Anda di halaman 1dari 4

Penyapu

Terdapat pelbagai pantang larang yang wujud di kalangan kaum cina tentang
kegunaan penyapu. Ia dipercayai mempunyai roh atau semangat sendiri dan
oleh itu tidak boleh disalahgunakan kecuali hanya untuk membersihkan
rumah and kedai sahaja. Ia tidak boleh digunakan untuk membersihkan
perkakas memuja dan kawasan sembahyang di rumah orang cina. Hanya
kain bersih dan berus khas boleh dibenarkan. Semasa perayaan Tahun Baru
Cina, menyapu rumah ataupun kedai milik orang cina tidak dibenarkan pada
3 hari pertama perayaan ini kerana ia boleh menghilangkan tuah. Memukul
seseorang dengan penyapu boleh mendatangkan kecelakaan selama
beberapa tahun. Dalam aktiviti perjudian, roh ataupun semangat penyapu
itu boleh‘diugut’ sehingga kembalinya tuah kepada pertaruhan yang sedang
dilaksanakan.

Nombor
Nombor memainkan peranan yang kedua penting selepas makanan dalam
budaya kaum Cina. Ia sungguh penting sehingga digunakan untuk menafsir
nasib seperti menghasilkan nama seseorang bayi. Oleh demikian itu adanya
nombor yang dipercayai boleh membawa tuah dan ada yang tidak. Sebagai
contoh, nombor 8 adalah paling digemari oleh orang Cina kerana sebutannya
dalam bahasa Kantonis dan Mandarin bererti tuah.

Nombor 4 pula melambangkan kematian oleh itu ia jarang digunakan sebagai


nombor plat kereta, alamat dan lain-lain. Nombor-nombor lain yang
dielakkan kegunaan secara umum adalah 7 dan 1 kerana mereka
melambangkan kematian dan kesunyian masing-masing.

Kuku jari kaki dan tangan


Dalam adat orang Cina, memotong kuku jari kaki atau tangan pada waktu
senja akan mengalu-alukan kehadiran hantu dan roh-roh jahat. Sisa sisa
kuku yang telah dipotong mestilah dibuangkan di tempat yang tersembunyi,
kerana mengikut adat, ia boleh digunakan untuk menjatuhkan umpahan
terhadap pemilik kuku itu.

Bunyi burung gagak

Jikalau terdengar bunyi burung gagak diantara jam 3 dan 7 pagi bererti
seseorang itu akan mendapati hadiah. Hujan dan ribut akan menjelang
sekiranya terdengar bunyi burung gagak di antara 7 pagi dan 11 pagi dan
diantara 1 pagi dan 1 petang, satu pergaduhan akan berlaku.

Hadiah

Jangan menghadiahkan jam, gunting dan benda patung kepada peniaga.


Jam melambangkan membawa kematian.
Menghadiahkan gunting melambangkan memutuskan hubungan antara
pemberian hadiah dengan penerimanya.
Benda patung akan membe
Hadiah terbaik adalah patung dewa rezeki dan panjang umur.

Pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina


Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih
dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini. Malah, kebanyakan remaja
Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat
dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina
mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina
mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari  raya
pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau
“ong” yang ada.

Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan

Selain itu, masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa
malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah
pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan
kerjarumah.

  Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena
perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati,hantu
ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai
bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.

 Sungguhpun kini kebanyakan remaja tidak lagi memakai pakaian tradisional


seperti dulu, ini tidak bermakna segala tradisi turut dilupakan.Kami masih
mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju
warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, kita
perlu kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.

Terdapat banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung


dan diantaranya ialah tidak dibenarkan melakukan kerja-kerja seperti
memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak
mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini
bertujuan menghindari bayi dari terkena badi.

Mengelakkan perkataan yang tidak sopan ialah adat yang perlu disanjungi.
Walaupun Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi pantang
larang yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk satu
tujuan iaitu untuk kebaikan sendiri. Ini bermaksud, pantang larang perlu
dipatuhi semasa perkahwinan, perayaan, dan juga semasa hamil untuk
mengelakkan sesuatu yang malang berlaku.

Anda mungkin juga menyukai