Anda di halaman 1dari 16

Warisan Budaya India

Kumpulan etnik terkecil antara tiga kumpulan etnik utama di negara ini, kaum India merangkumi 10 peratus populasi. Kebanyakan berasal daripada pendatang dari Selatan India yang berbahasa Tamil, yang datang ke Malaysia sewaktu zaman penjajahan British dahulu. Mereka datang ke sini untuk mencari kehidupan yang lebih baik, luar daripada sistem kasta yang diamalkan di India. Kebanyakan beragama Hindu, mereka turut membawa budaya mereka yang unik. Masyarakat India merupakan etnik ketiga terbesar di Malaysia dan juga salah satu kaum yang telah menyumbang ke arah pembentukan sebuah masyarakat majmuk di negara kita. Seperti masyarakat lain, masyarakat India juga kaya dengan ciri-ciri kebudayaan mereka dan masih mengekalkan kebudayaan tersebut sehingga kini. Adat resam yang diamalkan oleh masyarakat India mempunyai banyak persamaan dengan kebudayaan masyarakat Melayu. Ini jelas terlihat dalam aspek kelahiran dan perkahwinan. Masyarakat India terdiri daripada pelbagai suku kaum, justeru itu maklumat berikut hanya memaparkan adat resam masyarakat India secara umum. Tanda Hormat Mereka menyapa dengan sebutan "vanakam" dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya. Tetamu sentiasa dijamu minuman atau makanan dan mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Jika menerima sesuatu, elok digunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran. Peranan Keluarga Keluarga amat penting dalam masyarakat Tamil. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah paling dihormati yang dianggap mulia. "Ibu adalah umpama Tuhan" dan anak perempuan pun dipanggil "amma" seperti seorang ibu. Penjagaan anak perempuan amat diberi perhatian. Perkahwinan

Seorang suami pula adalah "Tuhan bagi isterinya" dan mesti sentiasa dihormati. Oleh itu proses perkahwinan ditentukan oleh seorang ketua agama yang membuat tilikan masa bertuah serta reaksi pasangan berkahwin. Masa amatlah penting bagi segala acara dan upacara untuk mengelakkan berlakunya mala petaka ataupun nasib buruk. Untuk mengelakkan dari keadaan buruk maka biasanya perkahwinan dilakukan pada waktu tengah malam atau matahari akan naik. Upacara perkahwinan dilakukan di rumah pengantin perempuan ataupun di kuil oleh seorang ketua agama. Pada satu kawasan empat segi di kuil itu, sami akan menyalakan api dan menyembah Tuhan untuk menyaksikan perkahwinan tersebut. Sewaktu Mengandung Adat Valaikaappu dilakukan ketika kandungan sulung wanita hamil menjangkau usia tujuh hingga sembilan bulan. Wanita hamil tersebut akan dipakaikan sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaappu. Suul bermaksud `kandungan ibu dan Kaappu pula bermaksud 'perlindungan'. Gelang ini dipakai bertujuan untuk melindungi bayi di dalam kandungan daripada kesukaran semasa bersalin. Gelang tangan yang dipakaikan dalam upacara ini terdiri daripada beberapa jenis iaitu gelang kaca, pancalogam dan emas mengikut kemampuan masing-masing. Setelah anak dilahirkan, gelang tangan emas tersebut akan dileburkan untuk dibuat perhiasan bagi bayi tersebut dan akan dipakaikan pada hari pemberian nama. Pada hari upacara dilakukan, hadiah kepada wanita hamil tersebut yang dikenali sebagai ciir diatur ke dalam dulang yang mempunyai bilangan ganjil. Hadiah ini termasuk barang kemas, sari, gelang tangan, serbuk kumkum, kunyit, buah-buahan, sirih pinang, sikat dan cermin serta pelbagai manisan. Hadiah di dalam dulang ini akan diletak di ruang tamu dan seterusnya upacara memandikan wanita hamil tersebut diadakan. Upacara ini juga dikenali sebagai mutugu niir (kulittal). Wanita hamil tersebut didudukkan di bilik mandi dan dimandikan dengan air seperti air susu, air kunyit, air kelapa muda, air mawar dan bunga-bungaan. Setelah mandi, wanita hamil tersebut akan dihias seperti pengantin dan seterusnya akan dikalungkan dengan kalungan bunga oleh suaminya. Wanita hamil tersebut dipakaikan dengan sari perkahwinan atau sari baru yang dibeli oleh ibu bapanya dan didudukkan di ruang tamu. Seterusnya lampu minyak kuttu vilakku dihidupkan sebagai memohon restu Tuhan dan sebagai memulakan upacara. Berbagai makanan juga disediakan khas bagi wanita hamil tersebut seperti pelbagai jenis nasi, kuih muih, buah-buahan dan bunga-bungaan. Semasa Bersalin

