Anda di halaman 1dari 10

PENGENALAN 

       Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan


dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang
menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya
diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina, India Kadazan dan
Iban. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang
larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak,
jangan mati adat.”
      Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat
khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau
prinsip dalam kehidupan hari ini.
      Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti
pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya
pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri
agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.

      Walaupun kaum Melayu, kaum India, kaum Cina kaum Kadazan dan kaum Iban
mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi
pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza. Inilah menunjukkan
Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.

ADAT RESAM ORANG MELAYU

KELAHIRAN         
                
Adat resam kelahiran Wanita yang mengandungkan anak sulung akan menjalankan upacara
melenggang perut oleh seorang bidan .Adat ini juga dipanggil Kirim Perut oleh masyarakat
Melayu di bahagian utara Semenanjung Malaysia dan di sesetengah tempat dikenali sebagai
Mandi Tian.
Upacara ini dilakukan kepada wanita yang mempunyai kandungan berusia dalam lingkungan
tujuh atau lapan bulan.Adat ini dijalankan untuk membuang geruh atau kecelakaan yang
mungkin menimpa wanita hamil yang bakal bersalin dan bagi membetulkan kedudukan bayi
di dalam perut.
Bidan akan menyambut bayi dengan jampi serapah dan daun sirih akan disemburkan kepada
bayi itu. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat bayi akan dipotong dengan menggunakan
sembilu buluh dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Di sesetengah tempat tali
pusat dipotong menggunakan cincin emas.

KEMATIAN

Keluarga si mati akan memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan
kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu.Mayat akan ditutup dari kepala
hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua
tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Orang
yang menziarah si mati akan menyedekahkan ayat-ayat suci Al-Quran. Pada kebiasaannya di
hadapan mayat itu, diletakkan sebuah tempat bara dan kemenyan akan dibakar.
Sebagai penghormatan terakhir, ahli keluarga terdekat dan muhrim dibenarkan mengucup
mayat tetapi disyaratkan air mata tidak menitis pada tubuh jenazah. Mayat seterusnya
disembahyangkan samada di rumah atau di masjid.
Sebelum jenazah dimasukkan ke dalam keranda,seorang wakil atau waris si mati akan
memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati jika selama
hayatnya beliau pernah berbuat dosa terhadap seseorang. Wakil tersebut juga akan meminta
supaya mana-mana hutang si mati yang masih belum dijelaskan agar dapat dihalalkan
ataupun si penuntut boleh menuntutnya pada waris si mati.

PANTANG LARANG ORANG MELAYU

PERKAHWINAN

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan beemakna bermulalah pantang larang buat bakal
mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti utk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah
menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dlm masyarakat melayu. Walaupun
bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika
apa-apa pantang larang yg difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum
diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk
mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.Psangan tersebut juga tidak dirumah orang
takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.
pasangan dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut dissantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum
naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas
maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir.Pasangan juga dilarang membuang
air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kerana ia boleh
melemahkan organ seks.
Pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan
tidak berseri pada hari perkahwinan. Mereka juga elakkan keluar rumah tanpa rujuan kerana
angan-angan yang tinggi menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami
kemalangan jika berada diluar.
Orang-orang tua melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar
pantang larang .Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian
yang tidak baik.

MENGANDUNG

Masyarakat melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka
yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk
mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta
memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja
serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun
matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah
suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul
binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang di kandung.

ADAT RESAM ORANG INDIA

KELAHIRAN

sami atau sesiapa sahaja yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan
membisikkan Gayatri Mantiram iaitu sejenis mantera Tuhan di telinga bayi sebelum tali pusat
dipotong. Bayi yang baru dilahirkan juga akan disapu madu bercampur minyak sapi pada
lidahnya. Minyak savvennai yang merupakan campuran minyak bijan, minyak lenga dan
mambu juga kadangkala digunakan untuk kecantikan dan supaya bayi tidak diserang
sebarang penyakit.
Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah upacara aalati dilakukan untuk mengelak bala atau
sebarang malapetaka dariapada berlaku.Ibu dan bayi akan diasingkan dari ahli keluarga dan
orang luar dilarang melawat kecuali untuk tujuan perubatan selama dua minggu.
Amalan mendodoi bayi merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India.
Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah.
Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan
agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna.

