Anda di halaman 1dari 46

 Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan

untuk mengelak bala atau sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu


dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar dilarang
melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu.
 Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting
dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai
taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan
ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar
bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. KEMATIAN
 Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu
minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian
sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si
mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan
jiwa si mati.
 Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum
disembahyang.mayat akan dibalut dengan menggunakan kain dan
kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit
syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan
ke dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air
mawar direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang
dibakar supaya tidak berbau.

 Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali


semasa berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga.
Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang
isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah
si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya
dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher balu dan
kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang
wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan
akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga
ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut
dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi
minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain.

PANTANG LARANG ORANG INDIA

PERKHAWINAN

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa


jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam .
Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum india
semasa perkahwinan Pantang larang semasa merisik adalah bakal
pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan
dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

1. Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad


jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu
tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
2. Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya
sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan
makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
3. Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum
india juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi
oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional
budaya dan unik terhadap kaum india .

PERAYAAN DEPAVALI

 Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua


penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan
gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan
“Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14
bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya
bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
 Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan
berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis
makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula
diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga.
Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau
hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di
hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam
kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini,
misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para
tetamu.
 Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi
sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka
perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala
setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan
diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri
dari kejahatan dan sifat dengki.
 Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang
garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai
pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud
kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang
dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga
serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
MENGANDUNG
Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu
diamalkan oleh seorang ibu yang mengandung.
1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat,
membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
 Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu
menghindarkan diri daripada melakukan kerja-kerja yang
berat.Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60
hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak
digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-
takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia
terkejut.

ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM INDIA


Pengenalan
Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan
juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan
sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain,
masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan
masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam
yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan
dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan. Seperti juga masyarakat lain, masyarakat
India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut
hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian


seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor
lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti
umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang
terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan
saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana
taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan
tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.

Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin


lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat
sendiri paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali
sebagai pen paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai
melihat bakal isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam
jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan,


bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini
dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh
mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan


dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin
perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen
paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki.

Kaji Kecocokan Pengantin

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam


Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak
terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk
menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara tilikan
dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat Hindu
iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana poruttam, Mahentira
poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni poruttam, Raasi poruttam,
Raasiyaati paati poruttam, Vaiya poruttam, Racau poruttam dan Veetai
poruttam.
Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan


kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa
beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa


kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan
tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.
Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan
mengikat janji.

Bertunang dan sembahyang


Adat menyuap kanl kande
Sami memberikan ku'gumem
Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi
menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan
menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian
mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang
belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan
dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang
sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh


bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional masyarakat
India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti
naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu
vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai
menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan


terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan membawa
parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya. Pada masa
yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah
itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana
kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara
boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin
perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal),


adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan
adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di
kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk
mengelakkan pembaziran.

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara


penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan


masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.
Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa


bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad
diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang
dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan
sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan
sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan


yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu
diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat
pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti
lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya. Ini
disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India. Adat
penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari
perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa emas, cendana, kumkum,
sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk pembuat thaali. Ini adalah untuk
memastikan tukang thaali mengetahui hari yang sesuai untuk membuat
thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan, thaali akan diambil dan
diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan pembuat thaali. Pihak
pengantin adalah dilarang untuk menawar perkhidmatan yang
dilakukan oleh pembuat thaali.
Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan sebagai
thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis
disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.
Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih
selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.


Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok
yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan


perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan
lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan.
Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu
diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan
yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada
batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung
kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna
merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan
tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin
beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin
ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa
yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Upacara Perkahwinan

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui


perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu
Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya Thairumanam
yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah berlandaskan aspek suku
kaum.
Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)
dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki
tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Pengantin Bersanding
Upacara perkahwinan dilakukan oleh Pedanda dengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari tua. Pedanda akan menabur
sembilan jenis bijirin setelah selesai acara menyarung cincin. Pengantin
lelaki akan mengalungkan thaali yang diperbuat daripada benang yang
disapu dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan seketul kunyit
kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua mempelai
memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan menukar dulang
berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi pengantin.
Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu
termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin
akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi
minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.
Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara
perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup,
antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan,
pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.

Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas


berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah
pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu
ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan


dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih
sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun
amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah
perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara


perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil,
sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan,
kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat
handai

Adat Resam Masyarakat India


KELAHIRAN

Sewaktu Mengandung

Adat Valaikaappu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulung


wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita
hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang
dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu?
dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai
bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada
kesukaran semasa bersalin.
Adat Valaikaappu diadakan pada hari dan masa yang baik menurut
kalendar India. Upacara ini akan diadakan di rumah suami atau ibu bapa
dan disertai oleh kaum wanita yang telah bersuami dan mempunyai
anak yang dipanggil cumanggali.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada


beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut
kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan
emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi
tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama.

