Anda di halaman 1dari 2

CONGKAK

ASAL USUL

Congkak yang dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab, bergantung kepada teori mana yang anda
percayai. Bagaimanapun, bukti tertua yang dijumpai oleh cari gali purba yang dibiayai oleh Persatuan National
Geographicmenjumpai kepingan batu kapur yang mempunyai dua liang selari.

Congkak tersebar ke Asia melalui pedagang-pedagang Arab. Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang
dari Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu. Congkak dipercayai
sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia,
congkak dikenali dengan nama ‘Congklak’, dan di Filipina ialah ‘Sungka’.

Pada zaman dahulu, golongan istana bermain congkak dengan menggunakan papan congkak yang berukir
mewah, sementara di kalangan rakyat jelata, ia sekadar dimainkan dengan mengorek lubang di dalam tanah.

Pada hari ini, congkak dimainkan di seluruh dunia. Congkak begitu popular dan diminati sehingga peminat-
peminatnya mencipta pelbagai lelaman web di internet. Dalam lelaman-lelaman web ini disenaraikan pelbagai
maklumat tentang congkak dalam budaya dan bangsa di seluruh dunia. Terdapat juga permainan congkak dalam
telefon bimbit hari ini.

 CARA BERMAIN:

 Congkak hanya boleh dimainkan oleh 2 dua orang sahaja pada sepanjang masa. Kedua-dua mereka akan
berhadapan dengan satu sama lain, dengan papan congkak tersebut diletakkan di tengah. Mulanya, kedua dua
pemain akan mencapai semua biji yang terdapat di salah satu lubang yang berderetan di depan masing-masing.
Setiap lubang mempunyai 7 biji pada waktu permulaannya, tetapi akan berbeza setelah permainan tersebut
mula.
 
Kemudian, genggaman biji itu dilepaskan satu demi satu pada setiap lubang, mengikut daerah ke kiri. Lubang
besar yang terdapat di dua-dua hujung papan congkak itu dipanggil ‘rumah’. Setiap pemain akan memilih
‘rumah’ mereka sebelum mula bermain. Sedang mereka melepaskan satu demi satu biji itu, mereka juga akan
letakkan satu di rumah masing-masing.

Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam lubang kosong di kawasan
sendiri atau pesaing dan pemain hendaklah berhenti, Pemain itu boleh menembak lubang lawan yang setentang
dengan lubangnya iaitu mengaut kesemua biji (jika ada) di dalam kampung tersebut dan meletakkannya di
‘rumah’ mereka.
 
Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga kesemua bijinya sudah habis diletakkan.
Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil
biji yang masih ada di mana-mana deret sendiri. Sekiranya biji yang terakhir itu jatuh di lubang kosong pihak
lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga
mati. Kadangkalanya, apabila salah satu daripada pemain sudah pun kalah, yang ‘pemenang’ itu mengambil
kesemua biji-biji yang masih berada di semua lubang dan ia akan dimasukkan ke dalam ‘rumahnya’.
Pemenangnya adalah dia yang telah mendapat lebih biji.

 
PAPAN CONGKAK:
 
Peralatan yang digunakan untuk bermain congkak biasanya diperbuat daripada batang pokok kayu besar yang
diukir seperti perahu. Di sebelah hujungnya diukir bentuk kepala pelbagai haiwan seperti burung manakala di
bahagian badan papan diukir dengan pelbagai ukiran Melayu. Lubang sebesar 9sm. garis pusat dan 7 sentimeter.
dalam ditebuk atas permukaan papan tersebut. Sekiranya permainan congkak di tanah, lubang digali dan
kemudian diletak tempurung kelapa supaya tangan tidak kotor terkena tanah.
 
Lubang-lubang congkak dibuat dalam dua barisan selari antara satu sama lain yang disebut kampung. Pada
penghujung kampung terdapat sebuah lubang besar dan dalam dinamakan rumah. Jumlah kampung yang biasa
terdapat pada papan congkak ialah lima, tujuh atau sembilan sebaris. Kampung-kampung ini diisikan dengan
buah congkak sama banyak.

Anda mungkin juga menyukai