Waktu kelahiran adalah penting bagi masyarakat India di mana ia akan dicatat dengan tepat bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu. Bintang bayi ini akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa. Kelahiran Kelahiran seorang bayi adalah acara penting keluarga dan masyarakat. Semua saudara mara dimaklumkan apabila lahir seorang bayi. Selama 16 hari selepas lahir keluarga tidak boleh melakukan sebarang upacara agama. Pada hari ke 16 upacara penting diadakan untuk menamakan anak. Rumah akan dihiasi cantik, buaian dihiasi dan jiran-jiran dijemput bersama meraikannya. Nama seorang anak didapati dari almanak Hindu mengikut bintang dan hari kelahirannya. Seorang ketua agama akan ditanyakan untuk mencari nama bertuah itu mengikut aksara bintangnya. Ketika menamakan, bayi itu dipangku oleh orang tua satu persatu sambil menyanyikan doa agama oleh kaum wanita. Selepas itu, saudara mara yang hadir akan memberinya gelang untuk dipakaikan sebagai tanda selamat. Pada hari ke 30, bayi itu dibawa ke kuil dan upacara diadakan dengan doa selamat. Potong Tali Pusat Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama duit tembaga, serbuk kunyit, garam dan pinang. Bahan-bahan ini dimasukkan bersama untuk mengelak dari dikorek oleh binatang liar dan tidak digunakan oleh ahli sihir. SELEPAS KELAHIRAN Menyapu Madu Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Di samping madu, air gula juga boleh digunakan. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan. Kegunaan minyak ini dipercayai boleh membawa kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit. Madu pula dikatakan dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkan bayi bertutur. Setitik minyak bijan yang dicampur dengan sedikit susu ibu dan disapu ke mulut bayi akan bertindak menjadi pelawas dalam sistem penghadaman dan membantu tumbesaran bayi tersebut.

Membawa Bayi Pulang Ke Rumah Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh dan sebagainya iaitu pada bilangan hari ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan. Ia bertujuan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka dari pada berlaku. Bagi upacara aalati ini, dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan, arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam. Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Setelah ibu dan anak masuk ke dalam rumah, isi dulang aalati dibuang. Mandi Selepas Bersalin Apabila bayi dan ibu kembali ke rumah, mereka diasingkan dari ahli keluarga yang lain di sebuah bilik khas yang sentiasa dijaga kebersihannya. Bagi dua minggu pertama, orang luar dilarang melawat mereka kecuali untuk tujuan perubatan. Jika proses bersalin secara pembedahan, ibu yang baru bersalin tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab-sebab kesihatan akibat fizikal ibu yang lemah kerana pembedahan dan kesan kelahiran. Bagi ibu yang bersalin normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin. Bayi pula kebiasaanya dimandikan pada waktu tengah hari oleh seorang wanita yang berpengalaman. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama untuk melembutkan kulit bayi. Ketika bayi dimandikan, urutan perlahan dilakukan pada tubuh bayi dan tulang belakang bayi supaya tidak bengkok. Bagi tujuan kecantikan, hidung, kening dan telinga turut diurut. Beberapa bahan seperti serbuk kunyit, minyak bijan, kas-kas dan kacang hijau yang ditumbuk digunakan sebagai pembersih badan bayi bertujuan untuk mengelakkan penyakit kulit dan melicinkan kulit bayi. Selesai dimandikan, bayi ditonggengkan dengan mengangkat kedua belah kaki sambil menepuk bahagian punggung untuk mengeluarkan kahak. Setelah itu bayi diasapkan dengan asap kemenyan, dan disapu dengan bedak yang diperbuat dari tepung beras supaya tidak dihinggapi ruam. Akhir sekali bayi akan dibedung dengan kain bertujuan untuk meluruskan anggota badan bayi. Mendodoi Bayi Upacara penting dalam masyarakat India ialah amalan mendodoi. Upacara ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi tua sahaja.

Memberi Nama Sebaik sahaja bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama dilakukan. Ia dilakukan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama-nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak dengan mengikut tarikh kelahiran bayi. Nama-nama tokoh sejarawan, nenek moyang serta yang berkaitan dengan agama Hindu juga dipilih bagi bayi tersebut kerana nama yang dipilih ini akan mempengaruhi perwatakannya kelak.

