Anda di halaman 1dari 17

KERAJAAN KEDAH TUA

1.Kedah Tua yang terletak di Lembah Bujang merupakan sebuah lagi kerajaan
maritim yang sering disebut sumber China(dikenali sebagai Chieh-cha)
dan sumber India(dikenali sebagai Kataha).

2.Kerajaan ini berkembang maju antara abad ke 5-13 M dan merupakan


pelabuhan dan kerajaan tertua di pantai barat Semenanjung Tanah
Melayu.

3.Terletak di Sungai Mas dan kemudiannya berpindah ke Sungai Bujang.

4.Penduduknya menganuti agama Buddha dan kemudiannya mulai abad ke-11


agama Hindu pula dianuti. Ini terbukti oleh terjumpanya tinggalan candi
berunsur Hindu dan Buddha.

5.Memainkan peranan sebagai pelabuhan entrepot sebelum munculnya Melaka.


6.Bukti Kedah Tua berperanan sebagai pelabuhan enterpot:
– Penemuan tembikar China yang dihasilkan pada zaman Dinasti Tang,
Dinasti Song dan Dinasti Yuan.
– Penemuan pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah yang bertarikh
abad ke-9 – 10 M.
– Pelbagai jenis manik dari tempat seperti Indai, Sri Lanka dan Burma juga
ditemui.

7.Faktor yang mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kedah Tua:


– Gunung Jerai yang berdekatan merupakan mercu tanda yang dapat
memandu kapal-kapal pedagang keluar masuk pelabuhannya.
– Kedudukannya yang strategik di laluan perdagangang di Selat Melaka.
– Pelabuahannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya
dan monsun timur laut.
– Terdapatnya kemudahan-kemudahan seperti kemudahan memunggah,
memuat dan menyimpan barang serta bekalan minuman dan makanan.
– Kawasan sekitarnya yang kaya dengan hasil hutan.
– mudah memperolehbarangan luar seperti kain kapas, sustera, teh,
tembikar, kaca dan manik.

Gunung Jerai

Tamadun di selatan Kedah atau di Lembah Bujang (Serpent Valley ) di awal


abad Masihi hingga 20 Masihi mempunyai perhubungan yang sangat intim
dengan aktiviti perdagangan maritim di antara beberapa negara
di Asia, China, Asia Barat dan India.
KESULTANAN MELAYU
MELAKA
Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara pada tahun 1400.
Parameswara merupakan seorang putera raja dari Palembang. Parameswara
yang gagal membantu membebaskan kerajaannya daripada cengkaman
Majapahit telah melarikan diri ke Temasik.Temasik ketika itu adalah di bawah
naungan Siam. Di Temasik, beliau telah dilayan dengan baik oleh pemerintahnya
iaitu Temagi

Namun begitu, Parameswara telah merampas tampuk


pemerintahan Temasik selepas membunuh Temagi. Kerajaan Siam mengancam
untuk menyerang Temasik selepas mendapat berita mengenai rampasan kuasa
tersebut. Mendengar Siam bersiap sedia untuk menyerang Temasik,
Parameswara pun melarikan diri ke Muar. Apabila merasakan dirinya masih
belum selamat, Parameswara kemudian melarikan diri pula ke utara sehingga
tiba di sebuah perkampungan nelayan.

Peta perjalanan Parameswara dari Palembang ke Melaka


B. MELAKA MENDAPAT NAMA

Semasa tiba di sebuah perkampungan nelayan, Parameswara dan pengikutnya


berehat di bawah sepohon pokok. Parameswara telah melihat anjing
perburuannya ditendang oleh seekor pelanduk putih sehingga jatuh ke dalam
sungai. Peristiwa ini dianggap luar biasa kerana pelanduk yang kecil dapat
mengalahkan seekor anjing.

Kegagahan pelanduk menyebabkan baginda merasakan tempat itu istimewa


untuk mendirikan kerajaan. Oleh itu, baginda telah menamakan kawasan
tersebut sebagai Melaka sempena nama pokok tempat baginda berehat.

