Anda di halaman 1dari 9

PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DALAM KERAJAAN AWAL

PENGENALAN
- Sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat A. Tenggara secara umumnya telah megembangkan budaya
sendiri semenjak Zaman Logam
- Contoh amalan: Animisme
- Mulai abad ke-3 M, setelah wujud perhubungan dengan K. India, masyarakat A. Tenggara
- Masy. A. Tenggara mula menerima dan mengamalkan aspek kebudayaan India
(a) Sistem kepercayaan dan agama
(b) Sistem pemerintahan beraja
(c) Kesenian
(d) Kesusasteraan
- Warisan amalan itu sedikit banyak masih kekal
- Misalnya: Agama Buddha di Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam

Cara-cara Kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha


- Beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu & Buddha ke Asia Tenggara
- Pendapat:
1. Penaklukan – golongan Ksyatria atau tentera dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara
2. Perdagangan – golongan Vaisya atau pedagang dari India yang menjalankan perdagangan dengan pedagang
tempatan
3. Keagamaan – golongan Brahmin atau pendeta dari India yang datang ke Asia Tenggara untuk menjalankan
upacara keagamaan
4. Kebudayaan – pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik yang kemudiannya disesuaikan dengan
budaya tempatan untuk diamalkan
- Para sejarawan bersetuju dan menerima pendapat keempat.
- Ini diperkuatkan lagi oleh kajian arkeologi berdasarkan jumpaan seni arca yang kasar yang mempunyai langgam ciri A.
Tenggara ( Cth: Arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya )

Pengambilan Berbeza oleh Pemerintah Di Asia Tenggara


i. Pengambilan terus oleh pemerintah yang berbeza
- Aspek-aspek yang diambil dari India oleh seseorang pemerintah dengan pemerintah lain di A. Tenggara berbeza walaupun
pengambilan pada waktu yang sama
- Dilihat dalam aspek amalan kepercayaan
(a) Agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5M ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti
ialah Hindu
(b) Pada abad ke-7M, kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu mazhab Vishnu tetapi di Sumatera
& Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha Mahayana

ii. Pengambilan Aspek Kebudayaan Didorong Faktor Perdagangan


- Perdagangan antara A. Tenggara dengan India berlangsung semenjak abad ke-5SM
- Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari A. Tenggara
Sebab: Maharaja Vespian dari Rom memberhentikan perdagangan emas untuk mengelakkan kekurangan sumber tersebut di
Rom
- Keadaan ini memberikan ruang lebih luas terhadap perdagangan antara A. Tenggara dengan India sehingga kesan
daripada proses inimemperlihatkan pelbagai aspek kebudayaan India diterapkan dalam
(a) Pemerintahan & Pentadbiran
(b) Kesenian
(c) Kesusasteraan
Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan
(i) India memperkenalkan gelaran raja dan sistem beraja ke Asia Tenggara
- Dalam sistem beraja yang berbentuk piramid, raja berada di puncak pemerintahan. Seterusnya diikuti kerabat diraja, pembesar
dan pendeta Brahmin. Mereka diikuti pula oleh rakyat biasa dan akhirnya ialah golongan hamba di bawah sekali.

(ii) Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan


- Meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
- Perintah raja menjadi undang-undang
- Melanggar perintah raja bermakna menderhaka yang tidak boleh diampunkan
- Raja dikehendaki adil terhadap rakyat

(iii) Konsep dewa-raja yang menganggap raja sebagai bayangan tuhan diwujudkan
- Rakyat takut untuk menderhaka raja walaupun raja ridak berlaku adil
- Melahirlah konsep dewa-raja (raja tuhan) di A.Tenggara
- Dipercayai dewa-raja memiliki kesaktian dan lahirlah unsur mitos dan lagenda tentang asal-usul raja
Tujuan: Memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah

(iv) Pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja


Tujuan: ~Memperkuat lagi kedaulatan raja
~ Membezakan kedudukan raja daripada rakyat
- Upacara pertabalan dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira raja menganut Hindu atau Buddha

(v) Pendirian kompleks kota orde kosmos


Tujuan: Bercita-cita menjadi raja terulung (berkuasa terhadap seluruh alam semesta
Sebab: Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat
- Raja: Raja dewa/ Puncak
- Dibantu pembesar
Contoh: Setiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor
: Gol. Brahmin dalam upacara keagamaan
- Pada peringkat pentadbiran, raja dibantu pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera & hakim

KONSEP ORDE KOSMOS


i . Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
ii . Raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan
iii .Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma

Sistem Pentadbiran di Srivijaya


i. Konsep Pentadbiran
- Sistem pentadbiran di Srivijaya amat kompleks jika dibandingkan dengan sistem p’tadbiran kerajaan lain di Asia Tenggara
- Pengaruh India dalam sistem pemerintahan itu dalam konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana

Mengangkat Sumpah di Srivijaya


i . Dalam upacara angkat sumpah, datu akan minum air yang disiram pada batu bersurat
ii. Air dikumpulkan di bahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum
Tujuan: Menetapkan pembesar agar taat dan tidak berbelah kepada raja
iii. Upacara ini diketuai oleh Brahmin & disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja yang mengkhaniati
persetujuan atau sumpah tersebut
ii. Pentadbiran Pusat dan Daerah (Bawah Raja)
- Di bawah raja terdapat pen. pusat & daerah
- Pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja:
(a) Yuvaraja
(b) Pratiyuvaraja
(c) Raja kumara
(d) Raja putra (x)
- Seorang daripada 3 orang anak boleh menggantikan raja kecuali Raja putra
Sebab: Anak putra merupakan anak gundik

iii. Pentadbiran Pusat dan Daerah (Bawah Anak Raja)


- Di bawah anak raja terdapat: parvanda (digelar senapati) Ket. Pentadbiran Pusat
- Di bawah ket. p’tadbiran pusat terdapat: Hakim
Temenggung
Penghulu
Penyelia Perdagangan etc.
- Golongan paling bawah: Hamba
- Daerah ditadbir oleh datu (dilantik oleh raja) Datu
- Datu dibahagikan dua: a. Parvanda
(Keturunan raja)
b. Bhupati
(Orang kaya)

iv. Amalan Berhubung dengan taat Setia


- Setiap orang yang dilantik datu hendaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama
Telaga Batu di Palembang
Bukti: Jumpaan sebuah batu bersurat bertarikh 683M dengan ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung
(melindungi tulisan pada batu bersurat tersebut dan terdapat tempat air mengalir di bah. bawahnya)

TELAGA BATU
i . Merupakan salah satu tempat suci di Palembang
ii. Di situ terdapat sebuah perigi tua
iii. Pada tahun 1979, dijumpai arca Buddha daripada tanah liat dan inskripsi

Tegasan dan Iktibar


Perbincangan di atas memberikan beberapa pengajaran yang jelas kepada kita. Masyarakat di daerah Asia tenggara semenjak
dari zaman awal lagi telah terlibat dalam perdagangan laut dan kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa
luar seperti India.
Interaksi antarabangsa seperti ini membolehkan proses asimilasi* budaya berlaku. Kalau pada masa dahulu penganutan
unsur luar dapat disesuaikan dengan keadaan setempat, hal yang serupa juga seharusnya dapat dilakukan pada masa ini, iaitu
kita sebagai generasi muda seharusnya memainkan peranan mempertahankan asal budaya sendiri. Dengan itu, kita akan dapat
mempertahankan diri daripada mudah terpengaruh dengan unsur budaya luar yang bersifat negatif
Hal ini menunjukkan kepada kita beberapa aspek, daripada masyarakat dan pemer. negara kita, sebenarnya, mempunyai
tradisi yang berakar umbi semenjak sekian lama. Contohnya ialah sistem beraja di negara kita. Walau bagaimanapun , s. beraja
ini merupakan sistem universal, yakini sistem ini juga terdapat dalam negara atau tamadun lain sama ada di timur atau di barat.
Tidak ada negara yang boleh wujud dan kekal stabil tanpa sistem yang sah. Namun begitu, melalui perjalanan dan proses
sejarah, bentuk masyarakat dan pemerintahan ke arah yang lebih baik. Namun begitu, melalui perjalanan dan proses sejarah,
bentuk masyarakat dan p’rintahn’ di negara kitakita telah mengalami perubahan perlembagaan yang memenuhi aspirasi rakyat
dan peraturan moden. Sistem ini juga menjadi asas kepada rakyat untuk mematuhui pemerintah agar negara sentiasa aman &
sejahtera

ASIMILASI
Masyarakat manusia yang mempunyai latar belakang kebudayaan yang berbeza, saling berhubungan antara satu sama lain
dalam tempoh yang lama hingga menyebabkan muncul unsur percampuran antara kedua-dua budaya yang berbeza tadi

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan


(a) Seni Bina
- Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh kerajaan awal di seluruh A. Tenggara yang mempunyai pengaruh
Hindu dan Buddha
- Antara peninggalan ini ada yang berbentuk seni bina iaitu monumen
- Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama atau peristiwa
penting. Berupa
(a) Candi (kuil)
(b) Wat
(c) Stupa
(d) Arca
(e) Patung