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Budaya Adat Resam Masyarakat Orang Asli

Masyarakat Orang Asli merupakan satu entiti masyarakat Malaysia yang tersebar di seluruh negara di Semenanjung Malaysia, kecuali Perlis dan Pulau Pinang. Negeri negeri yang banyak ditemui kewujudan dan penempatan mereka ialah Pahang diikuti Perak, Kelantan dan seterusnya. Dari aspek kepercayaan, masyarakat orang Ali didapati mempunyai adat resam dan kepercayaan animisme. Sistem kepercayaan mereka adalah peranan dewa dewa, keramat, roh dan sebagainya. Pandangan hidup (world view) mereka banyak dipengaruhi oleh keadaan fizikal alam sekeliling di persekitaran yang di diami. Dengan itu hutan rimba, gunung, bukit, petir, dan sebagainya dianggap sebagai mempunyai makna tersendiri bagi kosmologi masyarakat ini. Ini telah membawa perlakuan perlakuan ritual dan pantang larang dalam kehidupan seharian berdasarkan kepercayaan mereka.

Dari aspek organisasi dan struktur sosial, masyarakat ini masih mengekalkan dan mementingkan sikap kerjasama dan mewujudkan puak yang dipimpin oleh seorang ketua yang dipanggil batin yang bertanggungjawab menjaga dan menjamin ketenteraman puak serta menjdi penghubung kepada masyarakat luar. Beliau juga berkuasa menentukan dan menetapkan peraturan berkaitan puak dan menjatuhkan hukuman terhadap kesalahan yang dilakuakn oleh ahli ahli. Di samping itu, komuniti mereka juga berpegang kepada pengantara agama (shaman) atau bomoh yang berperanan dalam menentukan aspek ritual dan penyaluran kepercayaan mereka. Perubahan yang melanda masyarakat ini ada kaitan dengan kepercayaan mereka terhadap animisme yang semakin berkurangan sejak selepas merdeka pada tahun 1957. Ini kerana gerakan

dakwah agama lain termasuk Islam semakin kuat ke atas masyarakat ini. Namun masih banyak lagi mengamalkan unsur unsur animisme dan proses sinkretisme dengan agama agama lain. Lawatan dan Kunjungan Lawatan biasa lebih disukai sekiranya dibuat di waktu petang, kerana pada siang hari mereka selalunya sibuk dengan kerja masing masing. Umumnya msyarakat orang Asli bekerja sendiri seperti berladang, mencari dan menjual barang barang hutan, menangkap ikan, memburu dan sebagainya. Apabila sampai di rumah irang yang dilawati, seseorang tetamu itu eloklah menunggu di tepi rumah dan berbuat buat batuk sepaya di dengari oleh tuan rumah. Panggilan lazimnya dibuat dengan memanggil nama anak sulung tuan rumah. Sekiranya anak sulung tuan rumah itu bernama Aalang maka panggilan bolehlah dibuat seperti.. Bapak Si Alang ada di rumahkah?. Petang dan malam adalah waktu untuk berehat dan bersuka ria. Di masa ini tidak ada halangan bagi kawan kawan dan lain lain kenalan datang ke rumah. Sekiranya seseorang tetamu sampai ketika tuan ruamh sedang makan maka lebih disukai jika tetamu itu turut makan bersama dengan tuan rumah. Adalah dianggap kurang sopan jika tetamu menolak jamuan yang dihidang oleh tuan rumah. Masyarakat Orang Asli sangat suka sekiranya tetamu mereka sudi menikmati jamuan yang dihidangkan. Lawatan dan kunjungan ini selalunya ialah untuk berbual bual atau mendengar kisah kisah lama. Ini akan mengembalikan ingatan ingatan manis dan peristiwa peristiwa yang menarik. Kadang kala, masa masa seperti ini juga digunakan untuk menuntut ilmu jampi serapah.

Kelahiran Seorang suami pula kebiasaannya akan terus memberitahu jiran tetangga apabila isterinya hendak bersalin. Adalah menjadi kebiasaan bagi kaum wanita mengunjungi si isteri untuk memberikan pertolongan setakat yang mampu. Orang orang Asli tidak suka jika pelawat pelawat yang datang berkunjung memuji memuji akan kecantikan tubuh badan si anak yang baru lahir. Adalah dipercayai sekiranya seseorang bayi dipuji puji dengan kata kata seperti amboi, comelnya bayi ini, maka hantu hantu yang berdekatan akan mendengar dan mengambil bayi itu. Keadaan ini terbukti apabila bayi itu sakit, demam dan sebagainya. Beberapa pantang larang juga perlu dipatuhi oleh seorang ibu yang sedang mengandung. Pantang larang ini juga dikenakan kepada si suami. Di antara pantang larang yang dianggap penting ialah si suami misalnya tidak boleh menjala ikan. Suami dan isteri dilarang memakan daging rusa dan kijang. Perkahwinan Adat istiadat nikah kahwin berbeza antara satu suku kaum dengan suku kaum yang lain. Bagi