KEMATIAN

Kepala mayat dihadapkan ke arah selatan dan sebuah lampu minyak atau kaamaatci amman
vilakku dipasang dinyalakan. Kemudian sebiji kelapa terbelah dua dan sirih pinang
diletakkan berhampiran si mati. Kemenyan dan kapur barus diasap sebagai simbol
ketenangan jiwa si mati.
Serbuk suci atau tiruniiru disapu pada dahi si mati sebelum disembahyang.mayat akan dibalut
dengan menggunakan kain dan kunyit disapu pada mata untuk membunuh kuman dan
seterusnya duit syiling diletakkan di atas dahi. Sirih pinang ditumbuk dan dimasukkan ke
dalam mulut dan lubang hidung akan disumbatkan dengan kapas. Air mawar direnjis dan
mayat turut diasapkan dengan kemenyan yang dibakar supaya tidak berbau.
Thaali vaangutal merupakan upacara menanggalkan thaali semasa berlakunya sesebuah
kematian dalam sesebuah keluarga. Thaali iaitu rantai suci perkahwinan hanya boleh
ditanggal oleh seorang isteri setelah suamiya meninggal dunia, si isteri akan duduk di sebelah
si mati dan dijirus dengan sebuyung air semasa mayat suaminya dimandikan. Kemudian
bunga akan dikalungkan pada leher balu dan kemudian bunga tersebut dikalungkan pada si
mati. seterusnya seorang wanita yang sudah berusia dan mempunyai hubungan kekeluargaan
akan memegang tangan si mati sambil mengalungkan kalungan bunga ke leher balu dan
proses ini dilakukan sebanyak tiga kali. Balu tersebut dikehendaki meletakkan kalungan
bunga ke dalam dulang yang berisi minyak, bunga dan susu yang dibawa oleh seorang
perempuan lain.

PANTANG LARANG ORANG INDIA

 PERKAHWINAN
Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang
larang perlu diikut oleh kaum india semasa perkahwinan Pantang larang semasa merisik
adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika
rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana
dianggap tidak sopan.

Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna
perkahwinan tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan
kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging
lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaum india juga terus mematuhi adat
dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan
tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

PERAYAAN DEPAVALI                    
Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh
dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang bererti cahaya dan
perkataan “Gavali” yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi
dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali
sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’, ‘kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam
pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang
dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga
upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna
di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut
Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang
kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk
mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan
disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau
nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai
Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan
oren. Mereka dilarang berpakai  pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu
bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan
kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

MENGANDUNG

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleh seorang
ibu yang mengandung.
1.   Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam
2.   Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan.
3.   Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah,
bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya.
Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan
kerja-kerja yang berat.Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari.
Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah
bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan
menyebabkan dia terkejut.

ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG MASYARAKAT CINA

PERKAHWINAN ORANG CINA.


1.       Bakal pengantin tidak digalakkan untuk menghadiri majilis kebumian selama 3 bualn
sebelum dan selepas majilis perkhawinan.
2.       Hiasan dalam majilis perkhawinan tidak digalak untuk mengunakan warna putih, biru tua
hitam dan hijau.
3.       Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam
kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik.
4.       Nombor genar sering digunakan dalam majilis perkhawinan. Menurut kepercayaan orang
cina, majilis perkhawinan yang tidak mengikut protocol yang ditetapkan adalah perkhawinan
yang tidak sah.

PANTANG LARANG TAHUN BARU CINA


Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini. Malah kebanyakan remaja cina masih mempercayai dan
mengamalkan adat berkenaan berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman
seperti dengan kaum-kaum lain bangsa cina mempunyai bebrapa pantang larang sempena
perayaan tahun baru cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang cina mempercayai bahawa
mereke tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menggangap ia boleh
membuang segala keuntungan atau ong yang ada.