C. KEISTIMEWAAN MELAKA

1. Pokok bakau boleh dijadikan sumber kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok
api-api pula dijadikan benteng pertahanan.
2. Terdapat bukit yang boleh dijadikan petunjuk pelayaran. Dari bukit ini juga
mereka dapat mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.
3. Muara Sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung
daripada tiupan angin monsun sesuai dijadikan pelabuhan dan persinggahan
kapal.
KERAJAAN TEMASIK
BERDIRINYA TEMASIK
Setelah beberapa lama memerintah di Bintan akhirnya Sang
Nila Utama mendirikan kerajaan di Tumasik
(Singapura) mengingat Sang Nila Utama tempat leluhurnya
berasal di Palembang, Raja kerajaan Bintan dan juga sekarang
menjadi raja di Tumasik, maka ia diberi gelar Sri Tri Buana.
(Palembang, Bintan dan Tumasik). Perkembangan kerajaan
Tumasik sangat cepat dikarena lokasi yang sangat
strategis dilintas perdanganan.

Setelah Sri Tri Buana wafat kedudukannya digantikan oleh


Putranya yang bergelar Paduka Sri Rana Wikrama. Beberapa
keturunannya kemudian secara berturut-turut sampai akhirnya raja
Tumasik yang terakhir memerintah bernama Permaisyura, sering
disebut juga dengan Prameswara yang bergelar Raja Kecil Besar.

Semasa pemerintahan Prameswara inilah terjadi serangan dari


kerajaan Majapahit pada akhir abad ke XIV. Akhibat serangan
Majapahit tersebut memaksa Prameswara meninggalkan Tumasik
dan pergi ke Utara yaitu kedaratan Tanah semenanjung,
kemudian mendirikan kembali kerajaan baru yang sangat terkenal
yaitu kerajaan Melaka.
KERAJAAN TEMASIK
SEJARAH KEWUJUDAN KERAJAAN MELAYU LAMA (GANGGA NEGARA) - GREAT KINGDOM OF
GANGGA NEGARA

Kronologi Kerajaan Melayu Lama

Sejak zaman Melayu Awal lagi, kawasan perairan di negara kita telah menjadi
laluan perdagangan utama antara Timur dan Barat. Ini telah menyebabkan
kebanyakan kerajaan awal di negara kita menjadi tempat persinggahan para
pedagang terutamanya dari China dan India. Mereka telah mengumpulkan hasil
tempatan untuk didagangkan serta menjadi pusat perkembangan agama.
Keistimewaan Selat Melaka khususnya telah menjadi suatu laluan penting
kepada pedagang untuk berdagang dan mengembangkan ajaran agama .Faktor
ini disebabkan Selat Melaka terlindung daripada tiupan angina monsun dan juga
merupakan selat yang terpanjang di dunia yang membolehkan kapal besar
melaluinya. Oleh itu, kerajaan Melayu Awal terkenal sebagai pusat dagangan
manakala Selat Melaka sebagai jalan perdagangan. Keunikan ini telah menjadi
asas kegemilangan negara kita pada hari ini.

SEJARAH KERAJAAN GANGGA NEGARA

Kerajaan Gangga
Negara merupakan
sebuah kerajaan kuno
yang terdapat di negeri
Perak. Namun, terlalu
sedikit kajian dan bukti
serta jumpaan artifak
yang dapat menyokong
dan menyingkap rahsia
kewujudan kerajaan ini
serta kerajaan-kerajaan
awal yang lain yang
terdapat di negeri Perak. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Gangga Negara,
Beruas dan Manjung. Kerajaan Gangga Negara merupakan kerajaan terawal di
Perak dan kemudian apabila musnah barulah lahir dua buah kerajaan yang
mengambil alih kekuasaannya, iaitu Kerajaan Melayu Beruas dan kerajaan
Manjung. Berdasarkan sumber tempatan iaitu teks Sejarah Melayu, Kerajaan
Gangga Negara ialah sebuah kerajaan yang terletak di kawasan Sungai Dinding
iaitu dari Kuala Sungai Dinding ke Sungai Dendang dan merangkumi kawasan
Pengkalan Baharu, Segari, Beruas, Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput,
Pengkalan di Ipoh serta kawasan-kawasan sekitarnya. Gangga Negara
merupakan sebuah kerajaan yang kuat dan besar pada masa itu dan pusat
pemerintahannya sentiasa berubah-ubah.

