Fatwa


Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang dalam perkara
berkaitan Islam kerana perkara itu merupakan urusan kerajaan
negeri.
Perkara berkaitan agama Islam urusan negeri-negeri, dan Majlis
Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai status di sisi Perlembagaan,
katanya
dalam
satu
kenyataan
semalam.
Pembahagian kuasa persekutuan-negeri yang meletakkan Islam di
tangan negeri-negeri dikekalkan oleh Perlembagaan Persekutuan."

Malaysia merupakan sebuah negara sekular dan


bukan Islam. Oleh itu, negara ini tidak perlu
mematuhi
mana-mana
titah
dikeluarkan
pemerintah negeri atau fatwa dikeluarkan Majlis
Fatwa Kebangsaan, kata pakar Perlembagaan, Dr
Aziz Bari.
Sultan Kedah yang kini merupakan Yang Di-Pertuan
Agong
memetik
keputusan
Majlis
Fatwa
Kebangsaan pada 1986 mengatakan sesetengah
perkataan termasuk kalimah Allah hanya eksklusif
kepada umat Islam, menimbulkan kebimbangan
kepada bukan Islam berhubung hak beragama
seperti dijamin Perjanjian Malaysia 1963.

Titah Raja-raja dan fatwa tidak boleh digunakan


kepada bukan Islam kerana ia melanggar hak
perundangan dan beragama mereka, kata
peguam Edmund Bon kepada The Malaysian
Insider.
Bukan Islam tidak boleh didakwa di Mahkamah
Syariah. Jadi mana-mana fatwa daripada Majlis
Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada bukan
Islam,
Katanya fatwa hanya terpakai kepada umat Islam
seperti
diputuskan
dalam
kes
Mahkamah
Persekutuan pada 2009 yang diputuskan oleh tiga
hakim dalam kes Sulaiman Takrib lawan Kerajaan
Negeri Terengganu; Kerajaan Malaysia (pencelah)

Pengasas Lawyers for Liberty Eric Paulsen juga


mengatakan tidak ada apa yang boleh dilakukan
oleh penguatkuasa agama terhadap bukan Islam.
Apa-apa titah dikeluarkan, sama ada daripada
Sultan atau Yang di-Pertuan Agong, tidak terpakai
kepada bukan Islam, kata Paulsen.
Walaupun Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(Jakim) atau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
mengeluarkan perintah, ia tidak memberi kesan
kepada bukan Islam.

Rujukan:

Abdul Rahman Haji Abdullah ( ),Pemikiran

Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran, ___:


Gema Insani Press
Abdul Rahman Haji Abdullah (1989) Islam
dalam Sejarah Asia Tenggara Tradisional,
Kuala Lumpur: Penerbitan Pena Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdullah (2000), Sejarah
dan Tamadun Asia Tenggara, Seri
Kembangan: Lohprint Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai