Anda di halaman 1dari 48

KAUM INDIA

OLEH : NOOR NAJIAH BINTI AHMAD MOHD ZUL FADHLI BIN HASHIM AKMAL BIN ASAHARI

SEJARAH
Orang-orang India telah datang berniaga ke Tanah Melayu sejak 2,000 tahun yang lalu berdasarkan kitab Ramayana yang menyebut mengenai cengkih. Kitab Ramayana yang ditulis kurun ke lima atau empat sebelum masihi (2,500 tahun dahulu yang menyebut mengenai cengkih yang berasal dari kepulauan Indonesia).

Ketika Tanah Melayu dijajah oleh Kerajaan Inggeris, kaum India di bawa masuk ke Semenanjung untuk bekerja di ladang-ladang getah dan seterusnya menetap disini. Di Melaka pula di Kampung Tujung terdapat kampung Chitty. Keturunan India di sini dikatakan berasal dari Kalinga (selatan timur India). Kaum Chitty di sini berkahwin dengan penduduk tempatan dan menerap nilai, tradisi dan budaya mereka.

BAHASA PERTUTURAN KAUM INDIA


Kaum india di Malaysia menggunakan bahasa pertuturan bahasa Tamil. Bahasa Tamil telah diserapkan dalam penggunaan bahasa Melayu.

BAHASA TAMIL
Akka Kadai Kappal Katikam Muthu Nagaram Tali Vakai Raja Surya Suniyam Bumiputeran

BAHASA MELAYU
Kakak Kedai Kapal Ketika Mutiara Negara tali bagai raja suria Sunyi bumiputra

Budaya Kaum India


Antara kebudayaan hindu yang diamalkan oleh masyarakat india di negara ini ialah kaum india mengamalkan adat bertegur sapa semasa mereka. Mereka sentiasa bertanya khabar antara jiran tetangga mahupun sahabat mereka jika bertemu. Mereka sering bertanya khabar tentang kesihatan, kerja, perniagaan dan sebagainya dengan sahabat dan sanak saudara mereka. Mereka biasanya menyapa dengan menggunakan atau menyebut perkataan vanakum.

Seperti kaum lain, kaum india juga mempunyai adat berkunjung kerumah sanak saudara dan menerima kunjungan mereka. Apabila mereka ingin berkunjung ke rumah tetamu, masyarakat india digalakkan membawa buah tangan kepada tuan rumah sebagai tanda terima kasih. Mereka juga digalakkan melangkah dengan kaki kanan apabila berkunjung kerumah rakan atau sanak saudara.

Dalam masyarakat ini, apabila seseorang tetamu datang kerumah, tetamu biasanya akan dijamu dengan makanan dan minuman. Oleh yang demikian, golongan tetamu ini harus menerima hidangan yang disediakan sebagai tanda ucapan terima kasih kepada tuan rumah.

sekiranya mereka menerima sesuatu, mereka harus menerima dengan menggunakan tangan kanan. Tujuan mereka menerima pemberian menggunakan tangan kanan adalah sebagai tanda terima kasih dan juga tanda kesyukuran. Ia juga dikatakan sebagai tanda kebaikan.

PERAYAAN
Perayaan orang india diadakan mengikut bulan dan setiap bulan ditandakan dengan bulan mengambang dan bulan menirus. Terdapat 21 jenis perayaan dalam masyarakat india dan ini termasuklah perayaan Deepavali, Thaipusam dan Thaiponggal.

HARI DEEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

THAIPUSAM

Seterusnya adalah perayaan Thaipusam. Thaipusam pula adalah perayaan bulan Thai untuk membersihkan diri dengan menggunakan susu, madu dan bunga di kuil dan membuat persembahan kepada Dewa Subramaniam. Pada masa perayaan ini diadakan, kavadi yang berisi buah-buahan, susu. Ketika perayaan ini terdapat pelbagai jenis persembahan daripada penganut agama hindu.

THAIPONGGAL

Seterusnya adalah perayaan Thaiponggal yang merupakan perayaan menuai dan padi baru masak serta memuja semangat padi. Ia adalah masa yang amat baik untuk mangadakan perkahwinan dan upacara lain. Rumah akan dibersihkan dan dihiasi, ponggal pula akan dimasak di dalam periuk baru untuk dipersembahkan kepada Dewa Matahari dan juga disedekahkan kepada jiran tetangga.

PAKAIAN KAUM INDIA


SARI

Sari merupakan pakaian tradisional India. Ia adalah sebidang kain berukuran 5 hingga 6 ela panjang yang dipadankan dengan dengan kain dalam yang warnanya sama atau seakan-akan sama dengan kain sari tersebut serta choli yang berwarna sama atau setentang dengnannya.Kain sari ini dililit pada badan dengan bahagian hujungnya yang bersulam diletak di atas bahu kiri.Kain dalam dipakai di atas atau di bawah pusat berfungsi menyokong kain sari tersebut daripada terlucut.

