Anda di halaman 1dari 3

Terdapat pelbagai adat resam yang memjadi amalan masyarakat melayu Malaysia

sehingga ke hari ini. Dalam kalangan masyarakat melayu tiga peristiwa penting yang
mengadungi adat resam turun temurun berlaku hingga kini iaitu dalam majlis kelahiran,
perkhawinan dan kematian. Antara adat resam dalam majlis perkhawinan yang masih
dilakukan ialah adat merenjis tepung tawar. Pengamalan adat merenjis tepung tawar ini
dipercayai secara turun temurun mampu memberi kesejahteraan dan kebahagiaan kepada
yang direnjis. Pada dasarnya, adat tepung tawar di lihat sebagai upacara menabur beras
kuning, bertih jagung, bunga rampai dan merenjis air wangi kepada orang yang di raikan iaitu
kepada mempelai tersebut. Terdapat makna symbol yang terkadung dalam pelaksanaan
merenjis tepung tawar ini.

Menurut pengamal merenjis tepung tawar ini, iaitu mak andam sebagai orang kuat
atau ketua menjelaskan bahawa bahan yang di gunakan membawa maksud atau simboliknya
yang tersendiri. Antara bahan yang di gunakan semasa majlis merenjis tepung tawar ini
adalah beras kuning, membawa maksud semoga kedua pengantin menjadi kaya dan mulia
serta bijaksana. Daun sidingin-dingin di gunakan dengan simbolik agar yang di tepung tawar
itu akan aman temteram dari perit kehidupan. Air di gunakan membawa maksud semoga
pengantin tersebut selalu sihat walafiat. Bahan lain yang di gunakan ialah tepung beras yang
memberikan makna atau simbolik kepada sentiasa putih suci hati mempelai, terhindar dari
sifat iri,dengki,hasad,tamak demdam dan pelbagai enyakit hati yang lain. Kandungan bunga
setaman bunga rampai adalah untuk memberikan bauan yang harum seperti bunga dalam
majlis tersebut.

Majlis merenjis tepung tawar ini adalah antara adat resam yang tidak harus di
lakukan. Menurut pelbagai sumber dan hadith acara ini adalah haram atas beberapa factor dan
sebab. Menurut ustaz Azhar Idrus amalan ini adalah membazir dan Bidaah. Adalah lebih elok
jika bahan tersebut digunakan untuk membuat makanan pada majlis tersebut.dalam islam
pembaziran makanan adalh perbuatan yang haram dilakukan,lebih-lebih lagi dilakukan secara
melemparkan makanan tersebut iaitu beras dan tepung kepada pengantin. Perbuatan itu
adalah dianggap tidak sopan sama sekali dan tidak harus langsung dilakukan. Setelah
ditaburkan bahan makanan tersebut kepada pengantin,kemudian selesai majlis sisa bahan
tersebut disapu dan dibuang ke dalam tong sampah. Ini adalah perbuatan membazir dan
dilarang sama sekali dalam islam.
Faktor yang kedua yang menyababkan acara ini tidak harus di lakukan adalah dari
segi akidah dan kepercayaan. Acara ini dilakukan atas dasar kepercayaan bahawa terdapat
semangat dalam beras dan baha-bahan lain yang boleh menberikan kebaikan serta
kesejahteraan dan rehindar dari kemudaratan hidup kepada pasangan pengantin tersebut.
Adapun di antara mereka yang telah melakukan upacara tersebut bagi memenuhi upacara
pemujaan dan kepercayaan terhadap mitos bahawa amalan itu akan menghindarkan pengantin
daripada segala malang oleh manusia atau makhluk halus. Maka perbuatan itu adalah
diharamkan kerana terdapat unsur khurafat yang di larang. Sabda Nabi SAW kepada Ibn
Abbas.”Jika kamu ingin meminta sesuatu,maka mintalah daripada Allah dan begitulah jika
kamu ingin memohon supaya di hindarkan daripada segala jenis bencana, maka mohonlah
daripada Allah.” (Riwayat al-Tirmidhi).

