Anda di halaman 1dari 15

KEUNIKAN BUDAYA DAN TRADISI MEMBINA PERPADUAN PENDUDUK SABAH

Sabah mempunyai kira-kira 32 etnik suku kaum. Selepas Kadazandusun sebagai suku kaum terbesar negeri, Bajau atau Samah adalah suku kaum kedua terbesar . Ia merangkumi 15 peratus populasi penduduk di negeri ini.

Seperti suku kaum tempatan yang lain, masyarakat Bajau/Samah juga memiliki pelbagai tradisi, adat resam dan mereka semua beragama Islam. Ia terbahagi kepada banyak sub-suku seperti Irranun dan Sulu. Kebanyakan masyarakat Bajau mendiami kawasan Semporna di kawasna Pantai Timur Negeri dan Kota Belud, Tuaran dan Putatan di kawasan Pantai Barat.

Menurut sejarah, sejak zaman dahulu suku kaum Bajau/Samah banyak ditemui di persisiran pantai, sesuai dengan pekerjaan utama mereka sebagai nelayan atau pelaut. Di katakan, mereka adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut). Kerana penguasaan mereka di kawasan perairan, maka ada pihak, terutamanya penjajah klonial melebelkan bangsa ini dengan gelaran yang tidak layak, termasuk dikenali sebagai gipsi laut.

Bagaimanpun, tidak semua anggota masyarakat ini kekal berada di persisiran pantai atau laut . Ramai di kelangan mereka meninggalkan kehidupan itu dan untuk menjadi peladang serta penternak. Dan perubahan ini pula membawa gelaran lain kepada mereka iaitu Koboi Timur. Gelaran itu ada kaitannya kepakaran menunggang kuda, terutama kaum lelaki.

Menurut sejarah, ada persamaan antara adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung , seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut.

Dari segi tarian tradisi, suku kaum Bajau terkenal tarian Brunsainya. Tarian ini agak unik kerana tidak diiringi dengan paluan muzik tradisi atau bunyi-bunyian, tetapi menggunakan susunan beberapa keping papan seperti pelantaran kecil. Penari Brunsai lai-laki akan menghentakkan kaki mereka di papan itu untuk menimbulkan irama untuk mengiringi "kalang" seperti berbalas pantun.

Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Brunsai biasanya di adakan pada waktu malam, terutama pada majlis perkahwinan, atau menyambut kelahiran bayi, majlis kesyukuran atau mereka yang meraikan nazar.

Selain Brunsai, satu lagu tarian asli masyarakat ini ialah Limbai. Tarian Limbai dipersembahkan semasa menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah

pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin tiba di rumah pengantin perempuan, perarakan dihentikan sementara, untuk persembahan tarian Limbai.

Tarian ini dianggap upacara khas menjemput pengantin naik ke rumah, sebelum istiadat pernikahan. Sambil melangkah ke rumah, anggota-anggota rombongan pengantin lelaki naik ke rumah diiringi tarian dan lagu daripada penari-penari yang melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan

mengucapkan selamat datang.

Sementara itu, suku Irranun yang bermaksud berkasih-kasihan, juga turut mewujud sistem hubungan sosial dan tali persaudaraan yang amat intim dengan suku Bajau, berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.

Mereka juga adalah pelayar yang cekap,yang tertumpu di kawasan tepi pantai dan di kawasan tanah tinggi.. Masyarakat Irranun ramai menetap di Daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.

Manakala, suku Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo Utara (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu. Kaum Sulu atau Suluk ini menggunakan bahasa Tausug dan beragama Islam. Seperti sub-suku Bajau, mereka juga mempunyai budaya tersendiri

dan unik. Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di Daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,Tuaran dan Telipok.

Bagaimanapun, masyarakat Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu". Antara pengenalan budaya bagi masyarakat ini ialah Tarian Bolak-Bolak yang diiringi dengan pukulan "gabbang". Ia selalu diadakan semasa majlis perkahwinan atau keramaian lain. Tarian ini dipersembahkan oleh kaum wanita dan lelaki yang mengenakan pakaian tradisi berwarna warni.

Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

Tidak dinafikan bahawa adat budaya tempatan yang berbeza ini bukan hanya memperkenalkan asal usul adat budaya mereka, bahkan dianggap sebagai alat perpaduan dengan suku kaum yang lain. Ini kerana setiap adat budaya itu bukan hanya

mementingkan adat budaya masing-masing, malah ia mengambarkan sikap tolaransi dengan masyarakat lain untuk hidup secara harmoni dan bekerjasama.

Dengan ini Sabah bukan sahaja terkenal kerana kepelbagaian adat budayanya, malah unik hingga menarik perhatian ramai pengkaji dan pelancong luar, juga sebagai tarikan melancong ke negeri ini.

Lazimnya, selain pada majlis tertentu, kebanyakan tarian tradisi masyarakat Sabah dipersembahkan terutama menyambut perayaan atau Sambutan Tamu Besar Kota Belud dan Pesta Kaamatan.

Selain Kadazandusun dan Bajau, suku kaum tempatan yang lain ialah Brunei, Kedayan, Bisaya, Rungus, Kimaragang , Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana dan Tagaas.

Budaya tradisi Etnik Bajau


30th January, 2011 Etnik kedua terbesar di negeri Sabah ini

kebanyakannya menduduki Pantai Barat di kawasan Sabah, Kota Kota

khususnya Pakaian Bajau yang dipakai untuk tarian tradisi seperti limbai, kuda pasu dan berunsai. Belud,

Tuaran,

Kinabalu dan Papar. Di segi etnik budaya Bajau tradisi Sama

popular dengan tarian kuda pasu dan limbai terutama di daerah Kota Belud dimana tarian ini menggambarkan kehebatan kaum itu dalam aktiviti menunggang kuda. Tarian limbai pula adalah tarian yang diadakan sebagai menyambut ketibaan pengantin. Gerak-geri tarian ini seperti orang yang melambai-lambaikan tangan menyambut ketibaan rombongan pengantin lelaki. Kebiasaannya tarian ini

dipersembahkan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Seperti etnik lain di Sabah, etnik Bajau juga mempunyai pakaian tradisional khusus yang kebiasaannya dipakai semasa majlis keramaian tertentu. Pada zaman dahulu mereka dikenali sebagai petani yang rajin dan penunggang kuda yang cekap. Mereka juga terkenal sebagai pahlawan yang handal dan banyak membantu pahlawan terkenal di Sabah dalam menentang musuh dan penjajah. Berbeza dengan etnik KadazanDusun yang mengemari warna hitam, etnik Bajau pula mengemari warna garang, seperti warna merah dan juga jenis yang terang seperti hijau dan kuning.

Namun pada masa tertentu warna gelap seperti hitam dan biru juga digunakan. Pakaian tradisi etnik ini kebiasaannya dipakai semasa majlis perkahwinan, meraikan lawatan para pemimpin, acara-acara adat dan lain-lain. Tarian etnik ini yang lainnya dikenali sebagai berunsai. Etnik lelaki Bajau biasanya mengenakan baju tradisional yang dipanggil badu. Badu atau baju ini biasanya dipilih kain berwarna hijau. Baju ini dihiasi dengan butang betawi dibelahan

hadapannya. Butang betawi juga ada kalanya digunakan untuk hiasan lengan baju. Lengan baju dibelah hingga ke siku memperlihatkan baju bahagian dalam yang berwarna kontra. Badu tradisi ini seperti biasa dipakai pada majlis perkahwinan. Kaum lelaki Bajau juga mengenakan suart atau seluar berwarna hitam yang kebiasaannya digunakan atau dipakai semasa majlis perkahwinan, manakala pada majlis yang lain warna kontra akan digunakan. Lelaki Bajau ini juga memakai topi yang dipanggil tanjak untuk hiasan kepala. Tanjak ini diperbuat daripada kain dastar yang telah dibentuk dan dipakai semasa majlis perkahwinan. Bagi penunggang kuda tanjak ini yang mereka pakai biasanya dipanggil podong. Seperti wanita etnik ini, golongan lelaki juga memakai tali pinggang dipanggil ingkot pangkat. Mereka juga memakai kain selendang yang disulam sebagai hiasan. Selain itu mereka juga memakai puyut yang digunakan sebagai pengikat pinggang atau selempang (selendang). Kaum lelaki Bajau juga biasa menggunakan perhiasan yang dipanggil supu. Supu ini adalah perhiasan yang digunakan untuk menyimpan sigup atau rokok daun. Disebabkan kebanyakkan golongan lelaki Bajau ini pada zaman dahulu adalah pahlawanpahlawan yang gagah, maka mereka juga menggunakan perhiasan berbentuk keris dan pida. Keris, pida dan parang panjang dianggap sebagai lambang kepahlawanan etnik

