Anda di halaman 1dari 14

ADAT RESAM ORANG MELAYU

KELAHIRAN

Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara
melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat Melayu di
bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai Mandi Tian.

Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam lingkungan tujuh
atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang mungkin
menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi di dalam perut.

Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada bayi
itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan sembilu buluh dan
dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali pusat dipotong
menggunakan cincin emas.

KEMATIAN

Keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada
saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala hingga ke
kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula
dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang yang menziarah si mati
akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di hadapan mayat itu, diletakkan
sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.

Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup mayat
tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya disembahyangkan
samada di rumah atau di masjid.

Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan memberi
ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama hayatnya beliau
pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta supaya mana-mana
hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan ataupun si penuntut boleh
menuntutnya pada waris si mati.
PANTANG LARANG ORANG MELAYU

PERKAHWINAN

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal
mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid
kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin
zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang
yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul
untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga
untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah
pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk
menjaga nama baik keluarga.

pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang mempunyai
niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai
mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi
mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang air kecil dan air besar
serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh melemahkan organ seks.

Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana angan-angan
yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika berada
diluar.

Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang
larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

MENGANDUNG

Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang
mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci
atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul
binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang
untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat
juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup
sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini
adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

Posted by Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Di Malaysia at 05:42 No comments:

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

ADAT RESAM ORANG INDIA

KELAHIRAN

sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan
Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat dipotong. Bayi yang
baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada lidahnya. Minyak savvennai
yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu juga kadangkala digunakan
untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang sebarang penyakit.

Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau sebarang
malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan orang luar
dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu.

Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara
mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan
dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi
seorang yang berguna.

KEMATIAN

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman vilakku
dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang diletakkan berhampiran si
mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol ketenangan jiwa si mati.

Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut
dengan menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan seterusnya
duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke dalam mulut dan
lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan mayat turut diasapkan
dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.

Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah kematian
dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh ditanggal oleh seorang
isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah si mati dan dijirus dengan
sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian bunga akan dikalungkan pada leher
balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si mati. seterusnya seorang wanita yang sudah
berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan akan memegang tangan si mati sambil
mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu
tersebut dikehendaki meletakkan kalungan bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan
susu yang dibawa oleh seorang perempuan lain.

PANTANG LARANG ORANG INDIA

PERKAHWINAN

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam
,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut
oleh kaum india semasa perkahwinan Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan
saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan,
bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat
berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan
tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .

Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada
para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama
hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat dan
pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional
budaya dan unik terhadap kaum india .

PERAYAAN DEPAVALI
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia.
Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan perkataan
“Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar
Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya.
Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama
dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan
upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa
kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas
kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa
maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya
semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi
dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas
kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut
kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan
membersihkan diri dari kejahatan dan sifat dengki.

Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren.
Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud
kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli
keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan
keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

MENGANDUNG

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang ibu
yang mengandung.

1. Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam

2. Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.

3. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh,


menyembelih binatang dan sebagainya.

Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerja-
kerja yang berat.Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh
hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru
dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

Posted by Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Di Malaysia at 05:41 1 comment:

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA

PERKAHWINAN ORANG CINA.

1. Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majilis kebumian selama 3 bualn sebelum
dan selepas majilis perkhawinan.

2. Hiasan dalam majilis perkhawinan tidak digalak untuk mengunakan warna putih, biru tua hitam
dan hijau.

3. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.

4. Nombor genar sering digunakan dalam majilis perkhawinan. Menurut kepercayaan orang cina,
majilis perkhawinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak
sah.

PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA

Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan
sehingga kini. Malah kebanyakan remaja cina masih mempercayai dan mengamalkan adat
berkenaan berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman seperti dengan kaum-kaum
lain bangsa cina mempunyai bebrapa pantang larang sempena perayaan tahun baru cina.

Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang cina mempercayai bahawa
mereke tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menggangap ia boleh
membuang segala keuntungan atau ong yang ada.