Pada hari upacara dilakukan, hadiah


kepada wanita hamil tersebut yang
dikenali sebagai ciir diatur ke dalam
dulang yang mempunyai bilangan ganjil.
Hadiah ini termasuk barang kemas, sari,
gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit,
Ibu memakaikan gelang
buah-buahan, sirih pinang, sikat dan
emas
cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di
dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara
memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali
sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik
mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa
muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil
tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan
dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari


baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu.
Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon
restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga
disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi,
kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan.
Adat ini dimulakan dengan upacara
sembahyang. Para cumanggali akan
memulakan upacara dengan menyapu
krim cendana pada kedua belah tangan
dan pipi wanita hamil, kumkum diletak di
dahi dan gelang tangan dipakaikan.
Menyapu kunyit
Makanan yang disediakan juga
pada
disuapkan kepada wanita hamil tersebut.
tangan dan pipi
Sebagai tanda terima kasih, wanita hamil
akan menghadiahkan sirih pinang, kunyit, bunga dan beberapa gelang
kepada cumanggali yang menjalankan upacara ini.

Ibu mengelilingkan beras


di atas
kepala sebanyak tiga kali
Suami menyuapkan Seterusnya
manisan upacara aalatti dijalankan iaitu
ke dalam mulut isteri dengan menyediakan air kunyit yang
dicampurkan kapur sirih dan diisi dalam sebuah dulang khas dan sirih
diletakkan di tengah-tengahnya. Kapur barus dihidupkan di atas sirih
tadi. Dulang diangkat oleh tiga orang cumanggali dan diputar mengikut
arah jam dan dilambai sebanyak tiga kali di hadapan wanita hamil
tersebut. Salah seorang cumanggali akan mencelup ibu jarinya ke
dalam air aalatti dan menyapunya ke dahi wanita hamil itu. Setelah itu,
isi dulang aalatti dibuang di hadapan pintu rumah.

Seterusnya wanita yang hamil itu akan memakan salah satu nasi yang
disediakan. Nasi-nasi tersebut diletak di atas daun pisang berasingan
dan seterusnya dibungkus dengan kain putih dan disimpul. Wanita
hamil itu diminta membuka salah satu bungkusan yang diingini. Jika
bungkusan yang dibuka adalah nasi manis, dipercayai anak yang bakal
lahir adalah perempuan, sebaliknya pula adalah lelaki.

Selesai upacara valaikaapu dijalankan, wanita hamil tersebut akan


tinggal di rumah ibu bapanya selama sebulan selepas bersalin.
Upacara valaikaappu ini masih diterima dan diamalkan
masyarakat India tetapi disesuaikan mengikut faktor ekonomi,
pendidikan dan struktur lapisan masyarakat.

Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India dimana ia akan


dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak
Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi
sehingga dewasa.

Membisikkan Nama Tuhan


Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami atau sesiapa sahaja yang
berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan
membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga
bayi sebelum tali pusat dipotong. Namun begitu adat ini disesuaikan
dengan hanya membisikkannya sebaik sahaja melihat bayi tersebut
kerana perubatan moden tidak membenarkan sesiapa memasuki bilik
bersalin.

Bisikan nama Tuhan pada telinga bayi adalah untuk membolehkan bayi
tadi mendengar nama Tuhan sebelum mendengar apa-apa yang lain. Ia
bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut.

Potong Tali Pusat

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di
sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam
dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari
dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir.

Menyapu Madu

Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak
sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan.
Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak
lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini
dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi
dan memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu
ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem
penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Selepas Kelahiran
Adat-adat berikut dijalankan selepas kelahiran bayi.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari
ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil.
Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia
bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka
dariapada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur
sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan
diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.
Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya
para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang
tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak
masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang.

Mandi Selepas Bersalin

Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli
keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga
kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat
mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak
dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan
akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran.
Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas
bersalin. Beberapa herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan
bersama air. Air tersebut digunakan untuk mandi. Rambut ibu akan
dikeringkan dengan segera dengan asap kemenyan bagi mengelakkan
sakit kepala, selsema dan juga untuk menyegarkan tubuh badan selepas
bersalin.
Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu petang oleh seorang
wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram
ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala
dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak
penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama
untuk melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan
tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan,
hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk
kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk
digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan
penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi
ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk
bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang
diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali
bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota
badan bayi.

Mendodoi Bayi

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam


masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali
sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan
dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan
agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini
semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua
sahaja

Memberi Nama

Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama
dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan
dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama
dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa.

Upacara dimulakan dengan mengadakan upacara sembahyang sebagai


tanda kesyukuran. Terdapat juga upacara memuja Dewi Pecciyamman
dan Dewi Kaatteeri dilakukan oleh segelintir masyarakat India. Upacara
pemujaan dilakukan dengan membersihkan sekeliling rumah dan
memasang lampu minyak di keliling rumah. Bahan-bahan persembahan
juga disediakan seperti kari ayam betina, telur rebus, ikan kering dan
sebagainya. Bayi kemudiannya dimasukkan ke dalam buaian dan
namanya diumumkan pada orang ramai. Saudara mara yang hadir akan
memberi pelbagai hadiah dan upacara diakhiri dengan jamuan dan
upacara sembahyang bagi mendoakan kesejahteraan bayi.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan


mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek
moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi
tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi
perwatakannya kelak.

