Anda di halaman 1dari 43

Pantang Larang Kaum Melayu dan Cina

Disediakan Oleh : Norsyhida binti Sulaiman PISMP 5.07

Di larang untuk mencaci atau mengumpat.

Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang.

Uri bayi ditanam di kawasan rumah dengan sempurna.

Suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang.

Ibu berpantang selama 40 hari.

Rambut bayi akan dipotong dalam majlis cukur jambul.

Dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.

Ibu tidak boleh mandi dengan air sejuk.

Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. seperti ais-krim,tembikai.Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku. Bayi yang dilahirkan akan mengalami kecacatan. Kenduri akan diadakan ketika bayi berusia sebulan. DIlarang mengangkat tangan melebihi paras bahu. Ibu tidak mudah mengimbangi diri . Dilarang tepuk bahu ibu. Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi. Dilarang makan daging ayam jantan. Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

Kuih khas diberikan kepada saudara mara.

Dilarang makan ketam. Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.

CINA

Dilarang makan daging arnab. Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab. Dilarang makan daging anjing. Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi Dilarang menyidai baju.Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.

Dilarang menghadiri upacara perkahwinan. Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.

Bagi masyarakat India,terdapat beberapa pantang larang yang perlu diamalkan oleH seorang ibu yang mengandung.

Dilarang keluar rumah berseorangan pada waktu malam Dilarang tidur pada waktu siang atau tidur berlebihan. Dilarang melakukan perbuatan-perbuatan buruk seperti mengumpat, membuat fitnah, bergaduh, menyembelih binatang dan sebagainya. Dalam tempoh 2 bulan selepas bersalin, si ibu perlu menghindarkan diri daripada melakukan kerjakerja yang berat.

Masyarakat India mengamalkan tempoh berpantang selama 60 hari. Pada tempoh hari yang pertama, saudara mara dan jiran tidak digalakkan melawat ke rumah bayi yang baru dilahirkan kerana takut-takut mengganggu bayi yang baru lahir dan menyebabkan dia terkejut.

jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. o untuk mengawal nafsu dan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. dilarang bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum bersanding bagi mengelakkan perut buncit. dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. dilarang membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air. elakkan diri daripada terkena cahaya matahari.

tidak digalakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkhawinan. Hiasan dalam majlis perkhawinan tidak digalak untuk

menggunakan warna putih, biru tua, hitam dan hijau. Dalam bilik tidur bakal pengantin baru, katil, meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasa dan bukannya sudut bilik. Nombor genap sering digunakan dalam majlis

perkhawinan. Menurut keparcayaan orang cina, majlis perkhawinan yang tidak mengikut protokol yang ditetapkan adalah perkhawinan yang tidak sah.

Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.

Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan.

Jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut tidak akan berjalan dengan lancar.
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka sayur ayuran oleh dihidangkan kepada tetamu dan makanan lai tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama Hindu melarang makan daging lembu.

Kesimpulannya, pada zaman moden sekarang, ramai kaum India juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum India.

Di ruang tengah rumah dan dibaringkan serta ditutup dari kepala hingga ke kaki dengan sehelai kain. Kepalanya dihadapkan ke arah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dikiamkan iaitu tangan kanan ditindihkan atas tangan kiri ke dada. Mayat akan dibersihkan melalui upacara mandi wajib (kecuali mati syahid) dan dilaksanakan oleh kaum sejantina si mati. Dikafankan dan disolatkan.Kebiasaannya keluarga si mati akan memberi sedekah kepada mereka yang menyolatkan si mati. Wakil jenazah akan memberi ucapan ringkas dan memohon maaf bagi pihak si mati. Sekaligus melangsaikan hutang si mati. Ahli keluarga akan lalu di bawah keranda jenazah supaya mereka tidak terasa rindu dengan si mati. Tidak digalakkan menangis dengan berlebihan. Dan kaum wanita tidak digalakkan untuk mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.

Papan tutup keranda akan dibuka sebelum mayat ditimbus itu dan mengerengkan mayat itu serta membukakan ikatan di kepala. Kepala mayat akan disendal dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya. Meletakkan batu nisan pada kubur si mati sebagai tanda.(Nama/tarikh kematian)

Bacaan talkin dan doa dijalankan dan kubur akan disiram dengan air serta bunga rampai ditabur.

Kenduri arwah dijalankan selama 7 hari berturut-turut.

Kemudian pada hari 40 dan seratus selepas kematian kenduri juga akan diadakan oleh keluarga si mati. Melakukan adat turun batu pada hari ke 100.(Menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling kubur si mati

mayat akan dibersihkan dan dimandikan sebagai memberi penghormatan terakhir kepada si mati. Setelah dimandikan mayat disapu dengan minyak wangi dan disolek. keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam. ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat handai dikehendaki menangis atau meratapi pemergian si mati. tangisan yang dilakukan perlu diselitkan dengan katakata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. melupuskan hutang piutang si mati dengan alasan untuk mententeramkan si mati pelbagai jenis lagu akan mengiringinya.

mengusung mayat dengan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik . lazimnya ukiran tersebut mengikut status si mati.

