Anda di halaman 1dari 3

Ruby

Baru-baru ini, saya telah mendapat tahu serba sedikit tentang adat
resam dalam aspek kelahiran untuk kaum Iban.

Kee

Apakah adat resam yang mereka amalkan?

Ruby

Dalam tempoh 7 bulan sewaktu mengandung, wanita Iban dan


suaminya telah dikenakan pelbagai pantang larang seperti dilarang
menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka
dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana merek
bimbang bahawa ini akan menghalang pendarahan yang berterusan
semasa melahirkan anak.

Rowena

Selain itu, saya juga tahu bahawa Wanita yang mengandung dilarang
menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut
supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua, suami isteri
tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana
dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan.

Pei Woon

Saya juga pernah terbaca artikel yang menyatakan bahawa wanita


Iban yang mengandung serta suaminya tidak boleh menanam pokok
pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh
memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan
lumpuh. Mereka tidak boleh membawa kura-kura ke dalam bilik
supaya bayi tidak tersekat di dalam rahim semasa dilahirkan.

Kee

Setahu saya, kaum Iban juga mempunyai beberapa adat yang perlu
diamalkan semasa menyambut kelahiran bayi. Antaranya adalah adat
yang dikenali sebagai pontong. Dalam masyarakat Iban, sebaik
sahaja bayi dilahirkan, buluh yang dipanggil Pontong akan dipalu
untuk memanggil jiran-jiran. Selain pontong, tembakan senapang juga
turut digunakan.

Rowena

Selain itu, kaum Iban juga mengamalkan adat potong tali pusat dan
berurut. Sejurus selepas bayi dilahirkan, tali pusatnya akan segera
dipotong dan bayi akan dimandikan. Seterusnya bayi dibedung
dengan kain Pua Kumbu atau selimut yang ditenun cantik. Ketika
bersalin, si isteri akan dibantu oleh seorang bidan dan dia akan

memastikan ibu dan bayi dalam keadaan baik dan teratur. Seterusnya
badan si ibu akan diurut oleh bidan bertujuan untuk menghilangkan
rasa sengal-sengal badan akibat bersalin tadi. Selepas diurut, badan
si ibu akan diusap pula dengan ubat yang diperbuat daripada halia
dan entemu yang dibalut dengan tekalung, sejenis kain yang dibuat
daripada kulit kayu.
Ruby

Manakala selepas bersalin, Wanita Iban akan berpantang selama tiga


puluh hari selepas melahirkan anak. Dalam tempoh itu, ibu akan diberi
makan nasi dan ikan salai atau ikan kering yang kadang-kadang
dicampur dengan pucuk paku dan buah pulur. Semua makanan
tersebut pula perlu dicampurkan dengan halia atau air rebusan halia
supaya dapat memanaskan badan.

Pei Woon

Amalan yang dipanggil sebagai berdiang atau bersalai perlu dijalani


oleh wanita kaum Iban selepas bersalin. si ibu perlu duduk dekat
dengan unggun api. Kayu yang digunakan untuk unggun api ini
mestilah dari jenis kayu yang baik. Antara jenis kayu yang lazim
digunkan ialah kayu malam, manding atau langsat. Kayu-kayu ini juga
dikatakan mampu menyembuhkan penyakit ibu yang baru bersalin.
Jika kayu yang digunakan untuk berdiang tersebut basah atau dari
jenis beracun, dibimbangi asapnya akan memudaratkan si ibu dan
bayi. Si ibu perlu berdiang atau bersalai selama empat puluh satu
hari. Dalam tempoh itu, si ibu perlu menggariskan kapur pada tiang
atau dinding rumah untuk menghitung hari kelahiran. Kesihatan si ibu
dianggap pulih seperti sediakala apabila selesai menjalani adat-adat
ini.

Kee

Seterusnya, ketika bayi berusia 4 hari dan sudah tanggal pusat, adat
melihat matahari atau merasa garam perlu dijalankan. Bayi tersebut
akan dibawa oleh nenek atau saudara perempuannya ke tanju atau
luar anjung untuk melihat matahari sambil mulut bayi tersebut
dirasakan dengan garam. Pada masa itu juga, doa atau mentera
dibacakan agar kesihatan bayi sentiasa terpelihara.

Rowena

Kaum Iban begitu mementingkan adat memberi nama kepada anak-

anak mereka yang baru lahir. Ini kerana, nama yang baik dan elok
mempunyai kesan ke atas masa hadapan kanak-kanak tersebut.
Lazimnya sebelum memberi nama yang rasmi, anak-anak kaum Iban
akan diberi nama timangan. Bayi yang baru lahir itu seterusnya akan
diberi

nama

sempena

nama salah

seorang

daripada

nenek

moyangnya yang pernah berjasa dan handal. Tujuannya supaya bayi


itu akan mewarisi jasa serta mengikut jejak langkah nenek
moyangnya itu. Seterusnya upacara memilih nama akan dijalankan di
mana kepalan nasi akan diletak di atas papan yang tertulis namanama yang dipilih itu. Kemudian seekor ayam akan dilepaskan untuk
membuat pilihan dan ini dikenali sebagai Manok Tawai. Kepalan nasi
yang dipatuk oleh ayam tersebut akan menjadi pilihan untuk
menamakan bayi tersebut. Kemudian barulah nama itu dihebohkan
kepada saudara mara yang terdekat.
Pei Woon

Selepas dinamakan, bayi akan menjalankan upacara mandi sungai. Ia


dijalankan semasa bayi itu berumur satu bulan dan adat ini dijalankan
bagi membiasakan bayi dengan air sungai. Dua orang lelaki akan
membawa seekor ayam dan panji-panji. Kebiasaannya mereka ini
ditugaskan membaca mentera dan menetak air sungai. Dua orang
perempuan pula akan mengiringi lelaki tersebut. Seorang akan
membawa ancak dan seorang lagi mengendong bayi. Bayi tersebut
dipakaikan kain pua belantan dan kumpulan itu akan diikuti pula oleh
orang ramai. Ketika ini doa atau mentera dibaca meminta supaya bayi
itu menjadi orang yang sempurna dan berguna.

Anda mungkin juga menyukai