PERKAHWINAN

Merisik

Dalam peringkat merisik, beberapa aspek perlu diberi perhatian seperti


faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama. Selain itu, faktor-faktor lain
seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti
umur, tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras
dan latar belakang keluarga juga turut diambil kira. Selalunya
maklumat-maklumat ini diperolehi secara langsung dari pihak yang
terlibat dan juga secara tidak langsung menerusi sahabat-handai dan
saudara mara. Ada kalanya orang tengah yang dipanggil tirumana
taraga akan membantu dalam kerja-kerja merisik. Tetapi kini peranan
tersebut telah diambil alih oleh ejen-ejen perkahwinan yang berdaftar.
Kunjungan Ke Rumah Pengantin

Adat ini dilakukan selepas adat merisik dilakukan. Bakal pengantin lelaki
akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri
paras rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen
paarttal atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat bakal
isteri. Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil
walaupun bilangan tersebut ramai.

Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan,


bunyi-bunyian serta serbuk kumkum akan dibawa. Barang-barang ini
dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Pihak perempuan akan
menerima hantaran tersebut sekiranya bersetuju. Jika tidak, mereka
hanya melayan orang yang datang sebagai tetamu dan tidak boleh
mengambil barang-barang tersebut.

Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan


dipertanggungjawabkan menghidang air minuman. Pada masa itu bakal
pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi. Oleh itu bakal pengantin perempuan perlu melayani
para tetamu yang bertandang termasuklah bakal suami. Kemudian
kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan. Kali ini pengantin
perempuan tidak turut serta. Dalam masyarakat India, adat pen
paarttal juga bertujuan untuk mengetahui latar belakang bakal
pengantin lelaki.

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam


Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak
terdapat konsep perceraian. Terdapat 21 aspek perlu diambil kira untuk
menentukan kesesuaian pasangan bakal pengantin dengan cara
tilikan dimanak Hindu. Diantara yang masih diamalkan oleh masyarakat
Hindu iaitu Tina poruttam/Natcattira poruttam, Kana
poruttam, Mahentira poruttam, Pentiikka poruttam, Yooni
poruttam, Raasi poruttam, Raasiyaati paati poruttam, Vaiya
poruttam, Racau poruttam dan Veetai poruttam.

Ikat Janji

Ikat janji atau niccayam dilakukan selepas mendapat persetujuan


kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak
perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa
beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan, buah-
buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil
perempuan.

Sebaik sahaja sampai ke rumah bakal pengantin perempuan, bapa


kedua-dua belah pihak akan berbincang mengenai perkahwinan
tersebut. Sekiranya bapa salah seorang bakal pengantin telah
meninggal dunia, perbincangan akan diadakan dengan saudara-mara.
Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan
mengikat janji.

Adat
Bertunang dan Sami
menyuap kanl
sembahyang memberikan ku'gumem
kande

Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi


menyatakan persetujuan untuk mengahwini bakal pengantin
perempuan. Seterusnya perkahwinan tersebut akan diumumkan
kepada orang ramai. Sebagai tanda ikatan, kedua-dua pengantin akan
menukar sirih pinang yang dinamakan taambuulan marrutal. Kemudian
mereka akan membincangkan mengenai hari perkahwinan dan tentang
belanja untuk pengantin perempuan, kad jemputan dan sebagainya.
Kemudian upacara niccayam akan dilakukan dan lazimnya akan
dijalankan dengan bertukar-tukar kalungan bunga.

Parisam

Adat parisam terbahagi kepada dua iaitu parisam biasa atau udan
parisam. Parisam biasa adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih
awal daripada hari perkahwinan, manakala udan parisam adalah
pemberian hadiah yang dilakukan pada hari yang sama di sebelah pagi
sebelum perkahwinan dilangsungkan. Dalam masyarakat India, parisam
umpama sebuah majlis pertunangan. Adat pemberian parisam akan
diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran
dalam jumlah ganjil. Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang
sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil cumanggali.

Parisam akan dibawa ke rumah pengantin perempuan diketuai oleh


bakal pengantin lelaki dengan memakai pakaian tradisional
masyarakat India. Pada masa yang sama alat muzik tradisional seperti
naatasawaram dan meelam dimainkan. Pihak perempuan akan
menyediakan buyung yang dikenali sebagai puurana kumbum yang
diletakkan di ruang tamu. Lampu minyak yang dipanggil sebagai kuttu
vilakku diletakkan bersebelahan puurana kumbum sebagai
menunjukkan kurniaan tuhan.