Ahli keluarga si mati akan memakai baju berwarna hitam. Baju yang berbunga juga dilarang dalam upacara kematian tersebut. Ketika mayat diusung dengan menggunakan lori khas, beberapa kertas yang disalut logam akan dicampak sepanjang sepanjang perjalanan. Mengikut kepercayaan masyarakat cina cara ini adalah untuk memastikan roh boleh berjalan pulang ke rumah berpandukan kertas tersebut. Memasukkan pelbagai jenis harta milik si mati. Untuk menunjukkan darjat si mati ketika di dunia dan diketahui oleh orang lain di akhirat kelak. Kawasan perkuburan yang terletak di kawasan yang tinggi adalah lebih baik jika dibandingkan dengan tanah yang rata Tanah perkuburan juga dihias dengan menarik. Menjadi lambang kemewahan Selepas kematian, ahli keluarga akan menjalani adat berkabung. Baju hitam dipakai beberapa hari sehinggalah hari perkabungan tamat.

Di larang membazir dan berbelanja berlebih-lebihan. Memakai pakaian bersih, cantik dan wangi.

Menziarahi pusara keluarga yang telah meninggal.


Berkunjung ke rumah sanak saudara. Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.

HARI RAYA AIDILADHA


Melakukan ibadah korban sebelum daging dibahagi kepada yang memerlukan.

Melawat pusara keluarga.

Ziarah menziarahi dan mengadakan rumah terbuka.

Memakai pakaian wangi dan baru serta bersih.

TAHUN BARU CINA


Tidak boleh menyapu rumah. Pinggan mangkuk yang pecah akan membawa malang.

Makan secara beramai-ramai. Pemberian angpau daripada pasangan yang telah berkahwin kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.
Perkataan yang tidak sopan tidak digalakkan. Memakai pakaian berwarna merah.

SEMASA DEEPAVALI

Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan Dipa yang bererti cahaya dan perkataan Gavali yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud harapan, kemenangan dan kebahagian.

Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan hidangan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mendalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.

Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di Sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mandi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia.

TUTORIAL 1
TAJUK : PANTANG LARANG MASYARAKAT BUGIS DAN BAJAU DISEDIAKAN OLEH : MOHAMMAD FIRDAUS SUKRY BIN BACHO

PANTANG-LARANG DALAM SUKU KAUM BUGIS

(1) Pantang bagi seorang gadis menyanyi di dapur apabila sedang memasak atau menyiapkan makanan. (2) Gadis tidak boleh tidur sampai tengah hari sebab rezeki tidak menyinggah di rumah. (3) Pantang orang tidur pagi jika jenazah jiran kita belum diusung ke tanah perkuburan. (4) Pantang bertongkat dagu sebab akan membawa sial. (5) Pantang-larang anak-anak berbaring bertiarap sebab menyumpah ibunya mati cepat. (6) Pantang-larang bagi remaja lelaki menggunakan penutup/tudung sebagai alat makan sebab ia akan dijadikan penutup malu. (7) Pantang-larang meninggalkan makanan atau minuman yang sudah dihidangkan karena biasa terkena bencana.

PANTANG LARANG SUKU KAUM BAJAU

1). larangan menggunakan pinggan mangkuk yang retak - takut dapat pasangan yang tidak sempurna 2). larangan menggunakan cermin pada waktu malam - takut kehilangan seri wajah

3). larangan meletakkan tangan di hadapan semasa duduk bersimpuh ketika makan - akan sentiasa menyakiti atau disakiti orang lain
4). larangan duduk di tangga - jodoh lambat datang

5). larangan makan cili/ lada/ cabai - hati keras, degil dan tidak mudah dinasihati

6). larangan ketawa terbahak- bahak - tidak baik untuk anak dara kerana membawa imej yang tidak baik pada pandangan orang
7). larangan tidak saling mengadap ketika makan - kelak jika punya masalah, tiada yang membantu 8). larangan memotong kuku pada waktu malam - akan kematian ahli keluarga 9). larangan membawa bayi keluar pada waktu malam - takut ditimpa sesuatu yang tidak baik seperti jatuh sakit

PANTANG LARANG ORANG IBAN(DAYAK LAUT)

Pengenalan 47% drpd pribumi 30% drpd penduduk Sarwak Berdekatan dengan sungai Batang Lupas dan Sungai Rejang. Tinggal di rumah panjang.