suku kaum Orang Asli di kawasan Selangor misalnya, kedua dua pangantin terpaksa mendengar nasihat nasihat yang diberikan oleh sesiapa sahaja yang hadir terutamanya yang diberikan golongan tua mengenai tanggungjawab seorang isteri atau suami. Nasihat nasihat ini kadangkala mangambil masa berjam jam lamanya. Masyarakat orang Asli jarang sekali membuat jemputan secara rasmi ke majlis majlis perkahwinan. Semua orang yang ada di kampung dan kebanyakkannya dari kampung kampung jiran lazimnya akan hadir tanpa jemputan secara rasmi. Jamuan nasi akan diberikan kepada sesiapa yang datang sehinggalah bekalan habis. Kematian Biasanya apabila diketahui ada kematian di sesebuah kampung kerja kerja seperti berladang, memburu ataupun membuat rumah akan diberhentikan dengan serta merta. Mengikut kepercayaan sesiapa jua yang meneruskan pekerjaannya setelah mengetahui adanya kematian, ia akan ditimpa malapetaka ataupun jatuh sakit. Ketika ada kematian, semua kanak kanak dicontengkan telinga mereka dengan kapur yang telah dijampi. Arang disapu di bulu kening, dada dan di tapak kaki. Dengan cara demikian, segala hantu syaitan yang dipercayai telah membunuh si mati tidak akan mengacau kanak kanak yang telah memakai pengandang. Pengandang ini penting terutamanya di waktu malam. Mayat si mati selalunya akan diringi ke tempat perkuburan oleh sebahagian besar penduduk kampung berkenaan. Setelah selesai mengebumikan mayat, keluarga si mati akan menghantar makanan serta memasang api di tepi kubur itu pada tiap tiap hari selama 6 hari. Begitu juga dalam tempoh masa yang sama unggun api yang dipasang di bawah rumah si mati. Pasir halus yang telah dijampi ditabur tabur di sekeliling dinding rumah dengan tujuan supaya terkena mata hantu yang masih ada lagi di kawasan rumah tersebut. Amalan ini juga diteruskan selama 6 hari kerana roh si mati dipercayai masih berada di kawasan rumah dan kubur dalam jangka masa itu

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 3 ) KAUM TEMIAR 1. PENGENALAN Pemilihan penempatan suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq(jampi) atau mimipi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti "merbau" dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya(takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong-royong. Di peringkat awal penempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang itu, barulah mereka

berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuh hutan.

2. SOSIO-BUDAYA 2.1 PERLANTIKAN Jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan. Penghulu biasa mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemilihannya dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kampung(JKKK).

2.2 KUASA PENGHULU Kuasa Penghulu terikat dengan adat resam dan pantang larang suku kaumnya. Beliau berkuasa mengarahkan anak-anak buahnya untuk bergotong-royong menjalankan aktiviti kampung serta merestui perkahwinan. Beliau juga bermain peranan sebagai hakim, penasihat dan penghubung dengan masyarakat dengan agensi luar. Penghulu juga mempunyai kebolehan sebagai bomoh tradisional(Halaq). Perpecahan kuasa Penghulu boleh berlaku sekiranya ada di antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Kuasa Penghulu juga akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke pertempatan baru.

3. KEKELUARGAAN 3.1 PERKAHWINAN (i) Adat Menunggu (Meyakinkan bakal mertua) Bakal menantu lelaki perlu dapat meyakinkan mertua akan kewibawaannya dengan menawarkan diri untuk menguruskan kerja-kerja seharian. Ini bererti beliau mempunyai kesanggupan menanggung bakal keluarganya. Adat ini dikenali sebagai "Adat Menunggu". (ii) Merisik Kedua-dua belah pihak mengadakan perbincangan dan mendapatkan persetujuan daripada kedua-dua pasangan. Kemudian kedua-dua pihak berjumpa Penghulu untuk mendapatkan restu dan seterusnya menetapkan tarikh perkahwinan. Majlis perkahwinan diadakan pada waktu malam. Kedua-dua pihak membawa pengiring daripada ahli keluarga masing-masing. Pihak perempuan menyediakan sebuah bilik khas bagi kedua-dua pengantin tidur bersama. Pengiring akan memerhatikan gerak laku pengantin baru dan akan melaporkan kepada kedua belah pihak. Majlis jamuan akan diadakan pada malam kedua. Pada malam itu juga mereka membakar kemenyan dan menabur bertih agar rumahtangga yang dibina sentiasa bahagia dan dijauhi daripada penyakit serta perkahwinan ini juga direstui oleh penduduk kampung. Majlis ini

kebiasaannya akan diikuti dengan tarian sewang di dewan / tempat khas yang disediakan.