PANTANG LARANG IBU CINA SEMASA MENGANDUNG

1. Dilarang makan ketam( barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
2. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais krim, tembikai dan lain-lain

3. Dilarang mngambil gunting atau penyepit kuku

4. Dilarang menyidai baju

Posted by Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Di Malaysia at 05:35 No comments:

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM KADAZAN DI MALAYSIA

ADAT RESAM

Upacara memberi nama

-adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.

-anak itu diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar.

-pemberian nama sementara mesti dibuat kerana terlalai member nama sementara seberapa
segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak
menuntut bayi tersebut.

-upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.

-pada hari itu juga, anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.

-keluarga jiran dan orang kenamaan diseluruh kampong dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut mad sapi atau mad Sopik.

-pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa berlaku sepanjang proses kelahiran anak tersebut.

-apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan
Upacara turun tanah

-anak di bawa oleh ibunya sendiri:

· Sebuah bakul rotan bertutup bertali dan disondong diisi dengan pelbagai alatan

· Sebilah pisau kecil untuk menghalau rogon gaiyoh

· Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap ibu segala semangat dalam perubatan tradisi.

· Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jarring

Upacara mintuhun dan minuhun

-sebelum memijak tanah tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus diatas
dahinya

-rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian

Upacara perkahwinan

-merisik-prosesnya memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu pagi


manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin tanda
dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa.

-hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat istiadat seperti
canang gong (tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan semangat.Tasor (tempat
pinang yang dibuat oleh tembaga atau perak)

-pesta perkahwinan dirumah perempuan sesingkat 2-3 hari.

-upacara adat yang khas-suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu

-ibubapa si lelaki tidak boleh berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu

-pesta mivazaa (bertandang kerumah mentua) diadakan.

-pesta dirumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil

-perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan babi
sebagai membayar kepanasan.

Upacara pemujaan pertanian

-merenjis air hikmat pada benih padi

-memindahkan sajia dan haiwan ternak kepada tanah sawah


-beri sajian kepada semangat padi tanda terima kasih.

-buat tanda ditengah sawah apabila padi mulai bunting supaya dapat hasil lebih

Upacara kematian

-mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh

-boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh dukun
tersebut

-kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama

-adab memberitahu

· Apabila salah seorang dikalangan masyarakat kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampong akan diberitahu tentang kematian tersebut

· Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya
dialami oleh keluarga si mati

· Setiap anggotamasyarakat kadazan tidak boleh melakukan apa apa pekerjaan

· Pekerjaan menanam padi amat dilarang

· Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa

· Pantanglarang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal dikawasan yang berhampiran
sahaja

· Manakala yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan

-adat berjaga jaga

· Selepas dimandikan dan seluruh baan di lap mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian
yang indah indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi

· Sekiranya semasa hidup simati menghisap rokok ahli keluarga akan memasukkan rokok ke
dalam mulut si mati supaya tidak kempunan

· Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika

· Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari iaitu selama 3,5 atau tujuh hari sebelum
dikebumikan

· Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan dijaga dengan baik supaya tidk ada
binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam
· Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh
membunuh mereka yang berada disitu

· Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar
yang digelar pendaatan

· Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat

· Mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat untuk mengelak daripada serangan burung itu

· Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi dan sesiapapun tidak dibenarkan bercakap
besar atau marah-marah

· Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran yakni dipalu perlahan lahan.irama
itu disebut Surabaya

· Bunyi itu hanya dipalu 3 kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan
waktu tengah malam

-moginupus

· Bermaksud simpati terhadap simati

· Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai simpati
terhadap si mati

· Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa saja yang terdapat disekeliling
rumah sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian

· Bagi keluarga yang kaya kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengebumia sebagai
penghormatan terakhir

· Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan kubur
simati

PANTANG LARANG KAUM KADAZAN

Kelahiran

-pantang larang ibu mengandung

· Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu


· Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu

· Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang

· Tidak boleh makan buah mengandungi air

· Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu-bibir anak sumbing

· Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna

-pantang larang sewaktu bersalin

· Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin atau syaitan

· Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air

· Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti
diganggu oleh roh jahat seperti rogon gaiyah

· Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama

-Pantang larang hubungan lelaki dan perempuan

· Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat

- Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau kemalun
kepada pihak gadis

- Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut

· Madagau-bersekedudukan

-pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat

-lelaki bayar kemalu kepada perempuan

-pantang larang kematian

· Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah dari roh jahat

· Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu

· Mihad-menangisi mayat

· Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling kampong

· Menerima sejemput beras atau garam


· Garam dilarut untuk membuang panas pud nya (badi atau roh jahat)

· Beras supaya tanaman tidak rosak oleh pud nya itu

· Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain bendera kubur

· Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah

· Mayat ditanam bersama barang-barangnya

· Hidung,mata,telinga dan ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati

· Papakan-sajian simati dalam gelap

· Mamupus-keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali

Posted by Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Di Malaysia at 05:33 No comments:

Email This

BlogThis!