Bagi memulakan adat tersebut, upacara sembahyang akan dilakukan


terlebih dahulu. Kemudian bapa pengantin perempuan akan
membawa parisam yang mengandungi sari dan diberi kepada anaknya.
Pada masa yang sama pengantin perempuan menulis sesuatu dengan
menggunakan kunyit sebagai meminta restu daripada tuhan. Setelah
itu barulah pihak lelaki dan jemputan lain boleh melihat puurana
kumbum dengan lebih dekat lagi. Pada hari tersebut, bakal pengantin
perempuan memakai sari parisam dan dipimpin keluar oleh seorang
wanita lain ke ruang tamu. Pada masa ini beberapa orang saudara-mara
boleh mengalungkan kalungan bunga pada bakal pengantin
perempuan. Ini dikenali sebagai orrai-maalai atau kalungan tunggal.
Pengiring akan memberi kad jemputan kepada kedua-dua pihak
pengantin.

Tiga upacara penting iaitu mengunjungi rumah pengantin (pen paartal),


adat ikat janji (niccayam) dan pemberian hadiah (parisam) merupakan
adat yang sering dilakukan oleh masyarakat India. Namun begitu ada di
kalangan mereka yang tidak lagi melakukan upacara tersebut untuk
mengelakkan pembaziran

Sebelum Majlis Perkahwinan

Sebelum majlis perkahwinan berlangsung, terdapat beberapa perkara


penting yang perlu dijalankan terlebih dahulu, antaranya :

Kad Jemputan

Kad jemputan memainkan peranan yang penting dalam perkahwinan


masyarakat India. Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.
Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat
dijalankan dengan lancar. Kad jemputan yang telah dicetak disapu
dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian.

Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa


bersama ke kuil untuk dibawa bersembahyang (arccanai). Kad
diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang
dan sebagainya sebagai lambang kekayaan. Upacara ini dinamakan
sebagai paanam paaku. Kemudian dulang akan dibawa ke rumah
pengantin perempuan untuk diberi kepada pengantin lelaki dan
begitulah sebaliknya. Pada masa yang sama sirih pinang akan diberikan
sebagai tanda jemputan perkahwinan secara rasmi.

Penyediaan Thaali (Tirumaanggalyam)

Thaali atau tjirumaangalyam merupakan lambang suci perkahwinan


yang dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin. Pada thaali itu
diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit. Terdapat
pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh
masyarakat India seperti lingath thaali, pottut thaali, tennant thaali dan
sebagainya. Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan
masyarakat India. Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau
sembilan hari sebelum hari perkahwinan. Pihak lelaki akan membawa
emas, cendana, kumkum, sirih pinang, kelapa dan bayaran untuk
pembuat thaali. Ini adalah untuk memastikan tukang thaali mengetahui
hari yang sesuai untuk membuat thaali. Tiga hari sebelum perkahwinan,
thaali akan diambil dan diletakkan di tempat sembahyang atas suruhan
pembuat thaali. Pihak pengantin adalah dilarang untuk menawar
perkhidmatan yang dilakukan oleh pembuat thaali.

Selepas itu upacara sembahyang dilakukan dan ini dinamakan


sebagai thaalippadaiyal. Dalam upacara itu bubur manis dan nasi manis
disediakan termasuklah dhoti dan sari untuk pasangan pengantin.
Secara umumnya thaali tidak diwajibkan diperbuat daripada emas. Ini
kerana thaali masih boleh dibuat daripada kunyit yang dikatakan lebih
selamat dan tidak dicuri orang.

Mukuurtta Kaal

Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.


Adat mukuurtta kaal ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat
masyarakat India. Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok
yang masih muda dan lurus akan ditebang untuk dijadikan mukurtta
kaal. Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan
mempunyai lilitan batang antara 20 hingga 30 sentimeter.

Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan


perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut. Bahan-bahan
lazim seperti sirih pinang, kum kum, kunyit dan sebagainya disediakan.
Ahli-ahli keluarga pengantin akan bermohon pada Tuhan supaya
perkahwinan dapat dilangsungkan tanpa gangguan. Batang kayu
diambil dan dibersihkan serta dibuang kulitnya. Lima orang perempuan
yang sudah berkahwin akan menyapukan kunyit cair dan kumkum pada
batang kayu tersebut dari pangkal hingga hujung. Kemudian hujung
kayu diikat dengan daun ara atau mangga menggunakan kain bewarna
merah. Kayu akan dipacak sedalam setengah meter dan bahan-bahan
tadi akan dimasukkan ke dalam lubang tersebut sebagai lambang
kekayaan. Kemudian upacara sembahyang dilakukan oleh pengantin
beserta lima orang perempuan tersebut. Sebanyak sembilan jenis bijirin
ditabur pada batang kayu dan lampu minyak dinyalakan. Pada masa
yang sama pengantin berikrar akan menjaga alam sekitar sebagai
lambang persahabatan dengan alam sekitar. Kebiasaannya adat
mendirikan mukuurtta kaal dilakukan di rumah pengantin lelaki.

Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui


perkahwinan antara pasangan suami isteri agar kekal hingga ke akhir
hayat. Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India
iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan Diya
Thairumanam yang mana perkahwinan ini dijalankan adalah
berlandaskan aspek suku kaum.