(i) Candi
- Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha
- Berperanan dan berfungsi sebagai
(a) Rumah ibadat
(b) Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
(c) Tempat menyimpan patung dewa utama
(d) Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni bina
- Contoh:
(i) Angkor Wat melambangkan orde kosmos( Begitu juga dengan Candi Borobudur)
(ii) Di Thailand, Kemboja & Vietnam, rumah ibadat dikenali wat
(iii) Di Burma, disebut stupa
- Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah mula diperkenalkan di Indonesia
- Antara warisan candi yang terkenal di A. Tenggara:
(a) Candi Dieng, Indonesia
(b) Candi Prambanan, Indonesia
(c) Candi Borobodur, Indonesia
(d) Angkor Wat, Kemboja
(e) Candi di Chaiya & Yarang, Thailand
(f) Lembah Bujang, Kedah

Candi Dieng Angkor Wat

(ii) Patung
- Patung Avalokitesvara (观世音菩萨): Patung Buddha
- Patung dewa Visnu, Siva, Brahma, Durga & Lingga: Patung agama Hindu
- Patung seperti Drawapala & Nandiswara berperanan menjaga candi daripada dimasuki oleh roh jahat

Gaya Candi & Patung


- Gaya patung agama yang terdapat di A. Tenggara melambangkan salah satu pengaruh, sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, Pala
atau Cola.
Sebab: Amaravati, Gupta, Pallava, Pala & Cola merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama India
- Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama A. Tenggara
- Candi & patung agama Hindu dan Buddha yang djumpai di A. Tenggara boleh dikategorikan kepada beberapa jenis
(melambangkan zaman penciptaannya)
- Walaupun agama Hindu dan Buddha datang dari India, tetapi gaya seni bina arca & patung tersebut menunjukkan 2 tamadun
(India & Asia Tenggara)
- Contoh: Arca Buddha yang ditemui di Tapak 16A Lembah Bujang menunjukkan:
~Ciri campuran Gaya Sarnath dari India + Langgam seni arca tempatan
- Sebahagian besar patung agama Hindu & Buddha di A. Tenggara dapat dikategorikan kepada gaya yang didapati di
(a) Funan
(b) Champa
(c) Dvaravati
(d) Srivijaya
(e) Sailendra
(f) Angkor
(g) Padang Lawas
- Gaya itu menggabungkan antara elemen India + elemen tempatan
- Gaya India yang mempengaruhi gaya patung itu dibuat antara abad ke-3~abad ke-5
Pengaruh: Terdapat pengaruh Amaravati
- Sekiranya patung itu dicipta antara abad ke-5~abad ke-7
Pengaruh: Mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta

Candi Borobudur, Jawa Tengah


- Casparis berpendapat nama Borobudur berasal daripada nama Bhumi-sambara-bhudara daripada batu bersurat tahun 842 M.
- Nama ini bermaksud:
“Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva”
- Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha
- Banagian paling atas dianggap sebai tertinggi dan lambang kepada pencapaian tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan
dirinya daripada nafsu (情欲)
- Mewakili agama Buddha Mahayana
- Terbahagi kepada 3 tingkat (setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa * patung
Buddha (Ajaran Buddha)

Angkor Wat, Kemboja


- Dibina untuk agama Hindu
- Terletak 6km ↑N Siem Reap dan melambangkan orde kosmos
- Tinggi 213m/ Keluasan 208 hektar
- Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah (tinggi sekitar 39m) dengan teres bertingkat empat
- Setiap sudutnya mempunyai laterit dan batu pasir dengan ukuran 850×1000
- Terdapat ukiran yang menggambarkan antara lain epik
(a) Ramayana
(b) Mahabharata

Ajaran Buddha
(a) Panna (aspek kebijaksanaan)
- Memahami dengan benar
- Berfikir dengan benar
(b) Samadhi (aspek penumpuan)
- Bertindak dengan benar
- Bercakap dengan benar
- Mengamalkan cara hidup yang benar
(c) Sila (aspek moral)
- Berusaha dengan benar
- Membuat pertimbangan benar
- Memberi tumpuan yang benar
Lembah Bujang
- Tapak arkeologi Lembah Bujang ditemukan pada tahun 1840-an oleh James Low, Superintendent di Seberang Perai
- Lebih daripada 70 tapak dikenalpasti (9 buah dibina semula)
- Keluasan sekitar 400 km persegi
- Meliputi kaw. tanah tinggi seperti
(a) Gunung Jerai
(b) Bukit Choras
(c) Bukit Batu Pahat
- Kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah
- Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga (bermaksud ular atau cobra)
- Perkataan Bhujangga berasal daripada perkataan Phujangga (bermaksud cerdik)
- Diairi oleh Sungai Merbok & Sungai Muda
- Mewariskan tinggalan
(a) Tembikar tanah
(b) Tembikar China
(c) Barangan kaca
(d) Bahan & struktur binaan