PANTANG LARANG IBU CINA SEMASA MENGANDUNG


1.       Dilarang makan ketam( barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
2.       Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk seperti ais krim, tembikai dan lain-lain
3.       Dilarang mngambil gunting atau penyepit kuku
4.       Dilarang menyidai baju

Posted by Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Di Malaysia at 05:35 No comments: 


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM KADAZAN DI MALAYSIA

ADAT RESAM

Upacara memberi nama


-adat memberi nama anak dilakukan setelah bayi itu berumur lapan hari.
-anak itu diberi nama sebanyak dua kali iaitu nama sementara dan nama sebenar.
-pemberian nama sementara mesti dibuat kerana terlalai member nama sementara seberapa
segera, roh jahat iaitu Rogon Gaiyoh dipercayai akan mendahului memberi nama dan berhak
menuntut bayi tersebut.
-upacara rasmi memberi nama sebenar dibuat pada hari kelapan di beranda rumah.
-pada hari itu juga, anak tersebut dibawa keluar rumah buat pertama kalinya.
-keluarga jiran dan orang kenamaan diseluruh kampong dijemput hadir untuk berbincang dan
menentukan nama anak itu. Upacara ini disebut  mad sapi atau mad Sopik.
-pemilihan nama dibuat berdasarkan peristiwa berlaku sepanjang proses kelahiran anak
tersebut.
-apabila anak itu berusia satu bulan, upacara turun tanah dijalankan

Upacara turun tanah


-anak di bawa oleh ibunya sendiri:
·         Sebuah bakul rotan bertutup bertali dan disondong diisi dengan pelbagai alatan
·         Sebilah pisau kecil untuk menghalau rogon gaiyoh
·         Serangkai jerangau atau rumput yang dianggap ibu segala semangat dalam perubatan
tradisi.
·         Sebuah tangguk yang diperbuat daripada jarring

Upacara mintuhun dan minuhun


-sebelum memijak tanah tapak bayi tersebut diconteng dengan arang kuali dan garis lurus
diatas dahinya
-rumput rampai yang melekat pada tapak kaki dikumpul dan dicampur bersama air mandian

Upacara perkahwinan
                -merisik-prosesnya memakan masa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan diwaktu
pagi manakala waktu petang dan malam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan.
Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah
bantal ibubapa.
-hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki seperti makanan babi atau kerbau. Alat
istiadat seperti canang gong (tinokol) tempayan (tajau). Barang sakti untuk teguhkan
semangat.Tasor (tempat pinang yang dibuat oleh tembaga atau perak)
-pesta perkahwinan dirumah perempuan sesingkat 2-3 hari.
-upacara adat yang khas-suami isteri makan sepinggan, tanda bersatu
-ibubapa si lelaki tidak boleh berada disitu selagi suami isteri belum sah bersatu
-pesta mivazaa (bertandang kerumah mentua) diadakan.
-pesta dirumah pengantin lelaki mestilah lebih kecil
-perkahwinan antara sepupu adalah sumbang tetapi dibolehkan dengan syarat mengorbankan
babi sebagai membayar kepanasan.

Upacara pemujaan pertanian


                -merenjis air hikmat pada benih padi
                -memindahkan sajia dan haiwan ternak kepada tanah sawah
                -beri sajian kepada semangat padi tanda terima kasih.
                -buat tanda ditengah sawah apabila padi mulai bunting supaya dapat hasil lebih

Upacara kematian
                -mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogom biruoh
                -boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, dimana ramalan akan diberi oleh
dukun tersebut
                -kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama
                -adab memberitahu
·         Apabila salah seorang dikalangan masyarakat kadazan meninggal dunia, semua penduduk
kampong akan diberitahu tentang kematian tersebut
·         Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya
dialami oleh keluarga si mati
·         Setiap anggotamasyarakat kadazan tidak boleh melakukan apa apa pekerjaan
·         Pekerjaan menanam padi amat dilarang
·         Ditakuti malapetaka dan penyakit akan menimpa
·         Pantanglarang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal dikawasan yang
berhampiran sahaja
·         Manakala yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan

-adat berjaga jaga


·         Selepas dimandikan dan seluruh baan di lap mayat tersebut akan dipakaikan dengan
pakaian yang indah indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi
·         Sekiranya semasa hidup simati menghisap rokok ahli keluarga akan memasukkan rokok ke
dalam mulut si mati supaya tidak kempunan
·         Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika
·         Mayat akan disimpan dirumah selama beberapa hari iaitu selama 3,5 atau tujuh hari
sebelum dikebumikan
·         Semasa mayat diletakkan di ruang tamu mayat akan dijaga dengan baik supaya tidk ada
binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam
·         Sekiranya kucing hitam yang melangkah mayat akan bangun dan mengamuk sehingga
boleh membunuh mereka yang berada disitu
·         Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung
besar yang digelar pendaatan
·         Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat
·         Mereka menyangkut pakaian disekeliling mayat untuk mengelak daripada serangan burung
itu
·         Suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi dan sesiapapun tidak dibenarkan bercakap
besar atau marah-marah
·         Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran yakni dipalu perlahan
lahan.irama itu disebut Surabaya
·         Bunyi itu hanya dipalu 3 kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam
dan waktu tengah malam
-moginupus
·         Bermaksud simpati terhadap simati
·         Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai simpati
terhadap si mati
·         Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa saja yang terdapat
disekeliling rumah sebagai tanda marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan
kematian
·         Bagi keluarga yang kaya kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengebumia
sebagai penghormatan terakhir
·         Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nisan
kubur simati
PANTANG LARANG KAUM KADAZAN

Kelahiran

                -pantang larang ibu mengandung


·         Tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu
·         Tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu
·         Suami tidak boleh memotong rambut nanti rambut anak panjang
·         Tidak boleh makan buah mengandungi air
·         Tidak boleh mencucuk hidung kerbau atau lembu-bibir anak sumbing
·         Tidak boleh siat telinga binatang-telinga anak tidak sempurna

-pantang larang sewaktu bersalin


·         Suami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin atau syaitan
·         Tidak boleh makan ikan bertulang keras, ikan berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air
·         Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yang terdedah seperti halaman rumah-ditakuti
diganggu oleh roh jahat seperti rogon gaiyah
·         Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayi sebelum upacara memberi nama

-Pantang larang hubungan lelaki dan perempuan


·         Berkehendak-perlakuan buruk dan hina seperti berkhalwat
- Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelaki dikehendaki membayar denda atau 
kemalun kepada pihak gadis
- Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadis tersebut
·         Madagau-bersekedudukan
-pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat
-lelaki bayar kemalu kepada perempuan

                -pantang larang kematian


·         Unggun api dibuat disekeliling rumah-pagar rumah dari roh jahat
·         Tanduk kerbau dibakar untuk halau hantu
·         Mihad-menangisi mayat
·         Dua lelaki menunggang kuda atau kerbau keliling kampong
·         Menerima sejemput beras atau garam
·         Garam dilarut untuk membuang panas pud nya (badi atau roh jahat)
·         Beras supaya tanaman tidak rosak oleh pud nya itu
·         Semulia sedekah ialah kain belacu sebagai kain bendera kubur
·         Tidak boleh tidur selagi mayat diatas rumah
·         Mayat ditanam bersama barang-barangnya
·         Hidung,mata,telinga dan ekor haiwan ternakan dibuat sajian si mati
·         Papakan-sajian simati dalam gelap

·         Mamupus-keluarga si mati beri amaran roh tidak kembali


ADAT RESAM DAN PANTANG LARANG KAUM IBAN

Adat resam kaum iban


 secara tradisi kehidupan masyarakat iban diatur oleh adat mereka yang amat rapat berkait
dengan   sistem pertanian berhuma ( bumai ) padi. Diatas kepercayaan kepada semangat padi
maka pelbagai perayaan ( gawai )  dilakukan pada masa tertentu disepanjang tahun.
Gawai
·         Diketuai oleh beberapa ketua tertentu bergantung pada jenis dan tujuannya
·         Tuai burung – melihat gerak geri dan bunyi burung untuk memulakan acara
·         Tuai rumah – ketua dalam rumah panjang
·         Apakala sampai kepada pembaca sampi ( sampi ) doa dan tusut (salasilah) maka
lemambang akan melakukan dengan melagukan pengap jika berlaku kesakitan atau
sebagainya maka manang akan melakukannya untuk pengubatan.
·         Raja entala – kuasa ketuhanan yang melahirkan manusia yang mmenurunkan orang iban
yang member segala macam upacara , gawai dan pantang larang peraturan hidup yang
bernama adat.