Majlis perkahwinan dimulakan dengan upacara niccayam (ikat janji)


dengan memberi hadiah seperti pakaian dan lain-lain. Kad undangan
disapu dengan air kunyit dibawa ke kuil dalam jumlah ganjil sebagai
tanda rasmi undangan perkahwinan. Upacara Kanggenam iaitu
menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk kunyit
tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan. Pengantin lelaki
tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

Upacara perkahwinan dilakukan


oleh Pedanda dengan berdoa supaya
pengantin hidup bahagia hingga hari
tua. Pedanda akan menabur sembilan jenis
bijirin setelah selesai acara menyarung cincin.
Pengantin lelaki akan mengalungkan thaali
Pengantin Bersanding yang diperbuat daripada benang yang disapu
dengan kunyit dan hujungnya diikat dengan
seketul kunyit kepada pengantin perempuan hingga aras dada. Kedua
mempelai memberi hormat kepada ibu bapa atau mertua dengan
menukar dulang berisi buah-buahan dan menyapu debu suci pada dahi
pengantin.

Antara adat yang dilakukan untuk menghormati dan mendapat restu


termasuklah menyerah sebiji kelapa yang dilubangkan pada bahagian
atasnya, menuang air susu ke dalamnya, memberi sirih, mencium tapak
kaki ibu bapa (membasuh kaki ibu bapa), memberi hadiah dhoti (bapa
mertua) serta sari (ibu mertua) dan wang. Biasanya pasangan pengantin
akan bertukar-tukar kalungan bunga sebanyak tiga kali dan berkongsi
minum air susu bercampur pisang di dalam sebiji gelas. Upacara ini
menandakan pasangan ini secara rasmi telah menjadi suami isteri.

Beberapa faktor penting yang diambil kira sebelum upacara


perkahwinan dilangsungkan untuk mendapat kebahagiaan hidup,
antaranya seperti masa yang baik untuk melangsungkan perkahwinan,
pengertian thaali, valatu kal, pemberian manisan, hadiah,
penghormatan kepada pengantin lelaki, simbol pokok pisang, jamuan
perkahwinan dan meroboh khemah perkahwinan.
Alipu (Mengarak Minji (Sarung Cincin
Kolem dan Khumbem
Lampu) Lelaki)

Paal (Menyapu Susu Minji (sarung Cincin Paal (Menyapu Susu


Lelaki) Wanita) Wanita)

Paal Abisygem
Upacara Akad Nikah Memohon Doa Restu
(Cuci Kaki Ibu Bapa)
Malei Mathel
Paal Abisygem Ayeer Mantherem
(Bertukar Bunga
(Cuci Kaki Ibu Bapa) (Juru Nikah)
Malei)

Perkakasan Upacara Perkakasan Upacara


Otthianem (Aksesori)
Perkahwinan Perkahwinan

Phavitirem -
Theperpul Poree (Membakar
Samenthi Phutu
(Memakai Cincin Ramuan)
Daun)

Thali Vaalem Varuthel


Tallapha
(Rantai Daripada (Membuat Tiga
(Perhiasan Kepala)
Benang) Pusingan)
Selepas Majlis Perkahwinan

Terdapat beberapa adat yang dijalankan oleh masyarakat India selepas


berlangsungnya sesuatu perkahwinan. Antara adat tersebut ialah
pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki
sebagai menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai
pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula dikehendaki
pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari. Pada masa itu
ibu bapa mertua akan menghormati kedua-dua pengantin dengan
mengadakan jamuan.

Pada hari ketiga selepas perkahwinan, Khemah lazimnya akan


dirobohkan. Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih
sebagai tanda menunjukkan tamatnya upacara perkahwinan. Namun
amalan tersebut tidak lagi dilakukan pada masa kini. Hanya jamuan
ringan sahaja yang diberikan kepada mereka yang merobohkan khemah
perkahwinan.

Jamuan perkahwinan tidak ketinggalan diadakan selepas upacara


perkahwinan dijalankan. Sekiranya perkahwinan dilakukan di kuil,
sayur-sayuran akan dihidangkan kepada para tetamu. Sekiranya jamuan
diadakan di dewan, makanan selain dari sayur-sayuran dihidangkan,
kecuali daging kerana daging amat dilarang dalam agama Hindu.
Jamuan tersebut akan turut disertai oleh saudara mara serta sahabat
handai.

KEMATIAN

Bagi masyarakat India, mereka mempercayai konsep kelahiran semula,


iaitu kematian adalah ibarat tidur dan mereka akan bangun selepas
tidur. Sarjana India juga menyatakan kematian adalah perpisahan roh
dan jasad, di mana jasad akan hancur, tetapi kembali ke alam barzakh .
Dalam masyarakat India, mayat akan dibakar atau dikebumikan. Untuk
melaksanakan upacara ini, pelbagai adat tertentu akan dilakukan.

