Anda di halaman 1dari 11

Jessie Anak Limbang Nurhajrina Binti Jarawi Nuur Aisyah Binti Jas

Kaum Kadazan Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Pasangan tidak boleh bersatu pada malam pertama sehingga upacara khas iaitu pasangan pengantin makan menggunakan pinggan yang sama selesai. Upacara miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi adalah upacara paling penting untuk perkahwinan ini.

Kaum Cina Pasangan yang berkahwin tanpa mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Semasa pertunangan, keluarga pengantin lelaki akan mempersembahkan seekor angsa hidup kepada keluarga pengantin perempuan. Jika angsa tersebut tidak mengeluarkan bunyi bising, ia menunjukkan bahawa pengantin lelaki mempunyai personaliti yang baik dan menarik. Jika sebaliknya, ia menunjukkan pengantin berkenaan mudah marah. Apabila pengantin perempuan meninggalkan rumahnya, dia harus memakai kasut yang biasa dipakainya yg menggambarkan pengantin berkenaan tidak membawa sesuatu bersamanya wanita yang mengandung dan orang yang baru kematian saudara-mara tidak boleh terlibat dengan majlis perkahwinan .

Kaum Kadazan Bilangan hari berpantang bergantung kepada unsur kasta. Bagi orang kebanyakan (7 hari), orang berdarjat (21 hari) & orang berdarjat tinggi (44 hari). Tempat darah yang mengalir ketika ibu itu bersalin, digantung dengan daun-daun limau. Ibu yang bersalin tidak boleh makan ikan yang bertulang keras, ikan yang berduri, nasi sejuk dan nasi bercampur air seperti bubur. Bayi yang baru lahir tidak boleh dibawa ke ruang yang terdedah untuk mengelakkan bayi itu daripada diganggu oleh roh jahat yang dinamakan Rogon Gaiyah.

Kaum Cina Sewaktu mengandung sebarang konflik perlu dihindari supaya kandungan tidak mengalami sebarang gangguan. Tidak boleh memberi nama kepada bayi yang belum lahir semasa mengandung untuk mengelakkan perasaan kecewa bila harapan tidak tercapai. Tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana bayi yang lahir kelak akan mempunyai sifat yang manja. Dilarang makan makanan yang tajam seperti nenas dan mangga kerana ditakuti bayi akan menjadi besar dan ini akan membuatkan ibu sukar untuk bersalin . Ibu tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.

Kaum Kadazan Tidak boleh melakukan apa-apa pun pekerjaan apabila upacara pengembumian berlangsung terutamanya menanam padi kerana dipercayai tidak akan mendatangkan hasil dan kemungkinan penyakit akan menimpa mereka. (Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja) Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari di mana semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.

Kaum Cina Si mati tidak boleh dipakaikan pakaian bewarna merah. Ahli keluarga tidak boleh memakai barang kemas. Semua cermin dalam perlu ditutup dengan kain atau kertas. Keranda tidak boleh dibuat main. Kucing dilarang mendekati keranda dan si mati. Para tetamu dan ahli keluarga tidak dibenarkan memakai pakaian merah. Perarakan perlu dielakkan daripada melalui rumah yang melangsungkan perkahwinan. Selepas pengebumian, orang Cina akan mandi dengan air yang dicampur daun limau Bali untuk menolak bala.

Kaum Kadazan Mayat juga dijaga bertujuan untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh manusia. Suasana di dalam rumah hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam.

Kaum Cina Tidak dibenarkan tarian singa dan pembakaran mercun. Tiada sambutan Tahun Baru Cina, pesta dan keramaian selama setahun selepas upacara pengebumian. Upacara pengebumian perlu dibuat secara besar-besaran khususnya kepada orang tua. Menangis, meraung dan meratapi kematian adalah satu kewajipan bagi anak, menantu dan sanak saudara yang rapat. Ahli keluarga akan memakai pakaian dengan warna tertentu menandakan kedudukan dalam keluarga dan hubungannya dengan si mati. Perarakan mengiringi si mati ke kubur. Lokasi kubur perlu di tempat yang tinggi. Upacara pengebumian perlu disusuli dengan anggota keluarga berkabung selama seratus hari.

Kaum Kadazan

Kaum Cina

Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis Lubang kubur sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka harus digali memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang oleh 4 orang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin sahaja tidak yang telah menyebabkan kematian. boleh lebih Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap atau kurang. petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan Papan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, pemujaan akan roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang diletakkan di masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak rumah atau boleh diusik oleh sesiapa. Bagi mereka yang menguruskan kematian, tokong untuk ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan , dua memperingati si lembar benang merah, dan daging kerbau atau lembu. mati. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah dan mesti mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.

Kaum Kadazan Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan adalah upacara perayaan khas untuk menghormati "Bambazon" iaitu semangat padi. Perayaan "Magavau" ini biasanya diadakan selepas selesai menuai padi untuk mengharapkan agar rezeki yang akan datang bertambah baik dan lumayan.

Kaum Cina Pantang-larang sewaktu Tahun Baru Cina Nasib baik: Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru. Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun. Gula-gula dan manisan dimakan untuk memaniskan nasib sepanjang tahun bagi pemakannya. Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang. Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.

Kaum Cina Nasib Malang: Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi kasut sama bunyinya dengan perkataan kasar atau sukar. Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi seluar sama bunyinya dengan pahit. (Namun ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi seluar dalam dialek itu juga sama bunyinya dengan kaya.) Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai memotong hasil dalam bahasa Kantonis. Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal kebersihan sering telah mengatasi tradisi ini.) Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.

Kaum Kadazan Tarian ritualnya iaitu Tarian Sumazau memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit.

Kaum Cina Tarian singa dipercayai mendatangkan tuah dan rezeki yang melimpah Apabila majlis bertembung dengan perarakan kematian, ia memberi alamat yang tidak baik.

Kaum Kadazan Pantang Larang semasa membuat tapai Tidak boleh membuat bising Tidak boleh bertengkar / bergaduh Tidak boleh `melangkah di atas nasi dan ragi. Jika pantang larang ini tidak diikuti, akan berlaku pergaduhan besar atau perkara yang tidak di ingini kepada si peminum semasa majilis keramaian tersebut berlangsung.

Kaum Cina Meletak cermin di dalam premis dapat menghalau semangat serta roh jahat. Jika papan tanda perniagaan jatuh ataupun pecah, ia menandakan perniagaan akan berakhir ataupun bankrap. Sial perlu dibuang dengan mencampurkan limau bali ke dalam mandian dan melangkah api yang menyala sebelum melangkah masuk ke premis. Perniagaan akan mendapat berkat daripada tuhan dengan derma, sedekah dan sumbangan. Masa yang baik mengadakan majlis adalah tengah hari dan petang. Memilih hari yang baik dengan bantuan tukang tilik dan ahli feng shui.

Kaum Cina Penyapu dipercayai mempunyai roh dan oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Memukul seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama beberapa tahun. Sesiapa yang gemar menyimpan misai ataupun janggut boleh dikatakan membawa kecelakaan ke atas si kerluaga and saudara mara lelaki itu. Seorang yang memiliki misai ataupun janggut akan di kategorikan sebagai pekerja buruh atau pekerja bawahan, kerana ia tidak mempunyai masa untuk bercukur, justeru itu dikaitkan dengan kelas bawahan. Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya. Mimpi tentang salji ataupun gigi bererti kematian mungkin tertimpa ke atas ibu atau ayahnya. Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang sekiranya terdengar bunyi burung itu di antara 7 pagi dan 11 pagi dan diantara 11 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.

Anda mungkin juga menyukai