Anda di halaman 1dari 3

PROSES PERKAHWINAN KAUM INDIA

PERINGKAT 1: MERISIK

-Merupakan peringkat pertama dalam melangsungkan sebuah majlis perkahwinan masyarakat


India.

-Dalam peringkat merisik, beberapa aspek akan diberi perhatian oleh keluarga kedua-dua belah
bakal pengantin seperti faktor etnik, sub etnik, kasta dan agama.

-Faktor-faktor lain seperti status ekonomi dan status sosial merangkumi aspek seperti umur,
tahap pendidikan, jenis pekerjaan, etika dan moral, rupa paras dan latar belakang keluarga juga
turut diambil kira.

PERINGKAT 2 : KUNJUNGAN KE RUMAH PENGANTIN

-Bakal pengantin lelaki akan mengunjungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri
paras rupa dan perawakan calon isterinya.

-Adat ini dikenali sebagai “pen paarttal” atau dalam bahasa Melayu dipanggil sebagai melihat
bakal isteri.

-Ketika itu wakil pihak lelaki perlu datang dalam jumlah ganjil walaupun bilangan tersebut
ramai.

-Buah tangan seperti kelapa, sirih, pinang, cendana, buah-buahan, bunyi-bunyian serta serbuk
kumkum akan dibawa sebagai tanda kedatangan mereka atas niat yang baik dan untuk
mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

-Bakal pengantin perempuan akan memakai sari dan dipertanggungjawab untuk menghidang air
minuman. Pada masa itu bakal pengantin lelaki berpeluang melihat pengantin perempuan dengan
lebih dekat lagi.

-Kemudian kunjungan ini dibalas oleh wakil perempuan namun kali ini pengantin perempuan
tidak turut serta.

PERINGKAT 3: IKAT JANJI

-Ikat janji atau ‘niccayam’ dilakukan selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak.

-Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan
membawa beberapa barangan seperti kelapa, sirih pinang, bunga-bungaan buah-buahan, cendana
dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan.

-Sekiranya kedua-dua belah pihak pengantin bersetuju, mereka akan mengikat janji.
-Bakal pengantin lelaki seterusnya akan melafazkan ikat janji bagi menyatakan persetujuan
untuk mengahwini bakal pengantin perempuan.

PERINGKAT 4: PARISAM (PEMBERIAN HADIAH)

-Dalam masyarakat India, parisam umpama sebuah majlis pertunangan.

-Adat pemberian parisam akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah
pihak.

-Pihak pengantin lelaki akan menyediakan beberapa jenis hantaran dalam jumlah ganjil.
Hantaran ini perlu disediakan oleh wanita yang sudah bersuami sahaja dan mereka dipanggil
‘cumanggali’

PERINGKAT 5: PENYEDIAAN KAD JEMPUTAN

-Kad jemputan ini dibuat berdasarkan almanak Hindu.

-Sekiranya terdapat kesilapan, bermakna perkahwinan tidak dapat dijalankan dengan lancar.

-Kad jemputan yang telah dicetak disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang
keharmonian.

-Beberapa keping kad jemputan dalam bilangan ganjil akan dibawa bersama ke kuil untuk
dibawa bersembahyang (arccanai).

-Kad diletakkan di atas dulang bersama sirih, wang ringgit, kelapa, pinang dan sebagainya
sebagai lambang kekayaan.

-Upacara ini dinamakan sebagai ‘paanam paaku’.

PERINGKAT 6: PENYEDIAAN THAALI (TIRUMAANGGALYAM)

-Thaali atau “tirumaangalyam” merupakan lambang suci perkahwinan yang dikalungkan pada
leher pengantin perempuan.

-Pada thaali itu diikat segumpal benang putih yang disapu dengan kunyit.

-Terdapat pelbagai jenis thaali yang digunakan oleh masyarakat India seperti lingath thaali,
pottut thaali, tennant thaali dan sebagainya.

-Ini disebabkan terdapat pelbagai suku di kalangan masyarakat India.

-Adat penyediaan thaali ini dilakukan tujuh atau sembilan hari sebelum hari perkahwinan.

PERINGKAT 7: MUKUURTTA KAAL


-Adat ini dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

-Adat “mukuurtta kaal” ini diadakan pada hari yang baik mengikut firasat masyarakat India.

-Untuk menjalankan adat tersebut sebatang pokok yang masih muda dan lurus akan ditebang
untuk dijadikan ‘mukuurtta kaal’.

Batang pokok tersebut berukuran dua atau tiga meter dan mempunyai lilitan batang antara 20
hingga 30 sentimeter.

-Adat mendirikan mukuurtta kaal adalah sebagai menandakan perkahwinan akan dilangsungkan
di rumah tersebut.

PERINGKAT 8: UPACARA KANGGENAM

-Upacara kanggenam iaitu menanam sebatang pokok yang lurus dan disapu dengan serbuk
kunyit tiga hari sebelum hari perkahwinan dilangsungkan.

-Pengantin lelaki tidak dibenarkan keluar selama tiga hari sebelum hari perkahwinan.

PERINGKAT 9: UPACARA PERKAHWINAN

-Thirumanan bermaksud penyatuan atau ikatan suci melalui perkahwinan antara pasangan suami
isteri agar kekal hingga ke akhir hayat.

-Terdapat tiga jenis perkahwinan dalam masyarakat India iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil
Thairumanam dan Diya Thairumanam di mana perkahwinan ini dijalankan adalah berdasarkan
aspek suku kaum India.

-Upacara perkahwinan dilakukan oleh pedanda dengan berdoa supaya pengantin hidup bahagia
hingga hingga akhir hayat.

PERINGKAT 10: SELEPAS UPACARA PERKAHWINAN

-Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami
selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri. Kemudian pengantin lelaki pula
dikehendaki pergi ke rumah pengantin perempuan selama tiga hari.

-Pada hari ketiga selepas perkahwinan, khemah yang dipasang untuk majlis perkahwinan
lazimnya akan dirobohkan.

-Sebelum khemah dirobohkan, ayam akan disembelih sebagai tanda menunjukkan tamatnya
upacara perkahwinan.

Anda mungkin juga menyukai