LOKASI KERAJAAN GANGGA NEGARA

Melalui ayat ini maka jelaslah bahawa Gangga Nagara tersebut


kedudukannya di kawasan ke darat Dinding, di dalam negeri Perak. ‘Negeri’
kerajaan ini (ataupun letak istana rajanya) diberitahu secara terang dan jelas
dalam Sejarah Melayu iaitu lokasinya yang terletak di atas bukit. Persoalannya di
sini mengapa kedudukannya harus di atas bukit? Mengikut pandangan yang
diutarakan oleh Zaharah Mahmud dalam buku beliau yang mengulas sejarah
kerajaan ini iaitu dalam memperkatakan petempatan orang-orang Melayu
tradisional, beliau berpendapat kepentingan-kepentingan seperti, ‘‘political
strategy, beliefs and superstitions contributes to the final choices of areas of
traditional settlements’’. Yang demikian dari segi kepercayaan, maka terdirinya
kerajaan Gangga Nagara di atas bukit mengikut daripada Sejarah Melayu. Ini
dapat menjelaskan kepercayaan yang dianuti oleh orang-orang Hindu, yang
mana mereka mempercayai di atas bukit mahupun gunung itulah tempat yang
suci. Melihat dari aspek strategi sudah tentulah lokasi yang dipilih seperti yang
disebutkan itu penting dan lebih selamat.

Sumber tulisan Ptolemy dalam Geographike Huphegesis yang dicatatkan pada


tahun 150 Masihi ada menyebut tentang sebuah kerajaan yang bernama
‘Konkonagara’, yang dikatakan berlokasi di Sungai Bernam atau Sungai Perak.
Nama Konkonagara difahamkan seakan-akan menyerupai nama Gangga
Negara; dan sekiranya berasaskan kepada catatan Ptolemy ini maka kerajaan
tersebut sudah pun wujud sekitar kurun ke-2 lagi. Walau bagaimanapun, penulis
tidak akan menetapkan pada satu-satu lokasi bagi kedudukan kerajaan tersebut
secara spesifik oleh kerana hal ini sukar untuk disimpul. Namun dalam hal ini,
apa yang pasti bahawa kerajaan itu bertempat di negeri Perak sekarang ini dan
bertempat di sekitar kawasan yang meliputi kawasan Kinta, Utara Dinding dan
Kawasan Perak Tengah. Yang mana kawasan tersebut adalah luas. Tambahan
pula, tempat yang begitu tepat bagi kerajaan ini tidak dapat dibuktikan tanpa
mempunyai sebarang kesan atau artifak.
KERAJAAN CHI TU
CHI TU, TAMADUN EMAS MELAYU YANG HILANG DI BUMI KELANTAN

Chi Tu, sebuah kerajaan Melayu terawal, antara yang terawal pernah wujud di
muka bumi ini selain daripada Langkasuka, Funan, dan Champa. Kenapa tajuk
artikel ini berbunyi Chi Tu, Ibu Kepada Empayar Srivijaya? Itu akan kita
bincangkan nanti dalam perbincangan kita.

Menurut catatan sejarah, Chi Tu dijangka wujud sejak awal abad pertama
sebelum masihi, kira-kira 100 tahun sebelum Masihi. Boleh dikatakan kewujudan
Chi Tu ini berdiri dalam lingkungan 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa A.S [1]

Bercakap mengenai Chi Tu, sebenarnya ada misteri yang besar yang masih
menyelubungi kerajaan yang merupakan antara yang terawal milik bangsa
Melayu. Kewujudan Chi Tu sekaligus menidakkan dakwaan mereka yang
mengatakan bahawa orang Melayu asalnya daripada Sumtera dan Indonesia
kerana terbukti bahawa Chi Tu lebih lama daripada mana-mana kerajaan orang
Melayu di Sumatera dan Indochina (jika kita mengambil teori yang mengatakan
orang Melayu asal dari Yunnan, China walaupun teori ini kemudiannya tertolak
dalam bidang kajian sejarah Melayu)