Semasa Kematian

Sekiranya seseorang itu telah meninggal dunia, mayat akan diletakkan


di ruang tamu. Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah
lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku dipasang dinyalakan.
Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan
berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati. Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si
mati sebelum disembahyang. Sepanjang mayat berada di dalam rumah,
si mati perlu dijaga dengan sebaiknya. Kaki dan tangan mayat perlu
diluruskan, ibu jari tangan dan kaki diikat dengan kain putih dan
diletakkan ke dada. Mata dan mulut mayat juga perlu ditutup rapat.
Setelah itu barulah si mati dibalut dengan menggunakan kain. kunyit
disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya duit syiling
diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam
mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar
direnjis dan mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar
supaya tidak berbau. Untuk menunjukkan kesedihan, gambar-gambar
yang tergantung diterbalikkan dan barang-barang perhiasan dibawa
keluar dari ruang tamu. Lagu-lagu suci seperti teevaaram,
tiruvaasakam dan seumpamanya dinyanyikan serta diimainkan
sehingga ke tanah perkuburan. Tujuannya agar roh si mati sentisa
tenang dan aman.

Mayat akan dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di atas katil di


ruang tamu atau halaman rumah. Kaum lelaki yang mempunyai
hubungan kekeluargaan dengan si mati sahaja boleh membawa air
dalam jumlah yang ganjil. Air tersebut diperolehi dari sungai, perigi atau
sumber-sumber air yang lain, kecuali air paip. Buyung yang berisi air
akan ditutup dengan menggunakan kain dhoti untuk mengelakkan
habuk memasuki air tersebut. Kaum wanita pula akan menyambut air
tersebut yang digunakan untuk memandikan mayat. Sebelum
dimandikan, minyak dan araippu digunakan untuk disapukan pada
kepala sebagai mandian terakhir. Sapuan minyak ini dilakukan oleh ahli
keluarga dan diikuti oleh saudara mara terdekat. Belakang tapak tangan
digunakan untuk menyapu minyak ini dan bukannya menggunakan
tapak tangan sebagaimana lazimnya. Mayat seterusnya dimandikan
oleh orang yang telah berumur. Selepas dimandikan, si mati akan
dipakaikan dengan pakaian baru iaitu sari bagi mayat perempuan dan
dhoti bagi mayat lelaki. Mayat yang sudah dibersihkan itu akan
diletakkan di ruang tamu sebagai langkah menghormati tetamu.

Upacara Menanggalkan Thaali

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa


berlakunya sesebuah kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu
rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang isteri
setelah suamiya meninggal dunia. Dalam upacara tersebut, si isteri
hendaklah duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan sebuyung air
semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan
dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan
pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan
mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati
sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini
dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan
kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu
yang dibawa oleh seorang perempuan lain. Ini dilakukan seolah-olah
menunjukkan si suami membuangkan thaali dari leher balu. Thaali itu
seterusnya akan dimasukkan ke dalam dulang dan disimpan dalam
rumah.

Upacara Vaaikkarisi

Setelah dimandi dan dihias dengan cantik, mayat akan dimasukkan ke


dalam keranda. Kapur barus dimasukkan bersama supaya mayat tidak
berbau. Kemudian ke dalam mulut mayat akan dimasukkan sedikit
makanan sebagai menandakan pemberian terakhir dan inilah yang
dinamakan vaaikkarisi. Makanan yang akan dimasukkan ke dalam
mulut mayat berupa beras yang diletakkan di dalam sebuah dulang dan
diletakkan berhampiran kepala mayat. Sebelum dimasukkan ke dalam
mulut mayat, beras akan diarak dari kiri ke kanan. Duit syiling yang
diletakkan di dalam dulang yang sama dibalut dengan kain putih. Ini
dilakukan oleh kaum perempuan sahaja. Upacara vaaikkarisi akan
dilakukan oleh kaum lelaki di tanah perkuburan pula, justeru itu kaum
perempuan amat dilarang turut serta ke tanah perkuburan. Sekiranya si
mati mempunyai cucu atau cicit, mereka dikehendaki memegang
neippantam. Neip bermaksud minyak sapi dan pantam adalah obor.
Beberapa batang kayu kecil akan dibalut di bahagian hujung dengan
menggunakan kain yang disapu dengan minyak sapi dan dinyalakan.
Cucu atau cicit tersebut dikehendaki mengelilingi mayat mengikut
lawan jam sebanyak tiga kali. Pada masa yang sama lagu-lagu suci
dimainkan. Saudara mara yang terdekat akan memberi sari atau dhoti
kepada si mati sebagai hadiah terakhir. Keranda akan ditutup dan
diangkat untuk dibawa ke tanah perkuburan, pada masa yang sama
ucapan tenna adudaiya shinanee pottri disebut beberapa kali sebagai
menandakan upacara tersebut telah direstui oleh tuhan. Ahli-ahli
keluarga akan mengelilingi mayat mengikut lawan jam sebanyak tiga
kali sebagai tanda penghormatan.