berkenaan. Bagi wanita Bajau Kota Belud pula kebiasaanya mereka memakai baju yang dipanggil badu sipak. Baju ini diperbuat daripada kain satin yang terang, selalunya kuning. Sementara baju di bahagian dalam berwarna kontra. Lengan baju dilabuhkan dan dibelah hingga ke paras siku menampakkan lengan baju di bahagian dalam. Pada belahan baju dihiasi dengan butang betawi ini berasal daripada nama betawi atau Batavia (nama asal Jakarta). Butang ini masih lagi digunakan untuk pakaian tradisi bangsa Belanda. Adakalanya lengan baju juga akan dihiasi dengan butang yang sama. Baju ini dipakai untuk majlis perkahwinan. Semasa menghadiri majlis rasmi etnik wanita Bajau ini biasanya mengenakan baju yang dipanggil badu sampit. Badu sampit ini biasanya dipilih daripada kain jenis satin yang berwarna terang. Mereka juga akan memakai skirt panjang yang dipanggil olos berangkit. Skirt panjang ini digunakan untuk majlis perkahwinan. Kain skirt ini juga ditekat dengan benang warna yang bermotifkan bunga kapas atau pucuk rebung. Kaum wanita Bajau juga memakai suar atau seluar panjang berwarna putih yang digunakan untuk persembahan tarian. Selain itu mereka juga memakai selendang yang disangkutkan di bahu dan membawa sapu tangan atau puyut berumbai yang dihiasi bahagian tepinya dengan rumbai-rumbai. Busana tradisional etnik Bajau ini juga diperindahkan lagi dengan pemakaian barang perhiasan atau aksesori. Misalnya untuk hiasan bahagian leher, terdapat aksesori yang dipanggil mandapun. Hiasan ini dibentuk seakan kalung dibuat daripada kain baldu yang dihiasi dengan perak atau emas. Kebiasaannya ia dikalungkan di leher. Mereka juga memakai aksesori untuk bahagian kepala yang dipanggil serempak. Perhiasan ini biasanya kelihatan seolah-olah

mahkota dan diperbuat daripada logam warna perak atau emas yang dihiasi dengan manik sebagai bentuk. Serempak ini diletakkan pada bahagian rambut yang telah dibentuk menjadi sanggul dan diikat dengan tali kain bagi mengetatkan. Barang perhiasan lain yang turut dipakai wanita Bajau ini ialah galang yang diperbuat daripada perak. Mereka juga memakai subang atau anting-anting yang diperbuat daripada emas atau perak. Selain daripada itu mereka juga memakai tali pinggang yang dipanggil ingkot pangkat dan kebiasaannya pada zaman dahulu ia diperbuat daripada logam perak.

Upacara Perkahwinan

Orang-orang Bajau mempunyai adat perkahwinan yang agak unik di kalangan kaum-kaum di Sabah ini. Ini kerana adat perkahwinan mereka melibatkan upacaraupacara yang lain dari yang lain. Sebelum hari perkahwinan tiba, Upacara Penyucian Mapaci dijalankan. Kadangkadang upacara ini diadakan beberapa hari sebelum hari perkahwinan. Nama Mapaci diambil daripada perkataan 'Paci' atau 'Pacar' iaitu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan cecair merah selepas dihancurkan. Pacar ini diletakkan ditelapak tangan pengantin perempuan sebagai penyucian sebelum berkahwin. Perkataan Mapaci juga dikatakan diambil daripada 'pemacian' atau maksudnya pembersihan dari bahasa Bugis. Cecair merah ini juga digunakan untuk mewarnakan kuku pengantin perempuan sejak turun-temurun lagi Aktiviti sebelum menjelangnya hari perkahwinan adalah tarian, memainkan muzik kecapi, pertunjukkan pakaian tradisional serta pakaian perkahwinan. Aktiviti-aktiviti ini biasanya diadakan pada sebelah petang. Semasa hari perkahwinan dijalankan, pengantin lelaki bersama-sama sanak-saudaranya akan ke rumah pengantin

