Anda di halaman 1dari 2

1.

4 OBJEK HITAM DAN KUSAM MENYERAP DAN MEMBEBASKAN HABA


DENGAN LEBIH BAIK
1. Semua objek dapat menyerap dan membebaskan haba
2. Objek yang hitam dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik
daripada objek yang putih dan berkilat
3. Jadual 1.8 menunjukkan perbezaan antara pemancar dan penyerap haba yang baik serta
pemancar dan penyerap haba yang lemah

4. Pemancar haba yang baik juga adalah penyerap haba yang baik. Pemancar yang lemah juga
adalah penyerap haba yang lemah
5. Apabila dua tin didedahkan kepada haba yang sama, suhu tin yang hitam dan kusam
meningkat lebih cepat berbanding dengan tin yang putih dan berkilat. Hal ini demikian
kerana objek hitam dan kusam adalah penyerap haba yang baik

6. Apabila air didih diletakkan di dalam dua kelalang kon, suhu air dalam kelalang yang
hitam dan kusam menurum lebih cepat berbanding dengan kelalang yang putih dan berkilat.
Hal ini demikian kerana objek yang hitam dan kusam adalah pemancar haba yang baik

Aplikasi Harian Penyerap Haba dan Pemancar Cahaya


1. Permukaan putih dan berkilat digunakan untuk memantulkan haba atau kurang menyerap
haba
a. Dinding Putih - Dinding rumah dicat putih supaya kurang menyerap haba dan
mengekalkan kesejukan
b. Pakaian Putih - Pakaian putih digunakan di negara-negara tropika kerana kurang
menyerap haba berbanding pakaian gelap
c. Tangki Simpanan Petrol - Tangki simpanan petrol dicat dengan cat aluminium kerana
permukaan berkilat memantulkan haba. Hal ini supaya petrol di dalam tangki tidak menjadi
terlalu panas
d. Pakaian Bomba - Ahli bomba memakai pakaian berwarna terang dan berkilat unutk
mengurangkan kadar penyerapan haba daripada persekitaran
2. Permukaan putih dan berkilat juga digunakan untuk mengurangkan kehilangan haba ke
persekitaran oleh sinaran
a. Cerek - Cerek diperbuat daripada aluminium yang berkilat untuk mengurangkan
kehilangan haba

b. Pendandang - Pendandang dicat dengan cat aluminium untuk mengurangkan kehilangan


haba ke persekitaran dan mengekalkan kepanasan air
3. Permukaan hitam dan kusam digunakan untuk menyerap dan membebaskan haba ke
persekitaran dengan cepat
a. Panel pemanas suria - Panel pemanas suria dicat hitam dan mempunyai permukaan
kusam supaya boleh menyerap haba dengan cepat
b. Bahagian belakang peti sejuk - Bahagian belakang peti sejuk dicat hitam supaya boleh
membebaskan haba dengan cepa

Anda mungkin juga menyukai