Kollic Catti

Kollic catti bermaksud periuk tanah liat yang mengandungi api. Periuk
tersebut diangkat dengan menggunakan pelepah kelapa yang dibelah
tiga di bahagian hujung dan diikat pada periuk. Kollic catti dibawa oleh
ahli keluarga si mati samada anak ataupun bapa. Anak sulung
melakukan untuk bapa yang telah meninggal dunia dan anak bongsu
untuk ibu. Seseorang yang membawa kollic catti mengiringi mayat.
Sebelum itu pembawa kollic catti dikehendaki mencukur rambut. Ini
menunjukkan bahawa mereka akan hidup lebih bahagia seperti rambut
yang baru tumbuh. Ada juga yang mencukur janggut atau misai sebagai
menggantikan rambut. Pada masa yang sama sebuah nyiru diisikan
dengan bahan-bahan seperti padi goreng, biji sawi dan bijan. Sepanjang
perjalanan, bahan-bahan tersebut ditabur dan setiap bahan-bahan tadi
mempunyai perlambangan yang tersendiri.

Pengebumian

Mayat orang India akan diusung ke tanah perkuburan dengan


menggunakan pengusung. Apabila tiba di tanah perkuburan, pengusung
perlu membayar duit kepada penyelenggara sebagai upah mengorek
liang lahad. Keranda akan digerakkan beberapa kali sebelum
menghampiri liang lahad. Pergerakan dimulakan dengan dengan
mengubah bahagaian kaki ke kubur dan kemudian bahagian kepala. Ini
adalah seperti pergerakan bayi yang berada di dalam kandungan. Oleh
itu si mati dipercayai berada di dalam perut Dewi Bumi. Kemudian
keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi mayat yang
dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api unyuk dibakar. Duit syiling
dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu
diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda keizinan mayat
dikebumikan. Setelah itu upacara sembahyang dilakukan oleh semua
yang berada di situ.

Pembawa Kollic catti atau buyung dikehendaki mengelilingi mayat


sebanyak tiga kali menurut arah jam. Kemudian diikuti oleh pengurus
mayat yang akan menebuk kollic catti dengan menyebut 'sorkam seer,
kaiulaasam seer' berulang kali. pada pusingan ketiga, pembawa kollic
catti berada di hadapan mayat dan duduk melutut tetapi tidak
menghadap mayat. Kemudian tiga batang kayu yang menyala dibakar
dan disusun ke tanah satu persatu. Upacara ini dilakukan untuk
mengurangkan kesedihan keluarga si mati. Setelah mayat dikebumikan,
satu bentuk manusia akan dilukis di atas kubur. Satu lubang akan dibuat
di bahagian kepala dan susu akan dicurahkan pada lubang
tersebut. Ada juga yang memasukkan bijirin ke lubang tersebut. Selesai
upacara tersebut, semua yang hadir perlu ke rumah si mati untuk
upacara penyempurnaan adat pengebumian sebelum balik ke rumah.

Selepas Kematian

Selepas selesai upacara pengebumian, beberapa adat seperti berikut


akan dilakukan.

Membersihkan Rumah

Rumah perlu dibersihkan sebaik sahaja mayat dibawa ke kubur. lampu


minyak dinyalakan dibekas tempat pembaringan mayat dan selepas itu
ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas
upacara pengebumian dijalankan. Makanan yang terdiri daripada sayur-
sayuran atau haiwan yang tidak berdarah akan dihidangkan untuk ahli-
ahli keluarga si mati. Sebaldi air akan diletakkan di hadapan rumah dan
lampu minyak sentiasa dinyalakan. selain itu debu suci dan garam
disertakan. Kemudian ahli-ahli keluarga dikehendaki menyentuh garam
dan menyapu pada dahi sebelum masuk ke dalam rumah. Air yang
berada di dalam baldi digunakan untuk mencuci kaki dan selepas itu
berakhirlah sudah upacara pengkebumi. Bagi mereka yang
membawa kollic catti akan pulang ke rumah untuk melakukan upacara
kollic catti. Pembawa kollic catti hendaklah mandi di sungai atau kolam
dan kemudian barulah boleh masuk ke rumah. Ini adalah menunjukkan
tamatnya upacara kollic catti.

Mengumpul Abu Mayat

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan


harinya. Susu terlebih dahulu disiram pada abu mayat untuk
menyejukkan bara api. Kemudian abu bahagian kepala dimasukkan ke
dalam sebuah periuk , manakala abu yang lain dimasukkan ke dalam
periuk yang berasingan. Abu yang telah dimasukkan ke dalam periuk
akan disembahyangkan oleh ahli keluarga. Terdapat dua cara dalam
pengurusan abu mayat di kalangan masyarakat India, iaitu samada abu
mayat ditanam atau dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan
ke laut.

Berkabung

Masyarakat India seperti juga masyarakat lain akan berkabung selepas


berlakunya sesebuah kematian. Tempoh mula berkabung samada lapan
atau enam belas hari selepas kematian. sekiranya mereka berkabung
selepas lapan hari kematian, saudara-mara dan sahabat-handai akan
berkumpul di rumah si mati dengan membawa pelbagai jenis juadah
tradisional termasuklah sayur-sayuran dan buah-buahan. Semua ini
dibawa untuk dipersembahkan kepada si mati. Gambar atau potret si
mati diletakkan di atas almari atau dinding dan kemudian dikalungkan
dengan bunga yang menarik. Di sisi gambar tersebut pula dinyalakan
lampu minyak dan bunga ditabur. Kemudian upacara sembahyang
dimulakan dengan meminta Tuhan supaya melindungi si mati. pada
masa yang sama nyanyian lagu-lagu suci dimainkan. setelah itu
makanan dihidangkan kepada para tetamu.

Berkabung pada hari keenam belas pula dipanggil


sebagai karumaati iaitu hari bersembahyang. Sebuah khemah yang
lengkap dengan kerusi didirikan. Potret si mati dihias dengan cantik dan
seorang pedanda dijemput untuk upacara sembahyang. Batu-bata
diikat dengan benang dan dibalut dengan kain merah dan dimasukkan
ke dalam periuk. Kemudian batu tersebut dibasahkan dengan air, susu,
air kelapa muda dan air mawar. Upacara basahan batu-bata itu
dinamakan sebagai kal niruttutal atau upacara mendirikan batu. Pada
masa yang sama lagu-lagu suci dimainkan. Upacara sembahyang
dilakukan sebanyak tiga kali. Setiap kali sembahyang, makanan
dihidangkan kepada para tetamu. Sembahyang yang pertama dilakukan
pada pukul sebelas malam. Sembahyang yang kedua dilakukan pada
pukul dua belas malam dan yang ketiga pada awal pagi. Hari berikutnya
pedanda mengambil rumput dan membuat bentuk seperti keranda.
Rumput akan dibakar dan mentera serta doa dibaca, bertujuan agar roh
si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman. Selesai upacara
bersembahyang, pedanda akan dibayar dengan upah berbentuk wang
ringgit, sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, berakhirlah
upacara karumaati.

KAUM INDIA
ADAT RESAM KAUM INDIA
Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di
negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi.
Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang
berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman
penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari
kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang
diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut
membawa budaya mereka yang unik.

Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia


dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah
pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita.
Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-
ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan
tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh
masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan
kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek
kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada
pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya
memaparkan adat resam masyarakat India secara umum.

Tanda Hormat
Mereka menyapa dengan sebutan “vanakam” dan sentiasa
bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau
sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan
dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda
hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok
digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan
kesyukuran.

Peranan Keluarga
Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun
bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling
dihormati yang dianggap mulia. “Ibu adalah umpama Tuhan”
dan anak perempuan pun dipanggil “amma” seperti seorang
ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian.

Perkahwinan
Seorang suami pula adalah “Tuhan bagi isterinya” dan mesti
sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan
oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah
serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi
segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala
petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan
buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu
tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan
dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh
seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu,
sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk
menyaksikan perkahwinan tersebut.

Sewaktu Mengandung
Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita
hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita
hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru
yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan
ibu” dan Kaappu pula bermaksud ‘perlindungan’. Gelang ini
dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan
daripada kesukaran semasa bersalin.

Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri


daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan
emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak
dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk
dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada
hari pemberian nama.
Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil
tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang
mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas,
sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih
pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di
dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya
upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara
ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil
tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air
seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan
bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan
dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan
dengan kalungan bunga oleh suaminya.

Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan


atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di
ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan
sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan
upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita
hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-
buahan dan bunga-bungaan.

Semasa Bersalin
Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana
ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi
mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan
mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa.

Kelahiran
Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan
masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir
seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh
melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara
penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi
cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama
meraikannya.
Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut
bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan
ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara
bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang
tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum
wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya
gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke
30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa
selamat.

Potong Tali Pusat


Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan
tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga,
serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan
bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan
tidak digunakan oleh ahli sihir.
SELEPAS KELAHIRAN
Menyapu Madu
Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur
minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga
boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran
minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala
digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa
kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.
Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan
memudahkan bayi bertutur.

Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan
disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam
sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi
tersebut.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah


Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah
pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada
bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah
upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala
atau sebarang malapetaka dari pada berlaku.

Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk


kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus
yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah
jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga
kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya
ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan
anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang
aalati dibuang.

Mandi Selepas Bersalin


Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari
ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga
kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang
melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan.

Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin


tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab
kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan
kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan
mandi selang sehari selepas bersalin.

Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh


seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan
dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan
air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan
herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau
kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk
melembutkan kulit bayi.

Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh


bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi
tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut.
Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas
dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih
badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan
melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan
dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk
bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi
diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak
yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam.
Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk
meluruskan anggota badan bayi.

Mendodoi Bayi
Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan
mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu
bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan
ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan
agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun
amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya
diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Memberi Nama
Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian
nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke
dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua
yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan
dewa-dewa.

Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan


mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan,
nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga
dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan
mempengaruhi perwatakannya kelak.

Anda mungkin juga menyukai