3.2 Kelahiran Semasa isteri sedang mengandung kedua pasangan terpaksa mematuhi beberapa pantang larang seperti berikut: * Suami tidak memegang alat menangkap ikan kerana dikhuatiri bayi yang dilahirkan itu nanti terlekat uri. * Tidak boleh memancing ikan kerana dipercayai tali pusat bayi akan putus semasa bersalin. * Memotong buluh/tebu mesti mengikut ruas untuk mengelakan bayi dalam kandungan dalam keadaan songsang. * Tidak boleh makan kijang, ayam hutan dan ikan yang mempunyai sengat ditakuti bayi terkena 'kenan' dan menghidap sakit 'sabat'(sawan). * Tidak boleh makan buruan yang telah ditembak kerana dipercayai kandungan akan gugur. Ibu ditempatkan di sebuah bilik khas (biasanya di bahagian dapur). Tempat tidur disediakan dalam kedudukan condong 20 darjah untuk memudahkan ibu bersalin. Suami dan saudaramara terdekat(perempuan) boleh turut sama duduk di sisi. Tok Bomoh dan Bidan dipanggil untuk menjampi dan membantu ibu bersalin. Mereka ini memainkan peranan sebagai 'tuhad' (penyelamat). Bidan akan menolong dan mengurut ibu sehingga bayi dilahirkan. Bidan akan balik setelah ibu 'buka pantang' iaitu seminggu selepas bayi dilahirkan. Uri bayi akan digantung di pokok dipercayai tiada gangguan.

3.3 Pantang Selepas Bersalin Selepas bersalin ibu dan bidan akan berpantang selama seminggu. Mereka tidak boleh makan semua jenis binatang dan garam. Begitu juga kepada suami jika dia menyentuh bayi tersebut ketika dilahirkan. Untuk mengadakan majlis ini persiapan kenduri disediakan oleh kedua pihak keluarga. Ibu dan bidan akan dihidangkan dengan makanan khas yang berlainan dari tetamu. 'Tuhad', ibubapa, mertua dan bidan akan berbincang untuk memberi nama bayi.

4. ADAT ISTIADAT 4.1 Sewang Sewang adalah upacara menurun untuk mendapatkan ilham. Senikat lagu sewang diperolehi oleh Tok Halaq melalui mimpi. Upacara ini dilakukan pada malam hari dan berjalan selama 3 hingga 7 hari berturut-turut bergantung kepada makanan yang ada. Mereka menari dengan

cara bergerak sekeliling penetas secara berpusing. Terdapat dua jenis sewang iaitu Sewang Pantang dan Sewang Umum. Setiap sewang memakan masa selama 15 minit yang dijalankan oleh 'Juru Sewang'. Juru Sewang akan berdendang hingga tidak sedarkan diri (pengsan). Mereka akan dipulihkan oleh Tok Halaq.

4.2 Sewang Kelahiran Upacara Sewang Kelahiran dilakukan dengan memuja bayi dengan harapan bayi tersebut mendapat kebaikan apabila dewasa kelak. Bayi dijamu dengan bertih padi/jagung dan diletakan bau-bauan supaya kehidupan bayi sentiasa harmoni dan aman damai.

4.3 Sewang Kematian Upacara ini dimulakan oleh Tok Halaq dengan membuka pantang melalui nyanyian(gabak) iaitu memuja roh simati sambil mengetuk buluh centong dengan kedudukan ruasnya ke bawah. Dalam upacara ini hanya kaum keluarga yang terdekat dibenarkan bersewang bersama Tok Halaq. Selepas upacara buka pantang selesai barulah majlis sewang dibuka kepada tetamu/orang ramai. Sewang Kematian diadakan selepas tamat tempoh berkabung (selepas 40 hari) selama 3 hingga 4 malam berturut-turut bergantung kepada bekalan makanan.

4.4 Sewang sebelum dan selepas membuka pantang Ia dimulakan dengan nyanyian Tok Halaq memohon agar tanaman mereka mengeluarkan hasil yang memuaskan.Selepas menuai diadakan pula sewang tanda kesyukuran kerana hasil padi yang memuaskan dan terus bertambah pada tahun hadapan.