(a) Candi Lembah Bujang


- Estet Sungai Batu
- Bukit Batu Pahat
- Pendiat
- Pangkalan Bujang

(b) Candi Agama Hindu


- Vimana: Bahagian suci tempat keagamaan diletakkan
- Mandapa: Bahagian luar candi
- Candi berunsur Buddha memiliki pelan jenis cruciform
(b) Kesusasteraan
Bahasa Sanskrit
- Kewujudan Bahasa Sanskrit di A. Tenggara telah meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
- Batu Bersurat yang ditemukan di tapak-tapak sejarah awal Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang agama,
pemerintahan, raja dan undang-undang
- Antara batu bersurat itu dijumpai di
(a) Kutei, Sg. Mas (Kedah Tua)
(b) Palembang
- Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
- Batu bersurat Sg. Mas berkaitan dengan agama Buddha
- Inskripsi di Palembang ditulis dalam bahasa Melayu kuno
- Tulisannya adalah berkaitan dengan pemerintahan danamaran raja kepada rakyat dan pembesar supaya tidak menderhaka kepada
raja
- Apa yang menarik ialah sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu benar-benar memerlukan kemahiran yang tinggi
dan menunjukkan kemahiran penulisnya yang mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa sanskrit agar tulisan dapat dibaca
dan batu pula tidak pecah sewaktu dipahat
- Bahasa & tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempat-tempat lain di
A.Tenggara jelas menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
- Banyak perkataan masih kekal terdapat dalam B. Melayu & B. lain di A. Tenggara
Sebab: Bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu

Bidang Kesusasteraan
- Kesusasteraan India melalui epik Ramanaya, Mahabharata & Puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam
kesusasteraan klasik Asia Tenggara
- Perkataan kesusasteraan berasal daripada B. Sanskrit.
- Sastera bererti kitab suci atau cerita
- Pengaruh awal kesusasteraan dapat dilihat dalam puisi & prosa Jawa. Contohnya:
(a) Nagarakertagama
(b) Sutasoma
(c) Arjunwiwaha
(d) Kunjarkarna
- Masyarakat A. tenggara kemudiannya turut terdedah kepada cerita-cerita melalui kesusasteraan, penceritaan lisan dan teater
seperti wayang kulit. Contohnya:
(a) Epik Mahabharata
(b) Epik Ramayana
- Hikayat Mahabharata diadun dengan unsur tempat seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Rendawa Jaya & Hikayat Sang
Samba
- Epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama

Rumusan
Kelahiran kerajaan-kerajaan awal di Asia Tenggara adalah disebabkan faktor perdagangan. Faktor ini membawa kepada
kemunculan pelabuhan awal dan hubungan dengan tamadun besar dunia, iaitu Tamadun India dan Tamadun China. Daripada
tamadun India, diterima agama Hindu & Buddha, system kepercayaan dan keagamaan, bahasa dan sistem pemerintahan dalam
bidang perdagangan. Dengan itu, secara langsung telah wujud persahabatan antara kerajaan awal ini dengan kuasa luar dan
telah lahir juga kebudayaan yang merupakan adunan antara kebudayaan India dengan kebudayaan Asia Tenggara
Walaupun warisan monument dan arca agama Hindu dan Buddha berasaskan kedua-dua agama yang datang dari India
tetapi gayanya mencerminkan adunan pengaruh India dan tempatan. Oleh itu, masyarakat di Asia Tenggara merupakan
masyarakat yang inovatif dalam menerajui kehidupan dan dengan ini, kerajaan awal kebanyakkanya dapat mempertahankan
kemerdekaannya sehingga kedatangan Barat
Pengaruh dari negara luar yang telah disesuaikan oleh menunjukkan wujudnya sifat inovatif dan reaktif. Ini juga
menunjukkan bahawa masyarakat di Asia Tenggara dari dahulu lagi telah biasa dengan unsur kepelbagaian budaya. Unsur
kosmopolitan ini telah menjadikan masyarakat di wilayah atau daerah kita lebih terbuka mindanya dan mempunyai sikap
toleransi yang tinggi
Kemudian, mereka telah mempelbagaikan kebudayaan dan kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Unsur-unsur
tersebut kelihatan masih berterusan hingga ke hari ini dan keadaan inilah yang telah memastikan kehidupan yang harmoni di
dalam negara pada masa-masa tertentu tidak berpanjangan dan dapat diatasi dengan bijaksana. Sejarah telah membentuk
kepelbagaian unsur budaya di negara kita dari dahulu hingga sekarang

Anda mungkin juga menyukai