Share to Twitter

Share to Facebook

Share to Pinterest

· ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM IBAN

Adat resam kaum iban

secara tradisi kehidupan masyarakat iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait dengan
sistem pertanian berhuma ( bumai ) padi. Diatas kepercayaan kepada semangat padi maka pelbagai
perayaan ( gawai ) dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.

Gawai

· Diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung pada jenis dan tujuannya

· Tuai burung – melihat gerak geri dan bunyi burung untuk memulakan acara

· Tuai rumah – ketua dalam rumah panjang

· Apakala sampai kepada pembaca sampi ( sampi ) doa dan tusut (salasilah) maka lemambang
akan melakukan dengan melagukan pengap jika berlaku kesakitan atau sebagainya maka manang
akan melakukannya untuk pengubatan.
· Raja entala – kuasa ketuhanan yang melahirkan manusia yang mmenurunkan orang iban yang
member segala macam upacara , gawai dan pantang larang peraturan hidup yang bernama adat.

Ø Untuk memulakan kehidupan bertani maka tuai burung akan melakukan beburung iaitu melihat
dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda terhadap bertuah
atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya.Bunyi burung tidak boleh diketepikan kerana
akan mendatangkan bala serta kematian. Manang ( pawang ) akan menggunakan hati babi hutan.
Penyakit dikatakan berpunca daripada perlanggaran adat terutama pantang ( mali ) dan larangan
dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan social dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran
terhadap pantang berkaitan semangat padi adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan
dan hasil hutan.

Ø Disepanjang tahun masyarakat iban merayakan suatu jenis gawai tertentu bergantungkepada
tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat ataupun
terelak dari bahaya.

Ø Gawai utama ialah gawai yang berkaitan dengan pertanian seperti gawai batu dan gawai benih.
Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan gawai kenyalang atau gawai burung, suatu
perayaan yang amat besar melibatkan seluruh rumah panjang dan jarang dilakukan. Satu lagi gawai
terbesar ialah gawai antu yang memperingatkan arwah-arwah moyang mereka

Ø Dalam gawai utama inilah semua semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk tuai
burung, tuai rumah. Lemambang dan mungkin manang. Semua anggota rumah dan jiran jiran dari
rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan terhadap antu atau roh
orang yang berkuasa terutaman antu arwah-arwah roh dari seluruh ketua yang telah meninggal.
Sepanjang malam lemambang akan melagukan pengap atau jampi menjemput antu dan roh dari
seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan minuman tuak diedarkan oleh semua bilik
dalam rumah panjang dan semua bergembira.

Ø Kehidupan masyarakat iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu
dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan, berkahwin dan kemudian meninggal dunia
dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi kehidupan
termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar pantang serta taboo yang
berat

Pantang larang kaum iban


Pantang larang ketika makan

* seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan

* mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan

* selepas makan mereka dilarang tidur dan mandi

· Pantang larang ketika tidur

* mereka dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok

* dilarang tidur dikawasan terlalu bersih atau terlalu cantik kerana percaya kawasan itu
berpenunggu

· Pantang larang untuk bersukan

* tidak dibenarkan mandi selepas bersukan

· Pantang larang budaya mengurut

* dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran

· Pantang larang semasa mengandung

* dilarang menggali parit dikawasan padi atau dimana mana sahaja

* dilarang memotong pokok yang menjalar diatas tanah kerana dibimbangi akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak

* dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut bayi yang bakal bakal
lahir agar tidak bernanah

* suami istritidak boleh mengetuk telur mengguanakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu
akan cacat penglihatan

* tidak boleh memikul batu bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh

* tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim
semasa dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai