Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Congkak ialah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan


sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Selalunya, ia menggunakan
papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak
menggunakan biji getah atau guli.

TERDAPAT PELBAGAI BENTUK DAN JENIS CONGKAK YANG


BERBEZA , TETAPI CARA BERMAIN ADALAH SAMA UNTUK
SEMUA.
CONTOH-CONTOH CONGKAK
ASAL USUL CONGKAK

Congkak dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab. Bagaimanapun, bukti
tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
Geographic menjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari
bertarikh semenjak 5000 hingga 7000 SM di masa kini Jordan.

Dari Timur Tengah, permainan ini tersebar ke Afrika. Congkak tersebar ke Asia
melalui pedagang-pedagang Arab.

Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari Melaka memandangkan


negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Nama "congkak"
dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud
pengiraan mental. Selain orang Melayu, keturunan peranakan India dan Baba
Melaka turut meminati permainan Congkak.

Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai


sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai
warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, manakala
di Filipina, sungka.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan
congkak yang berukir mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar
dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah. Pada hari ini, congkak
dimainkan di seluruh dunia.

Congkak begitu terkenal dan diminati sehingga peminat-peminatnya mencipta


pelbagai laman sesawang di internet. Dalam laman-laman sesawang ini
disenaraikan pelbagai maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di
seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam talian.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN UNTUK BERMAIN CONGKAK

Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada


batang pokok kayu besar yang diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir
bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala dibahagian badan papan
diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7sm.
dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di
tanah, lubang digali dan kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak
kotor terkena tanah.

Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang
disebut kampung. Pada penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan
dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa terdapat pada papan
congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan
dengan buah congkak sama banyak.

PERATURAN BERMAIN CONGKAK

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan
kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan
memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari
kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam
kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti,
sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak
kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah
(jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati.


Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan
permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung
sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka
permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan
seterusnya hingga mati.

Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran


berada di pihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada
pihak lawan.

Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan
buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'.
Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan
seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang ialah
yang mempunyai buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama
banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai