Anda di halaman 1dari 4

Soalan ke 3

Masyarakat Malaysia khususnya bangsa melayu memang kaya dengan adat resam dan
pantang larangnya yang tersendiri. Adat resam ini adalah peraturan cara hidup yang di warisi
oleh suatu masyarakat atau kaum secara turun temurun. Setelah dikaji dan merujuk kepada
pelbagai sumber, dapat disimpulkan bahawa adat resam ini mempunyai nilai-nilai baik atau
membawa impak positif dan ada juga kesan buruk daripada amalan dan kepercayaan adat
resam ini.
Biasanya pantang larang dan adat resam ini bertujuaan untuk mendidik masyarakat
untuk membawa kepada penerapan niai-nilai baik yang diamalkan dalam kehidupan.
Biasanya adat resam kita berlaku sekitar tiga peristiwa penting dalam kehidupan iaitu
kelahiran, perkhawinan dan kematian. Antara nilai baik dalam adat resam melayu semasa
kelahiran ialah selepas bayi dilahirkan kelazimanya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua
belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan. Biasanya adat ini dilakukan
oleh bapa atau datuk bayi tersut. Selain ini merupakan adat orang melayu, upacara ini dilihat
lebih kepada amalan yang berunsurkan keagamaan. Serta disunatkan membaca ayat-ayat al-
Quran. Salah satu hikmah daripada amalan ini adalah supaya kalimat seruan tersebut tentang
kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang bayi dengar. Adat bertahnik atu membelah
mulut juga dilihat satu adat resam yang masih dilakukan oleh masyarakat melayu kita pada
hari ini. Tahnik adalah menguyah buah oleh orang yang alim atau Imam dan di jamah sedikit
kedalam mulut bayi. Proses ini dilihat dapat melazimkan bayi membuka mulut menghisap
susu serta melancarkan percakapan anak kecik itu selain kelak akan berkata baik dan benar.
Amaln mencukur rambut adalah amalan yang membawa kesan positif iaitu dari sudut
kesihatan, ianya boleh menguatkan tenaga pertumbuhanya,menghilangkan selaput kulit
kepala dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau
dan pendengaran. Selepas bervukur rambut akan di timbang dan timbagan tersebut dikira
dengan nilai emas semasa untuk disedekahkan pada fakir miskin. Amalan bersedekah ini
adalah amalan yang sangat baik dalam agama islam untuk membantu golongan susah dan
fakir miskin.
Adat resam yang masih dilakukan dalam kalangan masyarakat melayu dalam adat
perkhawinan adalah adat berisik dan bertunang. Adat merisik adalah adat dimana pihak lelaki
akan menghantar wakil kerumah keluarga perempuan untuk memdapatkan kepastian adakah
wanita yang disukai tersebut telah berpunya atau belum. Kebaikan yang dapat dilihat disini
adalah sikap kesopanan dalam masyarakat yang bertanya dengan penuh sopan serta proses
berkenalan antara dua keluarga ini terjalin. Begitu juga dengan adat dalam pertunangan,
hikmah daripada pertunangan ini dua keluarga tersebut dapat berbincang dengan baik tentang
wang perbelanjaan yang terlibat dalam majlis perkhawinan nanti, hantaran, mas khawin,
bilangan jemputan dan pelbagai hal yang berkaintan. Proses ini dilihat dapat mengeratkan
lagi hubungan baik dua keluarga ini dan akan melancarkan majilis yang akan berlansung
kerana kata sepakat telah dibuat.
Antara kebaikan lain yang dapat dilihat dalam adat resam masyarakat melayu di
negara kita adalah adat semasa berlakunya kematian. Setelah berlakunya kematian jenazah
kan dimandikan serta dikafankan mengukit garis panduan yang telah ditetapkan. Setelah itu
jenazah akan disolatkan. Dalam adat orang melayu semasa menunggu proses untuk
dimandikan tersebut adlah digalakkan orang yang menziarah untuk membacaal-Quran
dedekah untuk simati. Kebaikan daripada amalan ini adalah sikap bersedekah dan membaca
ayat suci al-Quran tersebut mendatangkan pahala. Setelah dikebumikan, talkin akan
dibacakan oleh orang yang berpengetahuan, ini bertujuaan untuk memperingati orang yang
masih hidup untuk terus melakukan amal kebaikkan kerana setiap yang hidup pasti akan mati.
Amalan ini juga dilihat dapat memberikan keinsafan kepada yang masih hidup.
Selain daripada nilai baik, terdapat juga nilai buruk daripada amalan adat resam turun
temurun ini. antara nilai buruk yang dapat dilihat adalah dalam amalan melenggang perut
bagi wanita yang sedang hamil antara tujuh hingga lapan bulan. Amalan ini dilakukan oleh
seorang bidan yang berpengalaman. Semasa proses melengang perut, bidan akan mengurut
yang kononnya membetulkan kedudukan bayi dalam kandungan agar tidak songsang. Namun
demikian, dikhuatiri jika urutan yang dilakukan membahaya bayi dalam kandungan serta
ibunya kerana alatan tradisional tidak dapat menentukan kestabilan jantung ibu dan bayi,
kandungan air yang mencukupi atau tidak, kestabilan oksigen juga perlu diambil kira. Maka
amalan ini amatlah merbahayakan keduanya iaitu anak dan ibu tersebut. Selain daripada itu,
proses ini dilakukan dengan bahan tertentu yang dipercayai mempunyai semanngat tertentu
untuk melindungi anak dan ibu. Kepercayaan seperti ini adalah jauh terpesong dengan akidah
kita sebagai seorang islam kerana mempercayai sesuatu selain daripada Allah adalah satu
perbuatan yang dianggap syirik.
Amalan adat resam yang berlaku dalam perkhawinan yang mendatangkan keburukan
dan pembaziran adalah amalan merenjis tepung tawar kepada pengantin. Amalan merenjis
tepung tawar ini dilakukan dengan bahan-bahan makanan seperti beras yang dikatakan
mempunyai semangat dan boleh mendatangkan kebaikan kepada kedua pengantin.
Kepercyaan ini adalah karut tidak berasas dan meyesatkan serta memesongkan akidah kita
orang islam. Selain daripada beras kuning, proses tepung tawar ini menggunakan tepung
beras yang dipercayai boleh menjadikan pengantin ini sentiasa berhati suci dan bersih serta
terhindar dari segala penyakit hati. Bagi orang islam,jika nak menjauhkan penyakit hati
adalah melakukan amal soleh dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT. Begitu juga dengan
amalan malam berinai yang dipercayai boleh menhindari pengantin daripada sebarang
musibah.
Amalan mengadakan kenduri tahlil pada hari pertama , ketiga , ketujuh, keempat
puluh empat dan ke seratus adalah satu amalan adat resam yang masih berlaku sehingga ke
hari ini. hakikat sebenarnya, kenduri tahlil pada hari tertentu dalah tidak wujud iaitu tidak
wajib dalam Islam. Menurut penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus,”nak buat kenduri tahlil
boleh tapi bersyarat, pertama jangan iktikad ianya wajib. Kedua, jangan menetapkan kena
buat berapa hari dan ketiga, niat semata untuk berdoa kepada simati untuk meringankan,
mudah-mudahan…”. Jadi,di sini di simpulkan bahawa kenduri boleh,tapi, niat mesti
diperbetulkan.
Kepercayaan orang melayu terhadap perkara khurafat ada kaitanya dengan sejarah
adat resam yang mereka amalkan.kepercayaan purba yang mengandungi unsur khurafat dan
tahyul pada hakikatnya bukan sahaja bercanggah dengan akidah Islam, malah ia tidak dapat
diterima realitinya oleh akal waras dan pertimbangan ilmu yang wujud dan benar. Sejarah
orang melayu yang banyak berbaur dengan kepercayaan animism, tamadun atau kebudayaan
Hindu dan sebagainya disamping kejahilan terhadap Islam terutamanya ilmu akidah Islam
memberi sumbangan kepada berkembanganya kepercayaan yang bersifat khurafat di dalam
kehidupan mereka. Ringkasnya di sini, kepercayaan animism dan Hindu-Buddha tidak
mampu dipadam sepenuhnya daripada pemikiran dan pengamalan orang Melayu.

Kesimpulan
Masyarakat melayu sememangnya sangat kaya dengan budaya, adat resam dan adat
istiadat. Semua adat tersebut kebanyakanya bermula dengan sejarah kita sendiri dan
dipengaruhi pelbagai tamadun termasuklah animisme Hindu, buddha dan islam. Adat resam
dan adat istiadat ini ada nilai kebaikan yang harus diteruskan dan ada juga nilai keburuknya
yang wajib kita tinggalkan. Nilai-nilai yang baik kebanyakkanya adalah berlandaskan sumber
islam al-Quran dan Sunnah. Kepercayaan kepada tahyul dan semangat pula berdasarkan
daripada pengalaman dan pertembungan tamadun. Nenek moyang generasi terdahulu
membuat peraturan dan adat adalah berdasarkan daripada pengalaman dan diteruskan amalan
itu kepada generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini.
Bagi kita umat islam, kita perlu peka dalam membezakan amalan yang mana
betentangan dengan agama. Dulu-dulu, masyarakat melayu pernah mencampurkan-adukkan
adat yang bertentangan dengan agama, contohnya amalan mandi Safar ataupun ilmu kebal
dengan menggunakan bacaan al-Quran. Jadi kita kena bijak dan wajib mencari kebenaran
yang benar dalam mencari ilmu. Bagi adat resam dan adat istiadat yang tidak berselisih
dengan agama pulak, boleh terus diamalkan agar kita dapat menjaga identiti masyarakat kita,
bak kata pepatah melayu,”hidup berkandung adat, mati dikandung tanah”.
Adat resam dan adat istiadat ini adalah lambang kepada sebuah perkauman dalam
masyarakat. Kaum yang berbeza mempunyai adat resam yang berbeza. Nanum, semua adat
ini adalah menjurus kepada matlamat yang sama iaitu membentuk satu masyarakat yang
harmoni, bersatupadu, bekerjasama dan dapat membentuk satu kelompok yang cemerlang.
Mengekalkan identiti sesebuah bangsa dan kaum. Meneruskan tradisi nenek moyang agar
tidak lupus dek zaman. Memastikan generasi seterusnya peka terhadap adat resam keluarga
atau bangsa tersebut. Menjadikan bangsa tersebut istimewa dan unik.

Anda mungkin juga menyukai