perempuan. Bergantung kepada situasi, pengantin lelaki ada kalanya menunggang kuda bersama-sama saudaranya ke rumah pengantin perempuan. Rombongan pengantin lelaki ini juga disertai gadis-gadis muda yang memakai baju tradisional mereka yang berwarna-warni dengan membawa hantaran serta derma kepada keluarga pengantin perempuan. Hantaran perkahwinan termasuklah emas, kain-kain serta set berlian. Selepas rombongan pengantin lelaki itu tiba, mereka semua akan bersalamsalaman dan kemudian upacara akad nikah akan dilangsungkan. Upacara ini disaksikan oleh seorang warga kaum Bajau yang terkenal atau dihormati contohnya ketua kampung. Setelah upacara ini diselesaikan, para jemputan akan dijemput untuk menjamu selera manakala pasangan pengantin akan duduk bersanding. Acara-acara tambahan akan dilangsungkan pada sebelah petang seperti tarian untuk menandakan kemuncak upacara perkahwinan dan untuk mengalu-alukan kedatangan para tetamu.

suku kaum murut

PAKAIAN SUKU KAUM BAJAU

Pasangan suku kaum Bajau menggayakan pakaian adat perkahwinan dan kebesaran. Pakaian lelaki dari kain satin berhias renda dan pakaian wanita juga dari satin yang

dilengkapi dengan mandapun dan tali pinggang.

suku kaum bajau

Perayaan Regatta Lepa

Lepa-lepa yang dihias cantik untuk pertandingan

Kali ni nak tulis entri yang ilmiah sket, so bahasanya nanti Bahasa Melayu standard lah. Since aku keje dalam bidang yang ada kaitan dengan bidang kebudayaan dan warisan, aku nak kongsi serba sedikit apa yang aku tahu.

Kita bertuah tinggal di Malaysia. Masyarakat Malaysia yang majmuk memberi peluang kepada kita untuk menghayati keunikan dan keindahan seni budaya pelbagai etnik di

negara ini.Sabah, salah satu negeri di Malaysia yang terletak di Utara Pulau Borneo bukan sahaja kaya dengan keindahan alam semulajadi, tetapi ia juga kaya dengan warisan budaya penduduknya. Suku kaum Bajau adalah antara penduduk asal kepulauan Borneo sejak berabad lamanya. Suku kaum Bajau terbahagi kepada dua, iaitu Bajau Laut dan Bajau Darat. Bagi Bajau Laut, mereka mendiami kawasan pesisir pantai terutama di Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Labuan. Manakala Bajau Darat lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat seperti Papar, Tuaran, Kota Belud, Kudat dan Kota Kinabalu. Masyarakat Bajau Laut di Semporna Sabah terkenal dengan kehebatan mereka sebagai pelaut yang disegani. Bagi mereka, laut bukan sahaja sebagai sumber rezeki tetapi turut memberikan pelbagai inspirasi dan pengaruh tersendiri kepada kehidupan. Hakikatnya, laut adalah dunia mereka. Buktinya mereka bukan sahaja menetap di tepi laut tetapi juga tinggal 'di atas laut' dengan menjadikan lepa sebagai kediaman rasmi atau sebagai rumah mereka. Mereka hidup di atas lepa dan menjalani sebahagian besar hidup di laut dan hanya naik ke darat untuk mendapatkan bekalan air, kayu api dan upacara pengebumian. Bajau Laut memang sinonim dengan lepa. Biasanya sebuah lepa didiami oleh sebuah keluarga yang dianggotai lima hingga enam orang. Setiap lepa yang didiami sesebuah keluarga Bajau menampilkan seni ukiran dan saiz yang berbeza di mana ia menggambarkan status keluarga tersebut. Lepa dalam bahasa kaum Bajau Pantai Timur Sabah bermaksud perahu atau bot. Biasanya Lepa diperbuat daripada kayu jenis Ubar Suluk ataupun Seraya Merah. Lazimnya, lepa berukuran lapan meter panjang dan dua meter lebar serta menampilkan pelbagai jenis ukiran dan warna. Lepa merupakan peninggalan budaya yang diwarisi sejak zaman-berzaman oleh suku kaum Bajau Semporna. Sejak kurun ke-14, ia merupakan pengangkutan utama untuk membawa muatan pedagang-pedagang tempatan dari Semporna ke Kepulauan Sulu, Borneo, Kalimantan. Catatan sejarah juga menunjukkan lepa telah digunakan oleh para