4.5 Sewang Berubat Tok Halaq akan bersewang untuk memohon daripada penunggu supaya menyembuhkan penyakit. Pesakit terpaksa mematuhi beberapa pantang-larang yang telah ditetapkan oleh Tok Halaq.

5. BAHAN PERUBATAN Suku Kaum Temiar masih mengamalkan perubatan tradisional dengan menggunakan akar dan tumbuh-tumbuhan berikut sebagai bahannya: * Akar Tongkat Ali * Kacip Fatimah

* Tunjuk Langit * Bunga Pakma * Pokok Dukung Anak * Pokok Gajah Beranak * Rempah * Pisang Hutan * Kulat Susu Harimau * Akar Sempelas

6. KEPERCAYAAN 6.1 Karei / Engku Ia dipercayai makhluk yang besar dan berkuasa yang tinggal di angkasa Karei akan marah dengan menurunkan bala jika mereka melanggar pantang dan melakukan perbuatan keji.

6.2 Penunggu Masyarakat Temiar percaya, tempat seperti lubuk, lata, teluk, gua, bukit dan gunung ada penunggunya maka ia harus dihindari dan tidak diganggu. Mereka dilarang menegur atau berkata sesuatu di tempat tersebut krana ia akan disampuk oleh penunggu terutama bagi mereka yang lemah semangat.

6.3 Kayu Merbau Mereka percaya bahawa teras kayu merbau boleh memanah dan kemungkinan terkena sesiapa sahaja yang lalu di situ. Terutama pada waktu subuh, senja dan ketika hujan panas serta ada pula pelangi.

6.4 Pantang Harimau Pertemuan di antara dua orang yang telah berjanji untuk bertemu harus ditunaikan.Jika salah seorang mungkir janji, dipercayai 'Jelmaan harimau' akan datang mengganggu orang itu.

6.5 Bunga Pakma Bunga Pakma tidak boleh dipetik kecuali "Tok Halaq". Jika terjatuh dan bergolek ketika membawanya, dipercayai ia boleh bertukar menjadi harimau (ruai).

6.6 Buah-buah Hutan Buah Perah dan buah-buahan lain di dalam hutan hendaklah dipetik dalam sesuatu musim dengan satu upacara bergotong-royong untuk dibuat kenduri. Selepas itu baru ia boleh diambil. Jika mereka melanggar pantang berkenaan dipercayai 'ruai' buah-buahan akan mengarahkan harimau mengganggu orang lain.

6.7 Kempunan (Selantap) Suku kaum Temiar juga percaya jika sesuatu keinginan/niat tidak tercapai maka mereka akan kempunan. Kempunan bermakna mereka akan ditimpa bala/kesusahan.

6.8 Suara Burung Apabila burung 'Chiap Chereyet' berbunyi, ini bermakna menegur roh simati yang sedang berkeliaran. Sesiapa yang mendengar bunyi ini hendaklah mengasap badan dengan asap supaya 'badi' tidak mengganggu atau merasuk keluarga mereka.

7. AMALAN SOSIAL 7.1 Bertandang * Tetamu hendaklah pasti ada orang dirumah sebelum bertandang. Tanpa memakai kasut tetamu boleh naik ke rumah setelah dijemput. * Tetamu mesti menegur ketua rumah terlebih dahulu dan bertanyakan khabar. * Tetamu selalunya menghadiahkan sesuatu kepada ketua rumah seperti rokok atau tembakau. * Tetamu akan minta diri untuk balik dan bertanyakan pesanan untuk dibawa kepada penghulunya (jika tetamu dari kampung lain).

7.2 Adab Bercakap Dengan Mertua Menantu lelaki tidak boleh bertentang mata dengan ibu mertua dan menantu perempuan tidak boleh bertentang mata dengan bapa mertua semasa bercakap. Mereka boleh bercakap melalui orang tengah (Orang Perantaraan).

