Anda di halaman 1dari 4

Kaum-kaum lain Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.

Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban. Baba dan nyonya - Pantang Larang Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh. Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan tidak hentihenti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka. Ibu yang hamil tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi, antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Selain itu juga, masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Kadazandusun pantang larang M a s y a r a k a t K a d a z a n m e r u p a k a n p e n d u d u k majoriti negeri Sabah yang juga dikenalisebagai 'negeri di bawah bayu'. M a s y a r a k a t K a d a z a n d a h u l u n y a d i k e n a l i sebagai Orang Dusun dan mereka begituberpegang teguh terhadap adat resamwarisan nenek moyang mereka. Kelahiran (ibu mengandung) -tidak boleh memotong atau mengerat sesuatu -tidak boleh mengikat atau menyimpul sesuatu -suami tidak boleh memotong rambut, rambut anak akan panjang -tidak boleh makan buah mengandungi air -tidak boleh mencucuk hidung kerbau/lembu, bibir anak sumbing

-tidak boleh siat telinga binatang, telinga anak tidak sempurna

SEWAKTU BERSALIN Suami tidak boleh berada jauh dari rumahSuami tidak boleh berada jauh dari rumah ditakuti gangguan jin/ syaitanditakuti gangguan jin/ syaitan Tidak boleh makan ikan bertulang keras,ikanTidak boleh makan ikan bertulang keras,ikanberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur airberduri, nasi sejuk, dan nasi bercampur air Bayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yangBayi tidak dibenarkan dibawa ke ruang yangterdedah seperti halaman rumahterdedah seperti halaman rumah-d i t a k u t i ditakutidiganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyahdiganggu oleh roh jahat seperti Rogon Gaiyah Sahabat handai tidak dibenarkan melawat bayiSahabat handai tidak dibenarkan melawat bayisebelum upacara memberi nama.sebelum upacara memberi nama

PERKAHWINAN Merisik-prosesnya boleh memakanmasa berbulan-bulan. Hendaklah dilakukan pada waktupagi manakala waktu petang danmalam adalah dilarang. Hari menghantar cincin ditetapkan. Cincin tanda dipanggil cincin menanti mimpi dihantar waktu pagi. Cincin diletakkan dibawah bantal ibubapa Mimpi baik-teruskan Mimpi buruk yang boleh diperbaiki-bayar sugitmimpi kepanasan Mimpi buruk-dibatalkan PANTANG-LARANG HUBUNGAN LELAKI PEREMPUAN Berkehendak -perlakuan buruk dan hina sepertiberkhalwat Sekiranya ditangkap atau diketahui pihak lelakidikehendaki membayar denda atau kemalunkepada pihak gadis Mengandung-dipaksa berkahwin dengan gadistersebut Madhagau-bersekedudukan Pasangan bayar kepanasan kepada masyarakat Lelaki bayar kemalun kepada perempuan.

Iban pantang larang PANTANG LARANG SEWAKTUMENGANDUNG Kaum Iban amat menekankan pentang larang sewaktu mengandung dan selepas bersalin. Pantang larang sewaktu mengandung bukan sahaja dikenakan kepada wanita yang sedang mengandung malah si suami turut dikenakan pantang larang, contohnya, mereka tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan. Mereka juga dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat. Selain itu mereka juga dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan. Bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah. ADAT SELEPAS BERSALIN Sebaik sahaja bayi dilahirkan ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga. Namun selaras arus kemodenan ada keluarga yang menggunakan senapang untuk menggantikan potong. Sebaik sahaja bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam. Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu. Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu. Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin. ADAT PEMILIHAN NAMA KEPADA BAYI Pemilihan nama amat penting bagi kaum Iban. Kerana mereka berpendapat nama yang baik akan memberi kesan yang baik kepada masa depan bayi tersebut. Nama timbangan terlebih dahulu di berikan sebelum nama rasmi. Nama rasmi di berikan berdasarkan nama orang

terdahulu yang hebat dan berjasa. Agar, kelak bayi tersebut akan menjadi orang yang berguna. Cara pemilihan nama bagi kaum Iban merupakan adat yang sangat unik. Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagut oleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi. PERAYAAN GAWAI Kaum iban menyambut perayaan yang di kenali sebagai perayaan hari Gawai. Perayaan ini disambut setiap tahun iaitu pada 1 dan 2 jun. Perayaan ini disambut sebagai tanda berakhirnya musim menuai padi. Perayaan ini dianggap bermula apabila masyarakat Iban berkumpul di serambi umum rumah panjang di mana terletaknya ranyai iaitu pokok istiadat. Pada hari perayaan, kaum Iban akan mengenakan pakaian tradisional yang diperbuat daripada manikmanik yang diwarisi turun-temurun. Hari gawai disambut dengan meriah di kampung-kampung mahupun bandar-bandar. Pada hari tersebut mereka akan berkumpul dan bersukaria di samping pelbagai makanan tradisional. Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang perayaan, contohnya, persembahan tari-menari, meminum arak beras atau dikenali sebagai tuak dan lain-lain aktiviti yang menghiburkan. Pada perayaan tersebut juga kaum Iban akan menyembahkan makanan dan arak kepada dewa kekayaan sebagai tanda kesyukuran dan terima kasih atas hasil tuaian yang baik. Upacara penyembahan ini perlu mengikut adat iaitu wakil masyarakat Iban akan membacakan mantera dan seterusnya darah ayam akan direnjiskan pada persembahan tersebut. Salah satu acara yang paling dinanti-nantikan pada hari perayaan adalah ngajat lesung. Ngajat lesung ini adalah sejenis tarian, tetapi ia bukan sejenis tarian biasa, tetapi para penari akan bersaing menunjukkan kehebatan dengan mengangkat lesung penumbuk padi dengan menggunakan gigi. Perayaan ini akan berakhir apabila ranyai dibuang.

Anda mungkin juga menyukai