Kepercayaan
Animisme dan hindu-buddha. Ritual tradisional:
Gawai Dayak (Pesta Menuai). Gawai Kenyalang (di kawasan Rejang). Gawai Antu (untuk kematian di Sri Aman).

Jika mimpi buruk, aktiviti besok ditangguhkan. Miring jampi serapah dengan darah ayam atau babi direnjis di sekelling mereka.

Tradisi
Menyimpan pasu, gong, dan tempayan yang dipanggil tajau.
diwarisi secara turun-temurun, bernilai, dianggap suci, dan dihomati.

Tajau berfungsi sebagai harta simpanan dan diperoleh secara tukar barang.

Perkahwinan
usia pengantin lelaki perlu melebihi dua puluh dua tahun.
keluarga kecil akan dikahwinkan secepat mungkin. Keluarga besar akan dilambatkan perkahwinan.

Merisik
- dikenali sebagai berbunga-bunga atau berjarum-jarum. Meminang dan Bertunang

- ayah pihak lelaki menanggalkan lapit atau ikat pinggang perak atau sebilah pedang sebagai tanda pertunangan.
Majlis Perkahwinan

- membawa beberapa utas tali bersimpul yang menunjukkan berapa hari lagi perkahwinan dilangsungkan.
- rombongan lelaki biasanya berarak ke rumah panjang pengantin perempuan dengan menaiki perahu yang dihiasi kain pua kumbu sekiranya pengantin melalui jalan sungai.

mandi beramai-ramai di sungai sebelum memakai pakaian tradisional.


kepala rombongan pengantin lelaki dipelawa menyembelih seekor babi sebagai penghormatan dan pada masa itu juga tembakan senapang akan kedengaran secara balas-membalas. Para tetamu seterusnya akan dijamu dengan sejenis arak. upacara membelah pinang atau mengulang pinang akan dijalankan.

bomoh akan mengadakan upacara menidurkan anak dan mengejutkan anak. pengantin baru akan mandi di sungai untuk membersihkan diri. Untuk adat ini juga mereka perlu memegang sehelai kain yang panjangnya tujuh ela supaya kesalahan semasa perkahwinan itu akan hilang pada setiap individu.

menyembelih seekor babi sebagai korban dan juga sebagai penebus dosa pengantin.
Pada sebelah malamnya, kedua pengantin diiringi oleh pengapit masing-masing dan akan disandingkan di atas gong atau kerusi yang dialas kain tenun. seseorang yang dipanggil tukang ganyang akan memulakan upacara.

Ayam yang telah diikat kakinya kemudian dilepaskan dan mentera pun dibaca.

Ayam yang telah disembelih itu akan diambil darahnya untuk disemah kepada pengantin.
Istiadat ini akan diakhiri dengan jamuan makan dan minum.

Sewaktu Mengandung
Dalam tempoh tujuh bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan suaminya dikenakan pelbagai pantang larang, antaranya seperti berikut; Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah.

Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

SELEPAS LAHIR
Berpantang - selama tiga puluh hari - makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadangkadang dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur dan dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia supaya dapat memanaskan badan.

Berdiang/Bersalai
si ibu perlu duduk dekat dengan unggun api. selama empat puluh satu hari. si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang atau dinding rumah untuk menghitung hari Tanggal Pusat

Menamakan Bayi
akan diberi nama timangan. seterusnya akan diberi nama sempena nama salah seorang daripada nenek moyangnya yang pernah berjasa dan handal. upacara memilih nama akan dijalankan di mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis nama-nama yang dipilih itu.

Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai.
Kepalan nasi yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk menamakan bayi tersebut.

Adat Kematian
Keluarga mengelilingi mayat dan meratap 190 minit. Lesung/penumbuk diletakkan di laluan (tempuan) untuk menghalau hantu. Mayat dibersihkan dan 3 tanda kunyit di dahi. Pua kumbu (gebar) dijadikan tabir untuk menghalang penyakit. Beras dihamburkan paya beras keluarga tidak dibawa sama ke dunia lain (sebayan). Api kecil dekat kaki simati. Tetamu bawa hadiah beras pulut, duit dan ayam.

Berkabung selama 3 bulan. 6 petang - nyanyian ratapan kematian. 5 pagi - wanita tua beri makan supaya tidak lapar dalam perjalanan. Semasa dimasukkan dalam keranda, orang2 perempuan menangis sekuat2nya. Darah ayam direnjiskan ke tanah sebelum digali. Keranda ditanam bersama barang si mati (baiya) supaya dapat digunakan dalam dunia lain (memoa sebayan).

Lain-lain
Terserempak binatang atas dahan itu ialah antu rembia (roh menjaga pokok). Tidak boleh tanam labu di kebun malilabu. Halia tidak boleh tanam, kesan pada mata .

Anda mungkin juga menyukai