8. ALAT MUZIK TRADISIONAL Alat muzik tradisonal masih digunakan dalam majlis sewang dan untuk hiburan . Di antara alat

muzik tradisonal mereka ialah: * Siol(Seruling Buruh) * Gooh(Buluh Centong) * Genggong (Ranggot) * Bateq(Gendang) * Kerep(Guitar Buluh)

9. KEMATIAN Apabila berlaku kematian, Tok Halaq akan megesahkan kematian tersebut. Berita kematian akan diberitahu kepada penghulu dan seterusnya kaum keluarga terdekat. Mayat tidak boleh dimandikan atau dibersihkan. Ia dipakaikan pakaian baru dan diselimutkan dengan kain baru, kemudian digulung dengan tikar baru dan diikat.Selepas itu, ia diletakkan di atas pengandar(usungan) yang dibuat dari buluh cincang.Sebelum mayat dikebumikan, unggun api dinyalakan di bahagian kaki atau kepala simati untuk mengelakkan roh simati mengganggu ahli keluarganya.Nyanyian 'Chinchemm'(lagu sedih) dinyanyikan semasa mengiringi mayat ke tanah perkuburan. Tanah perkuburan biasanya terletak di seberang sungai untuk mengelakkan hantu yang membawa kematian, balik. Liang dikorek lebih kurang sedalam dua meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sam mayat sementara barang-barang lama dan rumahnya dibakar. Sekiranya 'Tok Halaq' meninggal dunia, mayatnya tidak terus ditanam sebaliknya diletakkan di dalam bilik khas di rumahnya. Kaum keluarganya akan menyalakan unggun api di bawah rumah tersebut selama tujuh hari untuk mengelakkan mayat daripada diganggu oleh binatang buas. Kaum keluarga akan berpindah ke tempat baru. Dalam tempoh berkabung selama 40 hari semua aktiviti dalam bentuk hiburan diharamkam.Setelah selesai berkabung barulah majlis kenduri diadakan.

9.1 Acara Buka Pantang Kematian Setelah tamat tempoh pantang selama 40 hari, diadakan pula 'Acara buka Pantang Kematian'. Tiga hari sebelum upacara ini dijalankan, Kauam keluarga dijemput berkumpul semula dengan tujuan untuk mengumpulkan bahn makanan bagi majlis kenduri. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama menguruskan penyediaan makanan dan kumpulan kedua menyediakan tempat bersewang. Tempat sewang akan dihias dengan pucuk 'calon' buah kepala (palas) untuk dijadikan seludang palas(Tempok Kuar) dan bunga

Budaya primitif
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Budaya primitif dalam teks dan perbincangan antropologi yang lebih lama ialah budaya yang tidak memiliki sebarang tanda pembangunan ekonomi atau kemodenan yang utama. Misalnya, ia tidak mempunyai sebuah bahasa bertulis atau teknologi maju, dengan penduduknya terpencil pada jumlah yang terhad. Istilah ini digunakan oleh penulis Barat untuk memerikan budayabudaya asing yang ditemui oleh penjajah dan peneroka Eropah. "Budaya primitif" juga merupakan judul sebuah karya utama yang ditulis oleh Edward Burnett Tylor, "pengasas antropologi". Dalam buku itu, dia mentakrifkan agama sebagai "animisme" yang ditakrifkannya pula sebagai "kepercayaan kepada roh" menerusi rujukan kepada agama orang asli sezaman dan agama yang lain. Satu ciri pembatas budaya primitif lagi, menurutnya, ialah masa lapang yang lebih banyak, berbanding dengan masyarakat yang lebih kompleks.[1] Banyak ahli sosiologi dan penulis lain yang awal menggambarkan budaya-budaya primitif sebagai mulia orang gasar mulia dan mempercayai bahawa kekurangan teknologi bersamasama ekonomi mereka yang kurang bersepadu menjadikan mereka sebagai contoh-contoh unggul kepada gaya hidup manusia yang betul. Antara pemikir ini ialah Jean-Jacques Rousseau yang paling seringnya dikaitkan dengan gagasan orang gasar mulia berdasarkan bukunya, Discourse on Inequality (Syarahan tentang Ketaksamaan), dan Karl Polanyi yang di dalam bukunya, The Great Transformation (Perubahan Agung), memuji pengaturan ekonomi masyarakat-masyarakat primitif sebagai ideal dan kurang menjejaskan, berbanding dengan ekonomi pasaran. Kepercayaan bahawa budaya primitif adalah ideal seringnya diperihalkan sebagai primitivisme; cabang-cabang teori ini termasuk komunisme primitif dan anarko-primitivisme. Banyak penulis tersebut menganggap bahawa orang-orang asli sezaman dan budaya mereka sebanding dengan manusia-manusia awal dan budaya mereka. Sesetengah orang kini masih membuat andaian itu, dengan ahli-ahli antropologi Zaman Victoria mempercayai bahawa budaya sezaman yang primitif mengekalkan keadaan yang tidak berubah sejak "Zaman Batu", Zaman Paleolitik, atau Zaman Neolitik. Perkataan "primitif" berasal daripada bahasa Latin, "primus" yang membawa pengertian "pertama". Andaian ini telah dibidas kerana kelompok pemburu-pengumpul dan pertanian pindah telah mengembangkan inovasi seperti dengan budaya-budaya bertamadun "moden", berbanding dengan masyarakat-masyarakat awal. Inovasi kebudayaan mereka adalah dalam bidang istiadat, seni, kepercayaan, tatacara dalam upacara keagamaan, dan tradisi yang biasanya tidak meninggalkan sebarang artefak kebudayaan, alat, atau senjata.