pendakwah untuk menyebarkan agama Islam di rantau Asia Tenggara pada awal kurun ke-15. Oleh itu, lepa dianggap sebagai satu elemen penting dalam hidup dan telah sebati dengan adat dan tradisi Bajau Laut. Ia juga amat berpengaruh dalam perkembangan seni budaya tempatan. Dalam persembahan kebudayaan, alat-alat muzik tradisional ataupun tagungguh akan dimainkan di atas Lepa. Ia merupakan satu lambang keagungan dan warisan budaya bangsa Bajau Semporna di mana ia masih lagi wujud hingga ke hari ini. Kini, kebanyakan masyarakat Bajau di kawasan berkenaan telah tinggal di darat. Walau bagaimanapun, budaya yang diwarisi sejak zaman berzaman ini dipersembahkan dengan meriah dan gemilang dalam Perayaan Regatta Lepa untuk dihayati oleh masyarakat terutamanya generasi hari ini. Perayaan Regatta Lepa disambut pada bulan April setiap tahun di daerah Semporna, Sabah. Ia menjadi perayaan yang penting dalam kalendar masyarakat Bajau Semporna dan boleh dianggap sebagai hari raya mereka. Pada tahun 1994, perayaan Regatta Lepa mula diperkenalkan sebagai perayaan di peringkat daerah dan kemudiannya diiktiraf menjadi perayaan di peringkat negeri Sabah. Seterusnya pada tahun 2003, Perayaan Regatta Lepa telah dimasukkan ke dalam kalendar 'Pesta Air Malaysia' dan kini ia merupakan salah satu acara tahunan di Malaysia. Setiap tahun pengunjung berpeluang melihat sendiri keunikan lepa yang cantik.Lepalepa tersebut diukir dengan motif bertemakan laut seperti ikan, duyung dan kuda laut. Ia juga turut dihiasi dengan corak awan larat dan tulisan khat Hiasan ukiran tersebut merangkumi keseluruhan bahagian lepa beserta tiang selain turut dihiasi dengan layar dan bendera tiga segi kecil. Setiap satu lepa juga akan membawa penari-penari dan ahli muzik yang lengkap dengan pakaian tradisional masyarakat Bajau Laut. Menjadi tradisi kepada sambutan Regatta Lepa, sebanyak lebih 50 buah perahu akan menyertai Pertandingan Sambulayang atau juga dikenali sebagai pertandingan layar dan perahu tercantik.Usaha menghasilkan sebuah lepa yang cantik boleh memakan

masa sehingga empat bulan dan kosnya boleh mencecah hingga ribuan ringgit. Lepa yang paling cantik dan kreatif akan dinobatkan sebagai pemenang Lepa Tercantik yang merupakan hadiah utama dalam perayaan ini. Beberapa acara sukan melibatkan perahu seperti lumba perahu, tarik perahu secara berpasangan, renang dan persembahan kesenian dan kebudayaan turut diadakan untuk memeriahkan lagi perayaan ini. Selain itu, pada perayaan ini turut dipamerkan pelbagai jenis kraftangan masyarakat Bajau seperti aksesori wanita, pakaian tradisional, alat-alat tradisioanl dan lain-lain lagi. Di sebalik perayaan dan kisah sejarah lepa yang panjang ini sebenarnya terselit mesej kepada masyarakat supaya kuat dari aspek mental dan fizikal umpama sebuah lepa yang kuat serta gah belayar di lautan. Hakikatnya, usaha memartabatkan dan memelihara warisan budaya bangsa perlu digerakkan dengan lebih proaktif selaras dengan perkembangan dunia sekarang yang semakin mencabar agar ianya tidak ditelan zaman.

Persembahan tarian di atas lepa

Anda mungkin juga menyukai