Dari mana ya saya mahu mulakan penceritaaan saya mengenai Chi Tu ini ya?
Hmmm… oh ya apa kata saya menceritakan mengenai sejarah awal kerajaan
ini? Terdapat rekod sejarah yang mengatakan bahawa Chi Tu ini merupakan
sebuah kerajaan yang pernah berada di bawah jajahan sebuah lagi kerajaan
Melayu di Indochina yang bernama Funan. [2]
Apa yang menariknya mengenai Chi Tu kenapa kerajaan ini menjadi sangat
misteri ialah ianya hanya pernah disebut di dalam rekod China, zaman Dinasti
Sui, dan selepas itu, ianya seolah-olah terus lenyap dari lipatan sejarah.

Chi Tu mula dikenali oleh dunia ketika dalam catatan Dinasti Sui di mana dalam
catatan tersebut mengatakan mengenai hubungan pertama yang dibuat oleh
negara kota Melayu ini dengan kerajaan China Dinasti Sui pada lingkungan 581-
618 Masihi. Untuk membalas serta menunjukkan rasa hormat Empayar China
ketika itu, seorang utusan ataupun duta telah dihantar oleh kerajaan China ke
Chi Tu. Rekod tersebut merupakan antara rekod terawal yang bercerita
mengenai Chi Tu [3]

Menurut catatan China, diceritakan bahawa raja kerajaan Chihtu ini bersemayam
di sebuah kota yang bernama Seng-Chih yang dimana kekayaan dan kehebatan
kota ini dikatakan mempunyai tiga buah pintu gerbang, di mana setiap pintu
gerbang itu luasnya dikatakan sejauh 100 langkah kaki.

Di setiap pintu gerbang dikatakan terdapat ukiran indah mengenai pari-pari yang
sedang terbang, beberapa elemen agama Buddha, dan juga setiap pintu
gerbang dihiaskan dengan bunga emas yang merupakan sumber kekayaan Chi
Tu. Juga digantungkan sebuah loceng kecil pada setiap pintu gerbang.
Diceritakan juga bagaimana kerajaan ini tidak lekang dengan emas, sebagai
contoh sebuah kuil kecil yang dikelilingi dengan emas, atau hiasan utama bagi
kerajaan Chi Tu ini adalah bunga emas, di mana bunga emas boleh dilihat
merata-rata di sekitar istana dan negara kota. [4]

Diceritakan lagi dalam catatan China tentang Istana Chihtu yang dikatakan
bahawa kesemua pintu yang terdapat pada bangunan istana adalah menghadap
kearah utara. Takhta sang raja dibina tiga lapis tingginya dan setiap hari sang
raja akan jubbah berwarna merah mawar dan baginda memakai pelbagai kalung
dan perhiasan dari emas. Mahkotanya dihiasi dengan pelbagai bunga-bungaan
yang terbuat dari emas dan bertatahkan pelbagai hiasan daripada batu-batu
permata. Di sisi kanan dan kirinya ada empat orang wanita. Dikatakan juga
pengawal yang terdapat di dalam balai tersebut adalah lebih dari seratus orang.
Di belakang takhta tempat sang raja bersemayam pula wujud pintu gerbang yang
dibina daripada lima jenis kayuan wangi yang bercampur baur dengan emas dan
perak, serta dibelakang gerbang tersebut terdapat sebuah relung logam yang
berbentuk seperti api yang menyala yang turut diperbuat dari emas yang
berkilauan. [5]

Menurut Al Semantani, seorang pengkaji sejarah, makanan utama masyarakat


Chi tu adalah nasi dan catatan China ada menyebut semasa majlis keraian
dijalankan terhadap rombongan Maharaja Sui, mereka dihidangkan dengan kek
atau kuih yang berwarna kuning, merah, putih dan ungu ( mungkin prototaip awal
kuih lapis?) bersama-sama dengan daging lembu, daging kambing, ikan, penyu,
dan kerbau pendek. Putera Raja Chih tu Na ya jia atau Nayaka kemudiannya
mengiringi rombongan Maharaja Sui kembali ke China dengan membawa
hadiah-hadiah berupa barangan hasil keluaran tempatan dan ini termasuklah
mahkota emas berbetuk bunga raya dan kapur barus sebagai ufti kepada
Maharaja. Hadiah ini sebagai balasan kepada pemberian Maharaja Sui kepada
Raja Chih tu dan tanda bermulanya hubungan diplomatik dengan Maharaja
China tersebut.[6]
KERAJAAN BERUAS
Sejarah Kerajaan Beruas,Perak