Walaupun kepercayaan terhadap "orang gasar mulia" masih tidak lenyap, memerihalkan sesuatu budaya sebagai primitif kini kekadang dianggap sebagai kesat. Oleh itu, penggunaan istilah tersebut, khususnya dalam bidang akademik, telah berkurang. Survival International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia, sedang berkempen untuk penghapusan sepenuhnyanya istilah itu [2] dan telah berjaya memujuk sesetengah akhbar mengelakkan penggunaannya.[3]

Budaya primitif
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, cari

Budaya primitif dalam teks dan perbincangan antropologi yang lebih lama ialah budaya yang tidak memiliki sebarang tanda pembangunan ekonomi atau kemodenan yang utama. Misalnya, ia tidak mempunyai sebuah bahasa bertulis atau teknologi maju, dengan penduduknya terpencil pada jumlah yang terhad. Istilah ini digunakan oleh penulis Barat untuk memerikan budayabudaya asing yang ditemui oleh penjajah dan peneroka Eropah. "Budaya primitif" juga merupakan judul sebuah karya utama yang ditulis oleh Edward Burnett Tylor, "pengasas antropologi". Dalam buku itu, dia mentakrifkan agama sebagai "animisme" yang ditakrifkannya pula sebagai "kepercayaan kepada roh" menerusi rujukan kepada agama orang asli sezaman dan agama yang lain. Satu ciri pembatas budaya primitif lagi, menurutnya, ialah masa lapang yang lebih banyak, berbanding dengan masyarakat yang lebih kompleks.[1] Banyak ahli sosiologi dan penulis lain yang awal menggambarkan budaya-budaya primitif sebagai mulia orang gasar mulia dan mempercayai bahawa kekurangan teknologi bersamasama ekonomi mereka yang kurang bersepadu menjadikan mereka sebagai contoh-contoh unggul kepada gaya hidup manusia yang betul. Antara pemikir ini ialah Jean-Jacques Rousseau yang paling seringnya dikaitkan dengan gagasan orang gasar mulia berdasarkan bukunya, Discourse on Inequality (Syarahan tentang Ketaksamaan), dan Karl Polanyi yang di dalam bukunya, The Great Transformation (Perubahan Agung), memuji pengaturan ekonomi masyarakat-masyarakat primitif sebagai ideal dan kurang menjejaskan, berbanding dengan ekonomi pasaran. Kepercayaan bahawa budaya primitif adalah ideal seringnya diperihalkan sebagai primitivisme; cabang-cabang teori ini termasuk komunisme primitif dan anarko-primitivisme. Banyak penulis tersebut menganggap bahawa orang-orang asli sezaman dan budaya mereka sebanding dengan manusia-manusia awal dan budaya mereka. Sesetengah orang kini masih membuat andaian itu, dengan ahli-ahli antropologi Zaman Victoria mempercayai bahawa budaya sezaman yang primitif mengekalkan keadaan yang tidak berubah sejak "Zaman Batu", Zaman

Paleolitik, atau Zaman Neolitik. Perkataan "primitif" berasal daripada bahasa Latin, "primus" yang membawa pengertian "pertama". Andaian ini telah dibidas kerana kelompok pemburu-pengumpul dan pertanian pindah telah mengembangkan inovasi seperti dengan budaya-budaya bertamadun "moden", berbanding dengan masyarakat-masyarakat awal. Inovasi kebudayaan mereka adalah dalam bidang istiadat, seni, kepercayaan, tatacara dalam upacara keagamaan, dan tradisi yang biasanya tidak meninggalkan sebarang artefak kebudayaan, alat, atau senjata. Walaupun kepercayaan terhadap "orang gasar mulia" masih tidak lenyap, memerihalkan sesuatu budaya sebagai primitif kini kekadang dianggap sebagai kesat. Oleh itu, penggunaan istilah tersebut, khususnya dalam bidang akademik, telah berkurang. Survival International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia, sedang berkempen untuk penghapusan sepenuhnyanya istilah itu [2] dan telah berjaya memujuk sesetengah akhbar mengelakkan penggunaannya.[3]

Lihat juga

Anda mungkin juga menyukai