Ø  Untuk memulakan kehidupan bertani maka tuai burung akan melakukan beburung iaitu


melihat dan mendengar beberapa jenis burung. Bunyi burung akan memberikan petanda
terhadap bertuah atau buruknya suatu kegiatan dan masa melakukannya.Bunyi burung tidak
boleh diketepikan kerana akan mendatangkan bala serta kematian. Manang ( pawang ) akan
menggunakan hati babi hutan. Penyakit dikatakan berpunca daripada perlanggaran adat
terutama pantang ( mali ) dan larangan dalam berbagai upacara kepercayaan, kehidupan
social dan juga kegiatan berhuma. Pelanggaran terhadap pantang berkaitan semangat padi
adalah yang paling berat kerana ia melibatkan makanan dan hasil hutan.

Ø  Disepanjang tahun masyarakat iban merayakan suatu jenis gawai tertentu bergantungkepada
tahap bertani dan juga kehidupan seluruhnya. Gawai kecil adalah semacam doa selamat
ataupun terelak dari bahaya.

Ø  Gawai utama ialah gawai yang berkaitan dengan pertanian seperti gawai batu dan gawai
benih. Jika berlaku ancaman nyawa masyarakat maka diadakan gawai kenyalang atau gawai
burung, suatu perayaan yang amat besar melibatkan seluruh rumah panjang dan jarang
dilakukan. Satu lagi gawai terbesar ialah gawai antu yang memperingatkan arwah-arwah
moyang mereka

Ø  Dalam gawai utama inilah semua semua ketua adat akan memainkan peranan termasuk tuai
burung, tuai rumah. Lemambang dan mungkin manang. Semua anggota rumah dan jiran
jiran dari rumah panjang lain dijemput dalam perayaan itu. Ia bermula dengan seruan
terhadap antu atau roh orang yang berkuasa terutaman antu arwah-arwah roh dari seluruh
ketua yang telah meninggal. Sepanjang malam lemambang akan  melagukan pengap atau
jampi menjemput antu dan roh dari seluruh alam untuk bersama. Ketika itu juga makanan dan
minuman tuak diedarkan oleh semua bilik dalam rumah panjang dan semua bergembira.

Ø  Kehidupan masyarakat iban berlaku dalam rumah panjang, bilik-bilik dan juga ruang tertentu
dalam rumah panjang itu. Di situlah mereka melahirkan, berkahwin dan kemudian meninggal
dunia dan dikebumikan di kawasan berdekatan rumah panjang. Adat mengatur semua segi
kehidupan termasuk nilai utama, kebiasaan harian dan juga hukuman yang melanggar
pantang serta taboo yang berat

Pantang larang kaum iban

Pantang larang ketika makan


      seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan
      mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan
      selepas makan mereka dilarang tidur dan mandi
·         Pantang larang ketika tidur
      mereka dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok
      dilarang tidur dikawasan terlalu bersih atau terlalu cantik kerana percaya kawasan  itu
berpenunggu

·         Pantang larang untuk bersukan


      tidak dibenarkan mandi selepas bersukan

·         Pantang larang budaya mengurut


      dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran

·         Pantang larang semasa mengandung


      dilarang menggali parit dikawasan padi atau dimana mana sahaja
      dilarang memotong pokok yang menjalar diatas tanah kerana dibimbangi akan menghalang
pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak
      dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut bayi yang bakal
bakal lahir agar tidak bernanah
      suami istritidak boleh mengetuk telur mengguanakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi
itu akan cacat penglihatan
      tidak boleh memikul batu bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh
      tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim 
semasa dilahirkan.

Anda mungkin juga menyukai