Khazah Tidak Ternilai

Peta kedudukan BERUAS

Mengikut buku Sejarah Perak karangan TUN SERI LANANG,Beruas yang


terletak kira -kira 48 km dari Lumut ,Perak dibuka oleh Raja Acheh,iaitu MALIK
AL MANSUR pada kurun ke-15 selepas diusir dari istana kerana melakukan
perbuatan sumbang. Selepas penat penat belayar akhirnya rombongan Malik Al
Mansur sampai dan berehat di bawah pokok yang dikenali ''pokok beruas
''.Bermula dari sinilah Beruas mendapat namanya. Mengikut catatan sejarah ,di
sini terletaknya pusat pentadbiran dua kerajaan lama berusia ratusan tahun
lalu,iaitu KERAJAAN
MELAYU BERUAS dan GANGGA NEGARA.

Malahan menurut pengkaji sejarah ,kedu -dua kerajaan agung yang bertapak
kira -kira 600 tahun lalu itu dipercayai telah wujud lebih awal lagi daripada
KERAJAAN MELAYU MELAKA.

POKOK BERUAS
PORTUGIS

Faktor penjajahan Portugis

Kejatuhan Melaka ke tangan orang Portugis berlaku pada 1511. Portugis


berhasrat menggunakan pelabuhan Melaka sebagai pengkalan untuk mengawal
kuasa perdagangan mereka di Pulau Hindia Timur. Di samping itu, tujuannya
adalah untuk menghancurkan agama Islam dan mengembangkan agama
Kristian serta memecahkan monopoli perdagangan yang selama ini dikuasai oleh
orang Islam. Orang yang bertanggungjawab merencanakan strategi menawan
Melaka ialah Alfonso de Albuquerque. Bagi mencapai matlamatnya, Albuquerque
telah menawan Goa di India pada 1510 untuk dijadikan markas kekuasaan dan
gerakan Portugis di Timur. Pada 1509, Lopez de Sequeira telah dihantar untuk
memulakan hubungan dagang dengan Melaka. Setibanya mereka di Melaka,
rombongan Lopez de Sequiera telah ditahan.Walau bagaimanapun,Lopez de
Sequiera berjaya melarikan diri dan melaporkan peristiwa tersebut kepada
Alfonso de Albuquerque .Dengan alasan penahanan rombongan tersebut,
Alfonso de Albuquerque telah menghantar angkatan tenteranya untuk
menyerang Melaka. Serangan ke atas Melaka telah dimulakan pada 1 Julai
1511 tetapi tidak Berjaya dan akhirnya Melaka telah berjaya ditakluki oleh
Portugis pada bulan Ogos 1511 apabila Portugis menyerang Melaka Buat kali
kedua.

Alfonso De Albuquerque
Lopez De Sequiera

Kesan Penjajahan Portugis di Tanah Melayu

Portugis telah menjajah Melaka dari tahun 1511-1641 selama lebih kurang 130
tahun. Banyak kesan peninggalan Portugis yang dapat dilihat hingga ke hari ini,
antaranya lahirnya masyarakat Serani beragama Kristian di Melaka hasil
perkahwinan orang Portugis dengan penduduk tempatan. Wujud beberapa
perkataan yang berasal daripada bahasa Portugis yang digunakan dalam
Bahasa Melayu seperti almari, tuala, jendela dan garpu. Tarian dan nyanyian
masyarakat Portugis di Melaka menjadi warisan kesenian negara. Sebahagian
daripada binaan tinggalan Portugis seperti ‘A Farmosa’ dan ‘Gereja St. Paul’.

Reaksi Masyarakat Terhadap Penjajahan PortugiS

Reaksi Masyarakat Tanah melayu pada penjajahan Portugis pada masa ini
adalah menentang secara habis-habisan kerana salah satu faktor penjajahan
Portugis ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan agama Kristian
sedangkan di Melaka agama islam telah dianuti oleh majoriti masyarakat di
Melaka.Selain itu , dengan tindakan memecahkan monopoli perdaganagan telah
mendatangkan kemarahan masyarakat Tanah melayu terhadap portugis.

Pengajaran dan Kesan dari topik

Pengajaran yang kami perolehi daripada Zaman Penjajahan Portugis ke Melaka


ini ialah jangan mudah percaya akan tipu muslihat oleh kuasa asing misalnya
portugis pada permulaan hanya ingin berdagang tetapipada masa yang sama
mereka berhasrat untuk memecahkan monopoli perdagangan yang terdapat di
Melaka sejak Zaman Melayu Melaka lagi . Selain itu , Kita sebagai pengaut
agama Islam perlulah mempertahankan agama islam .
Kesannya , kita kita terlalu percayakan kata-kata kuasa asing maka , akan
musnahkan Negara yang telah dijuangkan oleh nenek moyang kita dahulu .
selain itu , jika kita tidak memepertahankan agama islam maka agama islam
tidakkan berkembang sehingga kini dan jika penyebaran agama Kristian pada
zaman Penjajahan portugis berjaya disebarkan maka, agama islam tidak akan
menjadi agama rasmi di Malaysia tetapi sebaliknya .
BELANDA

BELANDA (1641-1824)

 1616, Belanda telah menguasai Betawi (Batavia) di pulau jawa . Malah


Betawi telah dijadikan sebagai pusat perdagangan Belanda di kepulauan
Melayu Melaka .

 Penjajahan bertujuan :

a)Menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu .

b)Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri-negeri Melayu .

 1640 - Belanda bersatu dengan Johor untuk menyerang Melaka dan


dapat mengalahkan portugis selepas 6 bulan .

 1641 – Portugis kalah

 Belanda telah mewujudkan monopoli kepada seluruh perdagangan di


kepulauan Melayu Betawi dijadikan pusat perdagangan , Melaka sebagai
pengkalan untuk mengawal negeri-negeri Tanah Melayu yang kaya
dengan bijih timah .

 1942 – Belanda mendesak Johor untuk menandatangani perjanjian


perdagangan yang menetapkan semua kapal yang berlayar ke utara
melalui selat Melaka , hendaklah mendapat kebenaran daripada Belanda

 Kurun ke -18 , Belanda menghadapi tentangan dan persaingan daripada


Bugis

Belanda di Melaka

 Pada tahun 1619 , Belanda berjaya menguasai Betawi di Pulau Jawa


.Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan sebagai alternatif kepada
para pedagang dari seluruh dunia .Lama -kelaman ,situasi ini telah
menyebabkan kemerosotan populariti Portugis di Melaka
 Belanda telah beberapa kali melancarkan serangan ke atas
Melaka bagi memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap
sama sekali .Tindakan ini menarik pedagang -pedangan asing dan
serantau ke Betawi ,

Ilustrasi peta dan penjajahn Belanda


di Melaka

 Akhirnya pada tahun 1641 ,Belanda berjaya mengusir Portugis dari


Melaka dengan bantuan kerajaan Johor.

 Selepas menguasai Pelabuhan Melaka ,Belanda ( V. O .C ) telah


melaksanakan beberapa dasar demi menjayakan matlamat mereka
seperti yang berikut .

1. Mewajibkan setiap kapal pedagang mendapatkan pas


kebenaran berdagang di Melaka .

2. Memonopoli perdagangan bijih timah di negeri -negeri Melayu ( terutama


di Perak ,Selangor dan Sungai Ujong ) dengan menandatangani
perjanjian dengan raja-raja Melayu .

 Ketika menduduki Melaka , Belanda dikatakan telah mengumpul hasil-


hasil timah negeri-negeri Melayu berjumlah 500 ribu paun pada akhir abab
ke -17 hingga ke-18 .Dagangan timah sememangnya sangat berkembang
pada era ini .Pedagang Cina dikatakan amat meminati timah-timah dari
Tanah Melayu yang disebut lebih mudah ditempa berbanding dengan
timah dari Barat .

Kesan penjajahan
INGGERIS

Anda mungkin juga menyukai