Seterusnya, jika acara itu bertujuan meniru budaya golongan bukan Islam maka
perbuatan merenjis diharamkan kerana ia punca kepada membudayakan budaya orang kafir
dalam sunah walimah. Di lihat bahawa budaya ini ada kesamaan dengan budaya masyarakat
kaum india. Ini kerana masyarat india juga percaya terdapat “semangat “terkandung dalam
bahan makanan yang tertentu. Sepatutnya sebagai seorang yang beragama Islam,
mendahulukan syariat dan akidah Islam perlu diutamakan. Inilah kesilapan umat islam hari
nin yang lebih mementingkan budaya orang kair berbanding budaya Islam dan Melayu.
Sabda Nabi SAW:”Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum (kafir) maka dia termasuk dalam
golongan mereka.”(Riwayat Abu Dawud). Harus melakukan acara merenjis jika hanya
sekadar adat Melayu lama yang tidak membawa sebarang erti kecuali hanya ingin
menujukkan tanda kegembiraan daripada ahli keluarga terdekat. Juga harus diingatkan
bahawa pengunaan bahan makanan adalah tidak boleh serta boleh digantikan dengan bahan
lain seperti bunga-bungaan, manik-manik kecil, air wangian atau lain-lain bahan yang
difikirkan cantik menarik dan sesuai.

Adat resam lain yang tidak harus terus menjadi amalan dalam masyarakat melayu
adalah adat melengang perut. Adat ini dilakukan kepada wanita hamil anak sulung dengan
usia kandungan tujuh hingga lapan bulan. Upacara ini akan dijalankan oleh seorang bidan.
Amalan ini dipercayai dapat membuang kecelakaan yang akan menimpa wanita hamil
sebelum bersalin dan membetulkan keadaan bayi didalam perut. Sebelum upacara dimulakan,
ibu hamil perlu mandi melenggang perut yang juga dikenali sbagai adat mandi sintuk limau
dan air buyung. Upacara ini dimulai dengan selawat nabi untuk dapat restu. Wanita tersebut
juga perlu diandam supaya anak yang lahir dipercayai tidak berbulu. Bidan akan menjirus air
sambil mengibas mayang pinang. Proses ini dipercayai akan memudahkan wanita tersebut
bersalin nanti. Kemudian wanita tersebut akan dimandikan dengan air tujuh telaga dan tujuh
bunga bertujuan untuk tolak bala. Adat ini sanagt bertentangan dengan akidah dan
kepercayaan orang islam yang seharuskan percaya dengan takdir serta Qada’dan Qadar Allah
SWT.

Acara melengang perut ini tidak harus dilakukan dikhuatiri terdapat unsur-unsur
kepercayaan selain kepercayaan kepada Allah. Selain itu dikhuatiri juga proses membetulkan
kedudukan bayi itu akan mendatang mudarat bahaya kepada bayi kerana ianya dilakukan oleh
orang biasa yang tidak mempunyai tauliah dalam bidang kebidanan. Urutan sebarangan untuk
memusingkan kepala bayi adalh sangat merbahaya kepada ibu. Ini kerana tiada alat untuk
memastkan keadaan jantung anak dan ibu dalam keadaan yang stabil atau sebaliknya. Adalah
lebih baik wanita mengandung mendapatkan rawatan terus di hospital atau pusat perubatan
yang diiktiraf.ini kerana jika terdapat sebarang komplikasi ibu terus boleh dibawa ke dewan
bedah untuk selamat anak dan ibu tersebut. Tindakan untuk mengetahui jantina bayi juga
boleh didapati melalui ujian pengimbas yang terdapat di pusat perubatan. Maka adalah sangat
baik dan elok jika majlis ini ditukarkan kepada majlis doa semat memohon agar Allah SWT
memudahkan segala urusan mengandung dan bersalin. Majlis ini adalah jauh lebih dan
bermanfaat kepada semua pihak.

Anda mungkin juga menyukai