SALWAR KAMEEZ

Pakaian salwar kameez atau lebih dikenali dengan panggilan Baju Punjabi merupakan pakaian yang begitu popular di kalangan kaum wanita di utara India. Ia terdiri daripada blaus panjang yang dipadankan dengan seluar panjang yang longgar serta tudung kepala yang sesuai warnanya.

KURTA

Kurta adalah sejenis pakaian labuh yang dipakai oleh kaum lelaki di India pada majlismajlis rasmi dengan labuhnya di bawah atau di atas paras lutut si pemakainya. Masyarakat India lazimnya mengenakan kurta dengan salwar atau seluar panjang. Kebiasaannya kurta diperbuat daripada kain kapas atau linen.

DHOTI

Dhoti juga merupakan salah satu pakaian kasual bagi kaum lelaki di India.Dhoti berbentuk segi empat tepat dan tidak berjahit.Panjangnya menghampiri 5 ela dan dapat membaluti seluruh pinggang si pemakainya.Dhoti biasanya dipadankan dengan kurta iaitu sejenis baju yang labuh.

MAKANAN TRADISIONAL
Makanan kaum India terkenal juga di kalangan penduduk Malaysia. Makananmakanan seperti vadai, maruku, thosai dan sebagainya boleh didapati di restoranrestoran orang India. Kini, ramai orang bukan India menggemari makanan-makanan tersebut.

VADAI

MARUKU

TOSAI

Masakan India adalah bercirikan penggunaan pelbagai rempah, herba dan sayur-sayuran dan juga untuk vegetarianisme pada bahagian masyarakat.Kelainan masakan India yg berubah mengikut benua yang asal menunjukkan demografi masakan India adalah universal dan mampu diterima ramai.

Makanan tradisi India amat terkenal dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.Capati,Kari,Maruku, Roti Canai dan Putu Mayam sangat popular di Malaysia.Sebagai bukti,restoran-restoran mamak,penjual-penjual kacang mahupun pasaraya menjual makanan tradisi India dikunjungi masyarakat berbilang kaum yang mengagumi keenakan dan keunikan makanan tersebut.

ROTI CANAI

CAPATI

ADAT RESAM
Masyarakat India khususnya Tamil mengikuti resam adat agama Hindu meskipun ramai orang India yang beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia mereka juga menerima kunjungan dari jiran tetangga. Membawa buah tangan amatlah digalakkan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Masuklah ke rumah mereka dengan kaki kanan dahulu.

Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Demikian itu penjagaan anak perempuan amat diperhatikan terutama ketika dara.

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta raksi pasangan berkahwin. Masa yang bertuah amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik.

Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan itu.

Seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya.

Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat.

Sewaktu perkahwinan masyarakat india, kad jemputan memainkan peranan yang penting kerana sekiranya terdapat kesalahan pada kad jemputan ia menunjukkan bahawa majlis perkahwinan mereka tidak akan berjalan dengan lancar. Malah pada kad jemputan, mereka menyapu dengan serbuk kunyit cair sebagai keharmonian.

Seterusnya adalah penyediaan thaali yang merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada leher pengantin perempuan dan lelaki. Pada thaali tersebut diletakkan segumpal benang putih yang dilumur dengan kunyit. Dalam penyediaan thaali ini, ia mengambil masa selama tujuh atau sembilah hari sebelum perkahwinan.

Semasa perkahwinan berlangsung, upacara penyatuan atau ikatan suci akan dilakukan agar perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat. Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji) dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lainlain.

Selepas itu, pengantin lelaki akan mengalungkan thaali. Pelbagai adat yang dilakukan ketika perkahwinan berlangsung Antaranya adat menghormati dan mendapat restu termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak kaki ibu bapa dan membasuh kaki ibu bapa, memberi hadiah dhoti kepada bapa mertua serta sari dan wang kepada ibu mertua.

KEPERCAYAAN
masyarakat India percaya bahawa sekiranya seorang makan nasi di tempat yang gelap, maka hantu, penunggu atau roh akan sama-sama menjamah makanan itu. Akibatnya, individu tadi tidak akan kenyang serta tidak akan mendapat zat daripada makanan kerana telah diserap oleh orang kedua tadi. masyarakat India percaya bahawa sekiranya pensel diasah pada kedua-dua belah, maka ibu dan bapa dalam keluarga berkenaan akan sentiasa bergaduh. perbuatan bersiul pada waktu malam akan mengudang ular masuk ke dalam rumah.

Sekiranya cermin muka di rumah didapati retak atau pecah, ia dipercayai sebagai suatu petanda yang buruk. Bagi orang India, sekiranya seseorang bersin ketika sedang memulakan sesuatu usaha, ia dipercayai sebagai suatu petanda buruk. Bagi orang India, apabila tapak tangan terasa gatal, ia dipercayai dia akan mendapat duit (keuntungan) atau membelanjakan wang (kerugian).

Anda mungkin juga menyukai